View: 15117|Reply: 120
|
Joe buat 'Havoc' Bukti Mampu Ber'rapping' Melayu! Lirik video kat post #70
[Copy link]
|
|
'Havoc' Bukti Joe Flizzow Mampu Rap Lagu Melayu
Joe Flizzow ingin membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan kini dia muncul dengan album terbaharu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc.
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow terkejut apabila mendapat respons daripada segelintir pihak mengatakan dia tidak tahu menyanyi rap dalam bahasa Melayu.
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, berkata, kerana itu dia ingin membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan kini dia muncul dengan album terbaharu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc dengan menampilkan sebanyak 14 lagu. "Pernah sekali saya ditanya oleh salah seorang peminat 'adakah saya tidak boleh menyanyi rap dalam bahasa Melayu'? Dan ramai lagi bertanyakan soalan sama.
"Sudah tentunya boleh kerana saya berbangsa Melayu. Dan sebagai ingin membuktikannya, saya tampil dengan Havoc," katanya.
Joe ditemui pada majlis pelancaran album Havoc serta persembahan mini di Lust KL, di sini pada Sabtu.
Tambah Joe, dia berharap, menerusi album tersebut, dia dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai kebolehannya berbahasa Melayu.
Joe bersama barisan artis dan komposer yang menjayakan album 'Havoc'.
Havoc merupakan kesinambungan kepada album President yang dilancarkan pada tahun 2009 dengan menampilkan sebanyak 14 buah lagu dengan kerjasama Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin. "Saya percaya bahawa album ini bakal menawarkan sesuatu yang baru dan dinamik kepada hip-hop Malaysia daripada segi bunyi, bahasa dan gaya.
"Lebih-lebih lagi penggunaan bahasa yang saya gunakan adalah bahasa percakapan masyarakat zaman kini, dan ia akan menjadi lebih dekat dengan pendengar," ujarnya.
Dalam pada itu, Havoc turut menampilkan kolaborasinya dengan lagenda rock, Amy Search menerusi lagu takbir Cinta dan penyanyi Indonesia, Datuk Rossa (Katakan).
Selain itu, antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Ucapan Terakhir Presiden, Iller-Iller, Havoc, Untukmu, Baek, Satu Kali, Lu Lari, Kongsi, Aku Tak Kenalmu, Apa Khabar, Air Mata dan Apa Benar.
p/s walau bagaimanapun, aku lebih suka rapping Malique, sebab bahasa yang digunakan agak puitis. tak macam joe kat havoc ni..muzik jer gempak
Last edited by xanderz on 9-12-2013 02:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
havoc tu bahasa melayu kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu havoc best tp aku x phm lirik dia |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 7-12-2013 10:41 PM
havoc tu bahasa melayu kah?
aku pun baru nak tanya mcm tu...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Havoc la sangat kan |
|
|
|
|
|
|
|
Baik la dgr lagu ATUK.....lebih kemelayuan gitew....ATUK ATUK |
|
|
|
|
|
|
|
mgkn ada penggemar lagu ni.. tp bg aku, aku semak bila dengar kat radio tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu 'havoc' ni mcm berserabut je asyik dok ulang2 je lirik yg sama..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok jer lg ni. . Tp bukan lagu zaman aku. . Jd biasa2 je la nk layan |
|
|
|
|
|
|
|
entahla. mungkin budak2 baru nak up feeling urban sukala kot lagu dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Best layan lagu havoc ni... compared to lagu2 eddie hamid |
|
|
|
|
|
|
|
yup, aku pun rasa Malique lebih berbakat dlm menulis lirik.....tgk lirik lagu Bangun Harimau Bangun sudah,sgt bermakna dan bleh menaikkan semangat patriotik dan cintakan negara.......lirik yg sgt mendalam dan puitis yg x mampu Joe buat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih minat lagu2 malique yg puitis |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu omputeh dia tak laku kot...tu yang buat lagu melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak berkenan.... Mata tak padan juling tu. Dulu mmbr aku kemaruk joget kat club masa dia spin, dia tenung sampai tersentil lidah hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach posted on 7-12-2013 11:53 PM
yup, aku pun rasa Malique lebih berbakat dlm menulis lirik.....tgk lirik lagu Bangun Harimau Bangun ...
Malique mmg brain of too phat la... Ape cerita dia skrg ye |
|
|
|
|
|
|
|
lagu melayu tajuk album havoc?
|
|
|
|
|
|
|
|
ladida posted on 7-12-2013 11:01 PM
Baik la dgr lagu ATUK.....lebih kemelayuan gitew....ATUK ATUK
ATUK ATUK lagi melayu dari havoc...mmg layan sgt!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|