View: 2203|Reply: 10
|
[Tempatan]
{1}Tukang cuci longkang tgh kerja pun kena rompak!
[Copy link]
|
|
14/04/2014 11:06pm
KUANTAN - Tiga pencuci longkang warganegara Myanmar disamun dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan sebilah pisau berhampiran sebuah padang dekat Taman Zurina, di sini awal hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner Kanan Datuk Zakaria Ahmad berkata, kejadian jam 9.40 pagi itu berlaku semasa ketiga-tiga mangsa sedang membersihkan longkang berhampiran taman berkenaan.
Katanya, dua suspek yang memakai topi keledar secara tiba-tiba menghampiri mereka, seorang daripadanya mengacukan sepucuk pistol manakala seorang lagi mengacukan pisau ke arah mangsa.
"Berlaku pergelutan di antara mangsa dan dua suspek terbabit dan suspek sempat merampas wang dari ketiga-tiga mangsa sebelum melarikan diri,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa yang tidak cedera dan kerugian RM1,350 itu membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.
"Berdasarkan siasatan awal, kita percaya pistol yang digunakan suspek itu adalah pistol tiruan,” katanya. - Bernama
kosmo
p/s baru dpt elaun ker dorang ?
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. dhle kje cuci longkang je... isk isk |
|
|
|
|
|
|
|
ape kejadahnya..ni mesti kes baru2 nk blajor merompak nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.. Kalau dapat tu hentak je kepala tu. geram betul. Kerja teruk teruk pastu dirampas cam tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap sangat ke makan duit haram? |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter posted on 15-4-2014 01:06 AM
Sedap sangat ke makan duit haram?
Geng dadah kot ni.. tak de benda haram da..
|
|
|
|
|
|
|
|
Perompak dah sesak sangat tu...........janji dapat duit walau pun Rm pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
maja07 posted on 15-4-2014 09:21 AM
Geng dadah kot ni.. tak de benda haram da..
Tula dadah ni bahaya... |
|
|
|
|
|
|
|
Dadah punya pasal..tukang cuci longkang pun kena rompak |
|
|
|
|
|
|
| |
|