CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: theflash

kakak dan sekolahnya di Bukit Chandan (oleh theflash)

[Copy link]
Post time 23-5-2014 09:10 AM | Show all posts
maklang2011 posted on 22-5-2014 10:23 PM
maklang ex rpk...  n still lalu lalang kt rpk n idrisiah.....

hai maklang.. nanti time raya boleh kot nk dtg beraya... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 10:42 AM | Show all posts
piqa666 posted on 22-5-2014 05:03 PM
sekolah idrisiah ni adik saya and sepupu2 saya ramai sekolah sini.. tapi sorang pun takde cerita pas ...

batch SMKRPK yg tahun bile ni..?hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 10:44 AM | Show all posts
anakin_ena posted on 23-5-2014 10:42 AM
batch SMKRPK yg tahun bile ni..?hehehehe...

rahsia.... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 10:48 AM | Show all posts
piqa666 posted on 23-5-2014 10:44 AM
rahsia.... hehehe

cet..kot sama batch...leh la reunion (sorry flash tumpang borak)
kalo sama batch..leh tau la yg stiap kali perhimpunan jumaat/isnin..
akan ada org tarik bendera mesia (pengawas) n conduct lagu negaraku n lagu skolah kat tgh2 tangga..
hahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 01:13 PM | Show all posts
orang yang conduct tgh2 time nyanyi tu best friend saya. hehehe. misteri.

Ok.. taknak lari topik. nak story sikit citer hantu girl school ni... pinjam benang ye flash.. hehe

kisah masa ni aku gatai nak dok asrama walau rumah and sekolah hanya 10 minit sahaja jaraknya.

pada tahun 2001, dalam bulan september or oktober (hujung tahun memang acara tahunan histeria) masa tu ramai sibuk prektis menari zapin untuk jamuan akhir tahun asrama.

aku tak join sebab aku tak reti nak menari lenggok2. aku lepak kat dorm. tiba2 ada junior sorang ni (yan) datang mintak minyak cap kapak katanya pening kepala. So aku pun bagi dia minyak cap kapak dan dia terus masuk dorm dia (sebelah dorm aku). dia tidur.

Then datang plak sorang lagi junior (far) kata letih sakit kepala. nak tidur. dia ni budak dorm aku jugak. aku pun kata kat dia rehatlah. (watak aku mcm biro aduan/kesihatan plak.)

Kemudian dalam pukul 10.30 malam macam tu kecoh kat dorm sebelah katanya Yan kerasukkan. Lalu adalah kakak2 super senior cuba mengaji baca ayat qursi pelbagai kat Yan. Bila ada sorang kakak ni picit ibu jari Yan, menjerit sekuat hati Yan masa tu. (tang ni aku start trauma dah)

Pastu tengok keadaan serius terus panggil cikgu and usung Yan turun ke surau. Masa tu ramai baca yasin keliling Yan. aku tak turun. ntah kenapa. aku dok lepak kat dorm je dgn few friends. Masa lepak ni far terjaga tanya Yan mana. (Yan and Far kawan baik) Kiteorang cakap la Yan tak sihat ada kt surau. Si Far ni terus lari turun ke surau.

Sesampai je si Far ni kt surau, DOOM!!! mcm goku bertemu bezita, dua-dua menjerit-jerit. Yan takot tengok Far. Si Far plak gigih nak jugak jumpa Yan. Dia kata Yan kena kacau setan. Untuk tenangkan keadaan, aku suruh Far amik wudhu and solat isyak since dia tak solat lagi. Kemudian Far tido.

Bila Far da tenang, Yan kat bawah masih belum stabil. meracau-racau lagi.. si Far sekali lagi nak jumpa Yan. mengamuk2 nak jumpa Yan. jenuh menahan. pastu aku slow talk kt Far dia pun tidur balik.

Tengah si Far tido, aku lepak dengan 3 orang member atas katil yang digabung dua. Mas, nurul, ila dan aku. masa tu aku dan nurul duduk atas katil. Mas and Ila berbaring. Tengah sembang2 pasal hal ni, Mas cakap "tu la... malang tak berbau.."

Then, Ila tengok aku, dia kata "weyh pegang tangan aku". aku pun pegang je la. tiba-tiba makin lama makin kuat dia pegang. bukan pegang dah. tahap genggam. tak lepas. sakit gila babi. pastu dia menjerit-jerit. jerit yang kuat sangat. aku tak tau nak buat apa. tangan sebelah dah kena genggam. aku goncang2 badan dia.. tapi dia jerit lagi kuat. last kali penampor makan dia... tapi tak jalan gak.. takde hasil.

Masa aku tengah cuba nak tenangkan ila, tiba2 Mas nangis2 meracau. Nurul try la tenangkan dia.. tapi dia nangis2 jugak.. dah tinggal aku and nurul je berdua handle. mana ada orang lain nak tolong masa tu. Time tu Ila makin ganas. sepak terajang semua cukup. last2 dia lepaskan tangan aku. lega. aku panggil orang kt bawah mintak bekap (back up).

Kakak2 senior datang tolong bekap . dah ada bacaan yassin plak kt dalam dorm aku. time ni aku tak baca yassin gak. tak sure la nape.. rasanya tak period time tu. aku lepak kt katil aku. (katil aku di antara katil far and nurul). tengah orang baca yassin, Ila meronta-ronta lagi.. nasib la ada kakak sorang ni berjaya jinakkan dia. Mas pulak menangis-nangis, meracau-racau. "nak ikut, nak ikut.." katanya. ikut gi mana ntah.

Masa aku dok perati scene racauan tu, tiba2 Far tegur aku. tanya sapa belakang aku. Aku cakap la nurul. Memang nurul kt belakang aku time tu. then dia kata tak...yang sebelah tu.. time tu aku tengok lagi sekali. mana ada sapa dah. sapa or apa dia nampak aku tak tau. seram iols. terus tukar tempat duduk. hehe.

anyway kisah racauan tamat lepas ada sorang pakcik datang bawak kemenyan. kenyang le deme da dapat makan. tu pasei diam (aku tak berapa setuju dengan kemenyan2 ni..)

Malam tu kiteorang tido berhimpit2. panas pun panas lah.. janji ada orang sebelah. bila dah lights off malam tu pun Ila masih tak berapa tenang. dia kata masih nampak "benda" tu.

Kisah ni tak tamat malam ni je.. huhuhu

walau pun benda ni dah 13 tahun berlalu, aku takkan boleh lupa. tengah type pun rasa berdebar2. huhu.

sekian dari saya ex-RPK.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
piqa666 posted on 23-5-2014 01:13 PM
orang yang conduct tgh2 time nyanyi tu best friend saya. hehehe. misteri.

Ok.. taknak lari topik. ...

ate bukok le benang cite seram dr exrpk..nak gk tau cite kn pasei dlu2 xdok asrama so tatau sgt cite2 ni hee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2014 08:34 AM | Show all posts
hanna88 posted on 23-5-2014 10:20 PM
ate bukok le benang cite seram dr exrpk..nak gk tau cite kn pasei dlu2 xdok asrama so tatau sgt ci ...

citer xde le byk mane... nk bukak benang pun rasa tak berbaloi... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 01:03 PM | Show all posts
Mmg angker yg amat sekolah ni..hmm,cerita ni buat aku trigt kenangan duk hostel dulu..mcm2 yg dalami n dengar..maklum lh,bekas tapak askar Jepun..tambah plk blok a n b hostel dhimpit oleh kubur lama.....seram yg amat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2014 01:21 PM | Show all posts
penanggal pakai tengkolok ??????????????????????  hantu zaman dulu2 ke ?????????????  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2014 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sekel posted on 25-5-2014 01:21 PM
penanggal pakai tengkolok ??????????????????????  hantu zaman dulu2 ke ?????????????

yg bab tu

sy malas ulas lebih3.

snsitif sikit.

paham3 la ye. dkt masjid tu kn pekuburan.........
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:00 PM | Show all posts
piqa666 posted on 23-5-2014 09:10 AM
hai maklang.. nanti time raya boleh kot nk dtg beraya... hehehe

meh ler...  maklang tggu di tepi sungei kangsor....   
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:26 AM | Show all posts
sblm ni SR je...   seram pulak bce cite antu kt skolah ni... dlu skolah asrama jugak..  tiap thn ganjil mmg akan ade acara histeria ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
pinkyjuliet83 posted on 29-5-2014 10:26 AM
sblm ni SR je...   seram pulak bce cite antu kt skolah ni... dlu skolah asrama jugak..  tiap thn g ...

tq sudi bc huhhuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 10:02 AM | Show all posts
Mmg slalu follow cite flash, sng bce n phm w'pon de typo... ha3.. beza dlu SR sekrg dh brani komen... slalu cr peluang rempit bce cite flash...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 02:58 PM | Show all posts
theflash posted on 25-5-2014 11:24 PM
yg bab tu

sy malas ulas lebih3.

ada kaitan ngan kerab... ehh
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
manja377 posted on 22-5-2014 10:20 AM
rasanya mcm nak tumpang cerita kat sini pasal sekolah lama.
Kisah ni berkenaan pengalaman junior ma ...

sekolah kat ganu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2014 12:17 PM | Show all posts
idrisiah eaa...?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 08:27 AM | Show all posts
Cerita 1 tu serius seram
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:01 PM | Show all posts
aku seram cerita yang last tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 10:35 AM | Show all posts
sekel posted on 24-5-2014 06:21 PM
penanggal pakai tengkolok ??????????????????????  hantu zaman dulu2 ke ?????????????

Jin2 Istana yang muncul kot...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071149 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list