CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19188|Reply: 170

Norish Karman mahu bergelar professor

[Copy link]
Post time 14-5-2014 08:01 AM | Show all posts |Read mode
Norish mahu bergelar profesor

GENAP berumur 40 tahun Ahad lalu, pelakon versatil Norish Karman mengakui hidupnya kini disaluti bahagia biarpun tidak sempurna seperti orang lain. Dia ibu tunggal. Namun, hidupnya terisi dengan anak-anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, Putri Hany Amanda, 9 dan Haq Lutfie Alexander, 2.
Dia tinggal di rumah yang cukup selesa. Dia juga mempunyai sumber pendapatan yang tidak putus-putus berkat menjadi pelakon, penyanyi, penceramah motivasi di universiti-universiti, dan ahli bisnes katering.
"Pada usia 40 tahun ini, hidup saya bahagia. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Kalau boleh, saya tidak mahu orang tahu tempat tinggal saya.
Bukan sebab takut kepada stalker (penghendap) tetapi orang selalu salah faham. Bila kita janda dan boleh hidup di tempat seperti ini (kediaman mewah), orang akan cakap bukan-bukan. Seperti orang yang ada suami sahaja boleh tinggal tempat macam ini.
"Namun itu semua tidak benar. Saya boleh tinggal di tempat sebegini sebab saya buat pelbagai jenis kerja. Alhamdulillah, tidaklah jadi jutawan tetapi boleh beri anak makan dan tempat tinggal yang selesa," tutur Norish ketika ditemui di rumahnya yang terletak di kawasan Mont Kiara, Kuala Lumpur, bersempena sambutan hari jadinya yang ke-40 Ahad lalu.
Memilih tema sukan (sporty) untuk hari jadinya kali ini, ujar Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman, dia tidak mahu mengambil kisah tentang angka umur yang kian bertambah.
Katanya, walaupun lelaki atau perempuan jangan risau mengenai umur. "Hidup dengan seadanya. Tak perlu (hidup) diremehkan dengan (isu) umur dan bergembiralah," tegas Norish.


Ibu tunggal
Sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak, Norish mendapat semangat daripada anak-anak. Bekerja keras dengan kelebihan yang dikurniakan Tuhan.
Namun, hatinya tertanya-tanya bagaimana dengan nasib ibu tunggal yang tiada kelebihan dan tidak tahu berbuat apa-apa untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Saya bekerja keras boleh duduk rumah macam ini. Boleh bernyawa. Menjadi ibu tunggal tidak ada kelebihan apa-apa. Golongan ini hanya dibantu masa bulan puasa dan hari raya sahaja.
"Sebenarnya, kita boleh salur bantuan hari-hari tidak perlu menunggu sehingga puasa atau hari raya kepada golongan yang memerlukan," jelasnya yang jika ada kelapangan akan memasak dan hasil masakan itu disedekahkan kepada ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan gelandangan.
Buat masa sekarang, Norish juga sedang sibuk menyiapkan buku masakan dan juga buku mengenai kisah hidupnya.
"Insya-Allah, tahun ini juga saya akan keluar dengan buku masakan sendiri. Semua yang terkandung adalah resipi ciptaan saya sendiri.
"Selain itu, saya juga akan keluarkan buku mengenai kisah hidup. Dari zaman menjadi model sehingga sekarang," luahnya yang tidak mahu lagi orang ramai salah faham mengenai dirinya dan akan menjelaskan semua mengenai dirinya di dalam buku tersebut.




Kahwin
Tidak menutup pintu hatinya untuk berumah tangga, Norish bagaimanapun meletakkan syarat. Pelakon filem Sayang Salmah itu cuma akan berkahwin dengan lelaki yang benar-benar menyayangi anaknya.
"Buat masa ini, saya belum ada lagi (teman lelaki). Anak-anak ada suruh pergi dating. Tetapi, saya sibuk dengan kerja. Menguruskan anak-anak lagi. Kalau boleh, saya tidak mahu berkahwin dengan membebankan suami untuk menjaga anak-anak saya. Bantu boleh tetapi tidak sehingga menyusahkan. Asalkan dia menyayangi anak-anak saya itu sudah memadai," luahnya yang tidak memilih bakal suami dari golongan kaya.
Banyak lagi yang ingin dicapai dalam hidup, Norish berhasrat untuk menamatkan pelajarannya sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah PhD dalam bidang sains sosial dan psikologi.
"Mungkin orang lihat saya sudah ada macam-macam. Tetapi, secara peribadinya kita tahu kekurangan diri sendiri dan apa yang kita mahukan.
"Saya belum sempat habiskan pelajaran saya dalam PhD dalam bidang sains sosial dan psikologi, tetapi saya akan habiskan. Saya mulakan pengajian sejak dua tahun lalu tetapi berhenti dan kini saya sambung semula," ujarnya yang menyimpan impian untuk bergelar profesor suatu hari nanti, namun enggan mendedahkan nama universiti tempat dia menyambung pengajiannya itu.
Kongsi Norish, hidup juga perlu ada jalinan dengan individu lain.
"Saya rasa apa yang saya buat seperti menyanyi, berlakon dan memberi motivasi di universiti adalah sebagai platform untuk berhubung dengan orang lain. Jadi artis sahaja tidak mencukupi. Kena ada rasa tanggungjawab terhadap individu yang memerlukan bantuan," katanya.




Last edited by tapibukanaku on 14-5-2014 08:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 08:04 AM | Show all posts
.................... malas nak komen ape2
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:05 AM | Show all posts

psiko and delusion Universiti manalaaa yg amik dia jadi speaker? apalaaa topic dia ceramah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:06 AM | Show all posts


WHATEVER!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:09 AM | Show all posts
Penceramah Motivasi...? Erkk... Seriously...! Motivasi...?? Ngahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:10 AM | Show all posts
Bila kita janda dan boleh hidup di tempat seperti ini (kediaman mewah), orang akan cakap bukan-bukan. Seperti orang yang ada suami sahaja boleh tinggal tempat macam ini.

ramai je kawan I yg single mampu tinggal kat area ni ye x semestinya yg bersuami mampu je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2014 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
baik dia balik singapore bg talk bagaimana nk jd retis di msia. charge 1 kepala $200.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:11 AM | Show all posts
plz laa.. hahaha.. lawak apakah ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 08:14 AM | Show all posts
macam pernah dengar, tapi tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:38 AM | Show all posts
aku baca dr awal smpi akhir takde pun tulis die nak jadi professor
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:39 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 14-5-2014 08:10 AM
Bila kita janda dan boleh hidup di tempat seperti ini (kediaman mewah), orang akan cakap bukan-bukan ...

Rasanya orang yang tak bersuami dan single laaagiiiii mampu dari yang dah beranak pinak. Takde commitment, belanja untuk diri sendiri je.. tak payah pikir susu, diaper, tuisyen fees, pakai, makan, toys, buku sekolah, trip, dan perkara2 sewaktu dengannya.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Milo amik dia jd duta :lol

sib baik aku dh x minum milo ... lps dia berlakon iklan milo... Lg la loya tekak aku...

Last edited by CrowneGlory on 14-5-2014 08:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
*double post* deleted

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:49 AM | Show all posts
oh iklan milo tu dia eh yang budak main bola/futsal tuh?

tapi nape nampak gemuk je kat situ. iols ingatkan orang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2014 08:50 AM | Show all posts
annehuda posted on 14-5-2014 08:38 AM
aku baca dr awal smpi akhir takde pun tulis die nak jadi professor

tak habis kopipes

Kahwin
Tidak menutup pintu hatinya untuk berumah tangga, Norish bagaimanapun meletakkan syarat. Pelakon filem Sayang Salmah itu cuma akan berkahwin dengan lelaki yang benar-benar menyayangi anaknya.
"Buat masa ini, saya belum ada lagi (teman lelaki). Anak-anak ada suruh pergi dating. Tetapi, saya sibuk dengan kerja. Menguruskan anak-anak lagi. Kalau boleh, saya tidak mahu berkahwin dengan membebankan suami untuk menjaga anak-anak saya. Bantu boleh tetapi tidak sehingga menyusahkan. Asalkan dia menyayangi anak-anak saya itu sudah memadai," luahnya yang tidak memilih bakal suami dari golongan kaya.
Banyak lagi yang ingin dicapai dalam hidup, Norish berhasrat untuk menamatkan pelajarannya sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah PhD dalam bidang sains sosial dan psikologi.
"Mungkin orang lihat saya sudah ada macam-macam. Tetapi, secara peribadinya kita tahu kekurangan diri sendiri dan apa yang kita mahukan.
"Saya belum sempat habiskan pelajaran saya dalam PhD dalam bidang sains sosial dan psikologi, tetapi saya akan habiskan. Saya mulakan pengajian sejak dua tahun lalu tetapi berhenti dan kini saya sambung semula," ujarnya yang menyimpan impian untuk bergelar profesor suatu hari nanti, namun enggan mendedahkan nama universiti tempat dia menyambung pengajiannya itu.
Kongsi Norish, hidup juga perlu ada jalinan dengan individu lain.
"Saya rasa apa yang saya buat seperti menyanyi, berlakon dan memberi motivasi di universiti adalah sebagai platform untuk berhubung dengan orang lain. Jadi artis sahaja tidak mencukupi. Kena ada rasa tanggungjawab terhadap individu yang memerlukan bantuan," katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:50 AM | Show all posts
boleh sambung dalam bahagian rekaan skrip .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 08:51 AM | Show all posts
tgk iklan milo pon rasa mcm nak tergelak sbb
1st time aku tgk ibu cheer anak kat tgh padang


mcm mengganggu jek
ingat dia coach / referee ke hapa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:51 AM | Show all posts
itik_kuning posted on 14-5-2014 08:49 AM
oh iklan milo tu dia eh yang budak main bola/futsal tuh?

tapi nape nampak gemuk je kat situ. iols ...

she mmg badan naik sejak anak last neh

bagai di pump pump
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa pulk yg pegi dgr ceramah motivasi dia
Jd lagi bebal
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 08:54 AM | Show all posts
cikatilia posted on 14-5-2014 08:51 AM
she mmg badan naik sejak anak last neh

bagai di pump pump

tengok kat gambar atas tuh kurus je. tak sangka lak memang dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.068895 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list