View: 3498|Reply: 14
|
SOO WINCCI TIADA MASA BERCINTA
[Copy link]
|
|
Tidak kekok mendampingi dan bekerjasama dengan selebriti cantik ini. Tutur katanya sopan, bahasanya lembut menggambarkan dia seorang yang cukup merendah diri malah fasih berbahasa Melayu tanpa pelat yang ketara seperti mana artis bukan Melayu lain.
Ini membuat dia begitu istimewa di mata ramai peminatnya. Mula dikenali menerusi program Masterchef Selebriti, Soo Wincci kini gigih mengorak langkah untuk memperkenalkan nama dan bakatnya ke pasaran Taiwan. Walaupun semakin dikenali ramai termasuk dikalangan peminat Melayu, namun itu tidak sekali-kali menjadikan dirinya lupa diri memandangkan dia masih mempunyai agenda lain untuk capai.
Dia tidak kisah walaupun harus bermula dari bawah. Bagi Soo Wincci atau lebih mesra dengan panggilan Wincci, setiap kepayahan yang ditempuhi ada cerita, pengajaran dan pengalaman berharga dalam hidupnya. Dia yakin, kepayahan dan pengorbanannya itu berbaloi pada masa depan.
“Saya mahu mencapai sebanyak mungkin kejayaan dalam hidup ini termasuk kerjaya seni dan pelajaran. Saya juga terharu dan berterima kasih kerana bakat serta kerja keras selama ini semakin diterima baik.
Kesan paling ketara selepas program Master Chef Selebriti, saya nampak peminat terutama di kalangan Melayu semakin dekat dengan saya. Mereka banyak memberi kata semangat dan sokongan kepada saya, jadi saya berjanji pada diri untuk buat yang terbaik demi membalas jasa baik mereka menyokong saya,”ujar Wincci yang kini berjaya menarik perhatian peminat Melayu.
Mahu Tawan Taiwan
WincciSelepas tiga tahun menceburi bidang ini, Wincci menyasarkan untuk tembusi pasaran Taiwan dan meluaskan pengaruh di kalangan peminat Melayu di sini. Pada masa sama, dia juga giat menyiapkan tesis untuk PhD di Open University Malaysia (OUM). Katanya, walaupun banyak perkara yang perlu dilakukan serentak namun tidak mustahil. Selagi ada daya dan kemahuan, dia percaya boleh jadi kenyataan.
Bercerita mengenai perjalanan karier di Taiwan yang baru bermula sejak minggu lalu, Wincci berkata, dia perlu berulang-alik dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan kerjaya seni di negara ini.
“Saya dan pengurusan mula merisik peluang di Taiwan sejak 2011. Kini kami sudah memeterai perjanjian dengan wakil di sana. Semuanya masih terlalu awal kerana saya adalah artis baru di sana tetapi respons setakat ini memberangsangkan. Saya mahu mengeluarkan album bahasa Mandarin kerana salah sebuah lagu dalam album itu dipilih sebagai lagu tema drama bersiri di sana (Taiwan),” jelasnya.
Biarpuan sibuk berulang-alik ke Taiwan dan bergelut dengan pengajiannya, tiada yang mampu menghalang bekas Ratu Cantik Malaysia 2008 ini daripada mencapai impiannya. Justeru, selepas mendapat sambutan menggalakkan menerusi single pertamanya berjudul Terus Teranglah menampilkan Joe Flizzow. Penyanyi dan pelakon bertaraf antarabangsa ini terus fokus dan mengorak langkah mempromosikan single keduanya, Musim Asmara, yang turut menampilkan penyanyi tampan, Akim di dalam video klip lagu itu.
Demi merealisasikan misinya itu, Wincci sanggup melabur sendiri sebanyak RM50 ribu untuk menghasilkan klip video berkualiti tinggi setaraf klip video penyanyi antarabangsa. Lagu itu bakal dimuatkan dalam album mininya yang berada di pasaran penghujung 2013.
“Ini MTV saya yang paling mahal di Malaysia. Kosnya tinggi kerana penghasilan video ini menggunakan kamera setanding penggambaran filem. Hasilnya, sinematografi dalam video ini sangat menarik. Selain itu, produksi kali ni boleh dikatakan produksi 1Malaysia. Pengarahnya, Abhilash Chandra berbangsa India, saya (Cina) dan hero saya iaitu Akim, berbangsa Melayu.
“Memang kosnya agak mahal, tapi saya sanggup melakukannya kerana video ini juga sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokong saya. Saya juga berharap sasaran di Youtube nanti boleh mencecah sejuta penonton dan diharap dapat memasuki program klip video popular MTV Asia.”
“Saya mahu mencapai sebanyak mungkin kejayaan dalam hidup ini termasuk kerjaya seni dan pelajaran. Saya juga terharu dan berterima kasih kerana bakat serta kerja keras selama ini semakin diterima baik. Kesan paling ketara selepas program Master Chef Selebriti, saya nampak peminat terutama di kalangan Melayu semakin dekat dengan saya. Mereka banyak memberi kata semangat dan sokongan kepada saya, jadi saya berjanji pada diri untuk buat yang terbaik demi membalas jasa baik mereka menyokong saya,”
Seronok Memasak
Wincci mengakui , dia suka memasak dan mendapat banyak pendedahan melalui program Master Chef Selebriti. Medan masakan sangat mengujakan Wincci, justeru walaupun sibuk memberi tumpuan pada bidang nyanyian dan lakonan serta pelajaran, dia tidak pernah melupakan bidang masakan yang cukup dicintainya kerana menyifatkan memasak ibarat terapi mujarab yang mampu menghilangkan tekanan.
“Saya suka memasak dan sampai sekarang apabila ada waktu terluang, saya buat kek atau makanan lain malah di Taiwan pun saya sanggup sewa dapur untuk memasak. Tempat tinggal saya tak ada dapur, jadi kena sewa untuk memasak kemudian diberi kepada rakan yang ada di sana.
Mulanya, mereka pelik sebab saya suka buat kek yang besar sebab budaya di sana mereka makan dalam kuantiti kecil,” katanya turut mengakui masih solo dan belum mempunyai teman lelaki kerana kesibukannya menguruskan kerjaya seni.
“Saya akui, adakalanya terfikir mengenai cinta dan mahu ada teman lelaki seperti wanita lain. Sayangnya, saya tiada masa untuk bercinta. Setiap hari jadual saya sibuk dengan pelbagai program dan saya memang jenis tak tahu duduk diam. Jadi, buat masa ini saya masih sendiri. Hey…saya memang ada impian mahu berkahwin dengan lelaki yang saya cintai. Jadi, doakan saya dapat buah hati, ya,” ujarnya, ramah.
Soo Wincci
|
|
|
|
|
|
|
|
i love u la soo |
|
|
|
|
|
|
|
amyainsamad posted on 26-2-2014 03:53 PM
i love u la soo
awak ni ikram ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka bangat dgn soo wincci. Sentiasa motivated. U go girl! |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ko xde pakwex
apa yg patut ko katakan ialah ko xde masa utk bercinta
dgn cara yg mcm itu ,ko xkan dicerca ko tu xlaku
esok dah 50 am baru ko akan cari masa utk bercinta
sekarang ko nak cari duit
esok2 duit yg ko cari tu nak dibuat cucuk2 wajah dan juga operate sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
sangat2 suka sama ini amoi
gile rajin, kuat keje, baik ati, tak mendiva
love u winci! |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun dia tak menang MCS session 2..tp dia tetap juara di hati semua..
good luck wincci for ur future undertaking ya |
|
|
|
|
|
|
|
ada rupa nelydia senrose versi cina?? ke aku yg angau ngn nelydia senrose ni? |
|
|
|
|
|
|
|
xnk bercinta, jom la kita berskandal je |
|
|
|
|
|
|
|
follow gak ig dia...mmg bz superwoman |
|
|
|
|
|
|
|
oh abg iqram dinzly....tibe je.... |
|
|
|
|
|
|
|
ape2 pn amoi ni diam2 je buat phd... xla mengharapkan ijazah kehormat.. salut sgt kat cik soo ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya (Soo Wincci) difahamkan masyarakat di sana (taiwan) lebih menunjukkan rasa hormat dan segan terhadap kita apatah lagi saya akan menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD)," katanya. Meskipun sibuk dengan aktiviti seni di Taiwan, dia sempat mencuri masa melanjutkan pengajian PhD dalam jurusan perniagaan di Universiti Terbuka, Kuala Lumpur. - mdigest, 14Nov 2014
- Hebatnya soo wincci. Gigih kerja, gigih sambung belajar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|