Mama suka sangat cake rainbow sejak mama tengok cake rainbow ct norlijah!! 7 layers...so mama orderla kat Bisou KLCC. 160 hangggggggg!!!!!!!! tapi memang sedap laaaaaaa........sesapa ada resepi kat sini tulunggg la share!! mama nak coba buat sendiri utk bday hero no 2 nanti!! tak mampo nak beli lagi kat Bisou tuuu....
Mod, mama dah cari tapi tak dak la resepi ni...tulung tulung kongsi kongsikan...
yg mama order tu 7 layers, orange, red, blue, yellow, indigo, purple & green...sodap! sesodap harganya hanggg!!!
Ni resipi saya copy balik. Tak ingat dari blog sapa tak salah dari blog Kak Wan kot.
Untuk topping dalam resipi pakai fresh cream. Tapi Mama leh tukar topping dia pakai samada Italian Buttercream atau Cream cheese ikut sesedap rasa.
Rainbow Cake
Adapted from : Martha Stewart
Translate n convert to gm 4 my own purpose
Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu
serbuk koko secukupnya (K1 tambah)
Topping:
400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)
Loyang 8" di alas dan di gris
Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C. Bakar sehingga habis.
itik_kuning posted on 27-11-2013 05:35 PM
x mampoo nak makan kek mahal2 nih
btw, i pon ingat nk belajar buat rainbow cake weekend nih. ...
ala takpe...mesti ada orang akan makan. Kalau family tak berapa suka makan kek, leh bagi pada jiran2 sebelah / kawan2. At least kita cuba leh tahu camne rasa kek tu