CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17010|Reply: 66

Bayi bertukar buaya

[Copy link]
Post time 9-11-2013 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Kisah-kisah seperti lagenda yang membabitkan tentang jelmaan haiwan ada yang menganggap ia sekadar satu cerita dongeng. Kali ini kami mahu berkongsi dengan anda tentang satu cerita yang dipercayai kisah benar. Di mana ia berlaku, tiada sebarang maklumat yang diterima. Terpulang juga pada kita sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya. Kisah ini merupakan seorang bayi yang telah bertukar menjadi seekorbuaya. Apa yang peliknya, buaya ini mempunyai sifat seperti seorang manusia. Ia mahu mandi, menonton televisyen dan sebagainya. Jom layan gambar di bawah ini




Difahamkan, dia tidak suka muka atau kepalanya dipegang. Kecuali, ahli keluarganya sahaja.

Aku nak bercerita pasal pengorbanan seorang ibu. Kisah ini benar, tetapi terserah samada nak letakkan kepercayaan atau tidak. Aku ambil kisah ini daripada seorang teman di Twitter. Begini kisahnya.

Ada seorang ni ada kembarnya dan kembarnya lelaki, manakala dia ini seorang perempuan. Kembar sepasang kiranya masa dalam kandungan ibunya, dan apabila tiba hari nak melahirkan , biasalah dulu-dulukan lahirkan bayi di rumah saja. Tetapi bayinya tiada dan kemudian kelihatannya bidan itu seperti dimasuki sesuatu. Dia seolah olah di rasuk lalu berkata ‘dia akan datang sebagai anakmu dalam masa 3 hari lagi’. Kemudian keadaan bidan itu tidak diketahui, mungkin pengsan selepas itu. Keadaan ibunya pula? Wallahu’alam.

Si kembar bertanya di mana kembarnya seorang lagi? Semua orang ingat gugur sebab darah
keluar banyak sangat ketika itu. Tiga hari kemudian , wanita itu selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang disangkakan gugur itu, tertapi ternyata tidak. Alhamdulillah, bayi lelaki itu dilahirkan sempurna sifatnya seperti manusia biasa. Memang manusia pun.






Seperti yang di janji kan oleh “sesuatu” (yang memasuki tubuh bidan) itu. Hari ke-3, si ibu terkejut melihat seekor anak buaya bersebelahan bayi lelakinya. (Nama kembar dia tak tanya la pulak) Kemudian buaya ini diberi nama Nur Hasanah. Binti ? (Tak tanya bapa dia, hehe) Anak buaya itu dijaga rapi, ditatang bagai minyak yang penuh. Bagaimana dia menjaga si bayi lelaki, seperti itu jugalah layanan yang diberi pada si anak gadisnya (buaya) itu. Hinggalah sekarang, dia berusia 21 tahun. Tapi sekarang, dah lain.Dia hanya makan seminggu dua kali, dan makanannya adalah seeokor ayam yang ditahlil. Ya, ditahlil. Pastikan ayam itu wajib ditahlilkan terlebih dahulu baru dia akan makan. Jika tidak, dia takkan makan dan akan mengamuk. Dia buang air besar/kecil setahun sekali. Wahh senang nak jaga lah ya ! Untunglah.

Kalau dia ingin katakan sesuatu, misalnya, tukarkan cadar, nak makan, nak tonton televisyen atau apa saja, dia akan goyangkan badannya dan jika tiada yang mengerti hasratnya, dia akan masuk ke dalam badan, kemudian setelah hasratnya tertunai, kembalilah dia ke dalam jasad buaya semula. Hairan bukan? Dia masih mempunyai naluri manusia. Tukar cadar? Yaa, dia tidur atas katil. Tonton televisyen? Yaa, dia gemar menonton kata ibunya. Kembarnya? Jalani kehidupan seperti biasa.



Inilah tempat mandinya.





Si ibu membetulkan bantalnya. Dia menggoyangkan tubuhnya, menandakan dia tidak nampak televisyen.

Kini, dia (buaya) itu dijadikan pameran kerana keanehannya dan difahamkan keluarganya mempunyai keturnan Pahlawan Buaya. Kemudian, dia merupakan generasi terakhir. Terserah mahu percaya atau tidak. Allah itu Maha segalanya. Nampak tak, walaupun ibunya mungkin menerima serpihan mulut jahat, tetapi si ibu masih setia menjaga.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2013 12:24 PM | Show all posts
kat mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 01:50 PM | Show all posts
indon caprut ke? salunyer jin salu jelma jd binatang liar neh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 01:51 PM | Show all posts
saka la tu..ape nak di bangga
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 01:53 PM | Show all posts
bila besar kompom jadi boya darat.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 02:30 PM | Show all posts
ctaz posted on 9-11-2013 01:53 PM
bila besar kompom jadi boya darat.......

dah besar pon..umo 21 tahun...tp boya tu katanya si kembar pompuan.. kembar lelaki jadi manusia normal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2013 02:33 PM | Show all posts
Si kembar bertanya di mana kembarnya seorang lagi? Semua orang ingat gugur sebab darah
keluar banyak sangat ketika itu. Tiga hari kemudian , wanita itu selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang disangkakan gugur itu, tertapi ternyata tidak. Alhamdulillah, bayi lelaki itu dilahirkan sempurna sifatnya seperti manusia biasa. Memang manusia pun.


x paham la ayat ni.. si kembar bertanya dimana kembarnya.. lepas 3 hari baru la branak dpt bayi lelaki..
bila masa kembar tu bertnya.. logika nya, baby dlm perut kah bertanya??

dah kata keturunan pahlawan buaya.. apa nak heran, ni mesti saka la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 06:17 PM | Show all posts
Teruk betul cite ni.plot berterabur habis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2013 07:17 PM | Show all posts
adoi ada jua umah yg percaya tue!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2013 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
indon.. mcm2 ler...l
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 02:40 AM | Show all posts
patutlah munder je depa sbb purcaya pada cerita mengarut
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik la... mmg manusia pelik diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 08:17 PM | Show all posts
Spoil betol boya tuh... sayer punyer kucing bela dar bayi xder mk...mmg perangai mcm manusia sikit terikut  sbb dh manusia yg bela... x heran lah dgn boya nih........
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 09:45 AM | Show all posts
iye ke?
percaya bebeno
siap kuning gitu lapiknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 10:04 AM | Show all posts
Citer ada sikit x logik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 10:21 AM | Show all posts
twistiescoklat posted on 11-11-2013 10:04 AM
Citer ada sikit x logik..

Mmg citer ni mcm tak logik. Aku pun susah nak percaya. Tapi hakikatnya mmg terjadi dikampung aku.
Berlaku dlm tahun 70an gitu. Dan citer ini mmg benar2 terjadi.
Bayi yg dilahirkan kembar. Dua2 lelaki. So, masa Tok Bidan lahirkan abg nya "normal" mcm biasa. Tetapi tiba2 yg keluar lagi satu tue buaya.
So, family ni pun jagalah anak buaya tue. Tapi tak lama. Atas nasihat Tok Bidan and org2 tua, keluarga ni lepaskan buaya ni dekat sungai kat kampung. Tapi sekali-sekala abg kembarnya dan ibu akan dtg kat pinggir sungai bagi makanlah....diorg bermainlah. Sekali-sekala kalau abgnya nak tangkap udang....mesti dapat byk. Nanti yg follow pakciknya akan nampak seekor buaya tlg abgnya tangkap udang. So bukan cerita mistik tapi benar berlaku. Terpulang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 10:37 AM | Show all posts
iye ke cite ni??? mcm pelik je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 11:00 AM | Show all posts
Lepaskan je lah buaya tu. kehidupan dia x sama mcm kita walaupun dia dilahirkan kembar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 11:14 AM | Show all posts
macam macam benda pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 11:20 AM | Show all posts
baca bole pecaya jgn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.271893 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list