CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1887|Reply: 0

Contoh Soalan Peperiksaan Pengawai Pembangunan Masyarakat S41

[Copy link]
Post time 22-5-2014 02:21 PM | Show all posts |Read mode

Contoh Soalan Peperiksaan Pengawai Pembangunan Masyarakat S41. SPA telah mengumumkan pada 27 Mei 2014 pada hari selasa akan dijalankan Peperiksaan Pengawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 di seleuruh Negara.



Bagi calon yang ingin menyemak kelayakan samada layak atau tidak di panggil temuduga boleh lihat pada pautan dibawah:-








Sehubungan dengan itu kami dari Peluang Kerjaya Online mengucapkan TAHNIAH kepada yang berjaya. Lakukan persediaan sebaik mungkin.

Anda kini sudah sebelah kaki untuk menjadi Pengawai Pembangunan Masyarakat.


Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah pegawai utama yang akan ditempatakan di beberapa kementerian seperti Kementerian Pembangunan Wilayah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan kementerian lain yang berkenaan. Bagi jabatan pula antara penempatan yang popular ialahJabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), KEMASdan banyak lagi.



30,000 orang calon adalah bukan sesuatu yang sedikit. Mereka yang akan melepasi halangan pertama ini juga semakin sukar. Pada tahun ini beberapa modul baru diperkenalkan.



Terdapat 4 Seksyen format peperiksaan:-



1. Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Persekitaran

2. Daya Menyelesaikan Masalah

3. Esei Bahasa Malaysia

4. Esei Bahasa Inggeris



Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Persekitaran



Ia mengandungi 50 soalan dan masa yang diberikan ialah 40 minit. Markah yang diperuntukkan pula ialah 30 markah. Anda perlu luangkan masa kurang dari 1 minit untuk menjawab setiap soalan berkenaan.Tujuannya adalah untuk memastikan semua calon tahu tentang Malaysia dan peka terhadap perkembangan semasa di negara ini. Malah isu semasa lain juga turut ditanya ialah kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara. Agak banyak juga. Anda juga perlu alert dengan isu dan agenda semasa kerajaan.



Seksyen B: Daya menyelesaikan Masalah



Ia mengandungi  40 soalan dan masa yang diberikan ialah 45 minit.  Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah. Antara kemahiran yang diuji ialah soalan matematik berkenaan kemahiran logik. Selain itu kemahiran mengeterjemah data matematik dan  konsep konsep yang ada dalam matematik juga akan diuji kepada calon calon. Ia satu bahagian yang agak mencabar kerana ia menguji kemahiran anda menterjamah data yang diberikan. Adakalanya ia agak tricky.



Seksyen C: Esei Bahasa Melayu



Calon akan diberikan 3 topik dan hanya perlu menulis esei berkenaan 1 topik sahaja. Masa yang diberikan ialah 1 jam. Ia adalah untuk menguji kreativiti calon. Contoh topik yang diberikan ” bagaimana untuk menyelesaikan masalah kesesakan di Kuala Lumpur”. Jadi anda perlu menulis esei mengenai isu berkenaan. Tiada jumlah perkataan ditetapkan. Anda boleh menulis sepanjang mana yang anda suka. Pastikan ia menepati tajuk yang diberikan.



Contoh soalan Esei Bahasa Malaysia:

1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia. Bincangkan.
2. Anda sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jelaskan peranan anda dalam membentuk kepimpinan kampung yang unggul.

Begitulah contoh soalannya. Jadi anda perlu menghurai apa yang anda akan lakukan sebagai seorang pegawai.



Seksyen D: Esei Bahasa Inggeris



Ia lebih kurang dengan seksyen C. Anda berikan 3 soalan dan perlu menjawab 1 soalan sahaja. Jumlah patah perkataan juga tidak ditetapkan.



Contoh Soalan Esei Bahasa Inggeris:

1. Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.
2. What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than face-to-face contact for its main means of communication?

Itu adalah antara contoh soalan Esei Bahasa Inggeris peperiksaan pegawai pembangunan masyarakat.



Panduan Sulit & Eksklusif Lulus Peperiksaan Pengawai Pembangunan Masyarakat S41



Panduan ini amat berguna sebagai rujukan sebelum menghadapi p.epriksaan. Banyak teknik-teknik dan tips-tips berharga didedahkan. Semoga menjadi panduan berguna untuk semua calon yang terlibat.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050135 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list