CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7125|Reply: 47

Koleksi Kenapa Lelaki Curang?

[Copy link]
Post time 8-1-2014 12:33 PM | Show all posts |Read mode



Kenapa Lelaki Curang? Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki walaupun ada juga kaum wanita yang curang. Tetapi kali ini penulis ingin bercerita mengenai kenapa lelaki curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab lelaki berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa lelaki sering curang dengan pasangannya:

1. Merasakan dirinya terlalu hensem.
Merasakan diri terlalu hensem dan over konfiden selalunya terjadi kepada lelaki. Dia merasakan dirinya terlalu hensem apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilan. Harus diingat bahawa muka hensem bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka hensem? Tidak mungkin berlaku jika lelaki itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada wanita yang tidak terlalu memilih lelaki kacak atau hensem untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada lelaki, janganlah terlalu merasakan diri terlalu hensem.

2. Terlalu ego dengan perasaannya

Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang lelaki. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki. Apa yang membezakan seseorang lelaki dengan lelaki lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari wanita lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.

3. Ramai wanita lain menyukainya.
Lelaki akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai wanita lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai wanita lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.


4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.

5. Niat membalas dendam.
Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh wanita juga antara penyebab lelaki membalas dendam. Mereka merasakan wanita patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana wanita. Ada juga penyebab lain menjadikan lelaki berniat membalas dendam kepada wanita antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya kerana wanita lain menggoda ayahnya. Lelaki itu terus menjadi pembenci kepada semua wanita kecuali ibunya sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 12:49 PM | Show all posts
Sebab gatal
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:50 PM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 8-1-2014 04:49 AM
Sebab gatal

yg ni sgt btoi..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 01:26 PM | Show all posts
sebab banyak pilihan barangkali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2014 04:43 PM | Show all posts
senah_tonggek posted on 8-1-2014 12:50 PM
yg ni sgt btoi..hahaha

senak tonggek ko
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 05:09 PM | Show all posts
Apam memang sedap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2014 05:34 PM | Show all posts
berun posted on 8-1-2014 08:43 AM
senak tonggek ko

sbb tonggek ni la ramai laki yang xckup dgn satu..hahah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 09:14 PM | Show all posts
test market!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 11:31 PM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 8-1-2014 12:49 PM
Sebab gatal

hahahhaha..i sokong jugak

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 07:10 PM | Show all posts
4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.


tak kisah la apapun alasan dia tp lelaki nie mmg tak boleh setia pd yg 1..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
purpledesire posted on 14-1-2014 07:10 PM
tak kisah la apapun alasan dia tp lelaki nie mmg tak boleh setia pd yg 1..


Mungkin jugak lelaki ni dicipta boleh menyintai lebih dari seorang wanita serentak dan kalau wanita pulak dia hanya mampu cintai seorang lelaki je dalam satu satu masa... agaknya lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 10:32 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 14-1-2014 08:44 PM
Mungkin jugak lelaki ni dicipta boleh menyintai lebih dari seorang wanita serentak dan kalau wan ...

hahahhahahaa...good statement ni

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 10:35 AM | Show all posts
sebab pompuan lerrr...... kalau aweks atau bini dier bg servis baik punyer dah tentu laki tak cari lain tau... ini tak... kalau yg dah jd bini tu asyik2 bg makan kat laki maggi jer dah tu pakai kat umah mcm nenek kebayan dah tentu laki pun cabut...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 01:18 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 14-1-2014 08:44 PM
Mungkin jugak lelaki ni dicipta boleh menyintai lebih dari seorang wanita serentak dan kalau wan ...

boleh jer kalo dia nak menyintai seorg wanita dlm hidup dia tp masalahnye dia taknak..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 02:39 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 14-1-2014 08:44 PM
Mungkin jugak lelaki ni dicipta boleh menyintai lebih dari seorang wanita serentak dan kalau wan ...

emmm betul.. aku tny sorg laki ni... aku tny nape die curang... die kate sbb dah cinta...
die xleh nk kawal perasaan cinta selain cinta kat bini die sorg kot... ntah x paham aku...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 04:36 PM | Show all posts
fcl29 posted on 15-1-2014 02:39 PM
emmm betul.. aku tny sorg laki ni... aku tny nape die curang... die kate sbb dah cinta...
die xl ...

bodo sgt kan.. cuba bygkan lagi 2minggu nk kawen si laki ckp ada ppuan lain.. ilang akal ke ape? benda sume da siap .. smpai hati!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 09:39 PM | Show all posts
kalo seorang lelaki tu mampu setia pada 2 orang perempuan, adakah itu dipanggil curang..........
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 01:13 AM | Show all posts
tak perlu sebab.. kadang2 memang dah tabiat lelaki mcm tu...




masuk sini sebab gambar minho..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 11:18 PM | Show all posts
saja dia..nak cari atau tambah pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 09:30 AM | Show all posts
xperlu bersebab laaa rs nyer
sj jer nak rasa yang lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049472 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list