View: 4408|Reply: 11
|
Audi, BMW dan VW ranking 10 terbawah dalam kajian reliabiliti enjin
[Copy link]
|
|
Audi, BMW dan VW ranking 10 terbawah dalam kajian reliabiliti enjin
By AK8 / October 29, 2013
Audi, BMW dan VW ranking 10 terbawah dalam kajian reliabiliti enjin
Menurut satu kajian terbaru oleh Warranty Direct, dikatakan kereta buatan Jerman tidaklah sehebat yang disangka ramai. Warranty Direct telah mengkaji data tuntutan bagi menyusun senarai pengeluar kereta yang memiliki enjin paling “reliable”, dan mendapati bahawa Audi, BMW dan Volkswagen berada di 10 tangga terbawah daripada sejumlah 36 jenama pengeluar kereta.
Malah , satu-satunya firma yang mempunyai kadar kegagalan enjin yang lebih teruk daripada Audi adalah MG Rover. MINI pun tidaklah hebat mana, menduduki tempat ketiga dari bawah , manakala syarikat induknya BMW berada di tangga ketujuh dari bawah. Dan, walaupun memiliki reputasi reliabiliti hebat , Volkswagen hanya mampu berada di tannga kesembilan dari bawah.
Honda berjaya mengalung pingat emas, di mana kajian tersebut mendapati bahawa hanya satu dalam setiap 344 enjin Honda gagal berbanding satu dalam setiap 27 enjin Audi. Toyota menduduki tempat kedua dan Mercedes berjaya mengatasi jenama-jenama senegaranya di tangga ketiga.
Duncan McClure, Pengarah Urusan Warranty Direct, berkata bahawa kegagalan enjin adalah yang perkara paling teruk bagi seseorang pemilik kenderaan, kerana pembaikan seperti ini boleh membawa kepada kos yang sangat tinggi kerana komponen dan masa yang diperlukan untuk membaikinya. Tambahannya lagi, suatu kegagalan enjin pada Range Rover Evoque suatu ketika dahulu, pernah membawa kepada tuntutan tertinggi yang pernah diproses oleh Warranty Direct, iaitu sebanyak £ 13,000.
Bagaimana, apa kata anda? Tidak hairanlah jualan Honda dan Toyota hebat di Malaysia, bukan?
http://www.arenakereta.com/2013/10/29/audi-bmw-dan-vw-ranking-10-terbawah-dalam-kajian-reliabiliti-enjin/
@peYno jgn butthurt........
@AdamBillionaire jgn bangga sgt...!
|
|
|
|
|
|
|
|
article ni tak mengambil kira most countries...Warranty Direct ni kat US..so baper % sgt le org pakai Honda..kalau masuk Asian, Europe and Afrika countries...result dah lain...byk je unreported breakdown not reported kalau pergi kat normal workshop..most good cars ada extended coverage lepas beli..like bmw ada BSRI...so why worry so much kalau ada breakdown... |
|
|
|
|
|
|
|
Dari pengalaman saya, dari lori stewong sampai lah ke kereta. enjinlah benda yang jarang rosak dengan sendirinya. Selalu mesti sebab lain yg trigger enjin rosak mcm owner kereta bingai tak maintain betul2, cooling system gagal berfungsi dan lain-lain lagi.
Satu lagi, kalo tgk Audi, BMW, diorang punya enjin ala-ala perfomance dan selalu menang award engine of the year. Tapi mungkin sbb ala-ala high perfomance, yg buat dia kena jaga lebih kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Proud to be Honda Owner... |
|
|
|
|
|
|
|
Audi, VW, BMW rata-rata pakai high pressure turbo. Mungkin sebab tu tak tahan kut... |
|
|
|
|
|
|
|
TEKNOLOGI KERETA JERMAN TETAP HEBAT....KERETA LAIN JE YANG MENIRU KERETA JERMAN NI...KEBANYAKAN MODEL SEKARANG NI TIRU GAYA AUDI...KENAPA??? |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe tgk cara org tu maintain and memandu juga, so far x de problem pun pakai german cars ni. Not about favoritism, if Japanese and other car makes offer the same level of satisfaction and driving technology, ok je. But at the moment German cars still better. |
|
|
|
|
|
|
|
toyota is my choice |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar2nya after sales untuk VW kat malaysia ni teruk sangat. Ramai merungut. Sampai ada yang cakap, kalau nak beli VW, pastikan ada kereta spare
Tengo kat FB VW Malaysia ni pun cukup menggambarkan masalah ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|