View: 6408|Reply: 96
|
[Tempatan]
{4} Polis syarie diwujudkan !
[Copy link]
|
|
25 Januari 2014
Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersetuju menubuhkan polis syarie yang akan ditempatkan di jabatan itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai anggota dan pegawai yang mempunyai ramai profesional berkelulusan agama sama ada Ijazah Lanjutan, Sarjana atau Diploma, “Jadi mereka ditempatkan di JAKIM untuk membantu dalam bidang penguatkuasaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Rasul di Hatiku dan melancarkan penerbitan al-Quran Waqaf dan Ibtisa’ Bertajwid di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.
Turut hadir Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd Zahazan Mohamed, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Hazarudin Baharudin dan perintis al-Quran Waqaf dan Ibtida’ Tan Sro Hassan Azhari.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai penubuhan itu yang dipersetujui bersama kedua pihak.
Dalam pada itu Zahid memberi amaran tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak menyebabkan perpecahan kerana agama, termasuk isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan kristian Katolik.
Katanya, pihaknya tidak boleh berkompromi dalam soal itu kerana ia jelas perbuatan menjejaskan keselamatan negara dan memecahkan perpaduan.-myMetro
p/s syor Polis syarie uniform dorang lain skit...
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak wujudkan polis syarie sedangkan undang2 syarie dengan senang boleh dibatalkan oleh undang2 sivil. Tegakkan undang2 syarie barulah selamat. Lagi satu kalau polis syarie tugasnya setakat menangkap orang beromen dan berzina shj baik takyah buat sebab penduduk atau rela bole buat pencegahan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
so apa function polis nie berbanding pengkuatkuasa... cuma boleh pakai pistol jer k? |
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 25-1-2014 07:16 AM 
Macam mana nak wujudkan polis syarie sedangkan undang2 syarie dengan senang boleh dibatalkan oleh un ...
setuju beb...oreng biaso bolih buwek ...oreng yang bodoh yang undi si montri tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tak ado modal montri ni ...pasai yang tu oreng kampung bulih buwek lah ...JKKKK ...entah apo bonda tu ....kan ado ...
|
|
|
|
|
|
|
|
pertama yg kita kena tanya ialah undang2 apa yg mereka nak kuatkuasakan? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu polisnya ada undang2nya takda itu namanya bangang.. |
|
|
|
|
|
|
|
undang2 syariah perlu ditegakkan terlebih dahulu... |
|
|
|
|
|
|
|
polis yang sediada pun banyak kepincangan..usah kata jabatan ni...jabatan agama islam mcm zakat, haji. pencegah maksiat semua tu bukan telus dalam agama islam sangat...
tak tau nak kata apa lah...
dri sendiri masing2 tak betul ada hati nak tubuh undang2 islam... Last edited by noor2 on 25-1-2014 08:44 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
petola posted on 25-1-2014 08:27 AM 
pertama yg kita kena tanya ialah undang2 apa yg mereka nak kuatkuasakan?
Kata bekas hakim negara, hampir 90% undang2 islam telah dilaksanakan, menjelang perlaksanaan sepenuhnya, maka tersangat eloklah polis syarie diujudkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai membuang masanya.. Kenapala negara ni lama2 jadi mcm negara badut |
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 25-1-2014 07:16 AM 
Macam mana nak wujudkan polis syarie sedangkan undang2 syarie dengan senang boleh dibatalkan oleh un ...
undang2 syarie mana yang boleh dibatalkan oleh undang2 sivil?
|
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 25-1-2014 09:09 AM
undang2 syarie mana yang boleh dibatalkan oleh undang2 sivil?
Sapa kata tak boleh. Tengok kes murtad bila dibawa ke mahkamah sivil. Kes harta pusaka boleh dibawa ke mahkamah sivil. |
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr posted on 25-1-2014 08:59 AM
Alahai membuang masanya.. Kenapala negara ni lama2 jadi mcm negara badut
Ini negara ana yang punya! |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Patih posted on 25-1-2014 07:48 AM 
dah tak ado modal montri ni ...pasai yang tu oreng kampung bulih buwek lah ...JKKKK ...entah apo bon ...
nak tunjuk dia cerdik la..wujudkan jawatan2 yang belum ada sebelum ni...
dia xfikir pun fungsi dan tugas jawatan yang ditubuhkan tu..
yang penting kroni boleh cari makan...
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 25-1-2014 08:41 AM 
polis yang sediada pun banyak kepincangan..usah kata jabatan ni...jabatan agama islam mcm zakat, haj ...
Tugasnya tukangg jaga dosa pahala org.
|
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 25-1-2014 09:41 AM 
Sapa kata tak boleh. Tengok kes murtad bila dibawa ke mahkamah sivil. Kes harta pusaka boleh dibaw ...
apa peruntukan untuk kes murtad dalam undang2 syarie?
apa peruntukan untuk kes harta pusaka dalam undang2 syarie?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|