KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia kini menikmati keadaan cuaca nyaman seperti musim bunga di kota London, United Kingdom apabila suhu di beberapa bandar utama di negara ini turun mendadak berpunca daripada aktiviti matahari yang berkurangan. Keadaan yang berlaku sejak beberapa hari lalu itu menyaksikan suhu di bandar raya Kuala Lumpur turun kepada 25 darjah Celsius berbanding 33 darjah Celsius minggu lalu. Di Kelantan pula, Jajahan Kuala Krai mencatatkan bacaan suhu paling rendah iaitu 17 darjah Celsius berbanding sekitar 29 darjah Celsius bagi suhu maksimum. Ketika diminta mengulas fenomena perubahan cuaca yang jarang berlaku itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Chong Hon Yew berkata, ia berpunca daripada aktiviti matahari yang mempunyai kitaran dalam tempoh 11 tahun dan dikenali sebagai 'Edaran Matahari'. Menurutnya, kali terakhir matahari dikesan melalui proses yang aktif ialah pada tahun 2001.
calling @HUHA
|