View: 6048|Reply: 57
|
[Tempatan]
{6} Chow Kit dibersihkan: Pasar ditutup 2 hari!
[Copy link]
|
|
KAKITANGAN DBKL membersihkan keadaan sekitar pasar Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR, 13 November - Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit di sini ditutup selama dua hari bermula semalam bagi membolehkan operasi pembersihan secara menyeluruh dijalankan.
kosmo
p/a bagus la dibersihkan...mesti dah ada tikus besar kucing! Lorong Chow Kit taknak bersihkan ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah berapa kali kena tutup tempat Chow Kit ini, memang najis mengalahkan najis mughallazah lah ini. Sape2 dah melawat sana silalah samak diri kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
chow kit ni ada item yg mahal. especially buah2han. |
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar posted on 13-11-2013 04:36 AM
chow kit ni ada item yg mahal. especially buah2han.
Eww akak, bersih ke buah-buahan itu?
|
|
|
|
|
|
|
|
dah berzaman tempat ni ....baru nak bersihkan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur: “Kami terpaksa berniaga luar biasa supaya dapat menanggung kerugian selama dua hari tidak berniaga mulai esok (hari ini) tetapi demi membersihkan pasar ini kami sanggup bertahan,” kata penjual ayam dan daging, Azlan Sidi, 37, ketika ditemui di pasar Chow Kit, di sini, semalam.
Perkara ini selaras dengan arahan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup Pasar Chow Kit untuk kerja pembersihan pada 1 November lalu.
“Saya dan pekerja lain terpaksa bekerja lebih masa pada hari ini (semalam) supaya stok ayam yang disembelih terjual selain memberi pembekal ayam untuk kegunaan tiga hari.
“Mujurlah DBKL hanya menutup pasar selama dua hari berbanding tiga hari yang diarahkan sebelum ini kerana kami perlu menanggung kerugian yang banyak jika terlalu lama tidak berniaga,” katanya.
Tinjauan Harian Metro mendapati ramai peniaga sudah mula mengemas kedai masing-masing supaya dapat memudahkan kerja pembersihan oleh DBKL yang dilakukan hari ini.
Bagi Ali Rahmat, 53, yang turut menjual ayam, dia menyokong tindakan DBKL menutup pasar berkenaan berikutan keadaan kotor di pasar itu menjadi tempat pembiakan tikus.
“Bagaimana pasar tidak menjadi tempat pembiakan tikus kalau ada penjual ayam yang menyembelih ayam di pasar?
“Kalau boleh, DBKL ambil satu hari dalam setiap minggu untuk membersihkan kawasan pasar yang terlalu kotor kerana ada peniaga yang hanya mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan kebersihan,” katanya.
Bagi Hairul Ahmad, 46, dia akan membeli bekalan makanan selama tiga hari di Pasar Chow Kit memandangkan ia ditutup selama dua hari.
“Saya sudah menjadi pelanggan setia di Pasar Chow Kit kerana harganya lebih murah berbanding di pasar raya, namun kebersihan perlu diutamakan.
“Bagaimanapun, usaha DBKL dalam memastikan Pasar Chow Kit dan kawasan lain bebas haiwan perosak harus dipuji,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Unit Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Hassan Abu Bakar ketika dihubungi berkata, DBKL akan memulakan kerja pembersihan seawal jam 8 pagi ini di seluruh Pasar Chow Kit yang terbabit untuk menghapuskan ‘kota tikus’.
“Jalan Chow Kit tidak akan ditutup semasa kerja pembersihan supaya dapat mengurangkan kesesakan di kawasan itu memandangkan banyak kereta keluar dan masuk,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
eeee..tak suke btol mase lalu kat jln chow kit nie kalo waktu puncak..
tp kalo boleh bersihkan skali PATI yg dok bersepah kat chow kit tu..mcm2 jenis bangsa ada kat situ..
|
|
|
|
|
|
|
|
7,385 tikus ‘huni’ pasar
Kuala Lumpur: Sebanyak 7,385 tikus di Pasar Jalan Raja Bot atau Pasar Chow Kit, di sini, berjaya dihapuskan dalam Kempen 1 tikus 1 ringgit bermula Januari tahun ini sehingga kelmarin.
Perkara itu selaras dengan matlamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membendung pembiakan tikus di sekitar ibu kota di samping menyediakan kehidupan yang selesa bagi penduduknya.
Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, daripada jumlah tangkapan tikus itu menunjukkan keprihatinan pemilik restoran dan penjaja untuk menjaga kebersihan dan menghapuskan rumah tikus yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung.
“DBKL akan meneruskan Kempen 1 tikus 1 ringgit sehingga 2014 dan operasi pembersihan di Pasar Chow Kit sekali setiap bulan bermula Disember ini bagi mewujudkan persekitaran yang moden dan selesa bagi penjaja dan pengunjung.
“Jika penjaja masih berdegil dan tidak menjaga kebersihan, DBKL mungkin terpaksa menutup pasar selama seminggu bagi tujuan pembersihan dan ini pasti akan menyebabkan kerugian lebih besar,” katanya.
Mohd Amin Nordin yang ditemui ketika sidang media Penutupan dan Operasi Pembersihan Pasar Jalan Raja Bot (Chow Kit) turut berkata, kerjasama daripada Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) juga mampu membantu pihaknya membersihkan pasar berkenaan yang kotor dan berbau busuk.
“Kebiasaannya tikus akan mencari kawasan yang kotor dan dipenuhi dengan sampah untuk hidup dan peniaga perlu membuang sampah ke dalam tong yang disediakan untuk mengurangkan masalah ini.
“Sebanyak lapan tong sampah disediakan di tiga kawasan yang berbeza di sekitar pasar supaya dapat memudahkan peniaga membuang sampah makanan dan kini kita akan tambah lagi dua tong sampah berkapasiti 20 tan,” katanya.
Katanya, DBKL juga mengambil peluang untuk menurap dan membaiki jalan di kawasan Pasar Chow Kit sehingga hari ini bagi memberi keselesaan kepada penjaja dan pengunjung.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zin Hassan, pihaknya menyediakan lebih 18 jentera untuk mengangkut sampah daripada Pasar Chow Kit dan menyembur air di kawasan yang sukar dibersihkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup jelah terus pasar tu...pati je yg berniaga...buat tempat parking kereta...kurang sikit tikus |
|
|
|
|
|
|
|
penjual2 yg haram xnak dibersihkan sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
imegresen patut turut serta membersihkan PATI. |
|
|
|
|
|
|
|
eke leeee.. peniaga meroyan.. rugi 2 hari kunun... berniaga pandai, jaga kebersihan pemalas,... tu pun seb baik ada DBKL dok tolong bersihkan area tuh...
idup nak mudah jek peniaga2 cambagus nih... |
|
|
|
|
|
|
|
bila lah agaknya pasar borong selayang tu nak dibersihkan? |
|
|
|
|
|
|
|
nexusys posted on 13-11-2013 07:44 AM
eke leeee.. peniaga meroyan.. rugi 2 hari kunun... berniaga pandai, jaga kebersihan pemalas,... tu ...
yang meniaga jenis pasar ini memang majoriti sampah. kalau pasar malam itu alasannya ada cleaner nanti. di campaknya semua sampah atas jalan saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
ushioz posted on 13-11-2013 07:49 AM
yang meniaga jenis pasar ini memang majoriti sampah. kalau pasar malam itu alasannya ada cleaner n ...
itulah mentaliti bnyk rakyat malaysia...
alasan biasa..'kalo aku tak buang, nanti dorg xde keje plak'...'aku byr cukai, ni la guna duit cukai yg aku byr tu'... |
|
|
|
|
|
|
|
senario ini hanya berlaku dalam negara malaysia dimana pati aman bahagia berniaga. |
|
|
|
|
|
|
|
peniage ni tak turun gotong-royong sekali?... |
|
|
|
|
|
|
|
ushioz posted on 13-11-2013 07:49 AM
yang meniaga jenis pasar ini memang majoriti sampah. kalau pasar malam itu alasannya ada cleaner n ...
Khen, puak2 hamjadah ni mmg stok otak senteng... tapi bilaa kita labelkan camtuh.. sentap woooooooo..... dasar manusia yang patut di filter kan ke negara lain. |
|
|
|
|
|
|
|
baru skrg nk dikuatkuasakan... no wonder la pengotor betul org kat msia ni
pihak berkuasa buat lah tindakan berkala.. keje mcm x pakai otak
xde sistem buang sampah yg efisyen mcm ni la jadinya
ditambah plak dgn akal peniaga yg pengotor termasuk pati2 yg aman bebas kat msia ...
|
|
|
|
|
|
|
|
msia kat stok tong sampah... terima smua warga negara haprak masuk tanpa sekatan |
|
|
|
|
|
|
| |
|