CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12641|Reply: 9

Saiz bukan ukuran...

[Copy link]
Post time 24-4-2014 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda dengar rungutan si isteri mengatakan alat kelamin anda kecil, tidak memuaskan dan tidak hebat? Jika ada, bagi saya ia pelik bagi mereka yang berkahwin.

Anda berkahwin dan kini mendapat teguran daripada isteri mengenai saiz anggota kelamin anda. Saya ingin bertanya, adakah saiz anggota kelamin begitu mustahak untuknya, sedangkan itu tidak pernah dibangkitkan atau ditanya ketika dia bersetuju diijabkabulkan dengan anda?
Lagipun, dalam keadaan tidak terangsang, sememangnya anggota kelamin lelaki kelihatan kecil. Jika saiz anggota kelamin menjadi pilihan, saiz yang bagaimana seorang wanita itu inginkan iaitu sebesar mana dan sepanjang mana?

Mengikut ukuran anggota kelamin, ereksi berukuran 12 sentimeter (sm) dan ukur lilit 10 sm adalah saiz untuk kebanyakan lelaki di negara ini. Malah, saiz berkenaan dikira biasa untuk sebilangan besar lelaki Asia.

Dimensi dalaman faraj wanita Asia pula ialah 6 sm sebelum penetrasi. Ketika penetrasi, dimensinya mengembang dua kali ganda.




Untuk wanita yang mempunyai otot lantai pelvis yang kendur selepas bersalin dan tanpa melakukan senaman kemut, dimensi mengembang tiga kali ganda!

Jadi, sukar untuk berasa tusukan zakar, lebih-lebih lagi jika mukosa faraj menghasilkan banyak cecair yang melicinkan gerakan zakar. Mungkin, masalah sebenar yang terjadi apabila anda berdepan situasi terbabit bukan disebabkan saiz dan bentuk zakar tetapi hakikatnya, dimensi faraj yang berubah.

Pernah ada suami bertanyakan soalan ini kepada saya. Namun, dia perlu merujuk kepada isterinya, kenapa sebelum ini dia puas dengan hubungan kelamin dan kenapa pula mahu merungut sekarang?

Wanita yang tidak tahu hakikat ini akan mudah menyalahkan pasangannya. Sepatutnya, ia dirujuk kepada pakar atau doktor dan jangan mendesak sehingga memberi tekanan kepada pasangan.

Pertanyaan seperti ini juga akan membuatkan lelaki menjadi tertekan.

Namun, jika benar si isteri tidak puas dengan saiz zakar anda, ia perlu dibawa berbincang dan mencari kata penyelesaian bagi menjamin keharmonian rumah tangga.

Kajian menunjukkan ada wanita memilih saiz anggota kelamin yang sesuai kerana baginya, saiz besar itu merangsang visual (stimulasi visual) dan ia memberi gambaran suami boleh memberi kepuasan kepadanya.

Selain itu, ereksi yang panjang juga sesuai untuk melakukan apa-apa posisi dan ia tidak mudah terkeluar selain dapat menyentuh bahagian lebih dalam seperti belakang rahim dan serviks.

Jika itu yang isteri pilih, mahu tidak mahu, anda perlu cuba usahakan secara baik, melalui perubatan moden yang baik dan selamat. Di samping itu, si isteri perlu tahu kesihatan pasangannya sungguh mustahak.

Jangan kerana kehendak isteri, suami terjebak dengan rawatan yang boleh membahayakan kesihatannya seperti mendapat suntikan minyak bunga atau kimia peradang ke dalam kulit zakar dengan tujuan menebalkan kulit zakar supaya ukur lilitnya lebih luas dan dapat memenuhi ruang pembukaan faraj.

Kesudahannya, ereksi yang berlaku akan menyakitkan dan kulit menjadi radang. Jadi lebih baik mereka berdua mencari jalan selamat dan sesuai untuk tujuan itu.

Si isteri boleh memantapkan dimensi anggota kelaminnya dengan senaman Kegel (www.kegelexercise) atau mengguna peralatan yang boleh membantunya memantapkan otot lantai pelvis.



Last edited by besballbat on 27-4-2014 12:14 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 10:37 PM | Show all posts
saiz penting,prestasi penting.salah satu kena ada.ada dua sekali bonus 4x ganda..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 10:45 PM | Show all posts
Bekas-bekas awek saya semuanya puas ngan saiz bebird saya. Yang terbaru ni pun dah mula manja dengan bebird saya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 11:25 PM | Show all posts
nak promosi barangan qlimax pun agak2lah..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 07:50 AM | Show all posts
Bod ni aku tengok dah nak mcm peristiwa dunia, astro manjang
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 05:42 PM | Show all posts
motif?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2014 05:26 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 24-4-2014 10:45 PM
Bekas-bekas awek saya semuanya puas ngan saiz bebird saya. Yang terbaru ni pun dah mula manja dengan ...

ku ku ku  krrr kurrr kurr
aaak aaaak aaak
bebird manjer banyak yg saiz tecit-tecit jer




Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 01:33 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 24-4-2014 10:45 PM
Bekas-bekas awek saya semuanya puas ngan saiz bebird saya. Yang terbaru ni pun dah mula manja dengan ...

bebird? kire ko punye kecik gile la ea
ahahahhaa

btw... nanti dekat neraka tolong kirim salam dkt hitler yow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 04:46 PM | Show all posts
perempuan yg dah merasa big bird BB besar, bila kahwin kalau laki dia BB kecil sure pandai makan luar cari BB besar....siap tukar tukar jantan lagi tu sampai dia jumpa BB yg paling besar yg dia pernah jumpa....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 01:12 AM | Show all posts
Size memang problem kalau kecil..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050839 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list