CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2843|Reply: 13

MB Selangor: Lambat kerana berhati-hati

[Copy link]
Post time 26-11-2013 04:34 AM | Show all posts |Read mode
  SHAH ALAM - Selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kritikan terhadap Menteri Besar Selangor tentang pergerakannya yang lambat untuk melaksanakan arahan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan tindakan "lambat" itu kerana berhati-hati dalam  membuat keputusan.

Abdul Khalid juga berkata, untuk melakukan perubahan sikap daripada "lambat" kepada agresif untuk melaksankan arahan telah terlalu lewat. "Baguslah (teguran), ia tiada menjadi masalah. "Tidak, saya sudah terlalu lambat untuk melakukan perubahan.

"Ia bagaimana kita menggunakannya (duit rakyat). Itu adalah duit rakyat, jika kita kehilangan duit rakyat, kesemua perkara yang kita lakukan tidak memberi apa-apa kepada mereka," katanya yang dipetik daripada portal Antarapos, hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan media mengulangi kritikan terhadap  Abdul Khalid. Anwar juga berkata, tegurannya itu dilakukan sebagai seorang sahabat terhadap menteri besar itu.

"Saya banyak mendengar masalah daripada sahabat saya yang lain seperti Azmin Ali, Tian Chua tapi Tan Sri Khalid paling banyak mendengar. "Cuma paling lambat laksanakannya, tapi ini semangat kita, ini cara kita menegur.

"Saya menegur sebagai seorang sahabat, saya tegur dengan memujuknya, tetapi saya tegur untuk dia terus memperbaiki beberapa skru longgar yang patut diperketatkan," katanya.
http://www.sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2013 09:33 AM | Show all posts
dari anuart tu aku lebih percaya Khalid ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 10:37 AM | Show all posts
slow and steady kot..
tp jgn slow sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 10:51 AM | Show all posts
khalid ni bagus....sokong dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 12:40 PM | Show all posts
yanasan21 posted on 26-11-2013 10:51 AM
khalid ni bagus....sokong dia...

amanah rakyat dia pikul tu ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 04:02 PM | Show all posts
Anwar kritik Khalid dua kali, saya berkali-kali, kata Azmin
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
NOVEMBER 26, 2013
Kritikan yang dilemparkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah teguran membina demi kebaikan pentadbiran kerajaan Selangor, kata Mohamed Azmin Ali (gambar).
Timbalan Presiden PKR itu berkata, kritikan yang dibuat Anwar semasa Kongres Khas PKR semalam juga bukanlah bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak berbeza dengan budaya parti pemerintah Umno.
"Dia (Anwar) dua kali, saya dah banyak kali (kritik)," kata Azmin apabila ditemui The Malaysian Insider di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam.

"Teguran ini dibenarkan dalam Islam. Kita disuruh nasihat menasihati bagi perkara bertujuan baik, bukan meruntuhkan, tapi membina kekuatan yang lebih lagi," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, teguran Anwar itu juga adalah untuk memastikan kekuatan yang lebih tinggi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
"Teguran itu satu teguran bertujuan meningkatkan prestasi sistem penyampaian selangor.
"Ia perlu dilihat secara positif untuk kebaikan pentadbiran. Ini penggal kedua, rakyat sudah beri mandat besar sudah tentu harapan mereka untuk memastikan prestasi dan penyampaian itu cukup tinggi," katanya.
Anwar semalam berkata, meskipun Abdul Khalid seorang "pendengar yang baik", beliau bagaimanapun "lambat melaksanakan arahan yang diberikan."
Ketua Umum PKR itu berkata, Abdul Khalid juga banyak tidak mengamalkan apa yang disarankannya.
"Dia adalah seorang sahabat yang paling setia mendengar berbanding pemimpin PKR yang lain. Tan Sri Khalid seorang yang paling patuh mendengar cuma paling lambat laksanakannya kadang-kadang.
"Saya tegur seorang pemimpin dengan perkara yang baik. Saya tegur supaya dia dapat baiki skru longgar sebelum ini," katanya dalam ucapan penutup Kongres Nasional Khas PKR 2013 di Shah Alam semalam.
Sementara itu, Abdul Khalid yang ditemui pemberita semalam tidak mengambil hati terhadap kritikan Anwar, sebaliknya menerima teguran berkenaan secara terbuka.
"Tiada (kecil hati). Baguslah. Saya tak jadi masalah.
"Ia perkara baik kerana nak jelaskan kepada rakyat, kami PR, terutamanya PKR ada perbincangan bagaimana kami mentadbir," katanya.
Abdul Khalid turut menjelaskan "kelewatannya" dalam melaksanakan sesuatu arahan adalah disebabkan sikap berhati-hati dalam mengurus dana rakyat.
"Saya implementor, saya perlu berhati-hati dalam implementasi. Setiap kali saya implement ia perlu berhati-hati. Ia (kritikan) bagus, kami tahu apa kami nak, kami perlu berhati-hati, ia duit rakyat.
"Apa niat baik kami tak menggambarkan apa yang sebenar," katanya.
Semalam, meskipun sindiran itu ditujukan secara terus kepada Abdul Khalid yang duduk berhampiran dengannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tetap memuji pentadbirannya di Selangor yang dilihat dapat mengurangkan pembaziran berbanding kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelumnya.
Anwar berkata, rekod pentadbiran Abdul Khalid lebih baik berbanding menteri besar di negeri lain dan menteri besar sebelumnya di Selangor.
“Bila kita tegur, kita lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor daripada segi kepimpinan, kewangan, agihan dan pembaziran jauh lebih terkawal yang bukan sedikit. Saudara boleh teliti akaun pengurusan ekonomi zaman Umno-BN dan zaman Pakatan Rakyat, perbezaannya terlalu jauh.
“Saya yakin dia tak curi wang, tak ambil balak, tak ambil tanah dan tak khianati amanah. Itu paling besar,” katanya. – 26 November, 2013.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2013 10:54 AM | Show all posts
ts khalid mmg sgt bersih dan amanah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:49 AM | Show all posts
aku suka je khalid ni..bab kerja mmg awesome..
kalu khalid ni masuk mana2 parti dan dilantik jd pemimpin spt jawatan menteri..aku suka je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 12:07 PM | Show all posts
niieza posted on 27-11-2013 11:49 AM
aku suka je khalid ni..bab kerja mmg awesome..
kalu khalid ni masuk mana2 parti dan dilantik jd pem ...

Khir Toyo tak baik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 03:29 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 27-11-2013 12:07 PM
Khir Toyo tak baik ke?

yg tu no komen la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 05:08 PM | Show all posts
niieza posted on 27-11-2013 11:49 AM
aku suka je khalid ni..bab kerja mmg awesome..
kalu khalid ni masuk mana2 parti dan dilantik jd pem ...

dia mentabir Selangor ....Corporate level ....contoh ...member ku kata ...sebelum dia ..MB duku ..bila meeting ...suruh baca ...setipa muka surat laporan ...semua ketua agensi kena buek gitu ...sobab tu satu hari tak habis ...cara Khalid ....dia dah baca dulu ...kemudia akan soal ..tindakan nak diambil ...cara approch...dateline bila selesai....memang masak ..kalau tak siap ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 10:58 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 27-11-2013 05:08 PM
dia mentabir Selangor ....Corporate level ....contoh ...member ku kata ...sebelum dia ..MB duku .. ...

yup betul tu..dan selalu aku dgr...dia x pernah lambat masuk meeting..selalu dia yg agak awal juga..dan dia agak tegas dan adil.
apapun sbg manusia..aku yakin dia juga x lari dr melakukan kesilapan..sbb tu ada org yg x brapa suka kat dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 11:06 AM | Show all posts
niieza posted on 28-11-2013 10:58 AM
yup betul tu..dan selalu aku dgr...dia x pernah lambat masuk meeting..selalu dia yg agak awal juga ...

Hai ..kan dia anak murid ..arwah Tun Ismail Ali ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 11:40 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 28-11-2013 11:06 AM
Hai ..kan dia anak murid ..arwah Tun Ismail Ali ...

oh ya ke..aku xpernah tahu..br skrg aku tahu..thanks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.086555 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list