CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30390|Reply: 108

Masih tentang Bunian; Apa komen kalian.

  [Copy link]
Post time 6-11-2013 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Salam..Semoga perbincangan ini tidak memesongkan akidah dan pegangan anda semua. Bagi pihak saya ini adalah satu perkara yang amat berbeza dan menarik untk dibincangkan dengan cara berilmu. Berikut adalah petikan dari sebuah blog individu bertajuk 'Kebenaran tentang Bunian'.

Berdasarkan dalil naqli dari ayat surah Ad-Dhariyat di atas juga, terdapat banyak percanggahan maklumat dan salah faham mengenai para Bunian. Di antara miskonsepsi ini termasuklah:
  • Bunian adalah jin. Ramai yang menyangka bahawa para     Bunian adalah daripada kaum Jin. Seperti yang telah dijelaskan di atas,     para Bunian dijadikan daripada cahaya sama seperti Malaikat. Jin pula,     sebaliknya, dijadikan daripada api. Namun begitu, terdapat banyak kes di     mana jin (khususnya jin kafir) menyamar sebagai Bunian. Jin-jin ini     memperdaya manusia untuk menyesatkan mereka, pada waktu yang sama     menjauhkan manusia daripada didampingi Bunian yang sebenar.
  • Bunian memberi harta     kepada manusia. Kita     sering mendengar bahawa ada manusia yang memperolehi batu permata, emas     dan perhiasan seperti mahkota dan cincin daripada Bunian. Ini adalah tidak     benar sama sekali. Walaupun Bunian merupakan makhluk ALLAH yang paling     kaya, tetapi mereka tidak pernah memberikan harta kepada manusia. Bunian     membantu manusia dengan memudahkan dan membukakan jalan serta memberikan     ilham untuk manusia memperoleh rezeki melalui kaedah-kaedah yang halal.     Bunian tidak akan memberikan harta secara fizikal kepada manusia. Manusia     yang menerima wang dan harta daripada alah ghaib sebenarnya telah     diperdayakan oleh jin dan iblis.
  • Mahkota Bunian.     Terdapat kes di mana manusia mendakwa mereka menerima mahkota Bunian. Perkara     ini tidak mungkin berlaku kerana tidak seperti mahkota manusia, mahkota     Bunian tidak boleh ditanggalkan. Ianya tumbuh dari kepala bagaikan tanduk rusa.     Seperti di atas, mahkota yang diperolehi hanyalah helah jin kafir yang     ingin memperdayakan manusia. Harta-harta ini biasanya diperolehi daripada     bomoh. Jika difikirkan secara logik, kenapa bomoh itu perlu memberikan     harta kepada orang lain? Kenapa dia tidak mengambil harta itu untuk     dirinya sendiri? Bunian merupakan mahkluk ALLAH yang warak dan alim,     mereka hanya menumpukan masa beribadat kepada ALLAH – solat, zikir – dan     bertempur dengan iblis dan jin kafir. Jin kafir akan mengambil harta-harta     serta wang dari tanah perkuburan dan tempat-tempat maksiat seperti kasino     untuk diberikan kepada manusia.
  • Bunian menculik anak     manusia. Seperti yang telah dijelaskan di atas, ALLAH telah     menjadikan pelbagai Alam dengan penghuninya yang unik kepada Alam     tersebut. Kita sering terdengar kisah bayi yang hilang didalam kandungan.     Terdapat beberapa penjelasan mengenai perkara ini. Secara perubatan, ada     satu keadaan yang dikenali sebagai “Vanishing Twin Syndrome” (VTS) atau     sindrom kembar yang lenyap. VTS menyebabkan salah satu janin kembar     “hilang”. Janin yang telah meninggal di dalam kandungan juga boleh diserap     semula oleh badan ibunya dan ini menyebabkan janin itu “hilang”. Ia     mungkin juga kes pseudocyesis di mana wanita tersebut mengalami “phantom     pregnancy” atau kehamilan palsu. Namun begitu, jika ianya tidak dapat     dijelaskan secara perubatan, mungkin bayi tersebut telah diambil oleh para     Bunian. Ini adalah kerana perkahwinan antara manusia dan Bunian pernah     berlaku. Ianya ada yang menghasilkan zuriat sama ada Bunian sepenuhnya     atau manusia sepenuhnya. Dalam kes ini, mungkin ada keturunan si ibu yang     pernah berkahwin dengan Bunian, dan kandungannya merupakan Bunian     sepenuhnya. Oleh kerana bayi itu Bunian, dia tidak akan kelihatan pada     mata kasar dan tidak boleh hidup di Alam Nyata, sepertimana manusia tidak     akan boleh hidup di Alam Bunian. Untuk menyelamatkannya, ia diambil oleh     para Bunian untuk dipelihara dan dibesarkan di Alam Bunian.
  • Bunian memunculkan diri     kepada manusia. Para Bunian tidak pernah memunculkan diri     kepada manusia. Mereka adalah rahsia ALLAH, dan menjadi larangan ALLAH     untuk mereka memunculkan diri kepada manusia. Bunian hanya akan     menggerakkan hati manusia untuk membantu mendorong mereka ke arah     kebaikan.Bunian yang mendampingi perawat juga tidak memunculkan diri,     hanya membantu secara rahsia. Dalam kes-kes tertentu, terdapat Bunian     biasa yang berkahwin dengan manusia, dan ini memerlukan mereka memunculkan     diri, namun hanya pada pasangan masing-masing. Kebanyakan manusia yang     pernah melihat Bunian mungkin telah melihat jin yang menyamar sebagai     Bunian. Mungkin juga mereka melihat Bunian sebenar dengan tidak sengaja,     tetapi Bunian tidak boleh memunculkan diri kepada manusia.
  • Gambaran para Bunian.     Para Bunian sering digambarkan memakai pakaian putih, berjubah dan berbaju     kurung. Mereka sering digambarkan sebagai makhluk yang lemah-lembut,     menghabiskan masa di tepi sungai, mandi dan menyanyi. Gambaran ini adalah     kurang tepat. Para Bunian adalah panglima perang dan pahlawan yang setiap     hari bertempur dengan iblis dan jin kafir. Mereka sentiasa bersenjata dan     dilengkapi pakaian perisai, kecuali ketika tidak bertempur. Para Bunian     tidak berjenaka sebaliknya sentiasa serius di dalam menjalankan tugas     mereka. Tidak dinafikan para Bunian merupakan makhluk yang ihsan dan belas kasihan tetapi mereka juga amat tegas, bijak dan berpandangan jauh. Mereka dikurniakan     kuasa sakti oleh ALLAH subhanahu wata’ala untuk menjalankan tugas dan     tanggungjawab sebagai pelindung, pembimbing dan penyimpan Rahsia-rahsia     ALLAH.
Para Bunian telah mendampingi manusia sejak awal lagi. Mereka menjaga dan mendampingi manusia sejak zaman Nabi Adam. Mereka terlibat dalam peperangan menentang kekufuran dan ketidakadilan. Mereka ada ketika zaman Yunani purba, Perang Dunia Kedua sehingga kini. Para Bunian mula mendampingi manusia di Malaya ini sebelum Perang Dunia Kedua. Mereka telah mendampingi Teuku Nyak Puteh, ayahanda kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, untuk memberi amaran bahawa Jepun akan menyerang Malaya. Namun begitu, amaran mereka tidak diendahkan dan Jepun telah menakluki Malaya. Selepas itu, para Bunian mendampingi pula P.Ramlee. Kehidupannya ketika itu sukar. Dia hanya seorang tukang sapu yang membantu di balik tabir. Dengan bantuan para Bunian, P.Ramlee telah meraih populariti dan telah berlakon serta mengarahkan 66 buah filem serta terlibat di dalam lebih 360 buah lagu pada usia yang muda. Para Bunian telah memberi ilham kepada P.Ramlee untuk menerbitkan kisah-kisah yang memaparkan istana Bunian serta kehidupan para Bunian supaya dia dapat menceritakan kebenaran mengenai para Bunian. Namun begitu, P.Ramlee telah mangubah beberapa perkara mengikut citarasanya, khasnya cara berpakaian dan tarian para Bunian. Stereotaip inilah yang telah digunakan oleh penerbit-penerbit filem dan cereka yang seterusnya untuk menggambarkan para Bunian. Filem-filem seperti PanchaDelima dan Sumpah Orang Minyak diinspirasikan oleh para Bunian, dan begitu juga dengan kebanyakan lagu yang diciptanya, khususnya Istana Bunian. Malangnya,para Bunian telah menjauhkan diri daripada P.Ramlee setelah beliau melakukan sesuatu yang tidak disukai para Bunian.  P.Ramlee pernah memanggil semula para Bunian untuk mendampinginya, tetapi para Bunian tidak dapat berbuat demikian kerana perbuatan beliau. Oleh itu, karier seni P.Ramlee semakin menjunam dan akhirnya beliau meninggal dunia seawal usia 44 tahun pada tahun 1973. Setelah itu, ramai pembikin filem mengambil idea mengenai para Bunian dan menggarapkan imej yang berbeza bagi makhluk-makhluk suci ini. MasyaAllah.


Kini, hampir 40 tahun setelah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggalkan kita, para Bunian telah memunculkan diri mereka sekali lagi. Kali ini, para Bunian telah boleh berbicara secara terus melalui waris terakhir Putera Nara iaitu Puteri Nur, satu-satunya manusia kacukan Bunian. Melaluinya,para Bunian telah dapat menyampaikan kebenaran. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, banyak jin kafir yang telah menganiaya para Bunian, menyesatkan manusia dan menjauhkan mereka daripada para Bunian. Inilah peperangan yang tidak dilihat yang telah berlaku sejak awal penciptaan Manusia. SubhanAllah. Begitulah Kebesaran ALLAH. Telah menjadi tugasnya untuk mendedahkan kebenaran mengenai para Bunian. Makhluk ALLAH ini tidak menyakiti atau menganiaya. Sebaliknya,merekalah yang membantu mengajar Nabi Adam – bersama-sama kaum jin Islam –bercucuk tanam dan membina rumah. Para Bunian turut membantu Nabi Nuh membina bahteranya. Mereka turut membantu Nabi Ibrahim membina semula Kaabah. Apabila Nabi Musa dihanyutkan di Sungai Nil oleh bondanya untuk menyelamatkannya, para Bunian dan jin Islam telah mendorong Nabi Musa ke istana Firaun. Kisah ini telah disebut di dalam surah Al-Qasas, ayat 7, “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susukanlah dia dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun),maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.” Bunian jugalah yang telah disebut di dalam kisah Nabi Sulaiman yang ingin mengalihkan takhta Puteri Balqis, seperti yang telahdisebut di dalam ayat 40 surah An-Naml, “Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Sesetengah terjemahan menyatakan “orang alim”. “Orang” yang dimaksudkan di sini adalah Bunian. Para Bunian turut hadir ketika pertempuran dan peperangan di zaman Nabi Muhammad salallahu’alaihiwassallam bersama-sana dengan para Malaikat dan kaum Jin Islam, khususnya ketika Perang Badar.


Para Bunian, Jin Islam dan para Malaikat – Tentera-tenteraALLAH – bertempur setiap hari menentang iblis dan jin kafir. Oleh itu, kaum jin kafir menggunakan pelbagai taktik untuk menyesatkan Manusia, termasuk menyamar sebagai Bunian! Ini merupakan peperangan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sebagai Muslim, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan enam Rukun Iman dan lima Rukun Islam. Wallahi, wabillahi, begitulah kebenaran mengenai Bunian. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Artikel ini ditulis oleh 'Bentara Tujuh' dan blog beliau boleh dilawati : bentaratujuh.blogspot.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 04:16 PM | Show all posts
ada ke'confuse' an di sini ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 04:31 PM | Show all posts
Adekah bunian ni bangsa polips yg semakin pupus.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 05:04 PM | Show all posts
yep.. asalnya artikel ini ditunjukkan oleh seorg kawan dlm bentuk hardcopy. Katanya diberi oleh seorg ustaz setelah beliau mengemukakan beberapa pertanyaan ttg hal ini.

Aku pon kopius. Ini pon just for information je..tapi x mustahil ada org lain diluar sana yg turut tersempak dgn artikel ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 05:30 PM | Show all posts
suka baca artikel ni...luas skit pandangan pasal dunia bunian
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 09:23 PM | Show all posts


lame dah aku bace nie..siap berdialog dengan puteri bunian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2013 09:47 PM | Show all posts

pendapat aku, sedikit skeptikal kerana skop penceritaan penglibatan bunian dalam kehidupan manusia itu amat terhad dalam pendedahan di atas...

hanya berkisar kepada beberapa tokoh spt p ramle etc... ianya seperti menambah-nambah cerita kepada beberapa kejadian dalam sejarah kehidupan manusia yang tertentu, yang sesiapa pun boleh buat termasuklah jin...  

sedangkan kehidupan makhluk bunian dkhabarkan telah berlangsung ribuan tahun, melibatkan kehidupan manusia diseluruh pelusuk bumi, dan yang mendedahkan ini adalah ketua bunian... jd agak menghairankan bila kisah penglibatan bunian dalam kehidupan manusia spt p ramlee yg dipilih, ianya begitu kecil....

expectation aku bunian tu cerita penglibatan mereka dlm skop lebih besar dlm kehidupan manusia spt peperangan besar dunia, keruntuhan suatu tamadun, pembinaan piramid, bagaimana dinasour pupus ker lol etc kerana mengenangkan status spt yang mereka dakwa rahsia Allah etc... adakah kerana bersifat selektif, syarat atau ada restriction i dont know..

aku ada dengar ketua bunian diatas itu bercerita di youtube.....

dapatan aku, sifat yang menonjol adalah sifat tipikal yang biasa terdapat pada rasukan jin, spt yang banyak dilihat di youtube, sifat seperti pendedahan jin dlm buku tulisan muhammad isa daud etc... iaitu bersifat taksub, terdesak dan emosional... ..  kalau baca di blog kanzun mahfiya sifat makhluk ghaib tu cenderung untuk bercakap tentang masa depan.. tetapi ada juga yg berbeza spt watak terlebih serius...

aku tak lah sampai nak buat kesimpulan apa-apa spt bunian itu jin sahaja sebab benda tak nampak dan tdk terlibat secara langsung dengan dunia kegaiban...tetapi ada persamaan sifat yang menonjol dari makhluk alam ghaib ni.. satu lagi jarang makhluk dari alam ghaib ni bersifat tenang,  mempunyai watak berilmu atau mempunyai sifat manusia normal..jika dilihat dari dunia manusia makhluk2 ini kelihatan unstable... kenapakah? adakah memang semulajadi, sebab didikan atau sebab persekitaran mereka?

ini sekadar tulisan gurau2, jgn percaya  ... kita tunggu input dari mereka yang terlibat secara langsung spt bro hk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 10:33 PM | Show all posts
maaf TT, aku sikit pun tak percaya pada pembohongan bentara tujuh ini.. ko boleh je search kat U-Tube video2 kononnya raja bunian tu berbicara dengan manusia menggunakan tubuh puteri nur...

banyak kenyataan dia sebenarnya menghina manusia yang Allah sendiri muliakan..lihat sahaja apa yang dikatakan olehnya dimana nabi adam itu mendapat tunjuk ajar dari bangsa ini untuk bercucuk tanam???hahahaha..satu pembohongan yang amat2 besarnya..

'Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar".' al-baqarah ayat 31.

bagaimana seorang manusia yang diutus menjadi kalifah dimuka bumi ini mendapat pendidikan dari bangsa lain yang hendak dipimpinnya? adakah Allah itu salah membuat perhitungan???
Sedangkan para malaikat jugak tunduk kepada nabi Adam disebabkan ilmu yang Allah sendiri ajarkan padanya, inikan pulak bangsa lain nak belagak pandai mengajar nabi adam???

Jangan terpedaya dengan tipu muslihat dan fitnah akhir zaman ni cho... lebih baik kita kaji tentang ilmu yang Allah ajarkan kepada nabi Adam tu sampaikan seisi alam tunduk padanya..kemana ilmu tu menghilang???adakah kau percaya bahawa ilmu itu diwarisi melalui genetik anak cucu adam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 10:59 PM | Show all posts
satu cerita tidak boleh di percayai langsung....cerita mengenai bunian ini...ku tanya pada sahabatku yang mempunyai sedikit pengalaman...bunian ini ada 2 kateegori...islam dan kafir...maksud sebenar bunian ini...adalah jin...seperti firman allah...tidak ku ciptakan manusia dan jin untuk beribadah kepada ku...

jika salah tolong perbetulkan sy...sy masih belajar lgi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 11:37 PM | Show all posts
Adiya posted on 6-11-2013 10:33 PM
maaf TT, aku sikit pun tak percaya pada pembohongan bentara tujuh ini.. ko boleh je search kat U-Tub ...

yep..aku sangsi .. aku x ahli langsung dlm pkara ghaib. Jd apabila tersempk artikel ini.. mmg perlukan yg berilmu utk komen n tingkah hujah2 ini supaya kita semua dpt pjelasan dan meningkah pula jika tersempak dgn saudara seIslam kita yg terpengaruhnya..I.Allah..**
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 11:40 PM | Show all posts
woddy posted on 6-11-2013 10:59 PM
satu cerita tidak boleh di percayai langsung....cerita mengenai bunian ini...ku tanya pada sahabatku ...

pembelajaran  wajib berterusan hingga ke liang lahad, saudara..sya juga sentiasa perlu belajar semua pkara.. heheee krn itu kita perlikan rakan2 yg lain utk membincgkn hal ini secara berilmiah agar kita tidk termakan muslihat iblis syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 11:51 PM | Show all posts
ThousandSwords posted on 6-11-2013 11:37 PM
yep..aku sangsi .. aku x ahli langsung dlm pkara ghaib. Jd apabila tersempk artikel ini.. mmg perl ...

jangan bermain dengan kata2 cho...telahku lepaskan sedikit genggamanku agar menjadi rezeki kepadamu dengan rahmadNya..kenapa perlu ada kesangsian lagi pada dirimu dengan kebenaran yang kau tempuhi? apakah kau masih belom bisa mendetikkan titik hitam di jantungmu???

berikan aku hujahmu tentang kesangsianmu pada kenyataan perkara di atas..silakan saudaraku..aku menunggu....
Last edited by Adiya on 6-11-2013 11:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 12:26 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 6-11-2013 04:31 PM
Adekah bunian ni bangsa polips yg semakin pupus.....

kalau ikut kata laksamana sunan
yups....

hahahahahaha


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 12:29 AM | Show all posts
Adeh..ko pertikaikan statement aku yg mna nih..

Mksd aku..aku sangsi ttg dakwaan artikel ni. Lps apa yg aku blajar makin lama makin byk aku x tahu.  Biarlah aku melihat dan mendengar dari jauh agar aku x terjerumus lg kelak. Aku suka pbincgn terbuka.
Boleh bersoal..boleh berjawab dari pelbagai perspektif.. Macam tuan adiya tahu aku ni org yg x pndai berbhsa batin atau bhsa dlm. Mana la smpi ke thp komunikasi tuan tu..tak tercapai dek aku .. Hahahaa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 12:31 AM | Show all posts
yg video puteri sari tu bunyi mcm rekaan, dibuat2. susah nak explain, tapi itulah yg aku rasa berdasarkan cara puteri sari tu bercakap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 12:35 AM | Show all posts
leenaz posted on 7-11-2013 12:26 AM
kalau ikut kata laksamana sunan
yups....
Sebagai manusia, aku sayang kepadamu

.............hahahahah................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2013 12:35 AM | Show all posts
Hee..aku x dgr pon rakaman tu  psl aku lg suka baca. Kalo x fhm boleh repeat bca kasik fhm.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 12:36 AM | Show all posts
Syaitan dan jin2mkapir mmg guner mcm2 care nk sesat org,...l
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 12:38 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 7-11-2013 12:35 AM
.............hahahahah................

awan jika dapat dicapai
maka saktilah hamba


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 12:41 AM | Show all posts
ThousandSwords posted on 7-11-2013 12:29 AM
Adeh..ko pertikaikan statement aku yg mna nih..

Mksd aku..aku sangsi ttg dakwaan artikel ni. Lps  ...

tak pe la kalau macam tu dah katanya..silakan berbincang dengan minda yang terbuka..tak payah nak bertuan dengan aku le..kalau duduknya kau diperjalanan yang nyata, maka kita berbicara dalam bahasa yang nyata..aku pun tak suka berkias fansuri ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.781931 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list