Laporan guru tangkap pengedar Bible Melayu adalah palsu, kata exco agama
Di kala keributan pelbagai isu panas antara agama yang berlaku di Pulau Pinang, laporan sebuah akhbar bahawa seorang guru menangkap tiga lelaki kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di negeri itu dipercayai hanya laporan palsu yang tidak berlaku sebenarnya. Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, berkata laporan itu bukan sahaja mengelirukan malah menimbulkan persoalan kerana difahamkan tiada laporan polis dibuat oleh pihak terbabit. Pihak polis juga tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak berhubung pengedaran Bible Melayu kepada pelajar Islam ini.
Laporan ini adalah rentetan provokasi melampau dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini di Pulau Pinang. Provokasi kain rentang, serangan bom api di gereja, di balai polis, kononnya pengedaran bible Melayu, kononnya ancaman ke atas masjid dan terkini penodaan masjid Cherok Tok Kun dengan daging dipercayai khinzir adalah serangan provokasi bentuk baru. Sepenuh: http://www.themalaysianinsider.com/
Bab ini ..poong kantul ....apo lagi pasai ..khutbah jumaat ...
|