CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14814|Reply: 81

Edisi sendu habis: Vince dah selamat kahwin - page 3

[Copy link]
Post time 18-10-2013 08:08 AM | Show all posts |Read mode


Bakal isteri berasal dari Keningau, Sabah mahu berhenti kerja, bantu urus kerjaya seni

Bakal mengakhiri zaman bujang, Mac depan, juara Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Vincent Chong, 34, atau Vince akan mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup di Tanah Rimba, Janda Baik, Pahang.

Berbaki enam bulan lagi sebelum bergelar suami, Vince bagaikan tidak sabar untuk disatukan bersama tunangnya, Fiona Edward, 32, yang berasal dari Keningau, Sabah.


Bagi saya, seorang isteri perlu mempunyai hubungan rapat dengan keluarga termasuk mentua. Sifat itu ada dalam diri Fiona” Vincent Chong, Penyanyi

Vince memberitahu, bakal isterinya itu akan berhenti tugas sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) dan membantu mengurus kerjaya seninya selepas berkahwin. Lebih selesa apabila bakal isteri menguruskan kerjaya, Vince mahu individu yang boleh dipercayai mengendalikan karier seninya.

“Tunang saya peramah dan pandai menjaga saya. Dia juga rapat dengan keluarga saya. Bagi saya, seorang isteri perlu mempunyai hubungan rapat dengan keluarga termasuk mentua. Sifat itu ada dalam diri Fiona. Dia juga senang bersama keluarga saya. Disebabkan itulah saya terpikat. Apatah lagi dia teman rapat saya. Fiona bukan peminat dan menerima saya bukan kerana saya artis,” katanya.

Majlis resepsi

Mengenai majlis perkahwinan, Vince mengidamkan resepsi bertemakan taman seperti dalam filem box office, Twilight Saga.
“Lokasi majlis perkahwinan adalah pilihan saya sendiri. Apatah lagi tunang saya berasal dari kampung di Sabah. Kami mahukan sesuatu yang bertemakan alam semula jadi. Seperti biasa, persiapan sudah siap hampir 60 peratus dan semestinya kami kadang kala bergaduh kecil untuk membuat keputusan,” katanya.

Vince berkata, majlis resepsi itu bagaimanapun diadakan secara kecil-kecilan dengan hanya 150 tetamu dijemput.

“Majlis di belah pihak perempuan akan diadakan di Keningau selepas Mac depan. Namun, kami belum menetapkan tarikhnya. Di Keningau, kami akan adakan majlis yang lebih bersifat tradisi. Saya mungkin akan memakai persalinan tradisional Sabah,” katanya yang ditemui di Lord’s Tailor di pusat beli belah Bangsar, baru-baru ini.

Badan susut 15 kilogram

Vince baru saja mengedarkan single terbaru berjudul Hanya Kau yang ditujukan khas buat bakal isterinya. Dua tahun tidak berkarya selepas single terakhir, Biarkan, Vince kembali membawakan genre balada yang sesuai dengan dirinya.

“Video muziknya single Hanya Kau sudah disiarkan di YouTube, September lalu. Video itu disunting saya sendiri manakala lirik lagu ditulis oleh Ali Aiman.
Susunan muzik pula dilakukan Stephanie Tam. Mereka adalah graduan Universiti Berkelee. Saya gembira dapat bekerja dengan bakat baru yang segar,” katanya.

Vince berkata, maklum balas peminat terhadap single itu cukup baik.

“Saya mahu terus menyanyi lagu balada. Dengan keadaan industri sekarang, saya tak fikir ia suatu risiko. Ini kerana kalau kita lakukan dengan hati yang ikhlas, kita jadi puas dan dapat memberi yang terbaik.

“Pada zaman sekarang, album sudah tidak laku. Jadi, lebih baik saya mengeluarkan single manakala media sosial memainkan peranan penting dalam mempromosikan karya saya,” katanya yang sedang menurunkan berat badan untuk menempuh hari istimewa.

Mengulas mengenai tubuhnya yang makin susut, Vince bersyukur tunangnya menyokong dia menjaga pemakanan. Hingga sekarang, hampir 15 kilogram berjaya dikurangkan.

Selain bergelar penyanyi, Vince turut aktif di sebalik tabir sebagai pengarah kreatif. Salah satu filem yang ditulisnya sedang diteliti sebuah syarikat produksi di Hong Kong. Manakala sebuah filem lagi akan memulakan kerja pra-produksi, awal tahun depan.

Last edited by tapibukanaku on 13-2-2014 11:02 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 08:09 AM | Show all posts
uiks
iras2 muka ayu OIAM
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:18 AM | Show all posts
sendu sgt dah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 08:26 AM | Show all posts
rosasa posted on 18-10-2013 08:18 AM
sendu sgt dah ni

dari dulu lagi nak kawin
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:41 AM | Show all posts
mana awek venezuala jumpa kat HK dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:45 AM | Show all posts
idop lgk die neh.. slalu kakaknyer yg masuk tv..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2013 08:45 AM | Show all posts
cikatilia posted on 18-10-2013 08:09 AM
uiks
iras2 muka ayu OIAM

gigi die yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:55 AM | Show all posts
hahahahaha
tajuk tak menahan
edisi sendu abes katenye
ni kira dah abes sendu dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2013 09:11 AM | Show all posts
musangcomel posted on 18-10-2013 08:55 AM
hahahahaha
tajuk tak menahan
edisi sendu abes katenye

mana tak sendu nya. bila kuar cerita, balik2 pasai kawen tapi tak kawen2 jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 09:12 AM | Show all posts
tensic~ posted on 18-10-2013 08:41 AM
mana awek venezuala jumpa kat HK dulu

da berjaman da putus kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:23 AM | Show all posts
tahniah selamat pengantin baru lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:09 AM | Show all posts
xkuar gambar la...nak tgk gak rupa tunangnya yang diperkatakan itu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:14 AM | Show all posts
tak nampak pun gambar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 11:45 AM | Show all posts
selendangungu posted on 18-10-2013 10:09 AM
xkuar gambar la...nak tgk gak rupa tunangnya yang diperkatakan itu..

lorr tak nampak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 11:55 AM | Show all posts
vince ni kalo kawen ngan org melayu kompem glamer balik.....hihi....tp tunang dia nk lawa gak...tipikal kadazan dusun girl....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 12:13 PM | Show all posts
ok la..vince pun bukan hensem mana pun..
hope bahagia yer...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 12:15 PM | Show all posts
vince ni la retis sendu yang aku follow di IG.
IG dia x sendu uols, kelakar dia ni. kretif pun iye.
tapi kalau tanya aku apa lagu pames si vince ni, aku pun tak dapat jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 01:07 PM | Show all posts
sendu katanya.. berapa kali nak kawen ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 02:04 PM | Show all posts
jauh jgk buat mejlis kat pahang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 02:10 PM | Show all posts
BebeQ posted on 18-10-2013 12:15 PM
vince ni la retis sendu yang aku follow di IG.
IG dia x sendu uols, kelakar dia ni. kretif pun i ...

gigeh hg memfollow dia ek..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.234676 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list