CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

[2018] THE MAZE RUNNER TRILOGY [THE DEATH CURE : JAN 2018]

  [Copy link]
Post time 25-1-2018 10:57 AM | Show all posts
iol pn dh tgk mlm td...mmg 2nd cam kureng skit n kalo ada repeat kt tv pn slalu sangkut2 xcam 1st movie..
tp 3rd movie bg iol yg xabis bc buku walaupun buku dh lama beli kt big bad wolf iols sgt suka giler..jln citer clear dh compare to 2nd movie...psl ms 2nd movie sgt blur2 ngan apa yg wicked nk sgt...tp bila msk 3rd movie ni bru nmpak n paham knapa itu n ini..

frenship minho-thomas-newt mmg suprb sgt...mmg xder salah sorang cam xlengkap sgt trio ni...tu psl leh nmpk bila minho dpt lepaskn diri dia trus semngat walaupun time sebelum perasan newt n thomas ambush hosptal (ke?)  cam dh nk mati dh... trus dia kuat n btenaga sgt..tp awat nmpk minho lain skit dlm 3rd movie ni...dia nmpak gemuk skit...

psl yg mati tu mmg sedih giler kot..walau dh ada spoiler kt atas bgtau saper mati bg iol xnk la repeat lg saper yg mati...mmg bebetul kehilangan bila sorang tu mati....rmi nangis dlm wayang time tu wei...

appearance yg dh mati idup semula tu pn xdijangka sgt2...walaupun dia sgt annoying time muda2 tu tp 3rd movie ni nmpk dia cool down skit...tp dia ttp xleh nk masuk dlm trio tu...

1 je iol xpaham naper yg cacat tu smpi nk msnahkan bangunan dlm last city tu...pesal musnahkan trus bangunan tu smpi dh jd debu...

walau byk ckp dlm citer ni tp ttp xrasa ngantuk n bosan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 12:24 PM | Show all posts
Ada sesape dah tgk? Mohon rating hihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 25-1-2018 01:13 PM

Dah tengok semalam. Hari ni nak tengok sekali lagi. Semalam tak boleh fokus sangat (I was too busy staring at Newt's face). Nanti bagi review sebab cerita ni baru keluar, ramai tak tengok lagi. Susah nak bagi review tanpa spoilers

I tak baca buku tapi tau pasal spoilers buku, so, memang dah ready (maze runner setakat ni tak pernah tukar watak2 yang mati, memang diorang  follow buku, cuma cara mati je twist sket)

Overall, better than The Scorch Trials. The Death Cure penuh dengan aksi masa awal2 dan dari tengah sampai hujung, lebih emotional...last movie kan, bittersweet, diorang sengaja kot buat lebih dramatik. Tapi nampak ler muka budak2 ni dah matang. 1st movie diorang shooting 2013, 2nd movie shooting 2014, 3rd ni shooting tahun lepas. Kaya baru je 3-4 bulan lepas bersalin masa shooting tahun lepas)

Ramai jugak penonton lelaki movie ni, agak balance ler)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 03:39 PM | Show all posts
aiseh..kene sediakan tisu la macam nih...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aleesyasofia at 25-1-2018 03:50 PM

iols dah tgk td.. sedih utk movie kali ini.. best sgt.. seronok ada bff yg sggp brsusah senang.. mgajar erti prsahabatan.. tak sgka gally tue hidup.. tp why newt mati?? msti thomas rse brslh sbb heols sbnrnya blh slamatkn newt tp dh trlmbt.. mse tommy bce surt newt tue alahai sebak rseny..

iols tak bce novel nie jd xtau la director mmg follow sme mcm novel atau ade tmbh or ubah pape..

pape pon trbaik movie yg ktiga nie..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:07 PM | Show all posts
Edited by delia3003 at 25-1-2018 10:54 PM

spoilers alert!

Memang elok jugak tau awal2 watak Newt mati dalam buku sebab boleh ready. Tapi memang sedih lah Newt mati, bila dia dah bertukar jadi crank dan tak boleh kawal diri dia dah start nangis dah Part Teresa mati tu pun, masa 1st time tengok tak rasa sangat, tapi 2nd time tengok sedih lah jugak.

Newt memang bukan immune pun kalau ikut buku (dan diorang kekalkan jugak dalam filem), wicked ambik dia sebagai control subject, nak study perbezaan antara yang immune dengan bukan. wicked bagi dia serum masa dia bawah wicked, tapi lepas tu kan diorang lari dari wicked, so, memang dia tak dapat serum, last dia dapat serum masa awal2 The Scorch Trials, dia ada tanya doctor, suntikan apa tapi doctor cakap calcium, vitamin bla bla (dia sorang je kena inject) Tapi takde sorang pun tau dia sebenarnya bukan immune, sampai dia slow2 dapat simptom, so, dia faham sendiri, awal2 dia try sorok dari kekawan dia. Virus ni tersebar melalui udara, so, yang bukan immune memang akan slow2 bertukar jadi crank kalau kena jangkitan (macam tu lah jadi kat Newt, dia infected lepas terdedah kepada virus tu)

Newt mati ada sebab, macam Teresa, dia usaha untuk cari jugak cure sebab dia dah lihat sendiri mak dia sengsara kena jangkitan virus tu masa dia kecik. Begitulah jugak jadi kat Thomas, dia ubah fikiran untuk serah diri dia lepas tengok kawan baik dia mati sebab virus tu (dalam buku dan jugak filem. Walaupun dalam buku, diorang tak jumpa pun cure, Brenda sebenarnya immune tapi filem dia twist sket, diorang dah jumpa cure guna darah Thomas). Ada jugak yang fikir, diorang ni takkan tak buat test guna darah budak2 ni dulu. Masalah nye, bukan nya guna darah macam tu je, ada formula jugak, tu yang diorang tengah usaha. Thomas ni 'golden boy' wicked sebab dia bijak dan special sket, sebab tu diorang ambik Thomas bekerja bawah wicked, so, mungkin la diorang tak pernah test pun guna darah dia lepas tu.

Rasa agak terkilan sket, dah alang2 filem ni ada twist jumpa cure, sepatutnya boleh je nak buat diorang berjaya selamatkan Newt guna darah Thomas,  tapi dalam masa yang sama faham kenapa diorang kekalkan sama macam buku, Newt mati. Last movie kan, diorang tentu nak lebih dramatik sket, dengan matikan major character, orang yang rapat dengan hero dan antara karakter popular, memang lebih meninggalkan kesan kepada penonton. Kira filem ni bukan betul2 happy ending sebab hero terkesan dengan kehilangan 2 orang yang dia paling sayang (Newt dan Teresa, ya, Minho masih hidup, tapi tetap tak sama).


Tapi at least, the golden trio Thomas-Newt-Minho sempat reunited sebelum Newt mati



Sedih giler part voice over surat Newt kat hujung2 tu
"........if i could do it all over again i would”

panjang berjela surat tapi dua ayat last

"You deserve to be happy, Tommy. Thank you for being my friend" (agak special sket sebab Newt sorang je yang panggil Thomas, Tommy)

(baru lepas tengok interview, pengarah filem ni cakap dia simpan surat Newt untuk Thomas sebagai kenangan sebab surat tu Thomas Sangster tulis sendiri)

Newt tak nak Thomas salahkan diri dia, Kalau ikutkan Newt boleh je tunggu untuk dapatkan serum masa diorang seludup masuk wicked, tapi diorang dah kesuntukan masa nak selamatkan Minho, Newt berkeras jugak nak ikut Thomas nak selamatkan Minho walaupun Thomas tak bagi, suruh Newt tunggu untuk dapatkan serum. Mungkin lah masa tu Newt fikir, serum hanya bertahan beberapa bulan je, sampai bila dia nak bergantung dengan serum. So, misi selamatkan Minho lebih penting

Farewell, Newt. You will always be my favorite Newt



nak sambung tengok interview Dylan dengan Thomas masa press tour (suka tengok chemistry diorang on/off camera. Diorang kat luar pun best friend). Tengok diorang gelak2 dan happy boleh hilangkan sedih sekejap lepas tengok filem ni. Dylan ni memang giler2 sket, habis haru biru interviews sebab dia

Masa press tour kat Seoul, Q & A session. Peminat ada tanya Ki Hong, apa perasaan, Newt tinggalkan surat kat Thomas je. Ki Hong jawab dia jeles. Thomas dah rosakkan persahabatan Minho dengan Newt









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2018 10:02 PM | Show all posts
Pasal Gally tu, kalau ikut buku, memang dia tak mati pun, dalam book 3 memang dia ada balik, sama lah jugak movie. Dia sebenarnya masih bernyawa lagi masa kena tinggal tu, puak2 rebellion tu yang jumpa dan selamatkan dia

Newt : I watched you die
Gally : You left me to die

No, Gally. Wicked left you to die
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:06 PM | Show all posts
uwaaa.....so far rebiu agak promising ...
harus iols nonton mobie ni malam esok....

but whyyyyyyyyyyyyyyy .... whyyyyyyy newt should die???
owh nooooooooooo ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 10:08 PM | Show all posts
in wut ever mobie ...
scene bromance antara hero hero .... mmg memberi kesan mendalam as compared to hubungan bff antara heroin heroin ....

cth cam arthur ngan merlin ....

dlm mobie ni lak .. thomas ngan newttt
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:38 PM | Show all posts
Edited by delia3003 at 25-1-2018 10:40 PM
MissNigga replied at 25-1-2018 10:08 PM
in wut ever mobie ...
scene bromance antara hero hero .... mmg memberi kesan mendalam as compared t ...

tenggelam love triangle Thomas-Teresa-Brenda (who?)

memang Thomas-Newt paling popular pun sebab tu diorang memang milking habis-habisan untuk promote filem ni

Dylan O'brien-Thomas Sangster menang best chemistry untuk The Scorch Trials (walaupun rasa macam tak banyak sangat pun interaksi diorang) Patut menang untuk 1st movie



trivia : penulis buku The Maze Runner, James Dashner ada buat cameo tanpa dialog untuk 1st dengan 3rd movie. First movie tu, dia duduk depan sekali sebelah kanan Ava Paige




Pengarah movie ni, Wes Ball, muda lagi, baru dalam 37 tahun macam tu. The Maze Runner ni kira 1st projek filem dia


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 11:44 PM | Show all posts
delia3003 replied at 25-1-2018 09:07 PM
spoilers alert!

Memang elok jugak tau awal2 watak Newt mati dalam buku sebab boleh ready. Tapi me ...

ok tq sgt sbb bg explanation yg detail apa yg meragukan pas tgk smalam...
niat nk bc buku blk tp bz ngan keja so rs mls tu mmg wujud + byk buku yg tgh queue mntak dibaca...heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2018 08:36 AM | Show all posts
sis hagak ralat skit ngape citer ni mcm sekejap je habeh. if u get what I mean. rasa mcm tak puas tgk persahabatan diorg bertiga. sis berpuas hati ngan movie ni sbb tak macam YA lain berpaksikan cinta suci semata-mata, citer ni centered on bromance at the end of the world disulami aksi-aksi mendebarkan.  patutnye last movie ni diorg buat 2 part pun takpe. tp hade yg ckp mmg pelakon die taknak sambung dah sbb faktor usia. newt n minho tu in real life dh kawen hokkay hopefully pasni kalau nk buat YA movies, buatla mcm ni. takyahla buat isu cinta semata2. bosan jugak.

farewell maze runner
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 09:40 AM | Show all posts
Edited by delia3003 at 26-1-2018 09:46 AM
annehuda replied at 26-1-2018 08:36 AM
sis hagak ralat skit ngape citer ni mcm sekejap je habeh. if u get what I mean. rasa mcm tak puas tg ...

Minho (Ki Hong) dan Teresa (Kaya) yang dah kawen in real life. Diorang kawen tahun 2015, Ki hong awal tahun, Kaya hujung tahun (dah jadi ibu pun)

ni tahun lahir diorang

Ki Hong Lee (Minho)-1986. Dalam TDC ni nampak ler muka dia laen dah sket, dan dah makin berisi

Thomas Sangster (Newt)-1990 tapi muka awet muda sangat, tapi dalam TDC ni nampak muka dia matang dah sket, banding dengan 2 filem awal, masa tu cute mute giler. Sebab muka cute dia tu lah asyik dapat watak remaja.

Dylan O'brien (Thomas)-1991

Kaya Scodelario (Teresa)-1992

Will Poulter (Gally)-1993 (kalau korang perasan, dia ni Eustace dalam Narnia, sepupu 4 beradik watak utama tu)

Will dengan Thomas sebenarnya audition untuk watak Newt dan Gally (dua2 sekali). Lepas tu diorang pilih Thomas sebagai Newt dan Will sebagai Gally. Tak dapat bayangkan Thomas sebagai Gally dengan muka cute dia tu

Newt sepatutnya kalau ikut buku, badan sasa dan rambut panjang sket, memang lain ler fizikal kalau dengan movie.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 09:56 AM | Show all posts
baru lps layan marathon 1st & 2nd utk recall balik citer ni..x igt dah...weekend ni wajib tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 10:56 AM | Show all posts
Sempoi gila Sara interview diorang



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 03:05 PM | Show all posts
pelakon2 dlm cite ni tak banyak kontroversikan. maksudnya berlakon okeylah... takdelah mcm adaptasi novel lain.. stress mak tgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2018 11:32 PM | Show all posts
delia3003 replied at 25-1-2018 10:38 PM
tenggelam love triangle Thomas-Teresa-Brenda (who?)

memang Thomas-Newt paling popular pun  ...

exactly sis ...
iols tak feel langsung cinta 3 segi in between thomas - theresa & brenda...
but I feel it so much when it comes to tommy ... newt and min ho and of course .... special bromance relationship antara newt n tommy
masa newt is dying ... min ho teragak agak nak meninggalkan newt n thomas ....
dan tyme newt mati ... frankly spiking .. iar mata iols menitis lebat ...
lagi lagi biler meliat tommy nanges ... uwaaa.... sedeyyyyyyy hokeyyy ...
mujur iols dok sorg sorg next to aisle dan at the other side tak dok org duduk (iols nonton sorg jer hokeyyyy )... so, pedulik apa air mata menitis .. tapi mmg segan nak lepak air mata kat mata ... sebab very obvious org akan perasan yg iols nanges ...
tapi another scene .. masa theresa mati pun .. iols nangis lebat ....
nangis bukan sebab theresa mati ... tapi sedey ngan tommy ... boley gitewww
cian tommy ... dah ar newt mati ... lepas tu theresa lak mati ...
expressi muka tommy biler meliat theresa jatuh ... seolah olah heols dah pasrah sebab heols mmg tak leh nak wat apa apa ...
pandangan heols seolah olah kosong....
last last heols fengsan ... but wut ever is it ... I feel you so much tommy ... I feel you ... time menaip komen ni, iols terimbas kembali scene scene mobie ni ngan air mata menetes

overall .. iols mmg teramat berpuas hati ... dan iols akan pasti menonton balik mobie nie esok
tapi tu ler .. sad ending ... really hope yang newt idup .. lantak ler kalo theresa mati hahaaaaa

iols score mobie ni a perfect 10 out of 10 ....

p/s Gally .... kelako giler ... sayang heols tak ncem ... kalo tak, sure heols mungkin akan menjadi one of the fav character dalam mobie nie ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 11:46 PM | Show all posts
delia3003 replied at 26-1-2018 09:40 AM
Minho (Ki Hong) dan Teresa (Kaya) yang dah kawen in real life. Diorang kawen tahun 2015, Ki hong a ...

teringat lak citer teen wolf ...
one of my favorite tv series some times ago....
also love so much bromance relationship in between dylan ngan watak hero dalam citer tue ...
watak heroin aka gurlfren watak hero dalam citer tu langsung tenggelam....
as what i said earlier .. when it come to bromance relationship in between the heroes ...
watak pompuan dalam citer tu forsure akan menjadi watak yang forgetable

any how ... dylan ni mmg something lerrr ... ngaummmmm sesangat hokeyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 12:51 AM | Show all posts
delia3003 replied at 25-1-2018 09:07 PM
spoilers alert!

Memang elok jugak tau awal2 watak Newt mati dalam buku sebab boleh ready. Tapi me ...

Iols still tak leh nak move on .. so nak sambung komen lagi .. boleyyy hahaaaa....

part tommy baca surat peninggalan newt tu ...
ya Allah ... hati iols terasa bagai kena cucuk hokeyyyy
friendship forever .. till death separate them apart



Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 03:08 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.074636 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list