CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2511|Reply: 3

[Dunia] Usaha cari MH370 masih rancak

[Copy link]
Post time 9-4-2014 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Usaha cari MH370 masih rancak



PERTH - AUSTRALIA. Usaha pencarian MH370 hari ini masih diteruskan dengan pengelolaan kawasan pencarian yang melibatkan keluasan sebanyak 75, 423 kilometer persegi.

Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Australia (AMSA), lokasi pencarian terletak 2261 kilometer di timur barat Perth.

"Sebanyak 11 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 14 kapal akan dikerah dalam usaha mencari pesawat MH370.

"Sementara itu, kapal ADV Ocean Sheild akan mengusahakan carian di bawah permukaan Laut Hindi di bahagian utara Laut Hindi manakala kapal China Haixun 01 dan HMS Echo akan menguasai carian di bahagian selatan," katanya melalui satu kenyataan yang disiar di laman rasmi JACC, hari ini.

Dalam pada itu, Biro Pengangkutan dan Keselamatan Australia terus mengkaji dan menganalisis kedudukan MH370 melalui data yang diberikan oleh pasukan penyiasatan dari Malaysia, United Kingdom, China dan Australia.




Dua lagi isyarat konsisten dengan kotak hitam


Houston menunjukkan peta lokasi operasi kapal Ocean Shield dan Haixun 01 di Lautan Hindi ketika sidang media di Dumas House, semalam.

PERTH - Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield, mengesan dua isyarat yang  sangat konsisten dengan isyarat dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, isyarat ping pertama bertahan selama dua jam 20 minit, sementara isyarat kedua hanya bertahan 30 minit.

Menurutnya, dua isyarat dikesan sekitar kawasan utara di lokasi pencarian di mana penerbangan pesawat itu dikatakan berakhir.

“Isyarat dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi kedua-dua data perakam penerbangan dan perakam suara kokpit.

“Malah maklumat yang memberangsangkan selama 24 jam lalu ini sangat penting,” katanya dalam satu sidang media di Perth, semalam.

Beliau berkata, petanda-petanda diperoleh sehingga kini sangat positif dan diharap mampu menghasilkan penemuan merungkai kehilangan pesawat MH370 ini.

“Isyarat dikesan itu dianggarkan berada di kedalaman 4,500 meter dan terpaksa mengambil beberapa hari sebelum pakar bertugas dapat mengesahkan isyarat tersebut datang dari MH370,” katanya.

Houston turut menggesa pihak media supaya mengendalikan informasi terkini itu dengan bertanggungjawab dan berhati-hati.

“Kami masih belum menemui sebarang serpihan. Oleh itu, kami memerlukan lebih banyak informasi,” katanya.


28 aset dikerah jejaki MH370

PERTH - Misi menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi pada Selasa diperhebat dengan 28 aset dikerah susulan petunjuk baharu yang dikesan semalam.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan di sini berkata aset membabitkan 11 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal.

Menurut kenyataan itu Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengarahkan pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 77,580 kilometer persegi di kedudukan 2,268 km barat daya Perth.

"Cuaca sepanjang hari ini dijangka baik. Pencarian bawah permukaan air diteruskan hari ini dengan ADV Ocean Shield melakukan operasi di utara kawasan pencarian sementara Haixun 01 dan HMS Echo di bahagian selatan," kata JACC.

Semalam, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.   

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Pencarian dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.


LAMA-lama orang pun bosan dengan MH370. dari sedih jadi lawak bila timbul mcm. lama orang pun x hairan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 06:58 PM | Show all posts
memang  dah bosan dan kes ni memang teramat pelik dalam sejarah...dan mencurigakan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 07:12 PM | Show all posts
tunggu esok bang non nk cerita abis
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 04:24 PM | Show all posts
yasinfi posted on 9-4-2014 06:58 PM
memang  dah bosan dan kes ni memang teramat pelik dalam sejarah...dan mencurigakan

a..ah. bukan bosan apa... cerita sama jer... so.. apa perkembangan terbaru?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060119 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list