CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54837|Reply: 169

KE INDONESIA KE KITA [WAK DOYOK & MYO] -28/07/15 setiap selasa 9.00pm

[Copy link]
Post time 6-3-2014 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mrsrezza at 27-7-2015 12:17 AM

malas nak buka tred baru..sambung sini jelah..musim kedua masih menampilkan myo dan wak doyok yg akan mengembara ke indonesia..macam season 1 (ke korea ke kita) pelbagai game disediakan sepanjang tempoh pengembaraan tersebut...krew produksi je ada berubah skit...azahari tak terlibat kali ni ganti dgn sashnizme dan yg lain2 cam syadan, ahong, zahir gemuk masih kekal...so sama2 nantikan kesengalan wak dan myo dalam ke indonesia ke kita..momod @eddlisa_uyuk boleh ye iols sambung tred lama..




KE INDONESIA KE KITA




DIHOSKAN OLEH:







MYO & WAK DOYOK





KRU PRODUKSI:







AHONG, ZAHIR, SHADAN & SASHNIZME











SELAMAT MENJUYAH DENGAN AMAN DAN TENTERAM

cdt: ig myo & wakdoyok



Last edited by eddlisa_uyuk on 20-11-2014 08:49 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2014 10:27 AM | Show all posts
Idea segar Ke Korea Ke Kita?



SEJAK kebelakangan ini, banyak program berbentuk dokumentari pengembaraan atau travelog dihasilkan oleh produksi-produksi syarikat penyiaran tempatan.
Ia jelas bagi memenuhi kehendak penonton yang gemar merancang perjalanan sebelum mengambil keputusan memilih destinasi percutian.
Perkara-perkara asas seperti jumlah kos perjalanan, pemilihan tempat tinggal, kemudahan mencari restoran halal serta cadangan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati merupakan pengisian utama bagi sesebuah program travelog.
Walaupun berpaksikan dengan tujuan asal yang sama, pihak produksi masa kini begitu pintar dalam mempelbagaikan format program-program yang dihasilkan bagi memberikan variasi menarik buat penonton di rumah.
Menyedari hakikat itu, Primeworks Studios hadir dengan sebuah program travelog tanpa skrip berjudul Ke Korea Ke Kita? yang menjadikan bumi Korea sebagai destinasi pilihan.
Tanpa skrip
Menurut penerbit Ke Korea Ke Kita?, Khairul Adzweri Rosle, 31, idea untuk menerbitkan program itu tercetus apabila pihak TV9 meminta dia dan rakan-rakannya yang lain menampilkan draf awal sebuah program yang dijadualkan untuk disiarkan pada tahun 2014.
Menyedari program travelog pertama terbitannya, Jet Lag mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton, Adzweri sekali lagi memilih rancangan berbentuk serupa yang menerapkan konsep cabaran secara spontan di samping pengembaraan untuk diterbitkan.
"Kami mengetengahkan konsep realiti TV ketika menjalankan penggambaran Ke Korea Ke Kita? di Korea Selatan.



MYO teruja diberikan tanggungjawab mengacarakan program Ke Korea Ke Kita?


"Konsep ini diketengahkan supaya penonton dapat merasai dengan lebih dekat setiap pengalaman yang dialami oleh pengacara program ini.
"Rancangan ini turut bergerak tanpa berpandukan sebarang skrip. Sejujurnya, apa yang dirakamkan di Korea Selatan adalah seratus peratus berlaku scara spontan," katanya yang ditemui di Talent Lounge, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini,
Cetus rasa berani
Konsep unik yang cuba disampaikan oleh produksi tersebut bukan semata-mata mahu mencuri perhatian penonton.
Idea itu dilihat mampu membuka minda orang ramai untuk tidak berasa takut dalam merancang percutian ke sesebuah negara yang mengamalkan cara hidup yang berlainan dengan rakyat di Malaysia.
"Kita bukanlah berada dalam era tanpa teknologi yang memaksa perancangan perjalanan ke sesebuah negara dilakukan secara manual.
"Mungkin suatu ketika dahulu, kita tidak tahu mengenai sesebuah negara itu sehinggalah kita sampai ke sana.
"Kini, segala-segala telah berubah apabila maklumat yang kita inginkan boleh didapati dengan begitu pantas.
"Lagipun dengan kemajuan teknologi kini, setiap telefon pintar dilengkapi dengan kemudahan aplikasi yang sangat membantu dalam merancang perjalanan ke luar negara dengan lebih mudah," katanya.
Ketika ditanya mengenai bantuan teknologi yang banyak membantu mereka sewaktu berada di Korea Selatan, ujar Adzweri lagi, dia banyak bergantung harap dengan aplikasi Whatsapp untuk terus berhubung dengan pihak Organisasi Pelancongan Korea (KTO) di Kuala Lumpur jika terdapat sebarang kesukaran yang dihadapi kumpulan produksi di sana.
"Ketika berada di Pulau Jeju, telefon milik kami telah ditamatkan perkhidmatan sebelum hotel sempat ditempah.
"Pada waktu itu, satu-satunya cara untuk berkomunikasi ialah melalui sambungan internet.




PROGRAM ini membawa penonton meneroka tempat-tempat menarik di seluruh Korea.


"Jadi, kami terus menghubungi kakitangan KTO di Malaysia melalui aplikasi Whatsapp untuk meminta bantuan mereka menghubungi ibu pejabat di Korea Selatan untuk membantu menempah hotel di Pulau Jeju," kata Adzweri yang begitu berbesar hati dengan bantuan yang dihulurkan KTO dalam menjayakan rancangan tersebut.
Selalin aplikasi telefon pintar, Adzewari dan kru turut menggunakan beberapa kemudahan lain termasuklah internet bergerak dan panduan navigasi bersuara (GPS) ketika memandu kereta di sana.
Saingan sihat
Sementara penolong penerbitnya, Mohd. Zahir Zainuddin, 31, berkata, walaupun Malaysia banyak dilambakkan dengan produksi-produksi berbentuk pengembaraan, ia sama sekali tidak memberikan impak yang negatif terhadap penerbitan Ke Korea Ke Kita?.
"Seperti yang kita tahu, banyak program berbentuk travelog dihasilkan setiap tahun.
"Pada pendapat saya, satu saingan sihat dapat diwujudkan jika lebih banyak stesen televisyen tempatan muncul dengan rancangan berbentuk sama.
"Daripada situ, kita dapat menilai dengan lebih mendalam prestasi rancangan terbitan produksi kita dan cuba untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang ada padanya," jelas Zahir yang gemar menonton program travelog indie yang banyak dihasilkan oleh pengguna laman perkongsian video YouTube.
Menyentuh tentang masa depan penerbitan rancangan berbentuk travelog, ujar Zahir, pasaran untuk program seperti ini berkembang dengan pesat dan permintaan daripada penonton juga dilihat cukup memberangsangkan.
"Program-program seperti ini seharusnya terus diterbitkan dengan idea-idea yang lebih segar mengikut peredaran waktu.
"Tidak mustahil suatu hari nanti kita mempunyai saluran pengembaraan dan percutian sendiri seperti yang ditampilkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Britain," katanya.
Pengalaman baharu
Dalam pada itu, menurut pengacara Ke Korea Ke Kita?, Mior Luqman Hakin Lior Mohd. Zain, 27, atau lebih senang disapa Myo, dia bersetuju untuk melibatkan diri dalam rancangan tersebut kerana yakin dengan format dan konsep yang cuba diketengahkan.


JALINAN kerjasama erat antara (dariI kiri) Adzweri, Myo dan Zahir melicinkan proses penerbitan program Ke Korea Ke Kita?.


Tambah vokalis kumpulan Oh Chentaku itu, tidak banyak program seumpama Ke Korea Ke Kita? yang menerapkan elemen-elemen spontan, cabaran serta dialog yang bersahaja sewaktu sesi penggambaran dijalankan.
"Sejujurnya, saya tidak berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pengacaraan.
"Namun, setelah diberitahu mengenai konsep sebenar program ini, saya terus bersetuju untuk mencuba.
"Lagipun, program ini tidak menonjolkan tempat-tempat popular yang mendapat tarikan pelancong sahaja.
"Bagaimanapun, ia turut menampilkan beberapa lokasi menarik yang kurang mendapat perhatian orang ramai," katanya yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Korea Selatan.
Selain itu, Myo memberitahu, banyak perkara baharu yang dipelajarinya sepanjang berada di negara yang kaya dengan tradisi dan ada resamnya itu.
"Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah cara orang-orang di sana menghormati tetamu yang bertandang ke kediaman mereka.
"Tuan rumah akan menuangkan teh ke dalam cawan setiap orang tetamu kecuali cawannya. Ia melambangkan rasa hormat serta nilai murni mendahulukan tetamu pada setiap masa.
"Maka, tetamu yang hadir ketika itu akan membalasnya dengan menuangkan teh tersebut ke dalam cawan tuan rumah," jelas Myo yang teringin untuk mengacarakan program travelog yang berkonsepkan muzik bersama anggota bandnya yang lain.



cdt: kosmo online

Last edited by mrsrezza on 6-3-2014 10:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 10:32 AM | Show all posts
jyeahhhhhhh!!!!!  

thanks sudi memenuhi permintaan iols..

cek in!







Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 10:39 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 6-3-2014 10:27 AM
Idea segar Ke Korea Ke Kita?
SEJAK kebelakangan ini, banyak program berbentuk dokumentari pengembar ...


yes psl tanpa skrip ni la yg buat lg menarik.. spontan!

syahrul danial!!! syahrul danial!! haha
Last edited by amemiya on 6-3-2014 10:45 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 10:53 AM | Show all posts
okay epi 1 KKKK mmg best!..opening jer dh best...zahir n shadan duk berdiskusi pasal host!...


zahir: syahrul danial! syahrul danial!
shadan: ya!
zahir: haaa!..ehh hosts mana hosts???
shadan: aaa..tengah cari lg..
zahir: dua orang
shadan: dua orang?..ookayy
zahir: hans isac ada?
shadan: hans isac busy lah
zahir: foo kok keong?
shadan: dia tgh arrange bunga..(motip sgt arrange bunga..)
zahir: hattan?
shadan: mana boleh hattan!!!
zahir: okay takpe. ko cari je sape2 dua org..
shadan: okay..
zahir: tak boleh kenal each other
shadan: apasal tak boleh kenal each other pulak?..(muka konfius)..
zahir: eh eh..aku nak tengok chemistry dorang macam mana, sillaturahim dorang...(kekwat ko zahir!)..
shadan: sapa-sapa je eh?..
zahir: ha!..KOREA 25 HARI
shadan: okay
zahir: okay power!..thank you!..25 hari tau!..
shadan: muka blurrrr..




okay..pada yg terlepas leh lah tgk epi 1 kat www.tonton.com.my


calling @syue86 maybe program ni leh bantu ko nt utk percutian ke korea..
tp dorang start dr busan - seoul, ko lak dr seoul - busan!..gud luck syue!..


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 10:55 AM | Show all posts
tgk citer ni terus rasa nak pg korea selama 30 hari hihi papepun aku dh jd peminat citer ni dr episode 2, secara tak sengaja tertengok~

citer ni macam nak mempromosikan korea, ada sikit unsur2 macam running man, kena buat task dan dpt reward tp biasanya msti time nak makan kena buat task.

aku paling suka episod yg dorg kena jawab soalan matematik, mmg kelakar gile time tu, leh plak si wak tiru myo padahal tak sama langsung soalan dorg.

tapi kebanyak episod sampai yang paling latest, adalah sgt best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2014 11:02 AM | Show all posts
berharap jika malaysia nk buat running man, sila amik produksi ni..

n kekalkan myo, wak  n tambah iedil..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:19 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 6-3-2014 10:53 AM
okay epi 1 KKKK mmg best!..opening jer dh best...zahir n shadan duk berdiskusi pasal host!...

uih!sama la route die ngan aku
aku busan ke seoul der
weh, tlg dwload kat aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2014 11:21 AM | Show all posts
check in
smgt nih..sbb bln 5 ke korea jgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:22 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 6-3-2014 10:27 AM
Idea segar Ke Korea Ke Kita?
SEJAK kebelakangan ini, banyak program berbentuk dokumentari pengembar ...

ehhhhh
Talent Lounge?
bawah opis aku je weh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:22 AM | Show all posts
amemiya posted on 6-3-2014 11:02 AM
berharap jika malaysia nk buat running man, sila amik produksi ni..

n kekalkan myo, wak  n tambah ...

mohon Malaysia jgn buat Running Man
mesti damage teruk t
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:25 AM | Show all posts
kak su.....
kak lang ada ah tertengok hari tu....
x ingat lah yg tertengok tu episode berapa
sempoi je rancangan ni....
tergelak2 tgk perangai memasing
baru tau yg derang x de skrip....sbb tu lah sempoi je
enjoy tgknya tauuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:27 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 6-3-2014 10:53 AM
okay epi 1 KKKK mmg best!..opening jer dh best...zahir n shadan duk berdiskusi pasal host!...

episode 1 mmg x tgklah.... x sangka masa pilih host pn ada masuk sekali....
wah...best ni....nnt nk tgk lah kat tonton






Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:28 AM | Show all posts
cess posted on 6-3-2014 11:21 AM
check in
smgt nih..sbb bln 5 ke korea jgk

amboiii....g korea eh bln 5 ni




Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:31 AM | Show all posts
moller posted on 6-3-2014 11:28 AM
amboiii....g korea eh bln 5 ni

aha kak lang...tu yg smgt folo cite nih
tak sangka madu bongsu lak bina umh nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:33 AM | Show all posts
syue86 posted on 6-3-2014 11:22 AM
mohon Malaysia jgn buat Running Man
mesti damage teruk t

btol tuuu...cess pon setujuuu...tak leh laa follow..diaorg idea dasat pastu modal ngn penaja kompom besar..
komitmen tu penting ah jgk kan..
kalo nk buat ala2 program mcm gini sile aa cari idea lain kann..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2014 11:35 AM | Show all posts
review tuk epi 1..

sesi memperkenalkan diri..






sepanjang program KKKK ni..shadan akn jd cameraman rasmi myo+wak dlm kereta..




tempat yg dilawati:

1. check in kat HELKOGUESTHOUSE (25000won/nigt/head)..murah giler okay..

2. melawat gamcheon-dong, busan (cutural village)


cabaran:

1. GAME TOLAK KERETA! (team myo+wak vs shadan+zahari)...haha team hosts mng bergaya okay...so team produksi kena rela lah naik van yg dorang x suka tu!..




2. GAME TREASURE HUNT kat gamcheon-dong...myo mng bergaya lg...so myo dpt makan sedap kat cappodacia turkish kebab hs..wak lak kena penalti tuk dpt makan...kena nyanyi sampai krew puas hati..plg best wak nyanyi smpai abes wlu krew dh tepuk tgn...

wak kena penalti nyanyi lg anuar jeng..


3. GAME KASI PUSING ITU PAPAN...sekali lg myo mng bergaya....so wak kena sediakan sarapan utk myo n krew produksi..



p/s: pd yg menonton KKKK ni boleh la buat review utk epi seterusnya....x syok kalo aku je bg review kan!...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:35 AM | Show all posts
cess posted on 6-3-2014 11:33 AM
btol tuuu...cess pon setujuuu...tak leh laa follow..diaorg idea dasat pastu modal ngn penaja kompo ...

terima kasih bersetuju dgn saya
hehehe
klu diorg nak sgt buat RM versi Malaysia
sila tarik dulu RM versi Original shooting kat sini
ni penaja pun xmampu tarik..adui la

RM versi China mmg fail dgr kabarnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 11:40 AM | Show all posts
amemiya posted on 6-3-2014 11:02 AM
berharap jika malaysia nk buat running man, sila amik produksi ni..

n kekalkan myo, wak  n tambah ...

sokong kalo team ni yg buat runningman!...

tapi kalo astro yg buat mmg akan jd ruining man!..

tp dorang nk shoot jetlag2 kan!...so iedil akan kembali menyerang kaca tv nt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 11:44 AM | Show all posts
cess posted on 6-3-2014 11:33 AM
btol tuuu...cess pon setujuuu...tak leh laa follow..diaorg idea dasat pastu modal ngn penaja kompo ...

act, kalo team produksi ni yg buat runningman, insyallah x damage!..

sbb Ahong, zahir n shadan ni pnh buat jetlag 1..kalo dr segi modal x de masalah kot..
sbb utk jetlag n KKKK pon dorang x lokek kuar bajet...

cuma runningman versi malaysia ni konfemlah x leh 100% sama ngn versi asal..
sbbnya apa2 rancangan realiti yg diadaptasi pon mmg akan diubah ikut kesesuaian negara itu...

c.c @syue86
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.096961 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list