NEW YORK – Amerika Syarikat dilapor sedang membangunkan pesawat robot hypersonic bagi tujuan mengintip.
Lockheed Martin dikatakan sudah memulakan kerja-kerja bagi menggantikan pesawat pengintip supersonic sedia ada iaitu Blackbird SR-71.
Pesawat baru tanpa pemandu yang dikenali dengan kod nama SR-72 itu akan menggunakan enjin gabungan turbin dan ramjet.
Ia bagi membolehkannnya mencapai kelajuan Mach 6 atau bersamaan 5,600 kilometer sejam.
Serupa dengan model sedia ada, SR-72 juga akan direka bentuk bersesuaian dengan kaedah pemantauan altitud-tinggi dan mungkin juga akan dilengkapi dengan senjata serangan.
Menurut Lockheed, pesawat berkenaan akan beroperasi sepenuhnya pada 2030.
SR-72 dibangunkan di pusat R&D Skunk Works milik Lockheed Martin di California yang sebelum ini merekabentuk dan membina Blackbird.
Pesawat pertamanya mula beropeasi pada 1964 dan memainkan peranan penting untuk aktiviti intipan Angkatan Tentera Udara AS sehingga 1998.
Ia biasanya boleh terbang setinggi 24,000 meter dan boleh mencapai kelajuan Mach 3.
Marin berkata, SR-72 akan terbang pada ketinggian yang lebih kurang sama namun ia akan terbang dengan lebih pantas.
Dengan kelajuan Mach 6, pesawat itu boleh pergi sejauh 5,500 kilometer atau bersamaan tidak kurang sejam untuk perjalanan dari New York ke London.
yg ckp tu pon xda otak...taw komen je...takut nk kire kelajuan sesuatu jet pon xtahu...yg tahu komen..itulah rakyat malaysia...bercakap pandai dr membuat...takut nk reka bentuk jet pon xpandai lagi...
ada ke org malaysia nie yg pandai buat jet nie....setahu aku org malaysia nie suke bergosip dan kondem je....org malaysia nie hanya tahu pakai ciptaan org lain..
nk kene beli dulu...baru buleh dpt teknologi.....baru buleh jd pandai....nk explore sesuatu pekara...yg org tengah tu mmg xdpt di elakkan...melainkan kite juga dpt komisyen kite suka la...mcmni la..ko tlg jual motor kwn ko..kwn ko nk 3k..pastu ko nk duit lebih ko up la pada 3500...so xda beza la antara org tengah tu ngan penjual motor tu....
dr segi cara pon dah tahu...cara penulisan...dah la...malas k layan sbb benda nie x penting pon...sbb kite bkn berada di situasi org tengah tu,..tp kalau aku..aku pon suke komisyen...hahah