CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2801|Reply: 0

ini semua hanya mimpi

[Copy link]
Post time 10-10-2013 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kurasakan jalan itu jalan yang terbaik
Siapa melarang deras ku cebik
Ada juga ku gelarkan taik
Malah pernah ku pukul sehingga lembik  

Bagiku aku hanya mengejar cita-cita
Aku tidak menyusahkan sesiapa
Aku hanya menimbunkan harta
Aku hanya mengejar nama
Siapa yang tidak mahu terkenal sebagai orang kaya?  

Bayangan yang ku mimpikan selama ini hanyalah biasan nafsu
Nafsu serakah yang membuatku haru biru
Nafsu serakah yang menjadikan aku seperti kambing dan lembu
Makan tidur kencing berak dan bermukah di bawah kelambu  

Sepasang mata merenungku tepat
Bagai menginginkan dagingku disiat-siat
Aku cuba menutup mata rapat-rapat
Agar dapat ku hilangkan rasa takut yang semakin dekat  

Hitam busuk bengis sekali
Di sebelah kiriku makhluk itu berdiri
Seraya berkata kepadaku terus ke dalam hati
Dengan nada yang bagai tiada pekerti
Waktumu sudah tamat di bumi ini!!
Kepada Tuhanmu lah kau akan kembali!
Tamatlah riwayatmu pada saat ini
Azabmu di alam barzakh tersedia menanti!  

Baru timbul rasa penyesalan di dalam diri
Sejadah selama ini kusimpan rapi
Quran selama ini kubiar sendiri
Hanya wang ringgit yang ku cari-cari
Hanya nafsu kubiar berlari-lari di dalam hati  

Kini aku sedar aku telah terlambat
Menunggu waktu untuk disebat
Bertalu-talu pukulan malaikat
Kulit disiat siat dimakan ulat
Kerana Tuhanku telah laknat!
Laknatkan diriku yang cintakan maksiat!  

Andainya aku diberi peluang kedua
Aku berjanji tidak akan berlaku dosa
Akan ku hanya mengejar pahala!
Pahala anugerah dari sang Pencipta
Pahala yang kekal di alam sana  

Aku menyesal!
Aku menyesal!
Aku menyesal!  

"Abang, bangun! Solat subuh. Dah lambat ni. " Suara isteri ku dengari
Ah, aku belum mati!
Aku hanya bermimpi!
Aku hanya bermimpi!  

Syukur ku panjat ke hadrat ilahi
Memberiku hidayah melalui mimpi
Aku berjanji kepada Ilahi
Kepada-Nya aku akanku mengabdi
Sebagai bekalanku ke alam satu lagi

Terimalah taubat dari hamba-Mu yang hina ini
Terimalah ya Rabbi
Terimalah ya Rabbul Izzati  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.552160 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list