View: 17568|Reply: 131
|
[Tempatan]
{5} Dari 4 burung punai, pepet pilih pepet ! pic
[Copy link]
|
|
6 April 2014
Kuala Lumpur: Naluri wanita ini lebih meminati pasangan sejenis, namun kerana mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dia sanggup berkahwin empat kali pada usia muda sebelum meminta cerai selepas mengikis duit suaminya.
Modus operandi wanita cilik ini sangat licik. Berbekalkan wajah cantik dan tampak sopan dengan bertudung, dia menerima cinta mana-mana lelaki sebelum setuju berkahwin dan menetapkan wang hantaran tinggi.
Ketika peringkat awal perkahwinan, wanita ini menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti biasa. Makan pakai, kehendak batin suami semuanya dijaga sebelum mencari jalan melepaskan diri apabila rumah tangganya mencecah kira-kira setahun, dipercayai dipengaruhi kekasih pengkidnya.
Onar wanita ini didedahkan suami keempatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 32, selepas isterinya melarikan diri dari rumah sejak November lalu.
Menurut Razak, isterinya Aina, 32, menghilangkan diri mengikut teman wanita ketika dia keluar rumah membeli sarapan pagi.
“Pada mulanya, dia menyuruh saya membeli sarapan. Apabila pulang, saya terkejut mendapati dia menghilangkan diri bersama beberapa dokumen penting miliknya.
“Saya menjadi buntu ketika itu kerana tidak tahu di mana mahu mencarinya. Selepas disiasat, rupa-rupanya dia melarikan diri dengan kekasihnya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.
Razak berkata, dia hanya engenali rakan isterinya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri.
Katanya, isterinya membawa rakannya pulang ke rumah dan hanya diperkenalkan sebagai rakan lama.
“Sepanjang setahun perkahwinan kami, saya tidak pernah mengenali rakannya. Hanya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri, baru saya mengenali wanita terbabit. Dia berperwatakan seperti pengkid dan mereka kelihatan akrab.
“Saya menyangka mereka hanya kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa, tetapi sebaliknya pula berlaku. Selepas Aina menghilangkan diri, saya dapati dia dan ‘rakannya’ sering bersama, malah Aina turut memuat naik status dan gambar intim mereka berdua di laman sosial Facebook dan WhatsApp.
“Saya rasa, mereka berdua mempunyai perancangan sendiri. Jika tidak, mengapa isteri saya boleh berkahwin sebanyak tiga kali dalam beberapa tahun ini?
“Firasat saya, kedua-duanya hanya mahu menipu lelaki bagi mendapatkan wang hantaran,” katanya.
Menceritakan sejarah perkahwinannya, Razak berkata, ketika ingin mengahwini Aina pada Mei tahun lalu, dia tidak tahu isterinya pernah berkahwin tiga kali. - myMetro
p/s memilih mengayak dari dihentak...
|
|
|
|
|
|
|
|
RAZAK menunjukkan gambar Aina (kanan) dan kekasih pengkidnya |
|
|
|
|
|
|
|
Harap encik razak x berubah menjadi gayah nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa blurrkan gambar, tunjuk gambar betul biar ramai org kenal..kalau terjumpa ptuihhh kan sekali kat 2 ekor ni...
Kesain kat burung2 punai sekelian, masing tidak dpt menndingi kehebatan burung pipit |
|
|
|
|
|
|
|
Bio betik....kesian laki tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dpt rasa mesti ada statement dr isteri dia yg nk nafikan ape suami dia ckp. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboihhhhh tajuk.........kreatif sesangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengkid jugak dia pilih. Aku nyampah sangat ngan pengkid kat malaysia ni membawa budaya lgbt umngok |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah tgk jumpa pompan bertudung berpeluk
Dgn pengkid |
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 6-4-2014 07:54 AM
Aku penah tgk jumpa pompan bertudung berpeluk
Dgn pengkid
mereka pandai bertakiya
|
|
|
|
|
|
|
|
dari gambar mcm cantek je..macam commel jew |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan zaman sekarang advance giler!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Pengkid tu dah tau mana suis nak sentuh.... mana boleh tinggal.... nanti Gersang... |
|
|
|
|
|
|
|
Astagfirullahalazim....
|
|
|
|
|
|
|
|
ia memang boleh meruntuhkan rumahtangga seseorang...
kerana kejadian sebegini ada berlaku di kalangan kenalan rapat aku juga... |
|
|
|
|
|
|
|
sedap ker mengayak nie? |
|
|
|
|
|
|
|
xde statement dari org lelaki dlm CI ka?
psl pmpn2 cmnila rmai antara org lelaki tk kawin2, psl susah nk cari pmpn buat bini, tau mencekik duit hantaran aja..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengkid tu lebih ensem dari suami..redha je laaa abang razak |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak jauh la kenal manusia gini |
|
|
|
|
|
|
| |
|