ALOR SETAR, 26 November – Tindakan nekad seorang pengedar dadah menyerang anggota polis dengan dua bilah pedang samurai mengundang padah apabila dia cedera parah selepas ditembak di perut dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, Sungai Tiang, Pendang dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 11.15 malam itu berlaku apabila suspek berusia 26 tahun itu cuba melarikan diri daripada diberkas sepasukan polis yang diketuai Ketua Balai Polis Pendang, Sub Inspektor Ismail Mohamad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya memberitahu, sebaik pintu rumah dibuka, pihaknya terus menahan dua lelaki yang berada di dalam bilik.
Katanya, melihatkan keadaan itu, suspek cuba melarikan diri dengan merempuh tingkap yang ditutup dengan papan lapis sebelum bertindak menyerang polis dengan dua bilah pedang samurai.
“Suspek terus melibas-libaskan pedang tersebut walaupun diarahkan menyerah diri. Polis yang ingin mempertahankan diri kemudian telah melepaskan tembakan yang mengenai perut suspek.
“Pemeriksaan di rumah itu menemui 200 gram heroin dan sebuah motosikal jenis Yamaha curi yang dilaporkan hilang di Ulu Bernam, Selangor,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
p/s jgn bermain pedang, jika peluru takleh tepis...
|