CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5854|Reply: 43

[Tempatan] Ajal ditikam suami kekasih - Malaysia Masih Aman :)

[Copy link]
Post time 14-10-2013 10:51 AM | Show all posts |Read mode
  • TAK HABIH2 BUNUH.............. Masih Aman Malaysia ku ini !


  • Mangsa yang parah dikejarkan ke hospital berdekatan.




BERA - Seorang lelaki warganegara China berusia 30-an dibunuh sementara seorang wanita tempatan cedera parah di sebuah rumah di Taman Mawar Indah, Triang, semalam.



Dalam kejadian kira-kira 4.00 pagi itu, lelaki tersebut dipercayai bermalam di rumah teman wanitanya sebelum diserang dengan senjata tajam oleh suami wanita itu.


Dipercayai wujud pertelingkahan dan pergaduhan menyebabkan suami wanita itu bertindak luar kawalan sehingga menyebabkan kematian.


Jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Husin berkata, sekitar 3 hingga 4 pagi, dia terdengar bunyi bising di rumah mangsa namun tidak mengendahkan perkara itu kerana pasangan suami isteri itu kerap bergaduh.


“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku. Sebelum ini, mereka pernah bergaduh hingga di luar kawasan rumah.


“Jadi bila dengar bunyi bising, saya buat tak tahu sebab tidak mahu masuk campur urusan peribadi orang lain,” katanya kepada Sinar Harian,semalam.


Sementara itu, seorang lagi jiran mangsa, Rosman berkata, dia sempat membantu menyelamatkan wanita itu sebelum dihantar ke hospital.


Katanya, wanita itu masih bernyawa tetapi keadaannya terlalu parah akibat tetakan di bahagian leher dan pinggang kiri mangsa.


“Pada ketika itu, saya terdengar anak mangsa menangis di tingkat atas. Nasib baik mereka selamat dan tidak dicederakan,” katanya.


Difahamkan, dua anak mangsa yang berusia enam dan tiga tahun trauma selepas melihat bapa mereka menendang dan menikam ibu mereka dan kanak-kanak itu kini dijaga makcik mereka.


Seorang anggota Rakan Cop memberitahu, mangsa menghubungi salah seorang saudara terdekat pada jam 7.20 untuk meminta bantuan.


Dia mendakwa mangsa terpaksa berpura-pura mati dan menahan kesakitan untuk mengelak suaminya bertindak lebih ganas.


“Selepas dia (mangsa) fikir suaminya sudah tiada, barulah dia menelefon saudaranya.


“Saya percaya dia terpaksa berbuat begitu untuk menyelamatkan diri dan nyawa dua anaknya itu,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Pahang, Supterintendan Rosli Hassan mengesahkan kes itu tetapi polis masih menyiasat punca kejadian.


Menurutnya, pihak polis menerima panggilan kira-kira jam 7.30 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian polis mendapati seorang lelaki warganegara China mati di dalam rumah dengan kesan luka parah.


“Mangsa sudah meninggal dunia dan siasatan awal mendapati suspek terbabit mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya,” katanya.


Beliau berkata, polis percaya suspek masih berada dalam negara.


Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2013 10:52 AM | Show all posts
hari2 berita bunuh orang

apa nak jadi negara ni ntah la....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 10:54 AM | Show all posts
bahana berskandal ketika masih bersuami...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 10:55 AM | Show all posts
laki china tu main bini org ke? xphm la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 10:57 AM | Show all posts
  1. Dalam kejadian kira-kira 4.00 pagi itu, lelaki tersebut dipercayai bermalam di rumah teman wanitanya sebelum diserang dengan senjata tajam oleh suami wanita itu.
Copy the Code
even ada masalah dgn suami pun tp tak patut bawak lelaki lain tido sama2 kat umah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 10:57 AM | Show all posts
kelip2_07 posted on 14-10-2013 10:55 AM
laki china tu main bini org ke? xphm la..

main ke idak dok tahu le

di tulisnya tidur
bermalam di rumah teman wanitanya

aje huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2013 11:01 AM | Show all posts
kelip2_07 posted on 14-10-2013 10:55 AM
laki china tu main bini org ke? xphm la..

dia tak kata main, hanya bermalam..........

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:05 AM | Show all posts
main sorok-sorok....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sementara itu, seorang lagi jiran mangsa, Rosman
berkata, dia sempat membantu menyelamatkan
wanita itu sebelum dihantar ke hospital.

Pihak polis menerima panggilan kira-
kira jam 7.30 pagi dan apabila tiba di tempat
kejadian polis mendapati seorang lelaki
warganegara China mati di dalam rumah dengan
kesan luka parah.
“Mangsa sudah meninggal dunia dan siasatan awal
mendapati suspek terbabit mempunyai masalah
rumahtangga dengan isterinya,” katanya. Last edited by rdzaccess on 14-10-2013 11:10 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:13 AM | Show all posts
Lelaki warga China dibunuh, teman wanita parah ditikam

KUANTAN: Seorang lelaki warga China dibunuh manakala seorang wanita tempatan, dipercayai teman wanita mangsa, parah ditikam di sebuah rumah di Taman Mawar Indah dekat Triang awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi sebelum jiran mangsa memaklumkan polis pada 7.30 pagi.
“Polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui kedua-dua mangsa terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah akibat beberapa kesan tikaman di badan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagaimanapun, polis enggan mendedahkan identiti mangsa memandangkan siasatan menyeluruh masih dijalankan.

“Lelaki berusia 30an itu disahkan mati di tempat kejadian manakala teman wanitanya, 30an, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh,” katanya.

Mohd Zakaria berkata polis turut menemui dua kanak-kanak lelaki, dipercayai anak wanita terbabit, yang berusia tiga dan enam tahun dalam rumah berkenaan.

“Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah polis kini memburu suspek lelaki berusia 30an, seorang warga Singapura yang juga suami wanita terbabit.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita itu dan suaminya dalam proses perceraian.

“Kami tidak menolak berkemungkinan kejadian ini bermotifkan cemburu. Pihak polis juga mendapat kerjasama Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa Singapura dalam usaha memberkas suspek,” katanya.

Mohd Zakaria berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:24 AM | Show all posts
pi menggatal dengan bini orang wat apa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:30 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 14-10-2013 11:24 AM
pi menggatal dengan bini orang wat apa..

SENDIRI CARI PASAL kannn
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:35 AM | Show all posts
sian kat anak2 dia.. kecik2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:39 AM | Show all posts
scandal sana sini tanpa mengira keturunan dan darjat
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:51 AM | Show all posts
padah yg dicari sendiri.. punya banyak ayam dari China dtg sini jual petpet bini org jgk yg dicari..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 01:50 PM | Show all posts
hr ahad kan berite ni..tgk paper versi cina siap tunjuk lg si skandal terbujur pki spender je...pembunuh blm ditangkap.dkt ngan rmh sewa member iols ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2013 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
vovoh bertingket tingket
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 02:43 PM | Show all posts
kejadian 3pagi.pukul 7.30 baru bgth polis....lamanya ambik masa.....kalau suspek lari lepas masuk siam dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 03:25 PM | Show all posts
kalau ada laki kat sini, apa-apa hal pun, resmi ke tak resmi
janganlah berbincang berdua-duaan dengan isteri orang
walaupun kat restoren mamak

apatah lagi di rumah apabila si suami tiada
suami dayus je yang tak cemburu!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
International sungguh.
isteri org msia,suami org spore,bf org china:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.173340 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list