CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3728|Reply: 21

[Tempatan] Air Percuma: Johor Umum Pemberian 35 Meter Padu Kepada Rakyat

[Copy link]
Post time 7-11-2013 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Johor Umum Pemberian 35 Meter Padu Air Percuma Kepada Rakyat

NUSAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Kerajaan Johor menaikkan pemberian rebat air daripada 20 meter padu kepada 35 meter padu dalam usaha meringankan beban golongan miskin dan miskin tegarnya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selain itu kerajaan negeri juga akan memastikan menjelang 2017 semua penduduk Johor akan menikmati bekalan air bersih.

Ini bukan sahaja tertumpu kepada akses bekalan air tetapi juga merangkumi kualiti serta tahap perkhidmatan setanding dengan negara maju, katanya semasa membentangkan Bajet Johor 2014, di Dewan Undangan Negeri Johor, di sini Khamis.

Beliau berkata kerajaan negeri juga menyasarkan penyediaan 28,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik bagi tempoh 2013 hingga 2018.

"Usaha-usaha ini akan diteraju oleh syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Johor Corporation Berhad, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Yayasan Pelajaran Johor dan Perbadanan Islam yang akan berganding bahu dengan agensi kerajaan persekutuan dan pemaju swasta.

"Tahun depan sebanyak 1,550 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina oleh kerajaan persekutuan akan ditawarkan untuk disewa kepada pemohon yang berkelayakan di Sungai Melana, Johor Baharu," katanya.

Selain itu katanya kerajaan negeri juga akan memperluas pelaksanaan Dasar Perumahan Rakyat Johor di luar kawasan Iskandar Malaysia.

Menurutnya bermula 1 Jan depan, segmen Perumahan Komuniti Johor A berharga RM42,000, Perumahan Komuniti B RM80,000, manakala Perumahan Mampu Milik Johor dari RM140,000 hingga RM150,00.

Kerajaan negeri juga katanya akan menguatkuasakan mekanisme kawalan harga bagi memastikan pemaju tidak mengabaikan pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik di negeri ini.

Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri turut menaikkan harga minimum hartanah untuk pemilikan asing kepada RM1 juta berbanding RM500,000 sekarang, selaras dengan bajet persekutuan yang dibentangkan baru-baru ini.

Selain itu, kadar kelulusan untuk setiap perolehan bagi kepentingan asing juga dinaikkan daripada RM10,000 bagi setiap hak milik kepada dua peratus daripada harga jualan yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli.

Katanya kedua-dua perkara itu akan dikuatkuasakan 1 Mei depan.

Kerajaan Johor hari ini membentangkan Bajet 2014 dengan unjuran lebihan RM2.02 juta berdasarkan anggaran hasil RM1,064.59 juta berbanding perbelanjaan mengurus RM1,062.57 juta.

Sebanyak empat strategi utama digariskan untuk menjayakan bajet kali ini iaitu mencorakkan ekonomi mampan; meningkatkan kesejahteraan rakyat; memperkasakan dan merakyatkan kerajaan; serta melahirkan modal insan berketrampilan.

--BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 08:03 PM | Show all posts
hak eleh..offer kat miskin tegar aje. Majoriti org miskin tegar mmgpun pakai kurang 20m pun sebulan

cuba bagi kat semua rakyat Johor... ada berani???
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 08:19 PM | Show all posts
Nih style macam letrik gak ker.... bawah 35 meter padu free... kalu pakai lebih 35 meter padu kena bayar full.... bukan free direbet bawah 35 meter padu kan....?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 08:21 PM | Show all posts
Untunglah ummah minang dan ummah2 jawa sekalian dapat air percuma. Mungkin mereka ini di burkati tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 08:36 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 7-11-2013 08:03 PM
hak eleh..offer kat miskin tegar aje. Majoriti org miskin tegar mmgpun pakai kurang 20m pun sebulan  ...


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:29 PM | Show all posts
20 meter padu tu cmne ek? sorry dh lama tinggalkan subjek calculus.. jd tak dapat imagine 20meter padu besar rosmah atau besar preve
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2013 09:32 PM | Show all posts
kah kah kah...sudah goyang lps PRU baru igt kat rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:36 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 7-11-2013 08:36 PM

ko pikir apa?

Dia bagi pree 35 m tu bersyarat. Kalau pakai lebih 35m kena bayar full bukan mcm Selangor bagi 20m percuma tanpa syarat. Contohnya kalau pakai 37meter, maka ko kena bayar 37 meter bukannya 2 meter (pasal 35 meter tu pree)

Jadi dia bagi tu mmg utk org miskin aje ler dan org miskin kebanyakkannya mmg pakai kurang 20m.  Jadi 35m tu bukan semua org Johor dapat faedah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 09:39 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 7-11-2013 09:36 PM
ko pikir apa?

Dia bagi pree 35 m tu bersyarat. Kalau pakai lebih 35m kena bayar full bukan m ...

yang subsidi letrik tu macam mana pula?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:40 PM | Show all posts
ada ke bagi air pree,aku tak dapat la kot air asyik 30-40 meter padu ja,hu2
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:44 PM | Show all posts
ushioz posted on 7-11-2013 09:39 PM
yang subsidi letrik tu macam mana pula?

sama juga cam tu cara kira.  Bukannya semua org dpt.  Kalau nak rasa subside TNB, sila tutup TV LCD anda, tutup peti ais, aircond diharamkan sama sekali dan pakai kipas meja.

utk pengetahuan, aku yg tak berapa kaya ni pun pakai 43-45m sebulan.   

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 10:12 PM | Show all posts
air pree bankrap negeri woiiiii

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 06:00 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 7-11-2013 09:36 PM
ko pikir apa?

Dia bagi pree 35 m tu bersyarat. Kalau pakai lebih 35m kena bayar full bukan m ...

tima kasiiih cik gu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 06:21 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 7-11-2013 09:29 PM
20 meter padu tu cmne ek? sorry dh lama tinggalkan subjek calculus.. jd tak dapat imagine 20me ...

bayangkan adam memegang sebuah kotak yang 1m panjang dan 1m lebar dan 1m tinggi.

sekarang bayangkan ada 20 kotak sebegitu.

sekarang bayangkan Bukit Che Ta pula
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 06:37 AM | Show all posts
kecimpret posted on 7-11-2013 10:12 PM
air pree bankrap negeri woiiiii

Bru nk katajohor di ambang kebangkrapan spt selangorcacai rasis umno mau bersuara x kata bgkrap?ka sujud syukur
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 07:09 AM | Show all posts
apa nih..bukan bagi air free tu menggalakkan rakyat membazir ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2013 07:13 AM | Show all posts
ohhh...tapi mungkin juga berkait dgn kenaikan harga gula...abe jib kata kurangkan pengambilan gula bagus utk napsu seks anda....bagus kerajaan johor, prihatin dgn keperluan rakyat johor yg dijangka bakal mandi wajib dgn lebih kerap
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 07:55 AM | Show all posts
Gula-gula bagi deme yang tak pandai berkira and baca syarat tue....hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 08:41 AM | Show all posts
roy3 posted on 8-11-2013 06:37 AM
Bru nk katajohor di ambang kebangkrapan spt selangorcacai rasis umno mau bersuara x kata ...

mau gak dgr sepatah dua kata dari @Anak_Nogori



Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 06:44 PM | Show all posts
Macam iklan kerajaan bagi free tenaga elektrik kalau guna bawah RM20... ada ka begitu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.133528 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list