View: 5431|Reply: 14
|
Tip Berdepan Lelaki Pemalu
[Copy link]
|
|
Dengan raut wajah kemerah-merahan, lelaki pemalu kelihatan lucu dan comel apabila disakat. Jenis lelaki ini sukar untuk ditemui, mereka adalah lelaki yang kurang bercakap dan kelihatan ‘gabra’ apabila berdepan dengan seorang wanita buat pertama kali.
Meski kebiasaannya lelaki ini baik, namun hubungan dengan lelaki pemalu ini ada kalanya mengundang masalah terutama sekali untuk berkomunikasi. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Buat wanita yang telah terpikat atau punya pasangan lelaki pemalu, ini penyelesaian untuk anda.
1. Wanita perlu memulakan perkenalan
Lebih baik berani meluahkan dari membiarkan si lelaki tidak tahu bahawa selama ini anda menyukainya. Luahkan sebelum dia menjadi milik orang lain. Dalam sesetengah perkara, wanita perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Tidak salah mencuba dari tidak mencuba langsung. Selalunya lelaki pemalu itu akan memberikan maklum balas walaupun ia mungkin mengambil masa.
2. Gunakan cara non-verbal
Pada ketika ini, cara meluahkan perasaan suka dan cinta semakin berubah. Dahulu, meluahkan rasa suka mungkin dengan cara mengutus surat. Sekarang, ia boleh diluahkan menggunakan khidmat pesanan ringkas sama ada melalui laman sosial seperti Facebook, video Youtube. Cara ini semua dipanggil nonverbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila ada wanita membuat cara seperti ini, pasti si lelaki pemalu itu menjadi kagum dengan keberanian anda. Dia akan faham bahawa wanita itu betul-betul menyukai dirinya.
3. Malu biasanya cuma sementara
Lelaki pemalu biasanya menjadi pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila si wanita sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan wanita itu, rasa malunya berkurangan sedikit demi sedikit. Mereka pemalu kerana kurang biasa dengan golongan wanita, gugup dan kurang yakin berdepan dengan anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.
4. Bicara topik umum
Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ini berbicara mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagulagu terbaru atau tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat seperti membaca, melukis, atau menulis blog, melayan Facebook, mengedit gambar, mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ini apa yang selalu dilakukan pada masa lapang. Bila dia sudah galak bercerita, wanita sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!
5. Santai wajah, suara
Ajak si lelaki pemalu dengan anda ini santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dirinya kerana dia pemalu. Sebaliknya bawa dia bercerita dengan cara santai, sepertimana bercerita-cerita dengan rakan-rakan lain. Ketika ini tetapkan bercerita walau mata anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara perlu disantaikan atau biasa-biasa sahaja. Elakkan menjadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai wanita perlu banyak main peranan. Jarak diri anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh mendengar suara anda. |
|
|
|
|
|
|
|
wah tips yang berguna untuk mereka diluar sana yang sedang mencari pasangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
paling suka SAKAT lelaki pemalu |
|
|
|
|
|
|
|
dah cuba dah no.1 dan 2, but still no respond. so, bye bye la. |
|
|
|
|
|
|
|
iols pemalu k |
|
|
|
|
|
|
|
senang je. jangan malu. banyak cakap je dengan laki pemalu nanti tentu dia pun jadi tak malu dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Suamiku pemalu tapi ada masa dia tak malu..sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
time mula2 kenal malu la.. dah 10 kali dating tangan masuk baju awek.. keh3.. |
|
|
|
|
|
|
|
rawahah posted on 4-11-2013 10:19 PM
time mula2 kenal malu la.. dah 10 kali dating tangan masuk baju awek.. keh3..
lebih baik main awek dari main laki...
|
|
|
|
|
|
|
|
malu2 tp mahu |
|
|
|
|
|
|
|
Who comes up with this stuff?? |
|
|
|
|
|
|
|
hehe sume tu mmg betull...suami aku ni pemalu...dlu 1st date pn malu2 kucing ngn aku...seb baik la aku ni bengong sket xde la bwt die bertambah malu n date tu jd awkward...bwt lawak ke,tnye la mcm2...minat ape sume..berbual ngn die mcm aku dh lme knl ngn die...tnye itu ini ...bwt selamba jek |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tgh kwn dgn laki cani..
tp aku xtaula dia tau aku suke dia ke x..
nk ckp aku suka kat dia malu plak aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Eh, dulu abang saya pun macam ni. Pemalu sangat orangnya, jangan kan nak tegur perempuan,
nak tegur sepupu sepapat sendiri pun malu...hehe
Tapi, ada rakan kongsikan dengan saya 3 cara Atasi masalah orang pemalu ni,
dan saya terpanggil untuk kongsikan dengan anda semua di sini.
Download Ebook 3 CARA Atasi Masalah Pemalu
---------------
http://www.mylanderpages.com/skh ... asi-Masalah-Pemalu2
--------------- |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|