CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

[Copy link]
Post time 28-4-2014 09:56 AM | Show all posts
jeng jeng jeng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2014 01:50 PM | Show all posts




Asap gini?








Kalau tak sesuwai iols delete..... Last edited by Nicki_Meow on 28-4-2014 01:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 01:52 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-4-2014 01:50 PM
Asap gini?

hahaha...good one! ..ok gak rupa asap tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 08:02 PM | Show all posts
ni kena letak amaran ni, tak boleh baca lewat malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 11:04 PM | Show all posts
bianglala posted on 28-4-2014 08:02 PM
ni kena letak amaran ni, tak boleh baca lewat malam.

boleh je baca mlm2..bru ada feel..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 11:52 PM | Show all posts
TINGKAH Kudin dan sahabatnya yang lain diperhatikan oleh gadis kebaya merah tadi. Dia sengaja berpatah balik ke tempat itu. Sebenarnya tadi pun dia ingin ke rumah Mak Jemah tapi terserempak pula dengan lelaki yang ada iras pelakon hidustan itu..Shaheed Kapoor. Dia senyum, pertama kali jumpa lelaki itu, hatinya berdetak..kacak juga mamat ni tapi dia tidak boleh layan kata hatinya. Dia mesti dahulukan rancangannya dan tujuannya ke kampung Pinang Patah itu. Itu tugas yang perlu dilaksanakan. Arahan dari pihak atasan. Penyamarannya juga tidak boleh terbongkar selagi kes yang sedang disiasat itu tidak selesai.

"Hmm...apa yang dia orang nampak kat rumah tu?" Gadis berkebaya merah itu turut mengintai rumah Mak Jemah di sebalik pokok kelapa. Memang kawasan kampung itu agak gelap. Hanya diterangi cahaya lampu gasolin dari anjung rumah penduduk yang berdekatan saja. Rumah Mak Jemah pun agak gelap. Dia mula beredar dari situ bila melihat Kudin dan kawan-kawannya sudah mula ingin beredar.


KUDIN mula bangun. Asap yang dilihat tadi sudah ditiup angin malam dan hilang lenyap dalam kegelapan malam. Chad dan Jai masih membatu di situ. Senah pula turut berdiri sebelah Kudin.

"Tak ada apa pun...asap tu dah hilang. Pelik aku, apa yang orang tua tu buat?" Chad turut bangun.

"Ha'ah la..apa kaitan asap tu dengan karung guni tu?" Jai menyampuk. Dia tampar pipinya yang digigit nyamuk.

"Itu tandanya Mak Jemah tu tengah perasap kemenyan.." Senah mula menelah sendiri.

"Ish! Minah sengal ni. Pandai je buat andaian sendiri." Chad jeling.

"Senna teka je, yang abang Chad nak marah ni kenapa?" Senah jeling. Meluat tengok Chad yang dari tadi tidak senang dengan kehadirannya di situ.

"Jomlah kita balik. Nyamuk banyak ni, karang tak pasal pulak kena denggi. Tak nak aku..aku belum kahwin lagi ni." Jai menampar sekali lagi pipinya yang digigit nyamuk.

"Alah..abang Jai ni macam pompuan la." Senah sengih.

"Yang kau ikut kita orang ni kenapa? Kau tu pompuan, dah la malam-malam macam ni, tak takut ikut kita orang yang maskulin ni?" Chad sengih.

"Apa nak takut? Senna dah biasa." Senah pegang lengan Kudin.

"Tu..pegang-pegang tu, malam-malam ni, jangan percaya sangat kat kita orang ni. Kita orang ni bukannya malaikat..silap hari bulan.." Chad sengih lagi.

"Hish! Kau ni! Jangan nak takut-takutkan Senah ni. Kau tu..ada niat ke nak buat kerja tu?" Kudin luku kepala Chad.

Jai hanya sengih. Kalau di KL, sudah lama perempuan macam Senah tu jadi santapan lelaki yang tak ada akal.

"Dah, kita balik." Kudin terus ajak mereka balik.


SEMINGGU berlalu. Selama seminggu itulah tiada tanda-tanda karung guni itu mengandungi mayat. Pernah dia dan Chad pergi tanya sendiri dengan Mak Jemah, orang tua itu hanya senyum saja. Senah pula mati-mati pertahankan apa yang dia nampak. Sekarang ni, Chad dan Jai sudahpun kembali bekerja setelah seminggu bercuti di kampung.

"Haih..apa aku nak buat ni?" Kudin nyalakan sebatang rokok dan disedut perlahan di anjung rumah. Petang itu, dia tidak ke mana-mana. Nak lepak di kedai Pak Sahak, malas pula rasanya bila hanya ada orang tua tua saja di situ. Topik perbualan pun dah lain, tak masuk jiwa.

"Assalamualaikum!"

Kudin menoleh. Pak Sahak sudah trepacak di depan rumahnya.

"Wa'alaikumussalam. Ada apa pakcik?" Kudin buang puntung rokok dan mula menapak ke arah Pak Sahak.

"Pakcik  ada hal sikit ni." Pak Sahak duduk di pangkin bawah pokok mangga.

Kudin turut mengikut Pak Sahak ke situ dan duduk bersama.

"Ni..pakcik risau pasal Anum ni. Pakcik harap sangat kamu boleh cari Anum tu." Pak Sahak sudah sugul.

"Dia tak balik lagi ke?" Kudin teringat dulu Pak Sahak ada menyuruhnya mencari Anum di KL.

"Kalau dia balik, tak ada la pakcik suruh kamu cari." Pak Sahak semakin sugul.

Kudin terdiam sebentar. Dia sebenarnya malas nak jejakkan kaki ke KL semula. Kalau boleh dia ingin melupakan semuanya.

"Nih! Ambik duit ni. Pakcik nak kamu pergi esok ke KL tu." Pak Sahak letak segumpal duit kertas atas tangan Kudin.

"Apa ni?"

"Duit la!" Pak Sahak jeling Kudin.

"Kamu pergi cari Anum. Pakai duit tu. Ingat tahu. Esok!" Pak Sahak mula kayuh basikalnya semula dan mula beredar dari situ.

Kudin masih terkebil-kebil atas pangkin. Segumpal duit tadi dibuka perlahan. Ada lebih dari dua ribu ringgit semuanya!

"Biar betul..banyak duit orang tua ni. Kedai makan dia kecik je. Pelanggan pun aku tengok orang yang sama je..tu pun datang minum je dan main dam.." Kudin garu kepala. Lama dia melihat duit segenggam di tangannya.

Dia mendongak bila mendengar bunyi enjin kereta memasuki laman rumahnya. Sebuah kereta mewah BMW hitam sudah menjalar masuk di halaman rumah. Kudin hanya memerhati. Seorang lelaki agak tua, mungkin sama tua dengan Pak Sahak keluar dari perut kereta. Kemudian, keluar seorang lagi lelaki yang agak muda. mereka berdua menuju ke arahnya.

"Assalamualaikum!"

"Wa'alaikumussalam.." Kudin menjawab ramah. Berbahasa.

"Ni rumah Kaltom binti Mustafa?" Tanya lelaki muda itu.

Kudin angguk. Apa hal dia orang cari nenek aku?

"Alhamdulillah..jumpa juga akhirnya. Puas kami cari rumah ni. Nak jumpa kampung ni pun jenuh nak jumpa." lelaki itu mula ramah.

Kudin hanya sengih. Memang kampungnya sangat susah untuk orang luar cari kerana terletak agak ke dalam sikit, agak  pedalaman.

"Kaltom ada?"

Kudin angguk lagi. "Ada apa nak jumpa nenek saya?"

"Oh..kami ada hal penting." Lelaki itu senyum.

Kudin mula mengajak kedua lelaki itu masuk ke dalam rumah. Dia kemudian memanggil neneknya yang sedang asyik menganyam tikar di anjung rumah.

"Nek, ada tetamu nak jumpa." Kudin mendekati neneknya.

"Siapa?"

Kudin jongket bahu dan dia mula ke dapur membancuh air kopi bujang. Dia kembali ke ruang tamu dn duduk bersila atas tikar mengkuang bersama dengan tetamu tadi. Neneknya turut sama duduk di situ.

"Ni makcik Kaltom?" Lelaki itu bertanya sambil memandang ke arah Nek Tom.

Nek Tom angguk.

"Saya Razul dan ini driver Tengku Muzafar." Razul mula perkenalkan diri.

Nek Tom terkejut. Dia pandang Kudin dan kemudian beralih pula pada kedua lelaki itu.

"Err...ada apa dengan Tengku Muzafar?" Suara Nek Tom sudah tergagap-gagap.

"Tujuan kami datang ni sebenarnya nak baca wasiat ni, wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah tengku Muzafar." terang Razul.

"Arwah?? Bila dia meninggal?" Nek Tom terkejut.

Kudin hanya pandang neneknya yang sudah berlainan riak. Nenek aku kenal ke Tengku Muzafar tu? Eh,..bukan ke tu...

"Kami datang ni beritahu wasiat arwah untuk anaknya, Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar." Jelas Razul setelah melihat Kudin dan Nek Tom tercengang dan terkejut.

"Eh, itu nama saya tu. Apa kena pulak dengan saya?" Kudin sudah bingung. Dia jeling neneknya yang mula tunduk. Seperti ada rahsia. patutlah bila ditanya hal kedua orang tuanya nenek selalu cari alasan.

"Nanti, betul ke wasiat ni untuk saya? Saya tahulah nama dalam kad pengenalan saya ni sama macam yang encik sebut tadi tapi tak semestinya kalau ada tengku-tengku ni, saya ni waris yang sebenar?" Kudin pandang Razul yang masih tersenyum.

"Ya..encik lah orang tu. Saya hanya menjalankan tugas. Mengikut wasiat ni, tengku Saifuddin akan mengambilalih syarikat TM Holdiings yang terletak di Ampang, dan memiliki lebih separuh dari saham syarikat. Syarikat itu nanti akan dikongsi bersama denga anak perempuan arwah. Selain dari itu, Tengku Saifuddin juga layak menerima rumah banglo arwah di Damansara dan juga beberapa saham syarikat lain." Razul mula membaca satu persatu wasiat itu.

Kudin terkedu. Biar betul?? Aku tahu lah nama aku ada Tengku tapi takkanlah semudah itu dia kaya sekelip mata? Selama ini pun dia tak pernah kenal siapa kedua ibu bapanya. Nenek banyak berahsia. Dia jeling neneknya yang sudah tunduk. Tak apa..nanti dia akan korek semua rahsia tu dari nenek.

"Encik dikehendaki hadir ke mesyuarat lembaga pengarah minggu depan untuk pemindahan saham." Razul menjelaskan lagi tentang hal syarikat.

Kudin masih terdiam di situ. Kedua lelaki itu mula minta diri.


SEMENTARA itu, Senah yang sampai di laman rumah Kudin, sempat memasang telinga mendengar perbualan tadi. Dia menyorok di bawah tangga rumah Kudin.

"Hmm..jadi abang Kudin aku ni kaya raya la??" Senah senyum sengih.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:39 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2014 12:01 AM | Show all posts
tak rela senah ngorat kudin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 08:12 AM | Show all posts
bianglala posted on 29-4-2014 12:01 AM
tak rela senah ngorat kudin.

hehe..jodoh tk ke mana wlupun ngan senah becok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 08:17 AM | Show all posts
plot cerita yg sangat menarik... TT... sila sambung lg... terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 08:20 AM | Show all posts
Senah tu kalau di grooming, di buat make over... cantik gak tu...

eheh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 08:39 AM | Show all posts
Go Senah a.k.a Sennaa... Tapi tak relalah dengan Senah. KAsilah girlfriend yang lawa sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 10:31 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-4-2014 08:20 AM
Senah tu kalau di grooming, di buat make over... cantik gak tu...

eheh....

hehe...make over..senah jadi Shakira!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 11:27 PM | Show all posts
EPISOD SETERUSNYA...

BAB 4


DI BANDAR KL. Suasana yang sentiasa sibuk membuatkan jalan raya dan warga kota tidak pernah tidur. Dua puluh empat jam sibuk! Kereta sentiasa ada di jalan raya.Lampu sentiasa terpasang. Manusia sentiasa memenuhi setiap ruang bandar KL tidak kira malam atau siang. hanya aktiviti saja yang berlainan.

Kudin mendongak. Bangunan pencakar langit merata-rata di bandar KL. Dia hanya tersenyum. Berada di kampungnya dengan melihat kehijauan sawah padi lebih menenangkan dan menyamankan. Terpaksalah juga dia menjejakkan kaki sekali lagi ke kota yang penuh dengan ragam manusia. Beg sandangnya dikemaskan di bahu kiri. Sebuah teksi ditahan dan dia mula memasuki perut teksi itu menuju ke destinasi. Tempat lamanya!

"Hmm..mana aku nak cari Anum ni?" Kudin perhatikan kertas yang dihulur Pak Sahak semalam.

Kertas yang tertera alamat terakhir Anum. Kertas itu dilipat dan dimasukkan ke dalam poket seluar jeans.  Tidak mungkin dia terjebak kembali ke dunia yang ingin ditinggalkannya. Bersusah payah dia melepaskan diri dan pulang ke kampung, alih-alih Pak Sahak pula yang sibuk menyuruhnya ke KL semula. Tambah lagi wasiat yang mewajibkannya hadir di mesyuarat ahli lembaga pengarah di TM Holdings. Ah! Mengarut semua tu! Angan-angan mat jenin! Dia mula sandarkan kepala di kerusi. Pemandu teksi itu sudah diberitahu destinasi yang dituju.



TIBA di destinasi, Kudin masih tercegat di luar bangunan empat belas tingkat, sebuah kondominium yang pernah dia tinggal dulu. Buat masa sekarang, dia terpaksa tinggal di situ sementara mendapat rumah sewa lain. Tempat itu saja yang dia tahu. Perlahan langkahnya diatur menuju ke lif. Tingkat sembilan ditekan. Dia perlu bermalam di rumah Hanif a.k.a Lepat. Hanya Lepat yang boleh dibuat kawan sejak dulu lagi. kawannya yang lain semuanya menghala ke arah jalan gila! Dunia tak bersempadan!

"Assalamualaikum!" Kudin terus beri salam sebaik tiba di muka pintu rumah nombor 999 itu. Dia sengih, itu nombor keramat baginya.

Pintu dikuak. Terjongol Lepat dengan rambut kusut masai dan muka sembab. Kain pelekat pula sudah disarung sehingga ke bahu. Menguap dua tiga kali.

"Laa..kau ke Kudin. Mimpi apa kau datang rumah aku ni? Padi kau dah kena makan burung gagak ke apa? Atau sudah disumpah Mahsuri? Jadi padang jarak padang tekukur?" Lepat sengih.

Kudin senyum sumbing. Buka pintu saja, macam peluru, terus tanya soalan dua tiga das. Bukan nak jawab salam aku!

"Aku nak tumpang rumah kau boleh?" Kudin terus masuk rumah tanpa dipelawa. Dia duduk di sofa. beg sandangnya diletakkan di sofa sebelah. Terasa lenguh.

"Boleh tu boleh tapi bukan free." Lepat turut duduk di sebelah Kudin.

"Itu kau jangan risau. Aku boleh bayar. Ini Kudin la!" Kudin sengih. Dia perhatikan sekitar rumah Lepat. Masih seperti dulu. Ada set sofa, satu meja makan dengan hanya tiga kerusi, satu tv dan yang pasti ada set karaoke. Dia senyum sendiri. Memang tak pernah berubah.

"Ni, kau datang KL ni, dapat offer job baru ke?" Lepat pandang Kudin yang sudah bersandar kepala di sofa.

"Tak..aku tak nak dah terlibat dalam hal tu. Mula-mula tu ok la kena escort orang kaya-kaya ni tapi bila dah melalut sampai ke tahap nak kena teman datin-datin gatal tak ingat ni, aku surrender la beb. Aku bukan gigolo ok!" Kudin jeling Lepat yang sudah senyum-senyum. Faham apa yang bermain di benak Lepat.

"Habis tu? Kau nak buat apa?" Lepat sengih lagi.

"Aku ada urusan penting..bukan satu tapi dua!" Kudin teringat kes Anum dan wasiat yang macam mat jenin tu!

"Oh..apa dia?"

"Kenapa kau nak tahu?"Kudin jeling Lepat.

"Tak boleh ke? Kau ni suka sangat berahsia dengan aku." Lepat turut sandar kepalanya di sofa.

Kudin tidak menjawab. Tidak perlu beritahu segala mak nenek perkara pada orang lain. Dia terus ke biliknya dulu. Masih seperti dulu. Esok, dia akan mulakan misinya. Minggu depan pula kena pergi ke TM Holdings.


SEMENTARA itu, di sebuah pejabat polis, Ana Dahlia masih  sibuk menyediakan laporan siasatannya. Dia perlu serahkan laporan itu hari itu juga. Siasatan yang berhubung kematian misteri seorang gadis yang dipercayai dibunuh dengan kejam. Malah mungkin juga terlibat dengan amalan ilmu hitam.

"Detektif Ana, sudah siap laporan tu?"

Ana Dahlia mendongak. Detektif Razif sudah tersenyum di depannya.

"Belum tuan! Hari ni saya akan siapkan." Ana Dahlia cepat-cepat berdiri.

"Bagus. Jadi, apa pendapat awak pasal kes ni? maksud saya, kes kematian ni?" Tanya Detektif Razif lagi.

"Jika mengikut siasatan ni, gadis ni pernah bekerja di TM Holdings sebagai pegawai kewangan dan dia seorang yang baik dan tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini. Mungkin mangsa dibunuh kerana dia mengetahui sesuatu rahsia, tuan!" Ana  Dahlia memberi penjelasan sebenar hasil siasatannya.

Razif mengangguk-angguk. Dia terus beredar dari meja Ana Dahlia. Ana Dahlia hanya memandang Detektif Razif yang segak dengan baju T warna biru dan seluar jeans juga berona sama.

"Amboi! Mata tu macam nak tembus pandang bos kacak tu!"

Ana Dahlia menoleh. Detektif Hamdan sudah berada di sebelah mejanya. Dia tunduk malu.

"Kau dari mana ni?" Ana Dahlia mengubah topik.

"Dari JB. Ada kes yang kena handle. Kau macam mana? Dah tahu mayat siapa?" Hamdan pandang Ana Dahlia seketika. Gadis seperti Ana Dahlia layak jadi seorang model, bukan detektif! Dengan wajah lembut, cantik dan tinggi lampai, pelik juga rasanya bila gadis itu memilih kerjaya polis.

"Hmm..belum pasti lagi. Banyak sangat campur tangan dari pihak luar." Ana Dahlia senyum.

"Ok.." Hamdan senyum dan beredar dari situ.

Ana Dahlia kembali menulis laporan. Fikirannya melayang pada lelaki yang selalu ditegurnya dulu. Entah kenapa hatinya berdetak kuat. Ah! Gila kalau aku layan perasaan aku ni.


Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 08:08 AM | Show all posts
menarik... TT... sila sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 03:56 PM | Show all posts
fuuuhhh...
ada mayat, ada polis, ada tengku, senna lagi...


jgn biar misteri menyelubungi anda!!!   
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 05:42 PM | Show all posts
TT... sambung cepat2 ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2014 10:48 PM | Show all posts
LAGI SAMBUNG..


PAGI itu Kudin terkocoh-kocoh bersiap untuk ke TM Holdings. Hari ini mensyuarat ahli lembaga pengarah akan bermula. Bangun pagi tadi, dia hanya mandi ala kadar saja. Kalau di kampung, sudah seperti mandi kerbau. Tonyoh mana yang patut. Gosok mana yang perlu. Tidak sampai sepuluh minit, dia sudah keluar dari bilik air.

Terkocoh-kocoh pula Kudin menyarung jaket kulit hitam dan rambut disikat ala kadar. Sempat lihat imej dirinya dalam cermin.

"Hmm...handsome jugak aku ni. Ada rupa pelakon hindustan tapi sayang, tak ada yang nak ambik aku berlakon.." Kudin sengih sendiri. Dia mula keluar dari bilik dan mengetuk bilik Lepat.

"Lepat! Bukalah pintu ni! Mana kunci motor aku?" Bertalu-talu Kudin ketuk pintu bilik Lepat.

"Kau nak apa pagi buta melalak depan bilik aku ni?"

Kudin geleng. Dari dulu sampai sekarang, Lepat tidak pernah berubah. Kalau tak matahari menegak terpacak atas kepala, dia tak akan buta mata.

"Aku nak pergi kerja ni. Mana kunci motor aku?" Kudin bercekak pinggang. Dulu sebelum dia pulang ke kampung, dia suruh Lepat jaga motorsikal Kawasaki Aprilla hitam miliknya. Sengaja dia tidak bawa pulang ke kampung. Nanti banyak soal pula. Mulut orang kampungnya macam mulut tempayan yang ternganga. Apa lagi Senah yang suka bawa cerita.

"Kau ambik je la kat penyangkut tepi dinding, dekat dengan rak kasut tu!" laung Lepat dari biliknya.

Kudin capai helmet hitam dan mula mencari kunci yang dimaksudkan oleh Lepat tadi. Dia senyum. Kunci itu memang ada di situ. Bergegas dia ke pintu lif. Dia perlu sampai awal ke pejabat. Berdebar juga bila memikirkan itu adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke situ. Entah apa anggapan ahli lembaga pengarah lain terutama 'adik perempuan' yang dimaksudkan oleh Razul dulu.

"Hmm..aku ada adik perempuan?" Kudin masih berteka-teki.

Motorsikalnya dipecut laju menuju ke arah Ampang. Sebaik tiba di kawasan letak kenderaan di hadapan bangunan sepuluh tingkat itu, dia melangkah laju ke arah kaunter penyambut tetamu. Helmet dikepit bawah ketiak. Rambutnya dibetulkan sedikit. Setelah menyatakan tujuannya ke situ, dia dibenarkan masuk ke pajabat di tingkat lapan. Kudin mula menapak ke pintu lif sambil bersiul-siul. Sesekali dia melihat jam di pergelangan tangannya. Tinggal setengah jam lagi mesyuarat akan bermula. Dia masih berfikir apa yang bakal berlaku bila dia tiba-tiba muncul dalam mensyuarat itu. Sudahlah dia tidak pernah jejakkan kaki ke situ. Alih-alih masuk mesyuarat dan kena ambil alih dalam pengurusan syarikat. Tidak ke pelik? Dia terus menapak ke pintu lif yang terletak di sebelah kiri kaunter penyambut tetamu tadi.

"Aduh!"

Kudin berpaling. Dia terkedu. Seorang gadis memakai baju kurung biru dengan rambut mengurai melepasi bahu itu sedang merenungnya. Dia cuba amati wajah gadis itu yang seakan pernah dilihatnya.

"Maaf, saya tak sengaja." Kudin terasa tadi dia mungkin terpijak kaki gadis itu.

"Tak apa..awak tak sengaja kan?" gadis itu menguntum senyum.

"Err..nak naik tingkat berapa?" Kudin mula bertanya bila pintu lif mula terbuka.

"Tingkat lapan."

Butang nombor lapan ditekan. Kudin menyandar di dinding lif yang bercermin. Dari cermin itu dia mencuri pandang pada gadis berbaju kurung itu yang juga rupanya sedang memandang ke arahnya juga melalui dinding cermin itu. Kudin mengukir senyum. Pintu lif mula terbuka. Kudin beri laluan kepada gadis itu untuk keluar dahulu.

"Awak nak ke tingkat ni juga ke?" gadis itu bertanya.

Kudin menganggguk. "Kenapa?"

"Err...sebenarnya saya pekerja baru di sini. Hari ni saya baru mula bertugas. Err...saya perlu jumpa Encik Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar, MD syarikat ni." terang gadis itu sambil menunjukkan surat perlantikannya kepada Kudin.

Kudin tergamam. Jumpa aku ke? Dia garu kepala. Lama dia merenung gadis itu yang juga turut tercengang melihat reaksinya.

"Err..encik?" Gadis itu lambai-lambai tangannya di depan muka Kudin.

"Err..ya?" Kudin sudah kaget.

"Saya tanya ni, saya tak tahu nak lapor diri macam mana. Boleh encik tunjukkan pada saya siapa yang saya patut jumpa dulu?"

"Awak ikut saya.." Kudin mula senyum. Belum apa-apa, dia sudah kena jumpa pekerja baru. Ah! Ini betul-betul dah gila!

Gadis itu mula membuntuti Kudin ke arah pintu pejabat dan gadis itu disuruh duduk di sofa tetamu. Dia pula hanya berdiri di situ sambil melihat sekitar pejabat yang luas. Pada hemahnya, mungkin lebih dari tiga puluh orang pekerja di pejabat itu. Kelihatan seorang lelaki muda berpakaian kemas dengan tali leher merah hati menapak ke arahnya.

"Ya encik nak cari siapa?" Tegur lelaki itu.

"Saya kena hadir mesyuarat ahli lembaga pengarah hari ni. Di mana bilik mesyuarat?" Kudin mula menyatakan tujuannya.

"Mesyuarat ahli lembaga pengarah? Encik ni siapa?" Lelaki itu sudah berkerut kening. Dia pandang Kudin atas bawah. Dengan jaket kulit hitam dan seluar hitam, berkaca mata hitam, lagak macam samseng.

Kudin  jeling gadis yang duduk di sofa yang sudah termangu di situ macam orang bodoh. Dia kemudian tarik tangan lelaki itu kesatu sudut dan mula perkenalkan dirinya yang sebenar. Lelaki itu terkejut. Dia pandang lagi Kudin atas bawah.

"Encik boleh masuk ke bilik sana." Lelaki itu mula menunjukkan arah bilik mensyuarat.

"Terima kasih. Oh ya, perempuan tu nak lapor diri. Dia mula kerja hari ni." Kudin tuding ke arah gadis yang duduk di sofa tadi sebelum dia berlalu ke bilik mesyuarat.

Lelaki itu menapak pula ke arah gadis itu yang masih duduk di situ. Dia terus meminta surat perlantikan. Dia senyum. Alah...ingatkan jawatan besar sangatlah. Pembancuh kopi rupanya.. dia jeling gadis itu yang masih terkebil-kebil di situ.

"Cik ikut saya ya." Lelaki itu senyum sambil mengajak gadis itu ke pantri. Lelaki itu mula perkenalkan gadis itu kepada Mak Jah, pembancuh kopi yang akan berhenti tidak lama lagi kerana masalah kesihatan dan akan digantikan dengan gadis tadi.


DI BILIK mesyuarat, Kudin melangkah perlahan ke arah meja panjang yang sudah dipenuhi dengan ahli mesyuarat yang lain. Dia pandang seorang demi seorang. Semuanya segak dan kemas. Lelaki kebanyakannya pakai kot. Dia sengih. Ah! Buat apa aku nak berprotokol sangat. Aku pun pertama kali datang ke sini. Lantaklah!

Dia mula duduk di sebuah kerusi kosong di hujung meja. Dia hanya melemparkan senyuman bila ada yang tersenyum kepadanya. Lama dia memerhati, yang mana satu adik perempuan yang dimaksudkan oleh Razul. Dalam bilik mesyuarat itu, ada lima orang perempuan. Tiga darinya sudah berusia dan dua lagi pad hemahnya tidak tua dan tidak muda sangat. Dia bersandar di kerusi. Perasan juga, sejak dia mula masuk ke bilik mesyuarat itu tadi, semua mata tertumpu kepadanya.

Seorang lelaki yang sudah berusia separuh abad yang duduk di depan meja mula buka bicara. Kudin melihat ahli mesyuarat yang lain mula memberi perhatian.

"Maaf Encik Karim, rasanya anak perempuan Tengku Muzafar masih belum hadir lagi."

Karim memandang Saiful yang mula mencelah mukadimahnya tadi. Dia pandang tempat duduk di sebelah Saiful. Masih kosong.

"Ok, maafkan saya. Kita tunggu Cik Tengku Natasha sekejap." Karim mula membelek fail.

Kudin masih memerhati sekitar bilik mesyuarat. Hmm...mungkin Tengku Natasha itu adalah adik tiri aku.."

Hampir setengah jam menunggu, Karim mula gelisah. Perempuan itu buat hal lagi! memang sejak dulu lagi perangai perempuan itu tidak eprnah berubah. Masa arwah Tengku MUzafar masih hidup pun, perempuan itu hanya tahu menghabiskan duit syarikat. Dia tunggu lagi setengah jam. Bayang Tengku Natasha masih tidak nampak.

"Nampaknya, Tengku Natasha mungkin tidak dapat hadir. Jadi, kita teruskan dengan ahli yang ada." Karim menyambung semula meysuarat. Banyak perkara yang dibincangkan dari masyuarat yang lalu sehinggalah kepada perkara perubahan peneraju syarikat.

"Arwah Tengku Muzafar telah mengamanahkan syarikat ini kepada anak lelakinya untuk mengambil alih dan seterusnya mengendalikan urusan syarikat ini bersama dengan Tengku Natasha. Dengan ini, Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikata TM Holdings berkuatkuasa serta merta dan Tengku Natasha pula dilantik sebagai pembantu Pengarah Urusan syarikat ini juga berkuatkuasa serta merta." Karim menghabiskan membaca apa yang terkandung dalam fail tadi.

Kudin masih diam membatu di situ. Dia masih tidak percaya semua itu. Selama ini dia tidak kenal siapa ayah dan ibunya. Ini semua dirasakan mengarut.

"Tuan, sila perkenalkan diri." Karim mula memandang Kudin yang masih terkebil-kebil.

Kudin yang sedang asyik berfikir tadi mula berpeluh bila disuruh perkenalkan diri. Dia bangun perlahan. Lama dia berdiri di situ. Tidak tahu apa yang perlu diucapkan. Kalau dulu, dia hanya mengikut arahan dan tidak perlu banyak bercakap. Ikut saja apa yang bos suruh tapi sekarang dia mula merasa canggung.

"Tuan?" Karim senyum. Anak muda itu dilihat sudah berpeluh.

"Saya Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar.." Kudin terhenti di situ. Dia pandang seorang demi seorang yang masing-masing tidak berkelip memadangnya.

"Saya.." Kudin garu kepala. Entah apa lagi yang dia perlu beri ucapan. Ah! Masa sekolah pun dia selalu ponteng bila cikgu suruh beri ucapan di depan semua murid sekolah masa perhimpunan. Inikan pula dalam mesyuarat penting seperti ini. Mati kutu dibuatnya. Takkan nak beritahu macam budak sekolah punya versi, suka apa, hobi apa, tinggal di mana..

"Nanti!"

Semua mata menala ke arah pintu masuk bilik mesyuarat yang sudah dikuak.

"Ini semua mengarut! Saya tak pernah ada abang! Mungkin lelaki ini menyamar sebagai abang saya." Tengku Natasha yang lebih selesa dipanggil Kusha mula mencelah di muka pintu.

Kudin hanya memerhati gadis itu yang sedang merenung tajam ke arahnya. Cantik juga minah ni. Kalau bukan adik aku, sudah lama aku usha minah ni tapi sayang, pakai seksi, kerek, sudah tu rambut sudah terlebih warna!

"Cik Kusha, lelaki ini memang abang cik. Dia akan mengendalikan syarikat ini bersama cik nanti." Karim berbahasa. Dia bangun dan menghulurkan fail kepada Tengku Natasha.

Kudin sengih. Kusha?? Elok sangatlah tu. Aku Kudin! Kusha dilihat sudah kemerahan mukanya. Fail itu dibelek kasar.

Pintu bilik diketuk. Kudin berpaling ke aah pintu. Gadis yang bertembung dengannya tadi sedang membawa dulang berisi cawan dan satu teko menuju ke arah Karim. Dia kelihatan agak pucat dan sedikit kalut. Mungkin pertama kali bekerja. Kudin senyum. Ah, aku pun sama, pertama kali masuk pejabat dan pertama kali juga masuk mesyuarat.

"Apa ni???!" Kusha menengking gadis tadi yang telah menumpahkan air kopi dan terkena blaus yang dipakai.

"Ma..maaf..saya tak sengaja."

Kudin masih memerhati Kusha memarahi gadis itu yang sudah tunduk. Bukan salah gadis itu tadi, Kusha yang tiba-tiba mengundur dan cuba bercekak pinggang terkena dulang yang dibawa oleh gadis itu. Tumpah air dalam cawan terkena blaus minah tu. Dia hanya senyum. Dari situ, dia nampak perwatakan Kusha dan gadis itu jauh berbeza.

"Sudah! Menyibuk je masuk sini!" Kusha tolak gadis itu ke dinding.

Gadis itu mula mengutip cawan yang sudah pecah dan mula keluar dari bilik mesyuarat itu.

Kudin masih memerhati tingkah Kusha. Muka cantik tapi perangai mak ai..kalah nenek aku bila menyinga!



SELESAI mesyuarat, Kudin ditunjukkan pula bilik Pengarah Urusan. Terkesima melihat suasana bilik yang cukup luas dan cukup lengkap. Dia mula duduk di kerusi empuk milik arwah Tengku Muzafar. Kerusi itu dipusing-pusing seketika.

"Macam mana Tuan pengarah?" Karim tersenyum melihat gelagat Kudin yang sudah tersengih di situ.

"Ok..cantik, lengkap, saya suka..err..tak ada tv?" Kudin bergurau.

"Ada. Tu, di hujung bilik tu, siap dengan sofa rehat." Karim tuding ke arah sudut bilik.

"Kalau nak apa-apa, panggil Cik Hetty, sekretari Tuan pengarah." Karim mula minta diri.

Kudin masih bersandar di kerusi empuk. Matanya sudah menghala ke siling. Kerusi dipusing-pusingkan lagi. Siapa agaknya gadis tu? Takkan cantik lawa macam tu, kerjanya buat air je? Kudin terbayang wajah gadis tadi yang sudah pucat lesi mukanya. Tadi sebaik habis mesyuarat, dia sekali lagi bertembung dengan gadis itu yang sedang membawa dua gelas air minuman.

"Hmm..haus pulak rasanya.." Kudin bingkas bangun. Dia keluar dari bilik dan menuju ke pantri. Dia senyum melihat gadis itu sibuk mengemas dan membancuh lagi air minuman. Perlahan dia mendekati gadis berbaju kurung biru itu dengan reben diselit di sebelah kiri rambutnya.

"Eh...dia cakap apa?" Langkah Kudin terhenti. Dia mula pasang telinga. Gadis itu seperti berbisik bila bercakap melalui telefon. Dia undur semula dan terus masuk  ke bilik.

"Hmm...kenapa dia sebut kampung aku?? " Kudin mula curiga. Tadi sempat telinganya menangkap butir bicara gadis itu yang menyebut nama kampungnya, bukti dan siasatan.

"Aku kena siasat siapa minah ni.."

















Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 11:23 PM | Show all posts
haishh.. penuh misteri kisah ni... gadis pembancuh kopi misteri, gadis kebaya merah pun misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
best best...
mesti gadis kebaya merah dgn gadis pembancuh kopi detektif ana..
orang sama...

nak tau kisah hidup kudin..
tetiba anak org kaya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 09:45 PM | Show all posts
EPISOD SETERUSNYA>>..dua kut...hehehe..taram sajalah..

BAB 5


BALIK dari pejabat tadi, Kudin terus ke rumah. Seharian dia menatap dan membelek fail yang bertimbun atas meja. Kusha pula sengaja lambakkan semua jenis fail atas mejanya. Bukan nak letak dengan baik tapi sengaja dihempas kuat! Huh! Kalau lelaki yang berkenan nak jadikan bini tu, baik blah awal-awal. Aku sendiri tak akan rekomen perempuan kasar macam tu. Menghabiskan beras saja!

Kudin sandar kepalanya di sofa. Rupanya kerja pejabat lagi penat daripada kerja di sawah. Nampak saja duduk kat kerusi tak bergerak ke mana, peluh pun malu nak menitik, tapi kena perah otak nak menghadam semua mak nenek kerja yang ada dan terma-terma yang digunakan dalam syarikat itu. Nasib baiklah aku dulu ambil bidang kejuruteraan walaupun tak pernah kerja dalam bidang itu, malah tersasar jauh menjadi bodyguard! Escort manusia kaya ke hulu ke hilir. Sungguh orang kaya penakut! Takut kena rompak, takut kena tembak, takut kena culik, semua takut! Malah takut mati! Kalau tak ada rasa semua tu, tak akan wujud manusia bergelar bodyguard a.k.a kuncu-kuncu ni!

"Huh...mati bukan kira kaya atau miskin, berpangkat atau kuli, semua orang akan mati. Apa nak takut?" Kudin sengih. Memang bila mengenang kembali kerjanya dulu, dia kadang-kadang tergelak sendiri. Punyalah orang-orang kaya ni menghabiskan duit upah orang macam aku ni..nak kena berjaga dan mengawal dua puluh empat jam.

"Aku juga yang kaya.." Kudin sengih lagi. Hilang sekejap rasa penat kerja di pejabat tadi.

Dia mula ke bilik air dan membersihkan diri. Malam nanti, dia perlu jalankan misinya, misi yang diamanahkan oleh Pak Sahak. Sampai hari ini, dia tidak pernah jumpa Anum. Alamat yang diberikan oleh Pak Sahak itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Anum sudah pindah ke tempat lain. Usai solat maghrib, Kudin capai kunci motorsikalnya semula. Seperti biasa, jaket kulit hitam disarungkan ke tubuh sasanya. Sempat lihat di cermin. Dia senyum sendiri.

Motorsikal dipecut laju ke sebuah restoran di jalan Bangsar. Dia perlu isi perut dulu sebelum menjalankan misi yang entah bila boleh dihabiskan. Hidup bujang di bandar KL ni perlu pandai berdikari. Kedai mamak atau mana-mana kedai makan jadi tempat untuk melepak dan mengisi perut. Kalau dulu dia boleh berbangga makan di hotel-hotel bila ditaja datuk  dan orang kenamaan atas tugas yang dilakukannya.

Kudin mula mencari meja makan kosong. Helmet sentiasa dibawa bersama. Di bandar KL ni, pantang benda macam tu ditinggalkan macam tu, sekejap saja kena sapu! Melilau Kudin mencari meja kosong.

"Haih..penuh pulak restoran ni. Sedap sangat ke makanan kat sini?" Kudin garu kepala.

Dia cari lagi meja kosong. Nak menyelit di meja orang yang bercinta nanti kacau daun ranting kayu pulak. Kudin sengih. Kebanyakan meja dipenhui dengan pasangan..apa lagi mesti pasangan bercinta. Lihat pada gaya dan lenggok dia sudah dapat mengagak. tersengih, tersenyum memanjang..suami isteri tak akan macam tu rupanya. Dia terus menapak laju ke sebuah meja kosong yang kebetulan orang di situ sudah habis menjamu selera. Dia cepatkan langkahnya.

"Err..saudari, tempat ni saya nak duduk." Kudin serentak sampai di meja itu dengan seorang gadis yang berbaju kurung.

"Ada tulis nama saudara?" Gadis itu bertanya. Sebenarnya dia kaget sebaik melihat lelaki itu tadi. Semacam tak percaya.

Kudin terdiam. Nama? Memang tak arr..apa punya soalan minah depan aku ni.

"Kalau macam tu, kita duduk sekali lah!" Selamba Kudin letak helmet dan mula duduk di kerusi. Dia buat muka toya.

Gadis itu masih berdiri di tepi meja sambil menjeling tajam ke arah Kudin. Dia menoleh ke arah meja lain. Semuanya sudah penuh. Pandangannya beralih kembali ke arah Kudin. Kudin dilihat tersenyum kepadanya. Nak tak nak dia terpaksa juga duduk di situ. Perutnya dari tadi tidak diisi. Lapar sangat!

"Kenapa berdiri lagi? Duduklah. Alah...kita berlakon jelah macam dia orang tu. Senang cerita!" Kudin tuding pada pasangan bercinta yang sedang menikmati makanan di meja masing.masing. Keadaan restoran itu yang mungkin membuat pasangan bercinta ni suka lepak dan menikmati makanan di situ. Dengan lampu kuning malap, hiasan pokok bunga, dan di tengah-tengah meja makan diletak pelita kecil  yang terapung dalam air yang berwarna warni, memang nampak romantik la. Dia pandang lagi ke arah gadis itu yang mula melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengannya.

"Hmm..macam tulah. Kalau saudari buat degil, tak makanlah jawabnya. Nak tunggu duduk sorang-sorang, tengah malam baru ada saudari!" Kudin jeling sambil memutar kunci motorsikal dengan hujung jari telunjuk.

Gadis itu hanya diam membisu. Dia jeling Kudin yang tersengih di depannya. Ramah pulak mamat ni. Ah..tak keruan aku berdepan dengan mamat ni. Sejak hari tu lagi dia berdebar.

Seorang pelayan restoran datang membawa menu makanan. Kudin dan gadis itu mula memesan makanan dan minuman. Pelayan tadi mula berlalu pergi.

"Saudari tinggal kawasan sini ke?" Kudin mulakan mukadimmah. Gadis itu dilihat diam dari tadi. Sesekali mata mereka bertembung, dia perasan gadis itu cepat-cepat pandang ke arah lain.

"Saya rasa bukan urusan saudara."

Kudin sengih lagi. Sombongnya mak ai..

"Ok.." Kudin mula menopang dagu.  Sesekali dia melihat sekitar restoran. Ada satu meja sahaja yang dipenuhi dengan satu keluarga. Meja lain penuh dengan pasangan. Sambil makan, sambil bersembang. Dia jeling gadis di depannya. Gadis itu diamati seketika. Wajah bujur sireh, tinggi lampai, putih kuning, rambut ditocang satu dan diletakkan riben biru sama dengan warna baju kurung yang dipakai. Hmm...cantik juga minah ni..tapi rupa gadis itu seperti gadis kebaya merah yang pernah dilihatnya dulu semasa di kampung..takkanlah..

"Saudara tengok apa? Macam nak telan je?"

Lamunan Kudin tadi sudah terganggu. "Err..saudari cakap apa tadi?"

"Huh..berangan lagi."

Kudin sengih. " Dah alang-alang duduk semeja ni, siapa nama saudari?"

"Kenapa?"

"Saya macam pernah nampak saudari ni..pernah pergi Kampung Pinang Patah tak?" Kudin cuba meneka.

Gadis itu sudah menggelabah. Dia tunduk. Aduh...apa aku nak jawab ni. Aku kena berhati-hati. Kudin dilihat merenung tajam ke arahnya. Tentu lelaki itu sedang mengingati apa yang berlaku di kampung itu dulu.

"Kampung apa tadi?" Gadis itu cuba menahan gelak. Cuba berlakon.

Kudin mengetap bibir. Lawak sangat ke nama kampung aku tu? Sekeh karang minah ni. "Kenapa? Lucu ke?"

"Tak ada la..lucu jugakkan. Sampai kena patah bagai."

Kudin mencebik. Gelak lagi! Langsung tak kelakar!  Dia pandang pada pelayan restoran yang mula menghampiri meja mereka sambil membawa makanan dan minuman yang dipesan.

"Terima kasih.." Kudin senyum pada pelayan restoran tadi yang masih berdiri di situ.

"Kenapa dik?" Kudin pandang lagi pelayan itu dengan riak keliru.

"Abang dan kakak ni pertama kali ke dating kat sini?" Tanya pelayan tadi.

Kudin dan gadis tadi saling berpandangan. Mata mereka beralih pula pada pelayan tadi.

"Kenapa?" Serentak Kudin dan gadis itu bertanya.

"Tak adalah..selalunya kalau pasangan yang pernah datang ke sini, mereka akan order air cinta dan puding karamel sayang. Itu menu cinta sayang istimewa untuk orang bercinta. Jadi kami akan beri percuma." Terang pelayan tadi.

Kudin dan gadis tadi tercengang. Air cinta dan puding karamel sayang???

"Err..percuma ke?" Kudin inginkan kepastian.

"Ya tapi dengan syarat..kena tulis nama di papan sana.." Pelayan tadi tuding ke arah sebuah papan hitam yang penuh dengan nama pasangan yang berkunjung ke situ.

Kudin menelan liur. Dia pandang gadis itu yang juga turut menelan liur.

"Err..jadi kena tulis la ni?" Kudin sengih. Boleh saja kalau dapat air dan puding percuma! Berlakon saja!

Pelayan restoran itu mengangguk. Dia terus berlalu pergi selepas meletakkan sekeping kertas pesanan jika Kudin dan gadis itu berminat.

"Saudari nak ke?" Kudin pandang pula gadis di depannya.

"Nak apa?" Tegas suara gadis itu.

"Laa...air dan puding percuma la! Bukan senang orang nak bagi percuma tau! Macam mana?" Kudin sengih lagi. Sebenarnya dia ada peluang nak tahu nama gadis itu.

"Kalau saudara nak air dan puding percuma, pergilah tulis sendiri. Tak kuasa saya." Gadis itu mula menyuap nasi goreng cina yang dipesan tadi.

"Saudari malu ke? Alah..tak luak pun kalau tulis nama kat situ. Kita bukan kenal pun dan kita tak akan datang lagi ke sini. Berlakon je kan?" Kudin pujuk lagi.

"Yalah!" Gadis itu jeling Kudin. Lelaki itu sudah buat muka kesian. Seposen betul muka mamat ni! Tak malu ke nak makanan percuma? Haih..aku juga sebenarnya suka kat dia ni..

Mereka berdua menapak ke papan tadi dan masing-masing terkedu seketika. Syarat di situ kena tulis..' Kudin love ....atau nama gadis itu love...'. Kudin garu kepala. Apa punya syarat macam ni? Ah! Berlakon je pun. Dia pandang gadis itu yang juga turut terkedu melihat nama-nama yang ada di situ. Rasa nak muntah pun ada. Terpaksa mereka tulis nama dan kertas pesanan tadi diberi kepada pelayan restoran. Mereka kembali semula ke meja makan.

"Hmmm..jadi nama saudari Ana Dahlia?" Kudin sengih. Puas bila dapat tahu nama gadis itu.

"Dan saudara..Kudin?" Ana Dahlia jeling tajam.

"Kenapa? Lucu ke nama tu?" Kudin sengih lagi.

"Saya tak kata lucu atau lawak ke apa...tapi macam nama penyangak." Ana Dahlia senyum.

"Memang penyangak pun.." Kudin ketawa.

Ana Dahlia pandang Kudin. Apa maksud dia ni? Adakah lelaki di depannya ini salah seorang suspek yang dicari? Dia perlu berhati-hati. Perasaan tidak boleh dicampuradukkan dengan kerja. Siasatannya masih belum selesai tapi siapa gadis kebaya merah yang dimaksudkan oleh Kudin tadi??

Kudin juga masih keliru dengan gadis di depannya ini. Gadis itu dilihat menyimpan satu rahsia. Mungkin gadis itu gadis kebaya merah? Dia juga tidak berapa pasti rupa paras gadis kebaya merah bila waktu malam, samar-samar, tambah di kampungnya yang gelap. Gadis kebaya merah itu pula hanya bertembung dengannya sekali dua saja.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:42 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.121038 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list