CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5456|Reply: 13

[Falsafah] Sastera dan Sains Terpisah Tiada

[Copy link]
Post time 5-5-2014 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Dipetik 'Daripada Editor' @ dwnsastera.dbp.my,

Sastera dan Sains Terpisah Tiada

SAINS BARAT bermula pelik tanpa kita sedari;
kosa kata sains, unsur kimia, planet dan keluarga bintang, dan nama kuman,
kesemuanya telah berlandaskan kisah Dewa Dewi Yunani yang saling bercakaran,
iri hati dan berdendam kesumat, ataupun Separa Dewa yang cuba melanggar
perutusan pencipta mereka, serta manusia biasa yang ditulah (hubris) kerana
penderhakaannya kepada satu-satu dewa.

Sarjana Biokimia dan tokoh fiksyen sains terkemuka, Isaac Asimov
mengumpulkan hasil epistemologi pengenalan kata daripada tradisi mitos Yunani ini
dalam Words from the Myths (1961), menampilkan bagaimana kisah kuda terbang,
perkahwinan Helena-Paris mengorak perang dua kota dan perkara sumbang Zeus
terhadap pelbagai pasangan manusia telah mencipta batu asas
ilmu, budaya, sastera dan falsafah Barat itu sendiri.

Sedangkan dalam Islam, kesemua kosa kata dan istilah bidang ilmu, falsafah dan agama
sudah mencakupi sempurna, tercipta daripada pengisian kalimah Allah dan akal rasional,
dibawa dan dihidupkan oleh cendekiawan Muslim, lalu tercurah dalam bahasa Melayu klasik kita
sewaktu berlabuh di sini. Kita hanya perlu menelaah kembali, menemui kembali kejayaan bahasa kita
mengorak persuratan yang tiada terbilang, sehingga berpuluh-puluh kapal kolonial datang merampasnya
(mungkin kerana iri lagi). Di titik inilah pertemuan sains dan sastera tidak pernah terpisah
dalam tradisi Islam (dan Melayu Klasik) kita, sepertimana yang dijelaskan oleh
Profesor Dr. Muhammad Zainiy Uthman dalam wawancara fokus kali ini,
dikukuhkan lagi dengan pandangan mengujakan Profesor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud
sebagai Karyawan Bulan Ini.

Dewan Sastera bulan ini juga begitu bersyukur dengan kehadiran Sasterawan Negara ke-11,
Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah – Kemala menghiasi halaman majalah ini dengan kolum sulungnya,
menyampaikan eulogi luhurnya tentang seorang sasterawan besar negara dan antara pencetus
majalah penting ini dalam Keris Mas Sasterawan Negara Emas Tempawan.
Ruangan baharu, Orasi turut dimuatkan, menampilkan pemikiran dan pandangan bernas
pengarang muda kita yang akan disiarkan hanya beberapa kali dalam setahun.

Jemputlah baca.

September 2012



p/s: Perbincangan kesan pemisahan sastera dan sains - pro dan kontra.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku, agama lah pemula segalanya.. Drpd agama, berhasilnya sastera dan sains.

Agama & Sastera adalah pencetus pemikiran (thought trigger), manakala sains adalah proses mencari pengesahan/pentahkikan kepada pemikiran itu. Penggunaan kaedah sains membawa kepada perkembangan teknologi.

Sains dan teknologi adalah neutral pada mulanya. Tiada baik atau pun buruk.  Ia bergantung kepada bagaimana ilmu sains itu digunakan.  Contohnya, pelakuran nuklear. Jika jalan utk aplikasikannya memberi manfaat kepada manusia, ia adalah baik. TAPI, ia juga boleh disalahguna hingga memudharatkan manusia dan alam ni.

Jadi, sepatutnyalah, sastera dan sains tidak boleh dipisahkan. Sastera memenuhi kemahuan setiap manusia. Secara difitrahnya, manusia mahukan sesuatu yg baik2, yg indah2. Manakala, sains adalah neutral, yakni ia boleh dimanipulasi oleh sesiapa saja mengikut hawa nafsu sendiri.

Sastera boleh diumpamakan sbg dinding2 sempadan yg mengekang penyalahgunaan teknologi diluar batasan manusia amnya.

Kesimpulannya, kesan pemisahan sastera dan sains membinasakan.

Apabila Id, ego dan super ego tak balance, it will cause a doomsday!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2014 03:08 AM | Show all posts
najib888 posted on 6-5-2014 12:19 AM
Bagi aku, agama lah pemula segalanya.. Drpd agama, berhasilnya sastera dan sains.

Agama & Saster ...

Tq atas respon.

Sastera dan sains adalah semudah penamaan dan penemuan sbg pencetus pengetahuan (ilmu)
dan yg dikitabkan tertulis seawal nama² yg diajarkan setelah berlaku pemerhatian - sains dan sastera
- Pengetahuan yg pasti, pemerhatian menambahkan kepastian hingga sebenar² pasti

Ada dua kata yg saya berminat utk bincangkan spt mana yg saudara berikan: AGAMA dan TEKNOLOGI
- dan saya katakan kedua²nya merupakan antara punca pemisahan sastera dan sains

Hujah#1 (AGAMA)

Agama (ad-din) adalah kata perbuatan/perlakuan/amalan manusia mengikut syariat tertentu
maka, bila ia hanya tinggal 'nama' dan tdk lg diamal/dibuat/dilakukan dgn tertib/rukun tertentu
hilanglah makna/erti dari segi kesusasteraannya atau pendek kata sbg pemanis mulut adja gtu...
- biasanya org kata 'tdk mencapai maksud'

Dipetik: Wiki...

Ad-Din (Bahasa Arab: الدين‎) atau "Agama"
- yang berasal dari asal kata "da ya na" mempunyai banyak erti dalam bahasa Arab.
Dari berbagai makna "dayana" ada 4 pengertian yang mempunyai hubung kait
dengan agama menurut persepsi Islam:

1- Dain/Qardh bermakna hutang.

Dalam hal ini ia berkait rapat dengan kewujudan manusia
yang merupakan suatu hutang yang perlu dibayar (lihat Surah Al-Baqarah ayat 245),
manusia yang berasal dari tiada kemudian dicipta dan dihidupkan
lalu diberi berbagai nikmat yang tidak terhingga (wa in ta waddu).
Sebagai peminjam, manusia sebenarnya tidak memiliki apa-apa,
akan tetapi Pemilik sebenar adalah Allah S.W.T,
manusia hanyalah diamanahkan untuk dipergunakan dalam ibadah.
Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, manusia tidak dapat membayar hutangnya
maka satu-satunya jalan untuk membalas budi adalah dengan beribadah,
dan menjadi hamba Allah yang mana adalah tujuan daripada penciptaan manusia
(Surah Adz-Dzariyaat ayat 56).

2. Maddana juga berasal dari kata dana.

Dari kata ini lahirlah istilah madinah dan madani,
maddana yang bermakna membangun dan bertamaddun,
oleh itu madinah dan madani hanya boleh digunakan untuk
masyarakat yang beragama dan bukannya masyarakat atheis dan sekular.
Dari pengertian ini juga seseorang manusia itu perlu melihat
ianya berhubung kait dengan konsep khilafah dimana manusia
telah diamanahkan oleh Allah sebagai khalifahNya di muka bumi ini
dengan tujuan untuk memakmurkan bumi dan membangun tamadun
yang sesuai dengan keinginan Allah (Surah Al-Qasas:5, Surah An-Nuur:55).

3. Perkataan dana juga mempunyai erti kerajaan (judicious power)

Konsep ini sangat berkaitan dengan Tauhid Uluhiyah yang merupakan
perkara paling penting dalam aqidah umat Muslim.
Seseorang itu tidak diterima imannya dengan hanya percaya kepada Allah sebagai Rabb
akan tetapi ia hendaklah beriman kepada Allah sebagai Ilah.
Ini bermakna Allah adalah satu-satunya Tuhan
yang patut disembah, ditaati, Dialah Penguasa dan Raja.
Tauhid Uluhiyah ini yang dapat membezakan musyrikin dengan mukminin.
Dari sinilah lahirnya Istilah Al-Hakimiyah dimana seoarang Muslim
harus menerima Syariat Allah dan tidak boleh tunduk kepada undang-undang buatan manusia.
Kerana Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui telah menetapkan
hukum syariah yang sesuai untuk manusia untuk ditegakkan dan dipatuhi
(Surah Yusuf:40, Surah An-Nisaa’:65).

4. Pengertian yang lain ialah kecenderungan (inclination)

Sudah menjadi fitrah manusia diciptakan mempunyai kecendrungan
untuk percaya kepada perkara yang supernatural,
percaya adanya tuhan yang mengatur alam semesta dan kuasa ghaib
disebalik apa yang dicerna oleh indera manusia.
Inilah yang dinamakan Din Ul Fitrah (Surah Az-Zukhruf:9, Surah Ar-Rum:30)
Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan seorang bayi itu lahir sebagai seorang Muslim.

- bacaan lanjut...di sini.

Daripada takrifan secara terperinci begini
dpt menerbitkan byk bidang sains i.e. sosial, ketamadunan, politik, etc.
dan byk cabang lain yg spesifik, terfokus lg mendalam...


Hujah#2 (TEKNOLOGI)

Teknologi juga merupakan perbuatan/amalan/kerja/etc. yg membantu manusia menjalani hidup - kemahiran
dan sentiasa dimudahkan dgn bantuan alatan yg diperbaharui melalui proses kreativiti dan inovasi
dari semasa ke semasa mengikut KEPERLUAN setempat - tebiat dan habitat...

Dlm hal ni, terlalu byk yg bole dibincangkan berkenaan pemisahan sastera dan sains
dan mungkin boleh dipenuhkan langsung hanya dgn satu perkara ni je...

Maka, saya pendekkan dan akan huraikan kemudian...

Hari ini wujud golongan 'teknokrat' yg menggerak manusia
berdasarkan keupayaan teknologi danaan birokrat/sosialis
dan ini merupakan satu paksaan kpd kehidupan kelompok yg menyokong mereka
gerakan anti-kapitalis ini seolah² mahu meruntuhkan sistem yg ada
yg dikata sbg menindas umumnya dan cuba menggantikan ia dgn ideologi 'technocracy'
- manusia menjana teknologi dan bkn sebaliknya...tanpa keringat.

Perkembangan sains dan sastera yg plg progresif adalah dlm teknologi
dan telah byk memperkenalkan teori²/kaedah² baru
dlm perancangan, pengurusan dan perlaksanaan serta imbal-balik
diperbaharui/baiki dgn pesat serta punyai pesaingan yg hebat
berdasarkan KEHENDAK kemodenan arus globalisasi
- spt timbunan/longgokan sumber alam...

Terpisahnya ia bila tikus membaiki labu
- rosak satu perintang diganti dgn sebiji komputer...

Kesimpulannya, kesan pemisahan sastera dan sains membinasakan.

Apabila Id, ego dan super ego tak balance, it will cause a doomsday!

Yg ni saya kurang setuju kot, tp yg jelas kita lihat hari ini i.e.
kerakusan sumber bumi, pembaziran, pencemaran, etc. - kerosakan² yg ada


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 03:16 PM | Show all posts
nice info..TQ~
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Agama adalah pemulanya.Contohnya dalam al quran sudah ada segala gala ìlmu di dalamnya.terpulang pada kita untuk mendalaminya dgn lebih mendalam lg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2017 07:13 AM | Show all posts
dr1234 replied at 27-10-2017 10:16 PM
Agama adalah pemulanya.Contohnya dalam al quran sudah ada segala gala ìlmu di dalamnya.terpulang pa ...
Agama adalah pemulanya.Contohnya dalam al quran sudah ada segala gala ìlmu di dalamnya.terpulang pada kita untuk mendalaminya dgn lebih mendalam lg


Yg lebih menarik tu kata 'Agama' itu sendiri
Berasal drpd sanskrit, kemudian ke jawi hingga kininya rumi.
Cuma dipukal-ertikan kpd maksud yg agak condong.

Walhal akarnya juga punya tiga cabang dlm sastera:
1) Agama - jelas sbg cara hidup dan sikap dan dasar2 dlm institusi sosio-budaya
2) Ugama - yg dibentuk petua/fatwa ketua ritual/adat/resam/dogma
3) Igama - hakikat diri dan ketuhanan

Sains lahir daripada pemikiran, tafakur
Ilham yg turun ke dlm benak kepala turun ke hati nurani
- insan/diri lah yg memilih utk cenderung ke mana2 pun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2019 12:06 AM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 18-12-2017 07:13 AM
Yg lebih menarik tu kata 'Agama' itu sendiri
Berasal drpd sanskrit, kemudian ke jawi hingga k ...
Yg lebih menarik tu kata 'Agama' itu sendiri
Berasal drpd sanskrit, kemudian ke jawi hingga kininya rumi.
Cuma dipukal-ertikan kpd maksud yg agak condong.

̶W̶a̶l̶h̶a̶l̶ ̶a̶k̶a̶r̶n̶y̶a̶ ̶j̶u̶g̶a̶ ̶p̶u̶n̶y̶a̶ ̶t̶i̶g̶a̶ ̶c̶a̶b̶a̶n̶g̶ ̶d̶l̶m̶ ̶s̶a̶s̶t̶e̶r̶a̶:̶
̶1̶)̶ ̶A̶g̶a̶m̶a̶ ̶-̶ ̶j̶e̶l̶a̶s̶ ̶s̶b̶g̶ ̶c̶a̶r̶a̶ ̶h̶i̶d̶u̶p̶ ̶d̶a̶n̶ ̶s̶i̶k̶a̶p̶ ̶d̶a̶n̶ ̶d̶a̶s̶a̶r̶2̶ ̶d̶l̶m̶ ̶i̶n̶s̶t̶i̶t̶u̶s̶i̶ ̶s̶o̶s̶i̶o̶-̶b̶u̶d̶a̶y̶a̶
̶2̶)̶ ̶U̶g̶a̶m̶a̶ ̶-̶ ̶y̶g̶ ̶d̶i̶b̶e̶n̶t̶u̶k̶ ̶p̶e̶t̶u̶a̶/̶f̶a̶t̶w̶a̶ ̶k̶e̶t̶u̶a̶ ̶r̶i̶t̶u̶a̶l̶/̶a̶d̶a̶t̶/̶r̶e̶s̶a̶m̶/̶d̶o̶g̶m̶a̶
̶3̶)̶ ̶I̶g̶a̶m̶a̶ ̶-̶ ̶h̶a̶k̶i̶k̶a̶t̶ ̶d̶i̶r̶i̶ ̶d̶a̶n̶ ̶k̶e̶t̶u̶h̶a̶n̶a̶n̶

Salam kembali!

Maaf. Terdapat kesilapan dlm makna ketiga2 kata di atas.
AGAMA - merujuk kepada peraturan timbal balik antara raja dan rakyat
IGAMA - merujuk kepada peraturan timbal balik antara dewa dan manusia
UGAMA - merujuk kepada peraturan yang berlaku antara sesama manusia




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 02:40 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 22-8-2019 11:06 PM
Salam kembali!

Maaf. Terdapat kesilapan dlm makna ketiga2 kata di atas.

Selamat kembali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2019 05:42 AM | Show all posts

Tq mod Ada, tapi berjauhan dgn papan kekunci

Bahasa adalah jambatan kepada tahu
Keunikan kesusasteraan dlm lenggok kata
bak kata mat salih...
Leman use layman, Wee Sien use vision,
Zain use science and Rustam use wisdom


Sedar tak sedar hantu raya pun dah pupus
Hantu yg dikata pengacau yg besar2 lagi meluas
Sekarang tok moh, tok batin pulak dah naik pangkat dan berdarjat
Kata2 dan tindak jadikan kefasihan sbg pemidato, penghulu dan tok ketua
Dan umat lebih difokuskan kpd isu politik dan pembangunan kelompok masing2.

Mana tak nya, misi2 dah jelajah seluruh kampung memvaksin
Liputan pusat kesihatan dan klinik meluas ke corok rantau
Walaupun tak diberi gelar ghostbusters
Cumanya sekarang ni yg hantu raya (pengacau besar) disasar ke puak antivaks pulak lah.

P/s: Bebel je nih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain replied at 21-9-2019 04:42 AM
Tq mod Ada, tapi berjauhan dgn papan kekunci

Bahasa adalah jambatan kepada ta ...

Bagus ni @KILL_NANCY
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye berul sebab sastera perlukan science dan scoence perlukan sastera i tuk refer apa apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2019 01:55 AM | Show all posts

Belum cukup bagus ni mod

Karya2 nan indah yg dah tertulis tersangat lah byknya
Semuanya pun drpd ilham dipena ke lembaran dan dijilid
Sebahagian diabadi, sebahagian diulang-cetak berkali2
Ada juga sebahagian dijadikan kitab suci...kau pijak, kau mati!


Dalam Phisica (Fizik), Aristotle melukis gambaran fahamnya akan alam
Dari dalam diri hingga ke luar imaginasi seluas2 alam
Yg kita peroleh kini cuma olahan zaman renaissance pertengahan (slps 2k+ tahun?!)
Yg telah meletakkan sangkar kpd alam semesta utk dijadikan model lelaran dalam makmal
Empirikal bukanlah tak masuk akal, cuma pendeknya adja yg sejengkal
Menutup falsafah kesusasteraan alam hingga terlangkup bak otak dlm tempurung kepala
Walhal, yg membezakan gajah dan insan bukanlah saiz otaknya. Kan?

Yes, ofkos your brain can think. For a start, let us think outside of the box.
Bila dikata buka minda, bukan dibelah otaknya. Tapi diperluaskan hati nurani.
Sesungguhnya, dalam mimpi, mata yg diguna bukan yg dipejam.
Manakala, dalam visi, mata yg diguna bukan yg terbeliak dua biji.
Mata hati itu penjana minda, melahirkan deria di luar imaginasi.

Maka, masakan karya indah dapat disaksikan hanya dengan membaca penulisannya?
Ini bukan perihal perbualan di library in English
juga bukan perihal pesoalan di perpustakaan dlm Melayu
Seorang Yunani mampu merubah rupa bentuk Eropah
Seorang Arab mampu merubah seluruh muka bumi


Ini kerana manusia yg ingin tahu lalu mengkaji, mengaji utk ambil tahu
dan wujudnya segala jenis pengajian utk mendalami pengetahuan
- ianya berpunca drpd si pemula

Di mana terpisahnya sains dgn sastera?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2019 02:13 AM | Show all posts
namakusiapa2 replied at 11-10-2019 06:33 AM
Ye berul sebab sastera perlukan science dan scoence perlukan sastera i tuk refer apa apa

Pokoknya sedara, apakah kata yg berlawanan dgn kata 'kesusasteraan'?

- Realiti sebenar?
- Kejahilan?
- Berdiam diri?
- Senyap?
- Ucapan?


Nanti boleh bincang...

Dalam fasih ada sihir
Dalam syair ada hikmah
Dalam ucapan ada keberatan
Dalam pengetahuan ada kejahilan


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:07 PM | Show all posts
Mfenamg pun ebanr sangat sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.146013 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list