CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6442|Reply: 5

Kejayaan India melancarkan roket menuju orbit Marikh

[Copy link]
Post time 12-11-2013 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Tepat pada 09.08 waktu GMT hari Selasa 4hb November 2013, India telah berjaya melancarkan roket Polar Satelite Launch Vehicle atau PSLV -XL yang membawa kapal angkasa orbit Planet Marikh yang dikenali sebagai Mangalyaan dalam bahasa Hindi, yang bermakna “kapal angkasa Marikh”.

Pelancaran roket ini dilakukan di Indian Space Research Organisation (ISRO), Satish Dhawan Space Center, Sriharikota,  Tenggara India berhampiran Chennai.



Ini merupakan kali ke 25 tapak pelancaran ini melakukan misi ke angkasa lepas.  Roket PSLV-XL ini mempunyai ketinggian 44 meter dengan berat 700,000 lbs.  Di mana di bahagian atas sekali  diletakkan kapal angkasa orbit planet Marikh dengan enam enjin pembakar bahan api.

Jika kapal angkasa orbit Planet Marikh ini berjaya memasuki orbit Marikh, maka India akan diiktiraf sebagai kuasa keempat selepas Amerika Syarikat (NASA), Rusia (USSR) dan Eropah (ESA) dalam penjelajahan ke Planet Marikh.  Sebelum ini, China (CNSA) telah melancarkan kapal angkasa Yinghuo-1 dengan menggunakan kapal angkasa Rusia Phobos Grunt pada November2011 dan disasarkan akan menghampiri Planet Marikh pada penghujung tahun 2012.

Teknik pelancaran  ini adalah menyerupai Challenger yang dipelopori oleh NASA. Namun demikian ianya gagal untuk menempatkan ke orbit lalu jatuh bersepai di Lautan Pasifik. Jepun (JAXA) juga pernah melancarkan kapal angkasa Nozomi dalam tahun 1998 namun menemui kegagalan.

Setelah 44 minit selepas dilancarkan, kapal angkasa telah berpisah dengan roket PSLV-XL  dan telah berjaya memasuki orbit serta mengembangkan sayap panel solar . Ia merupakan kejayaan pertama dalam misi mengelilingi bumi sebanyak antara enam atau tujuh kali sebelum memasuki orbit Planet Marikh.

India hanya membelanjakan 10% sahaja daripada kos yang biasanya dilakukan oleh pihak NASA atau lain-lain negara dalam misi angkasa lepas ini.Keseluruhan perbelajaan ini cuma US$72 juta  sahaja setelah ianya mendapat kelulusan daripada Presiden India Manmohan Singh pada Ogos tahun 2012 yanglalu.

Ia juga mendapat galakan daripada bekas Presiden India yang terdahulu sebelum Manmohan Singh  iaitu Dr. A.P.J. Abdul Kalam yang merupakan seorang ahli sains angkasa negara India yang ulung. Beliau pernah berkhidmat di Indian Space Research Organisation (ISRO) yang sering mendapat nama jolokan sebagai “Missile Man of India”. Melalui pendekatannya, India telah melonjak sebagai salah sebuah negara yang maju dalam sains angkasa dan pelancaran pelbagai jenis roket balastik dan konvensional.

Walaupun India mendapat kritikan yang hebat kerana membelanjakan wang yang begitu banyak untuk tujuan angkasa lepas ini sedangkan rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan, namun India mempunyai misi yang tersendiri dalam perlumbaan angkasa lepas. Ini melihatkan saingannya di Asia iaitu China begitu bersunguh-sungguh dalam usaha dalam penerokaan angkasa lepas dan pelancaran roket jarak jauh,maka dari segi strategik dan pertahanan, India perlu melakukannya.

Dari sudut ekonomi yang lain pula, India juga menyasarkan industri angkasa lepas akan menjana ekonomi India bagi jangka masa yang panjang. Berdasarkan teknologi pelancaran roket yang murah, India dijangka akan meraih pendapatan sebanyak US$304 billion dalam industri angkasa lepas dunia dalam beberapa dekad akan datang.  

Mengikut statistik, di tahun 2012 sahaja, industri pelancaran satelit dunia mencecah sebanyak US$189.5 bilion.  Kini pelancaran roket untuk menempatkan pelbagai jenis satelit kebanyakkan dilakukan di Baikonur, Kazakhstan atau Guiana Space Centre di French Guiana, sebuah kepulauan di Lautan Atlantik. Selain daripada itu, China, Korea Utara dan Amerika Syarikat juga mempunyai tapak pelancarannya sendiri.

Sejarah penerokaan angkasa lepas India kini telah berusia 50 tahun dan ianya sudah cukup matang dalam teknologi penerokaan angkasa lepas. India menggunakan sepenuhnya ahli sainsnya sendiri dalam pembuatan rokel dan kapal angkasa. Cuma India hanya memerlukan kepakaran teknologi NASA  apabila kapal angkasa initelah menghampiri planet Marikh nanti. Ini memandangkan pada ketika itu nanti sebuah lagi kapal angkasa milik NASA juga dijangka berada di orbit Marikh.



India menggunakan cara alternatif lain yang tidak dilakukan oleh Amerika Syarikat,Rusia, Eropah maupun China dalam pelancaran roket ke Planet Marikh. Bagi negara-negaraini, pelancaran roket di lakukan secara terus untuk keluar dari  orbitbumi  dan  menuju ke orbit Marikh.

Maka ia perlu membawa bahan api yang banyak dan roket yang lebih besar serta tentulah kos yang amat tinggi. Kita boleh lihatkan betapa India mempunyai pandangan yang berbeza daripada pelancaran roket konvensional. Sudah tentu ia akan menjadi pilihan di masa akan datang memandangkan kos yang lebih murah.

Roket PSLV-XL India direkabentuk jauh lebih kecil dan menjimatkankan bahan api.Roket ini memulakan pelancaran roket ke orbit yang lebih rendah.  

Dengan menggunakan 6 enjin pembakar bahan api yang digunakan untuk naik ke orbit yang lebih tinggi. Dalam kejuruteraan pelancaran roket ia dinamakan “HohmannTransfer Orbit”. Oleh sebab itulah pembakaran bahan api tidak banyak digunakan kecuali apabila untuk menukar ke orbit yang lebih tinggi.

Kapal angkasa ini dijangka akan mengeliling bumi sebanyak enam atau tujuh kali dalam orbit yang berlainan dalam bentuk bujur atau dinamakan “hyperbolic trajectory”.

Daripada situ kapal angkasa ini akan menambahkan kecepatan dan akhirnya melonjak ke orbit Marikh.

Pusingan orbit dibahagikan kepada 3 peringkat :

Peringkat 1

Roket PSLV-XL akan melonjakkan kapal angkasa ke dalam orbit yang berbentuk bujur bagi mengelilingi bumi.

Manakala roket kemudiannya akan berpisah dengan kapal angkasa dan jatuh keruang angkasa bumi atau terbakar di atmosfera.

Peringkat 2

Setelah selesai mengelilingi bumi bagi kali yang ke tujuh, maka kapal angkasa akan menghidupkan enjin pembakar bahan api serta memecut secara "tangent trajectory" untuk ke laluan Marikh. Ini dijangkakan berlaku pada 1hb Disember.

Peringkat 3

Jika kesemua enjin pembakar dapat berjalan seperti yang dirancang, maka kapal angkasa ini akan bergerak selama 300 hari atau 10 bulan  dengan jarak perjalanan sejauh 780 juta Km dan bersedia untuk memasuki orbit Marikh pada 24hb September tahun 2014.

Pada ketika itu  enjin pembakar bahan api akan dihidupkan semula  bagi mengurangkan kecepatan bagi membolehkan kapal angkasa “melompat” ke orbit planet Marikh. Mengikut perkiraan astronomi, kini kedudukan Marikh adalah yang paling hampir dengan bumi.

Dari segi teknikalnya, Misi Kapal Angkasa Orbit Marikh atau MarsOrbiter Mission (MOM) ini, akan diletakkan mengeliling bumi dengan jarak orbit paling dekat dipanggil “perigee” sejauh 248.4 Km dan manakala paling jauh dipanggil “apogee” yang sejauh 23,550 Km.

Misi Kapal Angkasa Orbit Marikh (MOM)  telah direka dan dibangunkan oleh Organisasi Penyelidikan Angkasa India atau Indian Space Research Organinization (ISRO) yang terletak di Tenggara India berhampiran dengan Lautan Hindi.  Semasa pelancaran roket ini terdapat dua buah kapal pemerhati yang diletakkan di Lautan Hindi bagi mengawasi operasi pelancaran.

Sebenarnya, MOM adalah kapal angkasa pertama daripada dua kapal angkasa yang dilancarkan pada bulan November ini.  Kapal angkasa kedua adalah milik NASA yang dinamakan Mars Atmosphere and Volatile Evolution Mission atau MAVEN dan dijadualkan dilancarkan pada 18hb November 2013 di Cape Canaral, Florida. Kos perbelanjaan pelancaran misi ini ialah US$671 juta,  hampir10 kali ganda daripada kos MOM.

Misi Kapal Angkasa Orbit Marikh (MOM) hanya mempunyai berat 15Kg dan  dilengkapi dengan lima instumen penting iaitu :

MCM:            Mars ColorCamera yang akan mengambil imej dua biji bulan di Marikh

LAP:             Lyman Alpha Photometer yang akan menyukat buangan hydrogen dan deuterium untuk mengetahui  process kehilangan air di planet

TIS:             Thermal Imaging Spectrometer  akan membuat pemetaan ke atas komposisi permukaan dan bahan mineral.

MENCA:       Mars Exospheric Composition Analyseradalah untuk membuat analisa ke atas komposisi atmosfera Marikh

MSM:           MethaneSensor for Mars adalah untuk menyukat kehadiran gas methane di atmosfera Marikh

Para ahli sains begitu berminat untuk mengetahui sama ada MOM dapat mengesan mana-mana gas methane di atmosfera Marikh untuk dibandingkan dengan analisa yang diperolehi dari ekpedisi  pendaratan ke Marikh oleh NASA Curiosity Rover terdahulu yang mendapati di permukaan Marikh tidak ujud gas methane. Sesungguhnya inilah misi utama MOM dilancarkan.

MOM dan MAVEN dijangka akan sampai ke Marikh pada masa yang hampir sama pada bulan September tahun depan.  Ia akan bekerjasama melakukan ekpedisi bagi merungkai misteri di Marikh. Ini akan ditambah dengan kehadiran sebuah lagi ekpedisi ke Marikh oleh Eropah di tahun 2016 yang  dinamakan ExoMars Trace Gas Orbiter.

MOMdijangka akan terus mengumpulkan maklumat di Marikh selama enam hingga sepuluh bulan atau mungkin juga lebih lama.

Mengapa ekspedisi ke Marikh begitu diminati oleh para saintis ?

Sejarah penerokaan ke Planet Marikh telah bermula sejak tahun 1960 yang dipelopori oleh Amerika Syarikat  dan Soviet Union. Hanya pada tahun 1964, sebuah kapal angkasa Amerika Syarikat Mariner-4 telah berjaya merakamkan21 keping gambar permukaan Marikh dan dihantar ke bumi.   

Pada tahun 1971, kapal angkasa Soviet Union, Mars-3 telah berjaya mendarat di permukaan Planet Marikh.  Ia berjaya menghantar data-data saintifik yang pertama mengenai permukaannya. Kemudiannya pelbagai eksplorasi terhadap planet Marikh semakin rancak dijalankan.



Dikatakan beratus juta tahun yang lalu, keadaan di planet Marikh telah berubah dari “sederhana panas dan basah” kepada “sejuk dan kering”. Ini mungkin disebabkan oleh pelanggaran oleh asteroid yang besar yang menyebabkan ianya berubah paksi bahkan mengubah orbitnya.  Mungkin ini telah mengubah keadaan atmosfera menjadi nipis atau tebal. Secara tidak langsung mengakibatkan planet Marikh menjadi sejuk dan kering.

Maka eksplorasi ke planet Marikh adalah untuk mengetahui sebab-sebab planet itu berubah. Penyelesaian ke atas masalah ini adalah amat penting bukan sahaja untuk kemajuan fundamental sains mengenai evolusi planet bahkan untuk mengetahui potensi bahaya perubahan iklim yang sama mungkin berlaku kepada bumi pada masa dahulu dan akan datang.

Ini kerana planet bumi banyak mempunyai persamaan dengan planet Marikh. Iajuga untuk dijadikan model bagi merungkaikan misteri mengapa kepupusan makhluk binatang di zaman dinasour yang berkemungkinan disebabkan oleh perubahan atmospera.

Daripada data-data yang dikumpulkan oleh pusat penyelidikan Marikh mendapati bahawa ia adalah sebuah planet yang aktif. Ia mempunyai gunung berapi yang terbesar dalam sistem Solar  iaitu dengan ketinggian 27Km dan jurang tebing dengan kedalamannya 10 Km dan panjangnya 5000 Km.

Gambar-gambar terbaru mendapati terdapatnya lurah-lurah yang kemungkinan adalah bekas aliran air yang pernah ujud beratus juta tahun yang lalu.  Ia mungkin juga permukaan bagi takungan air.

Keadaan permukaan yang menyerupai dataran, pemendapan, pembentukan pulau-pulaudan sebagainya.  Ini menjadi kesimpulan bahawa suatu ketika dahulu air pernah ujud di sini. Ia merupakan keperluan asas bagi penghidupan makhluk seperti di bumi.

Namun demikian, apakah keperluan udara iaitu oksigen dengan molekul O2 yang sama untuk bernafas oleh makhlukh di bumi akan terdapat di Marikh. Persoalan juga, jika air dijumpai, apakah komposisi molekul airnya sama seperti H2O yang terdapat di bumi.

Eksplorasi ini juga untuk mencari bukti-bukti kemungkinan ujudnya makhluk atau tumbuhan melalui pencarian di bidang biologi.

Sungguhnya pencarian ini adalah kemajuan terpenting dalam ilmu sains.  

Di samping itu keujudan unsur-unsur logam tertentu yang mungkin menjadi sumber untuk diekploitasi di masa akan datang. Sesungguhnya ia merupakan agenda tersembunyi yang tidak dihebahkan.

Akhirnya,selain daripada bumi, maka planet Marikh adalah planet terdekat dalam sistem solar yang memungkin bagi kehidupan manusia di masa akan datang.  

Maka diharapkan kejayaan MOM dan MAVEN akan memberikan lebih banyak informasi yang diperlukan oleh dunia dalam mengetahui misteri planet Marikh.


Untuk mendapat informasi yang lebih lengkap, sila ke :


Last edited by 4u2Read on 12-11-2013 12:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2013 11:25 AM | Show all posts
nasa pon tak sure aka masih mencari lagi bukti  ,berkenaan ttg kehadiran gas methane di planet mars.
isu ni masih masih misteri aka unclear
warning vry heavy reading material,click if u wan to xplores the enigma on MArs - (methane on Mars)
Strong Release of Methane on Mars in Northern Summer 2003
Michael J. Mumma 1*, Geronimo L. Villaneuva 2, Robert E. Novak 3, Tilak Hewagama 4, Boncho P. Bonev 2, Michael A. DiSanti 5, Avi M. Mandell 5, Michael D. Smith 5

1 NASA Goddard Space Flight Center, Mailstop 690.3, Greenbelt, MD 20771, USA.
2 Department of Physics, Catholic University of America, Washington, DC 20008, USA.; NASA Goddard Space Flight Center, Mailstop 693, Greenbelt, MD 20771, USA.
3 Department of Physics, Iona College, New Rochelle, NY 10801, USA.
4 NASA Goddard Space Flight Center, Mailstop 693, Greenbelt, MD 20771, USA.; Department of Astronomy, University of Maryland, College Park, MD 20742-2421, USA.
5 NASA Goddard Space Flight Center, Mailstop 693, Greenbelt, MD 20771, USA.

Michael J. Mumma , E-mail: michael.j.mumma@nasa.gov

Living systems produce more than 90% of Earth's atmospheric methane; the balance is of geochemical origin. On Mars, methane could be a signature of either origin. Using high-dispersion infrared spectrometers at three ground-based telescopes, we measured methane and water vapor simultaneously on Mars over several longitude intervals in (northern) early- and late-summer 2003 and near vernal equinox 2006. When present, methane occurred in extended plumes and the maxima of latitudinal profiles imply that the methane was released from discrete regions. At northern mid-summer, the principal plume contained ~19,000 metric tons of methane and the estimated source strength (?0.6 kg s-1) was comparable to that of the massive hydrocarbon seep at Coal Oil Point (Santa Barbara, CA).

sos tomato: Martian Methane Reveals the Red Planet is not a Dead Planet
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 01:55 PM | Show all posts
oooo yeke... hebat2 juge orang india ni kan.. kalau kt U aku, kebanyakan indian lecturers mesti terer bab programming/telco/math.... no wonder leh wat roket camni.... tahun ni dijangka sampai...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:29 PM | Show all posts
informative,tq for your info..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 03:03 PM | Show all posts
nice info
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.075668 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list