View: 4001|Reply: 26
|
[Tempatan]
TERKINI: SYABAS longgarkan pelan catuan air
[Copy link]
|
|
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) melonggarkan kesemua peringkat pelan catuan bekalan air di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya buat sementara waktu. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata kelonggaran bagi catuan peringkat pertama adalah kerana pengoperasian semula Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi sejak 30 Mac setelah kandungan ammonia di Sungai Langat berada di paras rendah.
"Bekalan air yang dikeluarkan kedua-dua loji rawatan air tersebut disalurkan oleh pihak Syabas ke kawasan catuan seperti biasa.
"Bagaimanapun syarikat operator kedua-dua loji Puncak Niaga (M) Sdn Bhd memaklumkan bahawa situasi ini belum benar-benar stabil dengan kandungan ammonia yang tidak menentu di Sungai Langat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pelonggaran bagi pelan catuan peringkat ketiga dan keempat pula disebabkan kesemua loji rawatan yang berkenaan menambah pengeluaran air terawat selepas peningkatan aliran air sungai di sekitar kawasan Sungai Selangor.
Pengguna digalakkan melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini pelan catuan bekalan air itu. – Bernama,
|
|
|
|
|
|
|
|
dr mana dtgnye menatang ammonia tu |
|
|
|
|
|
|
|
naina posted on 8-4-2014 11:53 PM
dr mana dtgnye menatang ammonia tu
salah satu punca bertambah nye kandungan ammonia dalam tanah adelah disebabkan sisa buangan/ sampah sarap yg dihasilkan oleh manusia.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kgdangar posted on 8-4-2014 11:59 PM
salah satu punca bertambah nye kandungan ammonia dalam tanah adelah disebabkan sisa buangan/ sampa ...
Ooooo...ingatkan ada org kencing dlm tu.
..
haaaa ... ni mesti air dari pampers buangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sungai puchong tu aku x tau apa nama sungai dkt tol hicom apehal penduduk duk buang dlm sungai pdhal tong sampah penuh spanjang jalan. msykt bodo piang bahlol xreti bhsa ni la punca ramai org laen merana |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dtg dari org dolu-dolu ke suka buang hajat & kambus jahh..?? |
|
|
|
|
|
|
|
dah bukak syabas takde pun status terkini cakap apa yang dilonggar. apa yang dilonggarnya? catuan cam biasa tak berubah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
naina posted on 8-4-2014 11:53 PM
dr mana dtgnye menatang ammonia tu
empangan tu berdekatan dgn tempat pelupusan sisa pepejal kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin posted on 9-4-2014 12:13 AM
dah bukak syabas takde pun status terkini cakap apa yang dilonggar. apa yang dilonggarnya? catuan ca ...
tempat aku tak de dlm senarai, tapi kena catu gak.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejak catuan ni,toilet ofis aku ni dh jd tmpat tidak bertamadun dh. Ade je sisa pepejal. |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor darul sampah
lihat saja sungai klang tu.sakit mata hati
Inikah dinamakan negeri termaju?
Sikap masih pprt buang sampah merata
|
|
|
|
|
|
|
|
naina posted on 8-4-2014 11:53 PM
dr mana dtgnye menatang ammonia tu
berak kentut ada terkandung ammonia
|
|
|
|
|
|
|
|
munchkin posted on 9-4-2014 12:24 AM
kawasan ko kat mana? aku assume ko dah check jadual terbaru ngan update kawasan terbaru.
https ...
TQ munchkin......
|
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian posted on 9-4-2014 12:24 AM
Sejak catuan ni,toilet ofis aku ni dh jd tmpat tidak bertamadun dh. Ade je sisa pepejal.
eee.....gelinya
|
|
|
|
|
|
|
|
Ptutla aku heran.skng hmpir setiap hr hujan
xkn empangan xpenuh2 g
at least dh bole bubar catuan air
rupanya mslh pncemaran xsetel lg |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 9-4-2014 12:27 AM
TQ munchkin......
no problem jaz
|
|
|
|
|
|
|
|
link kat atas tu jadual lama... |
|
|
|
|
|
|
|
Status Terkini Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
SIARAN SEGERA
8 APRIL 2014
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa pada masa ini pihak SYABAS masih melaksanakan Pelan Catuan Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Walaubagaimanapun, pelan catuan bekalan air Peringkat Pertama yang melibat beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah dilonggarkan sedikit berikutan pengoperasian semula LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi sejak 30 Mac 2014 yang lalu selepas kandungan ammonia di Sungai Langat berada di paras yang rendah berikutan hujan yang turun sejak kebelakangan ini. Bekalan air yang dikeluarkan oleh kedua-dua loji rawatan air tersebut telah disalurkan oleh pihak SYABAS ke kawasan catuan seperti biasa. Walaubagaimanapun, syarikat operator kedua-dua loji tersebut iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd telah memaklumkan bahawa situasi ini belum benar-benar stabil dan operasi kedua-dua loji rawatan air ini masih lagi terdedah kepada keadaan paras kandungan ammonia yang tidak menentu di Sungai Langat. Oleh yang demikian, memandangkan situasi ini adalah bersifat sementara, para pengguna di kawasan yang terlibat dengan catuan ini digesa untuk terus berjimat cermat dan membuat simpanan air yang mencukupi dari masa ke semasa.
Dalam perkembangan yang sama, jadual pelan catuan bekalan air Peringkat Ketiga dan Keempat untuk beberapa kawasan yang terlibat di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang turut dilonggarkan disebabkan loji-loji rawatan yang berkenaan telah menambahkan pengeluaran air terawat masing-masing selepas peningkatan aliran air sungai ekoran penurunan hujan di sekitar kawasan Sungai Selangor sejak beberapa hari kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, situasi ini juga bersifat sementara kerana berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) keadaan paras empangan Sungai Selangor masih ditahap yang rendah dan kritikal dan pelepasan air mentah ke sungai masih terus dikawal dan dikurangkan. Sehubungan itu para pengguna di kawasan yang terlibat dengan catuan ini digesa untuk terus berjimat cermat dan membuat simpanan air yang mencukupi dari masa ke semasa.
Selain terus menggunakan air dengan berjimat cermat, para pengguna juga terus diingatkan agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana perbuatan ini akan mengakibatkan pembaziran dan kehilangan/kekurangan lebih banyak bekalan air serta menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Pengguna juga dilarang untuk menggunakan bekakan air dari mana-mana pili bomba kerana perbuatan ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi. Justeru, kerjasama dari para pengguna amatlah diharapkan untuk bersama-sama menjimatkan penggunaan air khususnya pada ketika pelan catuan ini dilaksanakan.
Bagi para pengguna atau mana-mana pihak yang masih belum mempunyai maklumat lengkap berhubung senarai kawasan dan jadual Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat yang sedang dijalankan pada masa ini, maklumat tersebut boleh diperolehi secara terperinci dari laman web SYABAS (www.syabas.com.my). Bagi tujuan yang sama, para pengguna disarankan agar tidak membuat panggilan ke talian bebas tol PUSPEL 1-800-88-5252 pada masa ini kerana panggilan pengguna mungkin tidak dapat menembusi PUSPEL yang sedang berhadapan dengan kemasukan jumlah panggilan yang amat tinggi.
- tamat -
PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar,
Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
**Para pengguna di seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai pertanyaan atau laporan berhubung bekalan air disaran agar menghubungi talian bebas tol (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau hantarkan SMS ke 39222 dengan menaip PUSPEL <jarak> aduan/pertanyaan>, atau emel ke [email protected]. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web web Twitter dan Facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.
kelonggaran guna memo ni je...up to loji kawasan masing2 untuk cepat atau lambatkan masa atau hari catuan... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la.. kesian aku tengok yg kena catu air tu...
sekurang nya kurang la satu masalah....
tak lasakit kepala nk pikir sala air... |
|
|
|
|
|
|
| |
|