|
Nak citer satu kisah, kalau citer ni dah ada, momod boleh close ..
A sudah setengah jam tunggu B di stesen LRT. Puas menunggu, dia berjalan sekitar stesen menuju ke bangunan pejabat dan juga deretan kedai. Tengah leka melihat barang2 yang dijual di situ, dia terpandang pada C, seorang lelaki cina yang terdongak ke arah bangunan. Macam cari sesuatu. C ni sudah garu-garu kepala.
A buat tak tahu, padanya ramai manusia kat situ yang perangai macam C tu. Dia melihat-lihat barang di kedai sementara menunggu B. Tiba-tiba bahunya disentuh. A berpaling.
A: Yes?
C: Tumpang tanya aaa...itu..peng...aaa...mana itu cin peng?
A berkerut kening. Tak faham. Dia tanya lagi C, apa yang C nak.
C:Haiya..itu cin peng...peng! (C turut garu kepala)
A: Lu mahu cari Chin Peng? (A sudah terbeliak, macam mana C boleh cari Chin Peng? Dia kawan lama bekas komunis tu ke?)
C mengangguk. Ada ka? Mana mau cari?
A: Itu Chin Peng sudah mati maa!
C: Hah?? Mati?? Mana boleh! Lu jangan kasi gua bodoh maa..peng mana boleh mati maaa..haiyyyaaa...tarak otak ini olang..
(C geleng-geleng, dia dongak lagi melihat-lihat bangunan sekitar situ.)
A semakin tak faham. Setahunya Chin Peng, komunis tu dah mati!
A: Lu tarak percaya tak apa la. Lu cari la sampai dapat, takkan jumpa la itu orang! (A sudah malas layan C)
Tiba-tiba B muncul, juga lelaki cina kawan baik A.
A: Lu kenapa lambat? Sejam aku tunggu kau!
B sengih. Dia pandang C yang masih terpinga-pinga di situ. Dia mula tegur.
B: Uncle mau cari apa? (Dia tanya dalam bahasa cina)
C menjawab. B pun tunjuk di mana tempat tu.
A terpinga-pinga.
C: Haiya! manyak telima kasih haa..ini olang tarak faham punya!. C pandang A dan terus pergi.
A: Weh, kau tanya apa? kenapa dia marah aku? Kenapa dia pergi?
B ketawa dan gelakkan A.
B: Sebab kau tu jawab Chin Peng! marahlah dia!
A tercengang. Dah dia tanya mana Chin Peng! Aku jawablah orang tu dah mati!
B: Tadi dia tanya mana cimb bank! Bukan Chin Peng!
A tepuk dahi! Bank??? Adeh...dia mula gelak. Tadi dia dengar sendiri C tu sebut Chin Peng!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|