Minat menulis? Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM600! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
148368
View
2142
Reply

[Tempatan] Unassisted Homebirth (Kes Kematian Terbaru #1772 pg71)

[Copy link]

Author: juliez       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-1-2014 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by juliez at 4-7-2015 11:22 PM

Part 1 - http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=775291

Kes kedua kematian ibu selepas bersalin dirumah tanpa pengawasan dari qualified medical professional. Arwah memilih bersalin dirumah hanya dgn ditemani oleh suami & doula. Kes menjadi viral di social media selepas adik arwah meninggalkan comment di group GBG (https://www.facebook.com/groups/mygentlebirth/) meminta penjelasan berkenaan kes arwah. Comment adik arwah kemudiannya didelete oleh admin group atas alasan utk mengekalkan hanya positive vibes di dlm group tersebut. Dan ahli2 group lain juga dilarang dari memberi comment yg berkaitan dgn kematian arwah.

Doula yg berada disisi arwah semasa proses kelahiran kemudiannya membuat penjelasan terbuka di dalam her fb profile. Open explanantion oleh doula ini juga telah didelete dari her fb

Comment dari adik arwah
" Sha Fird  The Gentle Birthing Group Malaysia
10 hours ago
Salam..maaf untk sy postkan d cn..sy amat kcw dgn water birth yg di ajar kpd kakak sy..d sbbkan water birth ni la kakak sy Amy Karmila pergi selamanya semalam bertarikh 19/12/13... Beliau amat yakin dgn smua ni smpai sngp pergi ke kelas...tp,apa yg d ajari xsm dgn apa yg d terima...setahu sy arwah ada bgtau uri xkan d potong selepas melahirkan anak..tp,knp mesti potong uri n lepaskan begitu shaja d dlm perut...sdgkan yg jd pemantau semasa proses bersalin adalah slah seorg yg mngajar d kels ni...mohon pencerahan.... "

Penjelasan dari doula
Hayati Muzaffar Amani Doula
Bismillahirrahmanirrahim,

Salam,
Saya minta izin admin GBG untuk membenarkan saya membuat satu-satunya kenyataan rasmi dan penjelasan daripada saya selaku saksi semasa kelahiran bayi mendiang arwah Amy pada Khamis 19 Disember 2013.

Takziah saya ucapkan pada keluarga mendiang atas pemergian beliau menghadap Pencipta semula.

Saya minta saudara muslim sedekahkan bacaan Al Fatihah buat mendiang dan juga doakan keluarga arwah.

Niat dan tujuan saya berkongsi adalah:
1) Tanggung jawab saya sebagai hamba Allah dalam menyampaikan kebenaran dan mengelakkan daripada dosa syirik menyekutukan Allah.

Saya membawa utusan peringatan bagi diri saya dan yang membaca supaya sentiasa sedar dan ingat Allah Maha Pencipta, Allah Maha Berkuasa dan Allah Maha Mengetahui segalanya.

Kelahiran dan kematian kita sudah tertulis di Luh Mahfudz (pre-destiny) dan Allah tinggalkan kita yang masih hidup dengan asbab (reason of death) dan bagi orang-orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat (Judgment Day) akan faham dan redha dengan Qada & Qadr Allah. Jangan pertikaikan mengapa dan kenapa kerana Allah lebih tahu dan Allah sudah tetapkan arwah Amy akan meninggal dunia dalam iman dan syahid kerana melahirkan bayinya. Sepanjang masa saya menemani arwah tak lekang zikir nama-nama Allah sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Wallahualam.

2) Saya ingin mengelakkan anda membuat dosa fitnah kerana menyampaikan maklumat yang salah atau kurang tepat dan mungkin menimbulkan fitnah lebih dahsyat. Sila hormati mendiang arwah dan keluarganya dan sila berhenti daripada membuat spekulasi dan saya hanya pohon kita semua sedekahkan Fatihah dan doakan beliau ditempatkan di kalangan orang beriman dan supaya keluarganya terutamanya anak2nya mendapat banyak keberkatan atas sikap sabar menghadapi ujian Allah ini. Sedangkan saya yang berada di tempat kejadian pon masih ada perkara yang saya tidak tahu. Allah Maha Mengetahui.

3) Atas rasa hormat dan ingin menjaga maruah mendiang dan keluarganya terutama suami arwah daripada spekulasi dan fitnah.
Saya tidak membenarkan sesiapa untuk share atau copy paste status ini di mana-mana sahaja melainkan dengan izin saya.

Kronologi (semua masa bukan disahkan saya kerana saya membelakangkan jam)

Mendiang selamat melahirkan bayi beliau jam 11.30am, bayi dilahirkan bersih dan arwah banyak keluarkan ketulan darah dan lendir.

Sejurus selepas itu, beliau dapat membuat kangaroo care (skin-to-skin) dengan bayi dan makan beberapa biji buah kurma, dan mentahnikkan bayi dan meminum air suam.

Beliau menyusukan bayi dan berbual seperti biasa dan mengadu penat, dan muntah.

Atas permintaan beliau sendiri, tali pusat tidak dipotong kerana arwah ingin melaksanakan Lotus Birth (ini adalah amalan membiarkan tali pusat tertanggal secara fitrah, alami dan fisiologi antara bayi dan uri).

Beliau mengatakan yang dia masih rasa rengat (surges) seperti mahu melahirkan bayi dan kami anggap itu adalah proses kelahiran uri.

Beliau meminta saya mengurut seperti yang saya lakukan sepanjang arwah merasa surges.

Sehingga Azan Zuhur arwah masih berzikir dan merasakan surges dan tidak lama kemudian secara tiba tiba mulut arwah berbuih. Kami (saya dan suami arwah) memanggil namanya tetapi beliau tidak bertindak balas cuma mulutnya kumat kamit dan matanya melilau.

Semasa ini saya mengarahkan suami arwah membuat panggilan kecemasan.

Melalui loud speaker operator kecemasan memberi arahan membuat teknik bantuan kecemasan CPR dan saya lakukan sehingga paramedic tiba lebih kurang 30 minit selepas kami membuat panggilan.

Semasa saya berikan rawatan CPR arwah membuat tindak balas reflex.

Paramedic tiba dan mengambil alih rawatan CPR.

Jururawat Masyarakat memotong tali pusat dan menyerahkan bayi pada saya.

Saya masuk dan ikut sekali membawa bayi bersama di dalam ambulan yang membawa arwah ke hospital Sungai Buloh.

Semasa di dalam ambulans mereka masih memberikan bantuan pernafasan.

Sejurus sampai bayi diserahkan pada Jururawat Masyarakat dan dimasukkan ke Unit NICU.

Saya menunggu di bahagian Rawatan Kecemasan (ER) sehingga arwah disahkan meninggal dan sehingga suami arwah datang dan menyuruh saya pulang.

Sepanjang masa saya berada di Wad Kecemasan dan keluarga arwah juga berada bersama-sama.

Inna lillah hi wa inna ilai hi rojiun.

Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma dan terkilan. Saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua pasangan yang hadir ke kelas saya serta bersangka baik dengan Allah kerana Allah itu Maha Adil dan memberikan sesuatu yang kita ada potensi untuk mengharunginya. Saya masih mencari hikmah dan terkenangkan tanda2 yang mungkin terlepas pandang.

Yang pastinya suami kepada mendiang Amy dan saya telah menunaikan hasrat dan permintaan terakhir arwah untuk melahirkan bayi secara alami di rumah. Saya dijemput datang sebagai doula/sahabat kelahiran/birth companion yang memberi sokongan moral/spiritual at the very last minute dan bukan sebagai pegawai perubatan dan mereka adalah dewasa yang berakal dan atas dasar hormat dan etika doula saya datang memberi sokongan kerana saya percaya dan yakin Allah pilih saya untuk membantu arwah mencapai hasratnya kerana Allah telah mempermudahkan urusan.

Sehubungan itu hujung minggu ini, besok dan lusa (Sabtu dan Ahad 21hb dan 22hb Disember) saya masih meneruskan sesi perkongsian percuma tetapi saya tukar pada majlis terbuka tahlil buat arwah Amy dan juga sebagai forum Q&A supaya memberi peluang bagi sesiapa yang mahu tahu tentang kelas yang saya jalankan dan kelas yang dihadiri mendiang.

Gunakan akal dan kesempatan yang Allah berikan untuk mendapat ilmu. Hentikan spekulasi dan fitnah.

Saya beri peluang bagi sesiapa untuk berjumpa dan dengar daripada saya sendiri apa itu AMANI Birth dan sebagainya.

Cuma saya minta anda datang dengan niat yang bersih, dan senaskhah Yassin untuk dibaca buat mendiang arwah. Bagi peserta yang telah menghantar email untuk mendaftar anda boleh hadir.

Saya hanya akan memberi kerjasama pada pihak atasan dan Hospital dan tidak akan membuat kenyataan atau menjawab sebarang panggilan daripada pihak media atas pengalaman false reporting atau misrepresentation of facts.

Saya juga tidak akan menjawab sebarang PM tentang hal ini lagi daripada orang perseorangan.

Saya tidak dapat menjawap persoalan peribadi seperti kenapa pasangan ini memilih untuk melahirkan anak kedua di rumah dan tidak di hospital seperti anak mereka yang sulung.

Tetapi saya mahu anda fikirkan kenapa ada peningkatan jumlah pasangan yang membuat pilihan melahirkan di rumah?

Apa yang terjadi dan berlaku pada mereka sehinggakan mereka tidak mahu melahirkan di hospital?

Dan bagaimana pihak atasan dan hospital dapat meningkatkan tahap mutu perkhidmatan bagi ibu mengandung dan bakal melahirkan selaras dan sejajar dengan Piagam Global Respectful Maternity Care C 7 Hak-hak Asasi Ibu Mengandung dan bakal Melahirkan supaya tidak ada istilah trauma kelahiran?

Saya masih belajar dan mencari hikmah kenapa Allah pilih saya untuk menemankan arwah dan suami ketika mereka berjuang untuk menyambut kelahiran bayi ini.

Selebihnya saya serahkan pada Allah untuk memberi petunjuk pada yang meminta. Seperti yang saya sampaikan awal tadi, Allah dah tentukan kematian setiap daripada kita sebelum kelahiran kita lagi. Ini peringatan bagi kita yang masih hidup supaya Iqra/Bacalah dan jalani kehidupan dengan menggunakan akal yang Allah berikan dan sentiasa pasang niat yang kita lakukan setiap perkara fi sabilillah.

This is our wake up call. Either we stay asleep OR take this opportunity to be better informed.

We think we are living. But in actual fact every moment spent, we are actually dying or nearing our death.

This is not a grim reminder. It is in fact a kind reminder to re-start a conscious living.

Wallahualam.

Thank you for spending time to read.

Last edited by juliez on 1-1-2014 11:22 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-1-2014 11:15 PM | Show all posts
Edited by juliez at 12-1-2015 05:55 PM

Lagi case unassisted homebirth di Malaysia yg melibatkan kematian ibu/anak

1. Counsellor dies after giving birth at home

2. We want you to be well informed
Last edited by juliez on 1-1-2014 11:30 PM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-1-2014 11:16 PM | Show all posts
Comment / Ulasan / Explanantion dari medical professional & media


1. A Journey Back In Time: Homebirth - Dr Mardiana Kipli
2.
3.

From Media

1. Dont attempt childbirth at home without medical supervision, says expert
The seminars on various pro home-childbirths were often conducted by mothers themselves who had gone through homebirths and believe that every other births should be the same.

As it is unfortunately evident, mothers can die from childbirth, especially one which is assisted by unqualified assistants who have only seen few births, and do not recognise the signs of problems, she said in a press statement yesterday.

2. Is home birth safe? Know the pros & cons
In an email response from Obstetrics & Gynaecologist Dr. Paul Ng Hock Oon, unassisted home births are not recommended by the Ministry of Health (MOH) but home births are allowed under supervision of trained and experienced personnel.

The mother must be pregnant with her 2nd C 5th baby, not carrying multiple babies, has no family history of birth complications, etc., to be able to give birth at home in Malaysia.

Last edited by juliez on 4-1-2014 07:36 AM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-1-2014 11:16 PM | Show all posts
Terms

Unassisted Childbirth (UC)
Unassisted childbirth (UC) refers to the process of intentionally giving birth without the assistance of a medical or professional birth attendant.[1] It is also known as freebirth,[2] DIY (do-it-yourself) birth,[3] unhindered birth,[4] and unassisted home birth.[5]
Unassisted childbirth is by definition a planned process, and is thus distinct from unassisted birth due to reasons of emergency, lack of access to a skilled birth attendant, or other. It is also different from homebirth: while most UCs do happen within the home, planned homebirth usually includes the presence of a midwife or other birth attendant.

Homebirth (HB)
A home birth in developed countries is an attended or an unattended childbirth in a non-clinical setting, typically using natural childbirth methods, that takes place in a residence rather than in a hospital or a birth centre, and usually attended by a midwife or lay attendant with expertise in managing home births.

Birth Plan
The birth plan is a written list of your preferences to be used as a guide for how you would like your labor and delivery to go. As labor can be unpredictable, you may need to deviate from this plan at times during labor - See More: http://healthlibrary.epnet.com/G ... ace&chunkiid=101369

Natural Childbirth (ramai guna term gentle birth for this)
Natural childbirth is a philosophy of childbirth that is based on the belief that women who are adequately prepared are innately able to give birth without routine medical interventions. Natural childbirth arose in opposition to the techno-medical model of childbirth that has recently gained popularity in industrialized societies, and is a childbirth philosophy that attempts to minimize medical intervention, particularly the use of anesthetic medications and surgical interventions such as episiotomies, forceps and ventouse deliveries and caesarean sections.

A woman's definition of 'natural' may range from no intervention at all to birth which includes any intervention deemed appropriate. The application of this philosophy may occur during a physician or midwife attended hospital birth, a midwife attended homebirth, or an unassisted birth.The term "natural childbirth" was coined by obstetrician Grantly Dick-Read upon publication of his book Natural Childbirth in the 1930s, which was followed by the 1942 Childbirth Without Fear - See more: http://en.wikipedia.org/wiki/Natural_childbirth

Hypnobirthing
HypnoBirthing - The Mongan Method, is a unique method of relaxed, natural childbirth education, enhanced by hypnosis techniques, providing the missing link, that allows women to use their natural instincts to bring about a safer, easier, more comfortable birthing in a way that most mirrors nature - See more at: http://hypnobirthing.com.my

Amani Birth
AMANI Birth stands for Assisting Mothers for Active, Natural and Instinctive Birth - See more at: http://www.amanibirth.com/

Waterbirth
Water birth refers to childbirth, usually human, that occurs in water - See more at: http://en.wikipedia.org/wiki/Water_birth

Lotus birth
Lotus birth is the practice of leaving the umbilical cord uncut after childbirth so that the baby is left attached to the placenta until the cord naturally separates at the umbilicus, usually a few days after birth - See more at: http://en.wikipedia.org/wiki/Lotus_birth



Doula
A doula (/ˈduːlə/, also known as a labour coach[1] and originating from the Ancient Greek word Ħύ˦ meaning female slave[2]), is a nonmedical person who assists a woman before, during, or after childbirth, as well as her partner and/or family, by providing physical assistance, and emotional support - See more: http://en.wikipedia.org/wiki/Doula

Last edited by juliez on 2-1-2014 10:45 AM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-1-2014 11:16 PM | Show all posts
Dijemput Doula @cengkerang aka doula Shaheeda Khan (https://www.facebook.com/shaheeda.khan) utk memeriahkan thread.

Next class doula Shaheeda as per pic info utk siapa2 yg nak hadir tu kan. Tuan pny badan tak nak bg info, so i google for u. I pun doc google juga







Lagi sekali nak tegaskan dkt sini. We are not against Gentle birth, Amani, Hypnobirthing whatsoever. We are against UNASSISTED CHILDBIRTH



Last edited by juliez on 1-1-2014 11:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:20 PM | Show all posts
bolehh booking2 lagi space... akak pun nak booking space ni

RESERVED SPACE--------------------
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Reserved space juga.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
BumpIQ posted on 1-1-2014 11:20 PM
bolehh booking2 lagi space... akak pun nak booking space ni

RESERVED SPACE------------------ ...

Akak mau berapa lot ... Reserved cepat2 ... Nanti boleb top ten ... Thread ne pun bakal 100 pages jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:29 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 1-1-2014 11:25 PM
Akak mau berapa lot ... Reserved cepat2 ... Nanti boleb top ten ... Thread ne pun bakal 100 pages  ...

2 lot cukup dah kak... tak baik tamak..
Jom pakat2 klaim space.. tumpang glemer pun takpe lah..

Reserved Space-------------------

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-1-2014 11:33 PM | Show all posts
BumpIQ posted on 1-1-2014 11:20 PM
bolehh booking2 lagi space... akak pun nak booking space ni

RESERVED SPACE------------------ ...


Akak reserved space apa ni?

Tanah lot kubur ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:39 PM | Show all posts
juliez posted on 1-1-2014 11:33 PM
Akak reserved space apa ni?

Tanah lot kubur ker?

reserve VVIP space utk orng mcm akak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:43 PM | Show all posts
bebudak homebird ok je selamat...siap buang buang lg...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
juliez posted on 1-1-2014 11:33 PM
Akak reserved space apa ni?

Tanah lot kubur ker?

Sakit pewut aku gelak guling2 nih weh
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:00 AM | Show all posts
ok, saya kompius! yang meninggal ni apa agamanya? kenapa guna mendiang? tapi ada fatihah yaasin zikir segala?



*atau mungkin saya yang tertinggal basikal?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Parking dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
juliez posted on 1-1-2014 11:16 PM
Dijemput Doula @cengkerang aka doula Shaheeda Khan (https://www.facebook.com/shaheeda.khan) utk meme ...

Hah tlg bukak mata baca kak julez punya highlight pen merah tewww. Jgn nak spin cerita pulak woih
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:04 AM | Show all posts
UC tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:05 AM | Show all posts
uc tu apa?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-1-2014 12:06 AM | Show all posts
imransulaiman posted on 2-1-2014 12:00 AM
ok, saya kompius! yang meninggal ni apa agamanya? kenapa guna mendiang? tapi ada fatihah yaasin ziki ...


Melayu islam. Tapi doula dah terconfuse penggunaan arwah & mendiang


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-1-2014 12:08 AM | Show all posts
flying_cow posted on 2-1-2014 12:04 AM
UC tu apa?


Unassisted childbirth
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:17 AM | Show all posts
kes yg menarik tuk di ikuti..
dr benang lme smpai baru aku baca..
ade jugak terms yg korunk gune tu aku x paham tp blasah jelah
kes ni x jd kes polis ke?trus senyap camtu je ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:18 AM | Show all posts
hahahhaha check in umah baru.. thanks juliezzzzz!!!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-1-2014 12:18 AM | Show all posts
Ladysovereign77 posted on 2-1-2014 12:03 AM
Parking dulu


Tolong tempek info dari rumah lama. Pening la nak cari satu2
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Alloooo...mana cik doula cengkerang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
oo cengkerang tu dula ke
dlm buku what to expect when ure expecting edition 2002, dula tu coach kn? coach pasukan sorak
selenge la doula2 ni penakut spital!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.080198s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list