CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Amnesia (Epilog) -TAMAT- (01/04/2015)

[Copy link]
Post time 28-10-2014 07:56 AM | Show all posts
Leafumi posted on 28-10-2014 07:55 AM
ya..memang belum terungkai lagi.. sabar ye.. sikit je lagi nanti tt bongkarkan..  sorry la jalan c ...

i'll be waiting passionly here TT... teruskan berkarya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 09:38 AM | Show all posts
huh...banyaknya kumbang nak tekel Adira nih... yang mana satu agaknya jadi pasangan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 05:16 AM | Show all posts
Bab 11


Malam itu, Adira tidak dapat melelapkan mata. Tidak lain tidak bukan, dia memikirkan hal yang akan berlaku esok. Dia bakal bertemu Faiz dan menamatkan drama Faiz. Dia sudah letih dengan drama lelaki itu. Dia tak mampu lagi berlakon. Dia akan berterus-terang dengan Faiz. Dia mahu meluahkan segala dendam dan kekesalannya kepada Faiz. Biar lelaki itu dengar semuanya. Biar dia tahu apa yang Adira simpan jauh dalam sudut hati selama ini. Bukan sengaja Adira mahu mengungkit.Tapi keadaan yang memaksa. Faiz sendiri yang degil. Faiz yang memaksa dia mengungkit kembali cerita lama. Yang dia sendiri pun tak ingin lagi mengingatnya. Seandainya masa itu boleh diundur, dia tak mahu kenal pun Faiz.


Adira memakai pakaian yang santai saja. Tak mungkin dia pakai baju yang lawa-lawa untuk bertemu Faiz. Dia bukannya mahu memikat Faiz. Adira mencapai bedak dan menyapukan sedikit saja di wajahnya. Dia mengenakan lip balm di bibir. Dia mengenakan tudung bawal AJ. Tudung kegemarannya. Ringkas seperti biasa. Adira melihat refleksi diri di cermin. Tiada apa yang terlalu istimewa. Dia tidak nampak pun model mahupun pelakon popular di situ. Hanya Adira Aqilah yang biasa. Jadi kenapa Faiz begitu tergilakan dia ? Mungkin lelaki itu sudah buta agaknya.

Adira menunggu ketibaan Sofia. Sofia tiba. Dia masuk ke dalam perut kereta Sofia. Kemudian mereka bertolak. Lebih kurang lagi 15 minit jam akan menunjukkan pukul 2petang. Adira cuba menenangkan diri. Memikirkan ayat-ayat yang akan diucapkan kepada Faiz. Boleh jadi kata-katanya bersahaja. Boleh jadi kata-katanya bernada amarah. Silap-silap dia memaki hamun Faiz. Memukul Faiz barangkali kalau-kalau dia dirasuk syaitan. Apa saja boleh berlaku.

Faiz memarkir motosikal Kawasaki 250R hitam. Dia turun dan menanggalkan topi keledar Arai hitam. Faiz mengamati sekeliling. Seperti biasa keadaan di tasik itu tenang dan damai. Pemandangan tasik yang indah menyejukkan lagi mata memandang. Mengasyikkan. Terdapat beberapa orang sedang bersenam dan jogging. Tak ketinggalan juga pasangan bercinta yang berjalan-jalan berdua.

Faiz berjalan menuju ke sebuah kerusi batu. Dibawa bersama topi Arai. Beg sandang yang dibawa masih tersangkut di bahu. Dia duduk. Matanya sejak tadi masih meliar melihat sekeliling. Mencari Adira. Jadi di mana Adira sekarang ? Mungkin belum sampai. Tak mengapa. Dia akan tunggu. Peluang sebegini tak mungkin disia-siakan. Hari ini dia akan bersua dengan Adira. Dia mahu menyelesaikan masalahnya dengan Adira. Berharap Adira akan bersetuju dengannya. Berharap tiada lagi persengketaan.

Adira turun dari kereta. Selepas menutup pintu kereta, dia merenung Sofia yang duduk di dalam. Sofia senyum sambil mengangkat handphone dan membuat isyarat supaya Adira menelefonnya jika berlaku apa-apa. Adira mengangguk faham. Senyuman Sofia membuat hati Adira sedikit lega. Namun selepas Sofia beredar dengan keretanya, Adira kembali serius. Dia pergi mendapatkan Faiz. Dari jauh dia lihat Faiz sedang duduk di kerusi batu. Merenung jalan. Faiz tidak peduli dengan orang-orang yang jogging di hadapannya.

“Assalamualaikum.”

Mendengarkan ucapan salam dari suara gadis yang ingin ditemuinya, Faiz pantas menoleh. Wajahnya berseri-seri memandang Adira. Namun Adira pula sebaliknya. Wajahnya serius.

“Waalaikumusalam.Duduklah.”

Adira lihat ke arah kerusi batu tempat Faiz duduk. Dia kemudian mengalihkan pandangan ke sekitar. Mencari kerusi batu yang lengkap dengan meja. Sungguh dia tidak mahu duduk bersebelahan Faiz. Takkan dia mahu cakap sambil berdiri pula. Adira menuding jari ke arah sebuah meja batu lengkap dengan kerusi. Faiz melihat ke arah yang ditunjukkan. Dia mengangguk faham. Apa-apa saja untuk Adira. Mereka bergerak menuju ke meja batu. Kemudian duduk di situ. Mereka duduk bertentangan.

“Akhirnya dapat juga saya jumpa awak,” ujar faiz. Bermukadimah. Adira diam.

“Awak lapar ke ? Jom pergi minum ke makan ke..” ujar Faiz lagi.

“Tak,” jawab Adira pendek.

“Tak apa. Take your time. Tak perlu rushing,” balas Faiz.

“Benda pertama yang saya nak cakap ialah.. saya terkejut. Seriously saya terkejut yang amat. Saya tak pernah fikir akan jumpa awak lagi. Saya tak pernah fikir awak akan cari saya. Even dalam mimpi pun tak.Saya tak faham apa yang buat awak cari saya,” Adira juga memulakan bicaranya. Dia cuba merenung Faiz. Cuba mencari kebenaran di wajah lelaki itu.

“Bermakna awak sebenarnya tak pernah lupakan saya. Awak masih ingat saya. Tapi awak pura-pura tak kenal. Awak nak mengelak dari saya.”

“Ya, saya berlakon je. Dari hari pertama awak tegur saya, saya dah boleh cam awak.  Tapi saya buat tak layan. Saya pun hairan kenapa awak cari saya. Memang saya nak mengelak dari awak. Sebabnya saya dahtak nak jumpa awak. Saya tak nak ada kaitan dengan awak dah.”

“Pandai awak berlakon. Depan saya. Depan kawan awak. Sampai semua orang fikir saya berniat jahat. Tapi lakonan awak tak buat saya fikir saya silap. Memang awaklah orangnya.”

“Bukan ke awak memang buat benda-benda yang mencurigakan. Awak pun sama je. Berlakon. Pura-pura mahu berkenalan dengan saya. Awak stalker saya. Awak call saya. Mesej. Macam-macam lagi. Apa yang awak cuba buat ? Saya rasa awak tak perlu bazirkan masa awak dengan semua tu. Seriously saya tak minta semua tu.”

“Saya buat semua tu sebab saya nak tahu perkembangan awak. Saya selalu fikirkan awak. Saya suka awak,” di kala berkata-kata Faiz memandang tepat ke arah Adira. Adira tunduk. Dia tak mampu menentang mata Faiz. Mungkin kesan biologi, dia segan apabila lelaki confess kepadanya secara depan-depan.

“Mudahnya awak cakap. Lelaki memang senang aje confess kan ? Tambah-tambah mamat macam awak.” Adira menyindir.

“Saya tak tipu. Saya betul-betul suka awak.”

Adira kembali memandang Faiz. Menentang pandangan lelaki itu. Dia cuba mencari keikhlasan disebalik mata Faiz. Namun dia sendiri tidak pasti.

“Awak sedar tak apa yang awak cakap ni ? Susah untuk saya terima.”

“Kenapa ?”

“Awak dah terlambat, Faiz.”

“Tak, awak tak boleh tolak mentah-mentah.”

“Saya dah masak dengan semua yang saya lalui disebabkan awak.”

"Apa salah saya kat awak Adira ? Besar sangat ke ?"

Adira memandang Faiz dengan pandangan kebencian. Mungkin.

“Awak fikir saya ni budak-budak ? Mudah dipujuk ? Lepas tu lupakan semua yang dah berlaku ? Saya pun ada hati dan perasaan. Tak semudah tu awak nak pujuk saya.”

“Habis macamana dengan perasaan saya ni, Dira ?”

“Awak tak sepatutnya ikut perasaan awak tu.”

“Adira, saya hanya nampak awak seorang je.”

“Orang macam awak ni mesti ramai lagi perempuan yang awak kenal. Sama macam zaman sekolah dulu.”

“Zaman sekolah dah lama berlalu, Dira. Saya bukan lagi yang dulu. Sekarang saya Faiz.”

“Samalah saya pun bukan Adira yang awak kenal. Mungkin tiada apa yang lain cuma hati saya bukan untuk awak lagi.”

Faiz diam mendengar kata-kata Adira. Walaupun berkali-kali Adira menafikan perasaannya kepada Faiz namun dia masih tak dapat menerimanya. Kerana dia percaya jauh disudut hati Adira, perasaan itu masih bersisa.

“Awak sakit,” ujar Adira lagi.

“Saya tahu.”

“Awak kena lupakan benda lama. Lupakan saya. Mulakan hidup baru.”

“Macamana kalau saya nampak awak je dalam hidup baru saya ni ?”

“Padamkan saya.Buang saya jauh-jauh dari hidup awak. Go find someone else. I don’t deserve you.”

Or else you mean that I don’t deserve you,Adira ?”

Not for this time.”

“Awak balas dendam? Awak nak saya rasa macamana bertepuk sebelah tangan ? ”

“Itu je yang saya mampu berikan.”

Adira melemparkan pandangan ke tasik. Mencari sedikit ketenangan dan kekuatan. Dia juga perlu memikirkan kata-kata supaya dapat dijadikan hujah baginya melawan Faiz. Sejak tadi Faiz tidak mahu mengalah berdebat dengannya soal hati dan perasaan. Lagipun dia tidak mahu menatap wajah Faiz yang sudah berubah. Tidak seceria tadi. Hambar. Dia tak mahu terpalit rasa kasihan mahupun takut sedikitpun dihatinya terhadap Faiz.

Faiz tiba-tiba mengambil beg sandang yang dibawa bersama lalu dibuka. Dia mengeluarkan segulung kertas. Adira memandangnya dengan tertanya-tanya. Faiz puas hati apabila gulungan kertas itu langsung tidak kemek. Mungkin kerana beg sandangnya kosong. Jadi tekanan ke atas gulungan itu kurang.

Faiz membuka gulungan kertas itu. Tak nampak baru juga tidak nampak lama. Adira rasa seperti pernah tengok. Dia terkesima. Memang dia pernah lihat. Malah dia yang beri pada Faiz kertas itu. Dia hanya membiarkan kertas itu terbuka. Mereka sama-sama merenung potret itu.

“Saya still simpan,” ujar Faiz. Kali ini ada senyum di bibirnya. Mungkin dia bangga dapat menunjukkan semula potret lama itu yang masih elok dijaga. Adira hanya memandang Faiz dan potert itu silih berganti tanpa bersuara.

“Saya kemalangan. Bila saya sedar dari koma dan balik ke rumah, saya terjumpa ni. Saya curious sangat nak tahu macamana saya dapat potret tu.. siapa yang buat..,” Faiz memberi penjelasan tanpa dipinta. “Tengok.. ada tandatangan awak.. tahun pun ada..” sambung Faiz lagi.

“Bila saya tahu awak yang buat, saya berusaha cari awak. Saya kagum dengan kesungguhan awak buat potret ni. Makin lama perasaan saya kuat pada awak.”

Adira hanya mendengar cerita Faiz. Tak mengapa. Biar dia dengar dulu apa saja yang ingin diceritakan Faiz sepanjang usahanya menjejak Adira. Paling penting Adira mahu tahu siapa yang mendedahkan kedudukan Adira kepada Faiz hingga lelaki itu dapat menjejaknya. Faiz menyeluk lagi beg sandangnya. Kali ini dia mengeluarkansekeping gambar. Di belakang gambar itu ada sedikit tulisan. Faiz memberikannyakepada Adira. Adira menyambutnya.

Adira terkejut. Itu adalah gambarnya. Dia berseragam sekolah. Tapi bukan itu persoalannya. Persoalannya dia langsung tak tahu kewujudan gambar itu. Gambar itu mungkin telah diambil secara senyap-senyap. Adira memusingkan gambar dan membaca tulisan yang ada pada belakang gambar.

Adira

Adiraqilah88@xxxxx.com

Adira hairan. Itu adalah alamat emel kepunyaannya. Memang itu emelnya. Dia telah menggunakan emel itu sejak di sekolah menengah lagi. Siapa yang menulis emelnya dibelakang gambar itu ? Siapa pula yang telah curi-curi mengambil gambarnya ? Bagaimana pula Faiz dapat gambar itu ?

“Awak kena bagitau saya dari mana awak dapat semua ni Faiz ? Siapa yang bagi awak gambar ni ?”

“Saya.. tak pasti.”

“Apa maksud awak ? Terus-terang lah.”

“Saya betul-betul tak tahu. Apa yang saya tahu benda tu dah ada dalam simpanan saya.”

“Habis macamana awak ada gambar ni ? Awak sendiri ke yang buat semua ni ?”

“Tak. Bukan saya. Orang lain. Tapi saya tak tahu. Saya tak ingat.”

“Awak tak ingat langsung ?”

“Tak.”

“Mama awak tak ada cerita kat awak ? Atau sesiapa saja mungkin pernah cerita kat awak ?”

“Mama saya tak ada pula bagitau saya.”

Adira mengeluh. Habis siapa yang buat begitu ? Kalau bukan Faiz sendiri yang buat, siapa lagi ? Mungkinkah Aina ? Atau Hadif ? Atau Dzul ? Takkan Faiz tak tahu menahu langsung pasal mereka itu ?

“Cuba awak ingat,mungkin Aina ke.. Dzul ke..” Adira cuba buat Faiz ingat semula insan-insan yang rapat dengannya di sekolah dulu. Yang mungkin dalang kepada semua ini.

“Aina ? Siapa ? Dzul tu siapa ?,” Faiz hairan. Dia tidak tahu siapa mereka. Dia tidak kenal. Tiada sesiapa memberitahu tentang mereka kepadanya. Mama Faiz sendiri pun tak pernah menyebut nama mereka dihadapannnya. Namun Irfan pernah memberitahu bahawa dia seorang yag famous dan diminati ramai ketika di sekolah. Digosipkan dengan ramai perempuan tetapi tak ada yang serius. Itu saja yang diberitahunya.

Fine. Forget it. Benda dah lepas pun,” Adira mengeluh di akhir kata. Susah baginya untuk memaksa Faiz ingat semula mereka itu. Terlalu mendadak.

“Boleh awak cerita kat saya apa yang awak tahu, Adira ?,” pinta Faiz.

“Apa yang saya tahu, awak Faiz Haikal Ahmad.” Adira sengaja menekankan nama Haikal dalam katanya.

“Itu nama penuh saya. Nampaknya awak memang masih ingat saya,kan ?”

“Bukan.. bukan macam tu.” Balas Adira geram. Nanti Faiz salah sangka pula yang dia masih menaruh hati kepadanya.

“Apa lagi yang awak tahu ? Kalau boleh ceritakan segalanya.” Pinta Faiz.

Adira terdiam. Dia teringat pesan Pn. Anita. Dia mahu Faiz lupakan kisah lalu. Jika dilihat dari reaksi Faiz yang seperti tidak tahu apa-apa ini, Adira pasti tiada sesiapa pun yang memberitahu Faiz tentang kehidupan lampaunya. Pn. Anita tahu. Tetapi Adira rasa dia tidak menceritakan segalanya kepada Faiz. Mungkin wanita itu mahu anaknya tidak ingat langsung sejarah hidupnya. Jadi Adira pun tak perlu membuka mulut.

“Itu je yang saya boleh beritahu awak.”

“Kenapa pula ? Apa masalahnya kalau awak beritahu saya ?”

“Saya cuma tak boleh,” balas Adira. Serba salah. Dia bertanya pula, “Apa yang awak tahu, Faiz?”

“ Saya tahu nama saya. Saya tahu siapa family saya. Itu je. Selebihnya mama tak pernah cerita.”

“Awak tak pernah tanya ?”

“Pernah. Tapi mama tak nak beritahu. Dia cakap dia takkan sesekali bagitau saya. Even adik saya, Irfan pun tak nak cerita kat saya,” kata Faiz. Dia mengeluh di akhir bicara.

Adira diam. Dia kasihan. Apa perasaan orang yang lupa hampir segalanya selepas kemalangan. Pasti dihantui persoalan dan ketakutan. Patutkah Pn.Anita membiarkan saja Faiz tertanya-tanya tentang kisah silamnya ? Adira mula bingung memikirkan hal ini. Lain pula yang jadi. Dia mahu menamatkan drama mereka. Alih-alih lain pula jadinya. Dia tak boleh pula menghamburkan amarahnya kepada Faiz. Faiz sendiri pun tak tahu apa kesalahannya di masa lalu.

“Mama awak tahu tak awak simpan lukisan dengan gambar tu ?,” soal Adira.

“Tak,” jawab Faiz. Adira diam lagi. Tepu pula kepalanya untuk berfikir lagi.

“Awak memang suka saya kan ?,” soal Faiz pula. Adira terpana. Faiz masih mahu bercakap soal hati.

“Saya..” baru saja Adira ingin bersuara, Faiz bertanya lagi, “ Sebab tu awak buat potret saya. Kan? Lukisan awak ni cantik sangat. Saya hargai karya awak ni. Mujurlah ada alamat emel awak di belakang gambar ni. Dapatlah saya jejak awak.”

“Maksud awak..”

“Saya jumpa facebook awak.”

Biar betul.. okay.. aku tak perasan pula selama ni.. Desis hati Adira. Dia pasti Faiz mengintip facebooknya. Mungkin juga Faiz sudah friend dengannya di facebook. Cuma dia saja yang tidak perasan.

“Apa nama facebook awak, Faiz ?” Adira ingin tahu. Tak mungkin dia hanya akan membiarkan saja hal itu.

“Saya takkan bagitau awak,” ujar Faiz.

What ? Better awak bagitau saya, Faiz. I need to know.”

“Tak, saya takkan bagitau.”

Adira geram. Dia mendengus. Faiz ini memang degil. Adira penat dengan kerenah Faiz yang menyakitkan hati itu. Dia bangun. Faiz turut serta bangun. Adira mahu beredar. Seperti biasa, Faiz takkan biarkan dia pergi begitu saja. Dia mengejar Adira yang melangkah laju.

“Jangan kacau saya, Faiz.”

“Adira, kita tak habis bincang lagi.”

“Saya dah tak peduli lah. Lukisan tu dah tak ada makna bagi saya. Kalau awak nak tahu kisah hidup awak yang dulu, awak tanya je mama awak.”

“Adira, saya tak percaya apa awak cakap ni.”

“Awak pergi bakar je lukisan tu !”

Jerkahan Adira itu membuat Faiz terkejut. Nampaknya Adira benar-benar marah kepadanya. Wajah Adira yang garang itu tiba-tiba bertukar sedih. Lama kelamaan air mata mengalir dipipinya.

“Awak tahu tak apa yang jadi kat saya ? Macam-macam jadi tau ! Semuanya sebab awak. Tapi awak..buat tak tahu. Awak tak kisah langsung.. semua orang kacau saya.. diorang kenakan saya.. “ Adira berkata dalam esakan.

“Adira.. saya..” Faiz mahu bersuara namun dia sendiri tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Dia sendiri pun keliru. Melihat air mata Adira membuatkan dia kehilangan kata-kata.

“Sudah, Haikal..sudah.. walaupun sekarang awak Faiz.. benda tu tak ubah apa pun.. kenyataannya awak tetap Haikal.. Haikal yang dulu.. sekarang, jangan kacau saya !,”

Adira terus berlalu setelah dia selesai berkata-kata. Kali ini Faiz tidak lagi menghalangnya. Faiz membiarkan saja dia pergi.

Last edited by Leafumi on 28-10-2014 09:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:55 AM | Show all posts
Leafumi posted on 29-10-2014 05:16 AM
Bab 11

Malam itu, Adira tidak dapat melelapkan mata. Tidak lain tidak bukan, dia memikirkan hal y ...

ooo... mamat faiz ni haikal rupanya... apa yg dia buat sampai adira terluka sampai mcm tu sekali... sambung lagi TT...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:35 PM | Show all posts
sambung sambung!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:40 AM | Show all posts
ooo..faiz tu haikal..apa yg dah jd dulu ye..
sambung lg please....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 03:06 AM | Show all posts
wohhhh....puas selama ni beng nak kaitkan mamat faiz ni dengan haikal...rupa2nya ini ye. tajuk pun dah kasi hint..tapi tak pasti siapa yg 'pelupa' sebenarnya.

sila sambung ye TT.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 12:04 PM | Show all posts
krikk krikkk......

huhuh.... next episod bila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2014 03:20 AM | Show all posts
Bab 12


Bunyi deruman yang kuat kedengaran dari luar banglo milik Pn.Anita. Bunyi motosikal itu mencuri perhatian Irfan yang sedang meniarap di katil bersama komputer riba. Dia pasti itu abangnya yang baru pulang. Kemudian bunyi itu kian hilang dan tidak kedengaran lagi. Bunyi anak tangga dipijak-pijak pula yang kedengaran. Kira-kira dalam 10 minit kemudian, susuk tubuh Faiz muncul di pintu bilik Irfan. Irfan mengangkat muka memandang abangnya.

“Kenapa abang ?” tegur Irfan.

“Abang nak cakap dengan Irfan,” ujar Faiz sambil menapak masuk dan duduk di birai katil. Irfan menukarkan posisi meniarap ke posisi duduk bersila bagi membuatkannya dapat menumpukan perhatian kepada Faiz.

“Irfan, abang nak minta tolong Irfan. Irfan please cerita kata bang, apa lagi yang abang tak tau pasal hidup abang dulu,” Faiz memulakan bicara. Irfan hanya memandang abangnya tanpa berkedip mata. Dia serba salah. Dia masih ingat pesan mama.

“Irfan ?” Faiz mendesak apabila Irfan hanya diam.

“Kan Irfan dah bagitau,” Irfan mengelak.

“Tak cukup lagi apa yang Irfan ceritakan.”

Irfan mengerutkan dahi. Faiz masih memandang tepat ke arahnya menunggu jawapan. Dia pasti Irfan boleh menceritakan kembali apa sebenarnya yang terjadi. Menceritakan apa yang Adira juga tahu tetapi tidak mahu diberitahu kepadanya.

“Abang jumpa perempuan tu ke ?” soal Irfan tiba-tiba. Faiz pula yang terkedu. Nampaknya adiknya tahu kegiatannya.

“Ya, abang jumpa dia. Abang memang dah lama cari dia. Tapi korang tak tahu pun.” Faiz mengakui perbuatannya. Itu tidak perlu lagi disembunyikannya.

“Abang patut biarkan je semua tu.”

“Irfan tak payah nak cakap semua tu pada abang. Irfan just tolong bagitau apa lagi yang abang tak tau. Itu aje. Please,” Faiz cuba memujuk Irfan.

“Mama dah tak kasi ungkit lagi.”

“Irfan, please..”

“Apa yang abang nak tahu ?”

“Apa-apa yang berkaitan dengan Adira.”

“Adira tu satu sekolah dengan abang. Potret muka abang tu dia yang buat. Mesti abang dah tahukan ? Irfan tahu pasal tu sebab abang pernah tunjuk kat Irfan dulu. Tapi Irfan dah tak ingat lepas tu. Macam yang Irfan cakap, abang famous. Ramai minat kat abang. Ramai yang kenal abang. Itu pun abang yang cerita kat Irfan dulu sebab Irfan kan sekolah lain. Abang cakap abang nak hadiahkan potret yang dia buat tu kat Aina,” Irfan mula bercerita panjang.

“Siapa Aina ?,”soal Faiz ingin tahu. Dia tidak dapat mengingat langsung siapa Aina.

Irfan menjawab pertanyaan Faiz berserta menjelaskan apa yang Faiz tidak tahu, “Aina tu lah girlfriend abang masa tu. Abang nak hadiahkan kat Aina potret tu. Tapi abang tak perasan yang sebenarnya Adira tu ada hati kat abang. Lepas abang jumpa Aina dan bagi pada Aina, Aina dapat tahu Adira yang buatkan untuk abang. Tapi Aina bukan satu sekolah dengan abang. Dia sekolah lain. Waktu sekolah habis, dia pergi cari Adira. Masa tu abang pun ada. Abang yang hentikan pergaduhan diorang.

Lepas peristiwa tu, semua orang nak sibuk ambil tahu pasal Adira. Biasalah. Penangan yang Adira dapat lebih kurang macam dalam drama Korea. Ramai yang tak suka dia. Peminat-peminat abang lagi lah tak boleh terima. Diorang kutuk macam-macam kat Adira tu. Dengar cerita, Adira pernah kena kacau teruk. Melampau sangat. Tapi yang tu Irfan tak pasti siapa. Mungkin mama tahu.

Pasal kemalangan tu pulak, abang bukan kemalangan sorang-sorang. Aina dengan abang bergaduh. Masa tu abang dengan Aina tengah date macam biasa. Bergaduh pasal Adira. Aina marah sebab abang still simpan lagi potret tu. Masa tu pulak korang bertekak tepi jalan. Aina bengang sangat, dia nak pergi macam tu aje tinggalkan abang. Abang kejar dia. Memang abang ikut belakang dia. Dia melintas macam tu aje. Tak perasan ada kereta datang tepi selekoh. Kereta tu pulak laju aje. Abang dah menjerit panggil nama dia. Tapi abang tetap jugak ikut dia dengan harapan abang sempat tarik dia. Tapi kereta tu dah rapat sangat. Abang cuma sempat tolak Aina aje untuk elak dari kena langgar. Sudahnya abang yang tak sempat elak. Lepas abang kena langgar tu, kereta tu blah macam tu je.”

“Semua tu salah abang ke ?,” soal Faiz. Dia serba salah. Nampaknya banyak perkara yang dia tidak tahu. Dia kesal kerana tak berupaya mengingati kesemua itu. Dia tidak menyangka hidupnya sampai begitu sekali dahulu. Diminati dan dipuja ramai.

“Irfan tak rasa semua tu salah abang saja. Tapi Irfan tak pasti lah kalau-kalau abang ada buat apa-apa yang menyakitkan hati Adira tu,” balas Irfan.

“Abang tak tahu. Serius abang tak tahu, Irfan.”

“Abang tak tanya Adira ke ?”

“Adira tak nak bagitau abang pun.”

Irfan mengeluh. Mama tidak mahu memberitahu langsung apa yang dia tahu kepada Faiz. Adira pun tak mahu menceritakan perihal sebenar. Apa saja lah yang Irfan tahu. Dia hanya mendengar sedikit saja cerita daripada mama. Siapa lagi yang boleh membantu Faiz mengingat semula apa yang terjadi.

Pada malam itu,Faiz memasuki bilik Pn.Anita. Dia menghampiri sebuah almari di tepi tingkap. Dia memeriksa almari itu. Membuka kedua-dua pintu almari. Membuka kesemua laci. Dia mesti mencari barang-barang yang Pn.Anita sorokkan. Pasti ada sesuatu yang disoroknya. Walaupun Irfan tidak ada memberitahu tentang apa-apa benda, namun firasatnya mengatakan ada sesuatu yang mungkin mama sorok darinya. Dia tak pasti apa bendanya namun dia tetap mahu mencarinya. Belum sempat Faiz membuka laci yang paling bawah, bahunya ditepuk. Faiz terkejut. Dia berpaling.

“Iz, kamu buat apa ni ?,” soal Pn.Anita yang tercegat di belakangnya.

“Mama..bila mama balik ? ”sahut Faiz. Dia bangun berdiri menghadap mama.

“Kamu cari apa ni,Faiz ?” soal Pn.Anita. Dia tidak menjawab soalan Faiz.

“Barang-barang Faiz.”

“Barang-barang Faiz ada kat sini ke ? Mama tak rasa mama simpan kat sini.”

“Ma, Faiz mintak sangat, kalau mama ada sorok apa-apa barang lama Faiz, tolong bagi balik kat Faiz,” Faiz memujuk Pn.Anita.

“Apa maksud Faiz ni ?”

“Ma, kalau ada barang-barang yang berkaitan Adira atau Aina, tolong bagi Faiz. Faiz perlukan semua tu, ma.”

Mendengarkan nama-nama yang meniti di bibir anak lelakinya itu, wajah Pn.Anita berubah. Dari tadi dia sudah rasa ada sesuatu yang pelik bila melihat Faiz sedang memeriksa lacinya. Faiz lihat wajah mama sudah tegang.

“Sudah. Kamu keluar sekarang,” arah Pn.Anita.

“Tapi, mama.. mama tak jawab lagi. Mana barang-barang tu ? Iz tahu, mesti ada something else yang mama sorok kan ?” Faiz berdegil.

“Iz, mama tak nak dengar cakap kamu lagi. Sekarang kamu keluar dari bilik mama. Sekarang,” Pn.Anita bertegas.

“Kenapa mama buat macam ni ? Apa salahnya Faiz nak balik barang-barang Faiz ?”

“Kamu tak tahu apa yang kamu cakap. Sudah, Faiz.”

“Faiz tahu Faiz kemalangan bukan sebab cuai. Tapi sebab nak tolong Aina.”

Pn.Anita tergamam mendengar kata-kata Faiz. Nampaknya Faiz sudah tahu sebab sebenar dia kemalangan. Tapi dia pasti Faiz belum tahu semuanya.

"Kenapa mama tak bagitahu hal sebenar kat Faiz ?," desak Faiz.

“Kamu keluar sekarang sebelum mama pukul kamu !,” jerkah Pn.Anita. Kali ini Faiz mengalah. Tidak mungkin dia mahu bergaduh dengan mama pula. Namun dia keluar dengan amarah. Tidak puas hati dengan respon mama yang berdegil tidak mahu memberikan jawapan. Malah marah-marah pula.




“Kau okay ke ni ?,” soal Sofia apabila dia lihat wajah Adira muram saja.

Adira tidak menjawab. Dia hanya diam sejak tadi. Minuman yang berisi dalam gelas yang dipesan masih banyak bakinya. Tidak sampai separuh pun. Waffle potato kegemarannya juga masih berbaki. Sofia pula menghabiskan Nasi Goreng Kampung kegemarannya dengan berselera. Sedikit saja lagi nasinya itu akan habis.

“Kau duk fikir pasal semalam lagi ke ? sudah lah. Aku ajak kau keluar ni nak bagi kau happy sikit. Tak payahlah fikir pasal Faiz lagi,” Sofia mengomel.

“Aku ingatkan benda ni nak habis dah semalam.”

“Adira.. kalau tak boleh lupa, it’s okay. Kalau kau rasa ada benda kau nak cakap kat aku, kau cakap aje.”

“Aku sure Faiz mesti cari aku lagi. Aku sure benda ni tak habis lagi.”

“Apa kau nak buat sekarang ?”

“Entahlah..” Adira menjawab malas.

“Tak sangka selama ni dia tu budak sekolah kau. Mati-mati aku percaya kau tak kenal dia. Rupa-rupanya kau buat-buat je,” Sofia meluahkan pendapatnya.

“Aku buat-buat aje. Dengan harapan dia akan biarkan macam tu je. Lagipun dia bukan ingat semuanya. Aku harap dia dah tak kacau aku lagi. Manalah aku expect dia dah nekad nak berbaik denganaku. Masalahnya dia sendiri pun tak ingat sepenuhnya kisah dia dulu. Dia cakap dia tahu aku pelukis potret tu. Dia confident dia suka aku. Aku rasa macam tak logik je. Suka orang semata-mata sebab lukisan?,” Adira juga bercerita panjang dan meluahkan kehairanannya.

“Perasaan orang, Dira. Kita tak boleh nak rasa apa dia rasa. Kita bukan di tempat dia,” ujar Sofia pula. Adira masih tidak puas hati. Sofia berkata lagi,” Mungkin dia rasa sunyi lepas dia kehilangan semua memori dia. Macam yang kau dah bagitau, dia tak ingat kawan-kawan dia yang lain. Aina ex-girlfriend dia pun dia tak ingat. Mama dia pun langsung tak nak buka cerita lama dia. So maybe dia rasa tak ada sesiapa sekarang melainkan ahli keluarga dia.”

“Aku terfikir, apa dia buat sekarang ? Dia duduk rumah aje ke ?,” Adira bersuara pula.

“Kau tanyalah mama dia,” Sofia memberi cadangan.

“Tu dah macam aku nak ambil tahu pasal dia pula,” Adira tidak bersetuju.

“Ambil tahu sikit-sikit pun dah cukup. Yang penting saja. Lepas dah puas hati kau tak payahlah contact dengan mama dia lagi.”

“Kalau dia dapat tahu, nanti dia ingat aku masih ada feeling kat dia. Jenuh aku.”

“Aku nak tanya kau ni,” Sofia bertanya pula.

“Apa, Sofia ?”

“Kau pasti ke kau dah tak ada feeling kat dia ?”

“Kenapa kau tanya? Maksud aku, perlu ke kau tanya lagi ?”

“Kau confirm ke feeling kau tu ?”

“Sofia, aku memang dah lama lupa pasal dia. Tu cerita zaman sekolah kut. Zaman fikiran aku pun tak matang lagi. Kira-kira dah 4 tahun lepas. Aku dah tak ingat pun. Tengok aku okay je. Hidup lagi. Sambung study. It’s not a big deal about him.”

“Tapi kau masih marahkan dia kan ?”

“Sofia, mestilah aku marah. Benda dah lepas tiba-tiba diungkit balik. Jadi isu pulak tu. Dia datang kat aku time aku dah tak nak kat dia dah. Ni dah jadi masalah untuk aku. Apa ingat senang-senang aku nak terima dia ? Dia dah tinggalkan macam-macam kat aku.”

“Tapi apa yang kau lalui semua tu bukan dia yang buat kan ?”

“Aku tak pasti..tapi semua tu mostly disebabkan dia. Disebabkan dia ramai orang kacau hidup aku. Cari pasal. Cuba nak kenakan aku. Nak aniaya aku. Macam-macamlah. Penatlah bila aku ingat balik.”

“Kau berdendam lah ni ?”

“Ini ke yang dikatakan dendam ?”

“Sebab kau tak mampu nak maafkan dia sampai sekarang. Kau tak rasa lagi worse ke kalau-kalau bukan dia yang nak semua ni jadi ? dah tu pulak, kau tak habis-habis nak salahkan dia. Kau tak bagi peluang langsung kat dia.”

“Sofia, kalau akubagi peluang lain jadinya. Dia berbaik dengan aku sekarang sebab dia ada feeling kat aku. Dia tak tahu pulak masalah lama aku dulu. Kalau aku bagi peluang..”

“Kau takut kau crush kat dia balik ?,” laju saja Sofia memotong cakap Adira yang belum habis tadi.

“Tak.. aku taknak..” balas Adira lambat-lambat.

“Apa salahnya kalau kau dengan dia ? Lagipun, sekarang dia pun dah suka kat kau. Kalau kau berbaik dengan dia bolehlah kau tolong dia ingat balik memori dia yang hilang tu.”

“Kau ingat ni macam movie ke ?”

“Sorry. Ni pendapat aku je.”

Adira mengeluh. Kalau mengikut pendapat Sofia, mungkin keadaan akan jadi baik. Yalah, jika begitu dia memaafkan Faiz. Dia berbaik dengan Faiz. Melayan Faiz. Sering berhubung dengan Faiz. Membantu Faiz mengingat semula memori-memorinya yang hilang. Silap-silap mereka berpacaran. Happy ending. Cliché kan jalan ceritanya? Selalu dilihat dalam movie dan drama. Bukankah itu yang pernah didambakannya dahulu ?

Tetapi mungkin benar juga kata Sofia yang dia berdendam. Berdendam dengan apa yang telah berlaku disebabkan Faiz dahulu. Bukan dia mahu menyalahkan takdir, tetapi dia tak mau lagi ada kena mengena dengan Faiz. Boleh ke seseorang tu lupakan dengan senang orang yang melukakan hati dan menerima orang tu dengan mudah ? Tambah-tambah pula sebagai seseorang yang istimewa. Adira rasa tidak mudah baginya. Dia fobia dengan apa yang berlaku. Buat apa dia bersama dengan orang yang pernah menimbulkan huru-hara dalam hidupnya ?

“Ke kau dah mula sayangkan Junaidi ?,” tiba-tiba Sofia bertanya. Soalan Sofia itu membuatkan Adira terkejut. Nasib baik dia tidak minum air, kalau tidak sudah pasti dia tersembur ke wajah Sofia.

“Kau ni tiba-tiba naik nama Junaidi pulak. Dah kenapa ?,” soal Adira gelabah.

“Yelah. Kan kau baik dengan dia sekarang.”

“Aku baik dengan dia sebab dia kawan aku dari kecik.”

“Kawan dari kecik pun apa salahnya.”

“Kau buat lawak apa ni ? Junaidi tu suka kat aku ?,” ujar Adira sambil ketawa yang dibuat-buat.

“Baguslah kalau dia suka. Dia sweet apa.”

“Dia tu dari kecik memang suka menyakat aku. Nakal kau tau tak. Sekarang ni dia baik dengan aku pun mungkin sebab dia dah matured.”

“Bila seseorang tu dah dewasa and matured, dia akan cari soul mate.” Sofia berkata dengan maksud yang mendalam.

So ?” balas Adira. Dia pura-pura tak faham.

“Perlu ke aku explain lagi ? Ke aku nak kena panggil Junaidi tu confess kat kau ?,” balas Sofia sambil mengangkat kening.

“Kau ni dah macam cupid, kan ? Sibuk fikir jodoh orang pulak,” balas Adira.

Pandai pula Sofia membuat mood Adira baik. Hanya dengan memetik nama Junaidi. Adira sendiri pelik. Kenapa dia seperti ceria pula selepas isu Junaidi dibangkitkan ? Bukankah mamat itu kaki loyar buruk yang selalu muncul tiba-tiba menyakat dirinya ? Adira senyum dalam hati. Tak mungkin dia senyum di hadapan Sofia pula. Junaidi itu hadirnya kini seperti penyeri. Walaupun sering membuat lawak loyar buruk, namun dia tidaklah teruk sangat. Adakalanya dia baik juga.

Last edited by Leafumi on 13-11-2014 07:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Leafumi posted on 13-11-2014 07:20 PM
Bab 12

Bunyi deruman yang kuat kedengaran dari luar banglo milik Pn.Anita. Bunyi motosikal itu me ...

Perghhh sedap bhai ayat..sikit lagi upgrade ayat pastu bommm!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 04:56 AM | Show all posts
syok baca sbb bhasa menarik xmembosankan..keep it up..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 04:17 AM | Show all posts
Bab 13



Adira menekanbutang tetikus beberapa kali. Matanya tertumpu ke arah skrin komputer riba. Sudah satu jam dia membelek-belek Facebook. Sambil dia membelek akaun Facebook, dia cuba mencari akaun Faiz. Namun tidak ditemuinya. Berkemungkinan besar Faiz menggunakan akaun Facebook lain untuk mengintipnya. Tetapi Adira tidak pasti yang mana satu. Terdapat beberapa akaun Facebook yang tiada gambar pemilik sebenar dan tidak selalu aktif. Satu pun tiada petunjuk.

Penat menjejak akaun Facebook Faiz, dia menaip pula nama Facebook milik Junaidi. Dia melihat aktiviti wall Facebook Junaidi. Sesekali dia ketawa melihat gambar-gambar dan status-status yang dimuatnaik oleh Junaidi. Tidaklah begitu banyak aktiviti wall Facebook Junaidi. Mungkin kerana dia sudah bekerja. Adira membelek pula gambar-gambar profile picture Junaidi. Dia lihat Junaidi itu tidaklah kacak mana.Tapi comel dengan lesung pipit di pipi. Sekarang sudah berkacamata. Dia nampak lebih dewasa.

Adira melihat jam di dinding. Sudah hampir pukul 4 petang. Dia berhenti membelek Facebook. Dia kemudian mematikan komputer. Adira bangun dan menuju ke meja solek. Dia bersiap ala kadar saja.Dia tidak pergi ke mana-mana pun. Hanya ingin pergi melepak di taman permainan yang tidak jauh dari rumahnya. Seorang diri. Dia tidak kisah. Lagipun dia mahu mengambil angin petang. Mungkin mencari sedikit ketenangan.

Selepas berjalan kaki untuk beberapa meter, dia tiba di taman permainan. Lega juga dia tidak bertembung dengan anjing. Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi. Kelihatan gelanggang bola keranjang dipenuhi anak-anak muda berbangsa cina. Tinggi-tinggi belaka. Mereka aktif sekali bermain bola keranjang. Sementara kawasan gelongsor lengang pula. Tiada seorang kanak-kanak pun yang datang bermain.

Adira duduk di bangku batu. Menghadap gelongsor. Tempat yang sama didudukinya ketika datang bersama Hadif, anak saudaranya. Mata Adira meliar ke sekeliling. Saja mahu mengamati kawasan sekitar. Selepas itu dia mengeluarkan handphone kemudian mula menekan sebuah apps. Beberapa minit kemudian dia leka bermain apps itu. Dia tidak kisah. Tiada sesiapa pun yang akan menganggunya. Yang ada di situ hanya anak-anak muda cina yang bermain bola keranjang. Mana mungkin mereka berminat untuk mendekatinya. Lainlah kalau dirinya amoi yang putih melepak. Adira senyum seorang diri. Sempat lagi fikirannya melalut.

“Assalamualaikum,adik manis. Seorang saja ka kamu ? tak baiklah adik manis duduk seorang begini..” kedengaran suara mirip suara lelaki Bangla kedengaran di belakang. Tegurannya membuatkan Adira tersentak. Adira pasti dia tak nampak seorang lelaki Bangla pun di situ sejak tadi. Tak mungkin dia diekori lelaki Bangla tanpa disedari. Adira berpaling ke belakang.

Junaidi yang tercegat di belakang sambil tersengih-sengih. Adira sudah menyumpah seranah didalam hati. Kalau di kaca tv mungkin telah berbunyi bunyian sensor beberapa kali. Melihatkan wajah Adira yang sudah kering darah itu, Junaidi melepaskan tawa. Dia selamba melangkah dan duduk di sebelah Adira.

“Ingatkan Bangla mana tadi yang ikut saya,” perli Adira. “Nasib baik saya tak terus pusing dan bagi pelempang,” tambahnya lagi.

“Wah, ganasnya. Jurus apa yang awak pakai tu ?,” balas Junaidi selamba. Masih tersengih-sengih.

“Awak ni macam hantu lah. Muncul sesuka hati.”

“Hee hee hee…macamana kalau saya memang hantu.. macamana kalau selama ni saya dah tak wujud.. awak aje yang nampak saya..  heeheee heee..,” Junaidi bersuara seperti hantu tercekik buah mengkudu.

“Gila,” ringkas dan padat balasan Adira.

“Memang aku gila !Aku gilakan kau !,” ujar Junaidi dengan suara dan lagak seperti hero melayu. Adira tergelak melihat gaya Junaidi ditambah pula dengan sura yang dibuat-buat. Over betul ! Desisi hati Adira.

“Awak pernah masuk drama ke time study dulu,” sinis Adira. Tawanya masih bersisa.

“Mesti sebab saya ada pakej kan ? Dah lah handsome, pandai berlakon pulak,” ujar Junaidi dengan senyum senget.

“Tolonglah ! Mamat cina kat sana tu lagi handsome !,”ujar Adira sambil menuding jari ke arah remaja-remaja cina yang sedang bermain bola keranjang dari tadi.

“Saya handsome kategori melayu,” balas Junaidi. Adira mencebikkan muka.

“Hadif mana ? Tak ada ?,” soal Junaidi.

“Hadif ? Oh, anak saudara saya tu tak ada. Kena tunggu lah bila abang nak balik,” jawab Adira.

“Awak cuti sampai bila ni ?,”soal Junaidi lagi.

“Bulan depan,” jawab Adira. “Hah, baru saya teringat. Awak ni balik sini buat apa ? Lamanya cuti,” Adira pula yang bertanya.

“Laa, tak tau ke ? Saya balik sini sebab nak kerja lah,” jawab Junaidi.

“Kerja apa ? Kenapa dekat sangat awak cari kerja ?,” soal Adira.

“Awak ni memang tak tahu apa-apa ke ? Ish..ish..ish.. saya balik nak kerja dengan pakcik saya lah. Company dia kat sini jugak,”Junaidi menjelaskan lagi kepada Adira.
“Maksudnya.. awak stay sini lah ?,” soal Adira meminta kepastian.

“Mestilah,” jawab Junaidi.

Masak ah ! Kalau macam ni, confirm tiap-tiap minggu jumpa muka dia ! Desis Adira dalam hati. Serta merta dia teringatkan apa yang Sofia cakap. Sofia mengatakan bahawa Junaidi mempunyai perasaan terhadapnya. Mengingatkan hal itu serta merta membuatkan wajah Adira merah padam. Sungguh sebentar tadi dia tak ingat langsung. Eh ! Apa benda aku fikir ni ?? Jangan perasan lah Ira oi ! Jeritnya dalam hati. Junaidi perasan yang Adira seperti termenung.

“Awak termenungkan apa ?,” teguran Junaidi membuatkan Adira berhenti mengelamun.

“Tak ada apa-apa. Just terfikir je,” balas Adira. Dia tersengih-sengih dengan dahi berkerut.

“Kenapa ? Sakit perut lagi ke ?,” soal Junaidi.

“Eh, siapa sakit perut ? merepek lah !,” balas Adira.

“Haa, teringat boyfriend la tu ?,” Junaidi cuba menduga sambil mengusik.

Boyfriend ? Ish, mana ada,” balas Adira sambil mengeleng-geleng.

“Selalu budak-budak baya awak ni, fikir boyfriend je kerjanya,” ujar Junaidi.

“Tak jugak. Habis,kalau orang tu tak ada boyfriend ? Macamana ?,” balas Adira menepis telahan Junaidi.

“Siapa tak ada boyfriend ? Awak ke ? Kesian. Kalau macam tu, fikirkan pasal saya lah,” ujar Junaidi selamba. Kata-kata yang diucap oleh Junaidi itu membuatkan Adira terkedu. Namun mamat itu kelihatan tenang saja. Main-main ! Fikir Adira.

“Apa lah orang tua ni ! Kata nak guide lah apa lah, ni ajar benda yang merepek !,” balas Adira. Itu saja yang mampu dikatakannya.

“Orang tua ? Hei, saya muda lagi okay !,” balas Junaidi.

“Kalau saya panggil awak orang tua kan lebih hormat bunyinya ?,” balas Adira mengenakan Junaidi. Dia sudah tersenyum-senyum mengejek. Junaidi ketawa mendengar kata-kata Adira.

“Dah pandai nak kenakan saya,” ujar Junaidi.

“Tengok lah siapa yang ajar !,” balas Adira tersenyum puas dapat mengenakan Junaidi.

“Awak tak payahlah nak fikirkan sangat pasal lelaki. Awak tu muda lagi, Dira. Fikir study je dulu,” tiba-tiba saja Junaidi memberi nasihat dengan wajah yang serius.

“Saya memang tak ada boyfriend pun,” balas Adira berterus-terang.

“Habis kenapa awak datang sini ?,” soal Junaidi.

“Salah ke saya lepak kat sini ?,” soal Adira kembali.

“Awak datang sorang-sorang.”

So ?”

I thought that you want to meet someone.”

“Mana ada. Ish, apa awak merepek ni, Jun,” balas Adira. Ke situ pulak Si Junaidi ni. Tapi apa salahnya kalau dia ada boyfriend pun. Tiada kena mengena dengan Junaidi.

“Ni awak bersiap ni,” duga Junaidi lagi.

“Bersiap nak datang sini je. Ada apa-apa yang pelik ke ?,” Adira kehairanan.

“Kalau macam tu, jom !,” tiba-tiba Junaidi mempelawanya.

“Jom ? Pergi mana?,” Adira tertanya-tanya.

“Jom. Saya laparlah. Jom teman saya makan,” ujar Junaidi.

“Pulak ! Tapi saya pakai simple je ni,” ujar Adira kurang bersetuju.

“La, okay lah tu. Buat apa nak melaram sakan? Bukan saya ajak pergi kenduri pun. Dah, jom,” ujar Junaidi selamba sambil melangkah. Dia menuju ke kereta yang diparkir di pinggir padang. Adira menahan geram. Mulut Junaidi adakala boleh tahan laser.

“Ish ! Apalah mamat ni !,” Adira bersungut seorang diri. Namun dia menurut jua kata Junaidi. Lagipun nanti Junaidi yang belanja. Dia mengekori langkah Junaidi yang sudah beberapa meter di hadapannya.

Tiba-tiba kaki Adira seperti disentuh sesuatu. Dia menundukkan wajah untuk melihat. Sebiji bola keranjang. Macamana bola itu ada di situ ? Adira hairan. Dia kemudian mengangkat muka memandang seorang lelaki cina yang sedang mendekati. Kalau tak silap itu adalah salah seorang lelaki cina yang bermain bola keranjang tadi. Memang tinggi. Kira-kira 175 cm ke atas.

Sorry miss,” ujarnya sambil tersenyum.

“Oh, its okay,” ujar Adira. Dia membongkok dan mengambil bola itu. Dia menyerahkan bola itu kepada lelaki cina tadi yang sudah sampai kepadanya. Dia menyambut bola tersebut.

Thanks !,” ucap lelaki cina itu. Adira mengangguk dan senyum saja. Mereka berpisah. Adira kembali menuju ke kereta Junaidi. Junaidi sudahpun berada di dalam kereta.

“Kita nak makan kat mana ni ?,” soal Adira ketika dia sudah berada di seat kereta.

“Kita ? Siapa cakap kita ? Kan saya je yang nak makan. Awak teman je,” balas Junaidi.

“Kedekut punya orang tua,” ujar Adira.

“Hahaha ! Saya main-main je. Ikut ajelah !,” balas Junaidi ketawa mengekek.

“Amboi, sempat lagi mengurat tadi,” ujar Junaidi pula.

“Mengurat ?” Adira kehairanan.

“Yelah, sempat lagi awak mengurat budak lelaki cina tadi,” Junaidi mengingatkannya kepada lelaki cina tadi.

“Oh, mana ada saya yang mengurat dia. Bola tu yang datang bergolek kat saya. Awak ni tau nak menuduh je !,” Adira membebel.

“Yeke ? So, awak dapat ke wechat dia ?,” Junaidi mengusik.

“Dapat ! Sekali dengan facebook, whatsapp, twitter,Instagram !,” balas Adira dengan nada geram. Junaidi ketawa.

“Haish, orang baru je nasihat tadi dah menggatal,” Junaidi membalas lagi.

“Sudah lah orang tua, fokus driving tu,” balas Adira. Malas mahu melayan usikan Junaidi itu.

Junaidi tidak bersuara lagi. Hanya senyum senget yang terukir di bibirnya. Adira pula sudah menarik muncung. Jaga kau, Jun ! Aku order makan banyak-banyak kejap lagi ! Desis hatinya.

Mereka berhenti di sebuah restoran. Adira mengekori langkah Junaidi memasuki restoran. Mereka duduk di satu penjuru. Sengaja mereka duduk di situ untuk sedikit privasi. Adira terasa seperti pasangan kekasih pula. Tak mustahil orang lain menyangka mereka adalah pasangan kekasih yang makan bersama. Tidak sampai 3 minit, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.

“Nak makan apa ya?,” ujar Adira sendirian.

“Eh, apahal pulak? Kan saya je yang makan. Awak tu tukang teman aje,” Junaidi bersuara sambil mengangkat kening. Adira membalas usikan Junaidi itu dengan membulatkan matanya. Junaidi ketawa saja melihat aksinya itu.

Sudahnya Adira memesan Chicken Grilled dan air laici ais. Junaidi pula memesan Chicken Chopberserta Milo Ais. Mereka menikmati hidangan. Adira rasa makanan itu sangat sedap. Mungkin kerana perutnya juga berasa lapar. Mungkin juga kerana orang yang belanja, jadi makanan itu secara automatik menjadi sedap. Adira tidak peduli. Yang penting perutnya perlu diisi.

“Berselera nampak,”tegur Junaidi.

“Yelah, kan awak belanja,” balas Adira selamba.

Cover lah sikit. Tu comot. Tepi mulut dah penuh,” ujar Junaidi dengan bersungguh-sungguh. Adira memeriksa sekitar bibirnya dengan tangan. Tidak ada apa-apa yang melekat di sekitar bibirnya.

“Penipu,” kata Adira. Junaidi senyum saja. Memang dia suka mengusik gadis itu.

“Teruk sangat ke saya makan ?,” soal Adira tidak puas hati.

“Kenapa ? Risau saham awak jatuh ke ?,” balas Junaidi sambil mengangkat kening kirinya. “Kalau dah makan dengan orang handsome,macam tulah. Kena control cun,” ujar Junaidi selamba seolah-olah dia pelakon lelaki yang kacak yang sedang sabar melayan kerenah dengan peminat.

“Rasa macam nak cucuk-cucuk aje garpu kat muka awak. Agaknya kalau buat macam tu baru awak nak sedar diri kut,” balas Adira pula. Menyindir.

“Tak apa, Dira. Saya dah lama kenal awak. Saya sudi terima awak seadanya. Biarpun awak makan sampai penuh satu muka pun saya sanggup menerima awak. Saya sanggup lapkan wajah awak kalau terlekat apa-apa sisa makanan,” ujar Junaidi dengan lagak lelaki kasanova yang pakar mengayat wanita.

“Geli telinga saya dengar awak cakap macam tu,” balas Adira sambil meneruskan suapan ke mulutnya.

“Bila lagi awak nak dengar orang cakap macam tu kat awak kan ?,” ujar Junaidi.

Sebenarnya kata-kata Junaidi itu ada maknanya. Adira tidak pasti apa maknanya namun dia fikir Junaidi mungkin bermaksud yang barangkali tiada sesiapa lagi yang boleh mencuit hatinya sebegitu jika bukan Junaidi. Ya, mungkin juga benar jika itu yang Junaidi maksudkan. Selalunya Sofia yang suka berlawak bodoh dengannya. Tetapi Junaidi lebih loyar buruk berbanding Sofia. Ataupun sebenarnya Junaidi hanya berkata tanpa makna apa-apa pun. Hanya Adira yang fikir macam-macam.

“Kalau saya tak buat awak ketawa, mesti awak tengah fikirkan masalah sekarang kan ?,” Junaidi menduga. Adira tidak menjawab kerana dia tidak tahu mahu membalas apa. Junaidi ini adakala seperti psikik. Mungkin kerana dia lebih tua berbanding Adira. Dia makan garam dulu sebelum Adira.

Tiba-tiba saja keadaan menjadi senyap. Masing-masing meneruskan suapan ke mulut. Adira sudah habis makan. Dia menghirup pula Laici Ais kegemarannya. Junaidi juga sedang menghirup minumannya. Apabila kedua-dua mereka selesai, Adira bersuara, “Its on you.” Adira senyum. Junaidi juga senyum. Kedua-dua mereka senyum kambing.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:41 AM | Show all posts
Good morning TT... nice come back entry... I love it so much...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
TT cepat sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2014 12:53 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 2-12-2014 02:24 AM
TT cepat sambung

sambungan masih dlm draft.. sabo ye.. sikit je lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2014 02:41 PM | Show all posts
Bab 14


“Iz, kamu nak pergi mana ni ?,” soal Pn.Anita apabila dia lihat anak lelakinya tergesa-gesa keluar dari bilik dengan membawa topi Arai. Faiz langsung tidak peduli terhadap pertanyaan Pn.Anita itu. Dia terus melangkah laju. Ketika dia sudah menuruni anak tangga, Pn.Anita mengejarnya. Pn.Anita cuba menarik tangan Faiz. Tetapi Faiz menepis.

“Faiz, nanti dulu. Kamu nak ke mana ni ? Please, stop !,” Pn.Anita merayu. Faiz tidak menjawab. Sampai di ruang tamu, Faiz terpaksa berhenti kerana Pn.Anita laju memintasnya. Pn.Anita menghalang laluannya untuk ke pintu masuk rumah. Mak Cik Izyan yang sedang mengemas ruang tamu pula terkejut dengan kekecohan di antara dua beranak itu. Untuk seketika dia berhenti mengemas dan melihat tingkah mereka.

“Iz, kamu nak ke mana ni ? Nak jumpa budak perempuan tu lagi ke ?,” soal Pn.Anita dengan suara yang tidak merelakan anaknya.

“Ma, tolong tepi sikit. Iz nak pergi ni,” ujar Faiz.

“Iz, mama tak nak Iz jumpa dia lagi. Sudahlah Faiz. Buat apa kamu nak ambil tahu hal yang dah lepas ? Masa bukan boleh diundur balik,” Pn.Anita cuba memujuk anaknya.

“Mama tak faham lah apa yang Iz rasa. Apa yang Iz cuba buat. Tolong jangan halang Iz !,” Faiz pula membentak.

“Apa yang Iz tengah buat ? Iz tak bagitau mama pun,” balas Pn.Anita masih tak mahu berganjak.

“Tak ada gunanya Iz bagitau kalau mama tak setuju dengan Iz,” balas Faiz.

“Semua tu demi kebaikan Iz jugak,” ujar Pn.Anita.

“Mama, please !

“Iz, cuba bagitau mama sikit. Apa yang kamu tengah buat sekarang ? Apa yang buat kamu nak jumpa dia ?,” Pn.Anita memujuk Faiz.

Faiz diam. Untuk beberapa saat. Dia mencari-cari alasan apa yang boleh diberikan kepada mama. Pn.Anita pula masih memandang tepat ke wajah Faiz. Menanti jawapan.

“Dia penting bagi Iz !,” kata Faiz. Seraya berkata, dia melangkah pergi. Pn.Anita pula terkedu mendengar jawapan Faiz.
Faiz memakai kasut dengan tergopoh-gapah. Selepas duduk di seat motosikal kesayangannya. Faiz mengeluarkan smartphone lalu menyentuh skrin beberapa kali. Kemudian dia menghidupkan enjin. Setelah itu, motosikal Faiz menderum laju keluar dari perkarangan banglo milik Pn.Anita.

Adira dan Junaidi berjalan menuju ke kereta. Mereka masuk ke dalam kereta. Seketika kemudian kereta Junaidi keluar dari kawasan parking dan pergi. Adira memeriksa handphone apabila isyarat Wechat berlagu. Sofia yang menghantar Wechat kepadanya.

Adira, kau buat apa tu ?

Kenapa Sofia ?

Kau okey ke ? Ke tengah melayan perasaan ?

Aku dengan Junaidi..

Wow ! Baguslah kalau macam tu. Kau jumpa dia dapatlah buat kau lupa kat Faiz.

Apa maksud kau ni Sofia ? Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Kami keluar gi makan aje lah.

Adira menggeleng-geleng sendirian membaca isi Wechat dari Sofia. Ada-ada saja yang Sofia nak mengusiknya. Junaidi di sebelah hanya mengerling ke arah Adira melihat gelagat gadis itu. Wechat berbunyi lagi.

Aku tak merepek lah. Kan aku dah cakap Junaidi tu care kat kau. Mesti kau lupa Faiz bila dengan dia kan ? So, benda ni bagus untuk kau lah.

Dah lah Sofia. Ni mamat ni kat sebelah aku ni. Nanti dia ingat apa pulak.

Kalau dia tanya cakap lah kau tengah wechat dengan mamat mana-mana ke.. kasi test sikit. Mana la tau dia jealous ?

K bye !

Adira menutup aplikasi Wechat dan menyimpan semula handphone. Dia mendengus sendirian. Sofia dah macam penasihat cinta pula. Sedangkan dirinya juga main-main cinta dengan ramai lelaki. Itu hal Sofia. Adira tidak dapat menghalang. Dia hanya mampu menasihati dan mendengar rintihan Sofia jika punya masalah dengan mereka. Sekejap mengaku couple. Sekejap mengaku kawan. Sekejap mengaku teman tapi mesra. Sekejap si polan itu. Sekejap si polan ini.

“Siapa tu ?” teguran Junaidi membuatkan Adira terkesima. Dia tidak menyangka Junaidi akan bertanya.

“Sofia,” jawab Adira. Tidak mungkin dia mahu menguji Junaidi seperti yang disuruh oleh Sofia.

“Kenapa ?”

“Kenapa awak tanya ?”

“Sebab nak tahu lah.”

“Saja dia kacau saya. Dia tu kan suka merepek. Sama lah macam awak,” ujar Adira selamba. Junaidi ketawa mendengarnya.

Tiba-tiba handphone Adira berbunyi nada dering mesej masuk ke Inbox. Adira memeriksa skrin handphone. Kali ini dia terkejut. Bukan nama Sofia tetapi Faiz Rock Lee. Dahi Adira berkerut dengan sendirinya setelah membaca nama itu. dia membuka mesej.

Adira.. saya nak jumpa awak. Sekarang.

Sekarang ? kan dah lewat petang ?

Sekejap aje ! Please..

Tapi.. saya tak boleh..

Please, sekejap aje.. kalau tak, saya pergi rumah awak.

Awak ni gila ke ? Dah lewat ni.

I don’t care. Jom jumpa saya kat taman hari tu. I give you 20 minutes. If  tak sampai lagi, jumpa di rumah awak.

Berbalas mesej dengan Faiz membuatkan Adira menyumpah seranah di dalam hati. Faiz sesuka hati saja mahu menyuruh Adira pergi menemuinya. Sudahlah waktu sudah lewat petang. Faiz sekali lagi cuba mengugut dirinya. Kejam ! Dia ingat dia siapa ? Bentak hati Adira. Mahu tidak mahu Adira terpaksa menurut permintaan Faiz. Tidak, mungkin lebih kepada arahan.

“Jun..”

“Yup, why ?”

Do me a favor, please ?”

“Kenapa pulak ni ?”

Junaidi hairan dengan Adira. Kenapa pula dengan gadis ini ? Ketika makan di restoran tadi elok saja. Sekarang tiba-tiba saja lain. Muka berubah. Sakit perut lagi ke ? Fikir Junaidi tertanya-tanya.

“Saya nak kena jumpa someone. Urgent. Now,” jawab Adira.

“Oh, jumpa siapa ? Sofia ?” soal Junaidi.

“Bukan. Orang lain.”

“Siapa ? Setahu saya, kawan awak Sofia aje kat sini ?” Junaidi inginkan penjelasan lagi.

“Saya ada kawan lain lagi lah.”

“Siapa ?”

“Alah, kalau saya bagitau pun awak bukan kenal. Please, hantar saya jumpa dia sekarang. Kejap aje,” Adira merayu agar Junaidi faham.
Adira terpaksa merayu juga walaupun dia tidak puas hati dengan Junaidi yang bertanya banyak. Junaidi pula semakin dihambat rasa ingin tahu. Tertanya-tanya siapa yang ingin ditemui Adira secara tiba-tiba.

“Okey lah.”

Faiz merenung langit petang. Dia melihat jam di pergelangan tangan. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Faiz meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan. Kemudian dia menolak rambut yang sedikit menutupi dahinya ke belakang. Entah kenapa perasaannya berkecamuk ketika itu. Resah. Gelisah. Tak keruan. Mungkin kerana dia terlalu banyak berfikir sejak kelmarin. Sejak mama menghalaunya keluar dari bilik ketika sedang menyelongkar laci mama.

Bukan selalu mama akan menjerit begitu kepadanya. Sejak keluar dari wad hospital, mama melayannya dengan baik dan penuh kasih sayang. Boleh dikatakan dia dimanjakan seperti budak sekolah. Segala kebajikannya dijaga dengan baik. Jika mama tidak sempat tengokkan dirinya, Irfan yang akan cuba menjaganya. Jika bukan Irfan, Mak Cik Izyan.

Cuma ada beberapa perkara yang mama tidak mahu berkongsi dengannya. Ada beberapa perkara yang mama sorokkan dari pengetahuannya. Beberapa perkara juga mama melarangnya daripada mencuba. Dirinya menurut memang tak ubah seperti budak sekolah rendah. Dia bukan bodoh. Cuma dia telah kehilangan banyak memori. Jadi hanya ahli keluarganya saja tempat yang dia ada. Hanya mereka yang dapat membantunya mengharungi hari-hari mendatang. Oleh sebab itu dia patuh pada mama.

Tetapi semakin lama Faiz semakin bosan dan mula mencari kebebasan sendiri. Secara diam-diam, banyak benda yang di pelajarinya. Sampai bila dia mahu hidup bagai budak-budak. Dia cuba bergaul sendiri dengan kenalan di alam siber. Dia bergaul sendiri dengan kenalan-kenalan di Wechat, Whatsapp dan sebagainya. Sungguh dia sudah tidak ingat rakan-rakan lamanya.

Mama juga enggan bercerita kepadanya tentang zaman silam dirinya. Dengan siapa dia berkawan. Mama mahu terus menutup buku lama kisah hidupnya. Dan tak mahu dibuka lagi. Faiz sudah tahu. Biarpun tiada sesiapa yang memberitahu kepadanya. Lama kelamaaan dia sedar dan boleh menilai sendiri. Cuma dia tidak faham dan semakin dihimpit rasa ingin tahu apa sebab dan puncanya. Berkat usahanya mencari-cari sedikit klu tentang masa lampaunya, dia menemui lukisan potret wajahnya ketika di sekolah yang telah Adira hadiahkan. Sekarang, banyak persoalan yang sudah dibongkari. Pun begitu Faiz belum puas meneroka kisah lampaunya.

Apatah lagi setelah mengetahui semula tentang Adira. Ketelitian dan keindahan hasil karya Adira itu benar-benar menarik perhatiannya. Dia bagaikan terpukau dek lukisan itu. Hatinya juga terharu. Lama kelamaan timbul keinginan untuk menemui Adira. Tidak sia-sia usahanya menjejaki Adira. Kini dia bertemu Adira. Namun gadis itu pula yang menjauhinya. Malah mungkin membencinya.

Dia teringat pula apa yang irfan sudah ceritakan kepadanya. Tentang dendam Adira. Tentang bekas teman wanitanya, Aina. Tentang zaman famous Faiz ketika di sekolah. Tentang sikap busuk peminat-peminatnya. Terutamanya tentang Adira dianiaya. Siapa yang telah cuba mengenakan Adira ? Siapa yang cuba menganggu gadis itu ? Adakah semua itu salah Faiz ? Adakah Faiz juga terlibat dalam konflik itu ? Pertanyaan demi pertanyaan seringkali bermain di fikiran Faiz.

“Faiz..” satu suara gadis memanggil namanya. Faiz tersedar dari lamunan. Nampaknya dia berfikir panjang sebentar tadi. Hingga tidak sedar Adira sudah berada di hadapannya. Seperti pertemuan yang lepas, Adira dan Faiz duduk bercakap di meja batu. Sementara Junaidi pula duduk menunggu di dalam kereta yang tidak jauh dari tempat mereka bertemu. Dari tingkap, Junaidi asyik memerhatikan Faiz dan Adira. Sudah tentulah banyak lagi tanda tanya yang yang menyerang Junaidi bertubi-tubi.

“Ada apa yang penting sangat awak nak jumpa saya ni ?,” soal Adira. Serius.

“Maaf.. saya..saya mintak maaf..,” Faiz bersuara lambat-lambat. Dirinya kelihatan tak menentu. Tak keruan. Adira tak dapat menangkap maksud Faiz. Suasana sepi seketika. Adira beberapa kali menjeling ke arah jam tangannya.

“Itu je ke awak nak cakap ?,” Adira menggesa Faiz. Takkan nak dibiar senyap saja. Sekejap lagi sudah hendak Maghrib.

“Maaf.. saya serabut sangat lepas hari kita jumpa tu.. saya pun tak tau kenapa dalam kepala saya ni asyik fikir nak jumpa awak aje..” Faiz bersuara lemah sambil mengeluh beberapa kali.

“Awak main-main apa ni ? Ni dah nak Maghrib dah ni. Awak tak tau ke ? Kalau setakat itu je yang awak nak cakap, baik tak payah buang masa saya,” ujar Adira dalam nada yang cuba dikawal.

“Saya tak tau, Dira.. macam-macam yang saya fikirkan.. tapi tak ada siapa boleh tolong saya.. masalah dengan mama lagi.. please.. maybe I need to talk to you like before. You have to help me…” ujar Faiz dengan reaksi yang agak frust.

Adira mengeluh. Dia juga buntu melihat keadaan Faiz. Memang lelaki itu nampak tidak tenang. Wajahnya tergambar kehibaan. Seperti memikul bebanan masalah yang besar. Yang sudah tak tertanggung lagi untuk dipendam sendirian. Benarkah begitu ?

“Faiz, sabar..” ujar Adira. Kali ini suaranya lebih tenang berbanding tadi. Dia menyambung lagi, “You have to be strong.

I just need you.. to help me for this time..” ujar Faiz. Ketika ini wajahnya seakan-akan sebak. Reaksi itu membuat Adira terpana. Seketika kemudian, terlihat air mata gugur di hujung mata Faiz. Adira tersentak. Tak menyangka reaksi ini yang akan Faiz tunjuk kepadanya.

I have to go. Nak Maghrib dah ni,” Adira meminta diri.

“Dira..” panggil Faiz. Lemah.

“Faiz, nanti kita cakap lagi. Okay ?” Adira cuba memujuk Faiz.

Okay..promise me,” balas Faiz.

Promise,” balas Adira.

Adira meninggalkan Faiz yang masih duduk di situ. Adira berjalan dengan perasaan yang tidak menentu. Dia masih terkejut melihat air mata Faiz. Dia serba salah. Adira masuk ke dalam kereta. Junaidi hanya memandang gerak geri Adira. Adira memakai tali pinggang keledar. Dia sedar Junaidi memandangnya sejak tadi.

“Dah settle ?,” soal Junaidi.

“Dah.”

“Kalau macam tu jom pergi singgah masjid. Maghrib nak masuk dah ni,” uar Junaidi.

“Jom.”

By the way, siapa mamat tadi ?”

“Tu.. kawan lama..”

“Kawan lama ? Ke..”

“Bukan boyfriend saya.”

Okay !,”

Junaidi sengih sendirian. Adira mengeluh lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap.


Last edited by Leafumi on 3-12-2014 06:44 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2014 08:15 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 30-12-2014 09:17 PM

Bab 15


“Sofia, aku tak tau nak buat apa..,” Adira mengeluh di hujung talian.

“Kalau aku jadi kau, Ira.. aku rasa aku pun cuba bantu Faiz kot.”

“Tapi mama dia kan tak kasi. Lagipun aku tak nak dia berharap kat aku.”

At least kau cuba bantu dia dulu.”

“Aku tak nak serabutkan kepala aku dengan masalah ni. Aku nak cuti dengan aman damai !”

“Kau complain macamana pun, masalah ni dah jadi. Kau kena cuba solve. Sekarang kan cuti. Kekau nak bawak masalah kau ni masuk sem baru nanti ke ?”

Worse.”

“Haa.. tau pun !”

“K la.. aku nak letak ni. Bye ! Assalamualaikum.”

Okay, Ira..Waalaikumusalam..”

Adira mendengus setelah talian dimatikan. Handphone dicampak ke sisi dan mendarat ke atas tilam. Adra juga memusingkan tubuhnya menghadap ke sebelah kanan. Dia memeluk bantal peluk kesayangan. Perasaannya kini keliru.

Bertemu dengan Faiz benar-benar buat dia terkejut. Macam-macam yang difikirkannya. Perasaannya bercampur baur. Dia masih terkejut dengan reaksi yang Faiz telah tunjukkan kepadanya. Siapa sangka lelaki itu bisa menitiskan air mata di hadapannya. Adira tidak pasti jika itu hanya air mata palsu atau sebaliknya. Bukankah airmata itu terlalu mahal bagi seorang lelaki ?

Kini dia pula yang tidak keruan. Seketika fikirannya kosong. Tak tahu apa yang patut difikirkan untuk mengambil tindakan seterusnya. Seketika fikirannya sesak. Terlalu banyak yang berlegar di minda. Daripada kemungkinan logik hinggalah perkara yang bukan-bukan.

Adira tak tahu sama ada dia mahu membenarkan Faiz masuk semula ke dalam hidupnya atau tidak. Jika dia membantu Faiz untuk mencari semula memori-memorinya yang hilang dulu,secara tak langsung dia dan Faiz boleh berbaik. Jika dia terus-terusan mengelak dari Faiz, adakah keadaan akan baik dan tiada apa lagi yang menganggu hidupnya? Boleh jadi Faiz masih mendekatinya. Lihat sajalah keadaan sekarang. Mungkin lelaki itu benar-benar perlukan perhatian atau bantuan. Adira buntu. Patutkah dia membiarkan saja pemikiran positif ini mempengaruhi dirinya ? Lembut hati ? Adira mula lembut hati ? Mungkin. Tapi bukan kerana cair dengan Faiz. Adira fikir bantuan yang dihulurkan kepada Faiz atas dasar kemanusiaan. Bukannya tanda dia tunduk kepada lelaki itu. Itu memang positif.

Adira teringat pula apa yang sempat dikatakan oleh Junaidi ketika menghantarnya pulang selepas Maghrib. Dia ingat Junaidi memang tak peduli selepas melihat dia bertemu dengan Faiz. Ini kerana Junaidi langsung tidak bertanyakan tentang apa sebabnya dia bertemu Faiz selepas mereka selesai solat Maghrib hinggalah mereka tiba dirumah Adira.

Junaidi memberhentikan keretanya di hadapan pagar rumah Adira. Adira sudah bersiap untuk keluar dari kereta. Baru saja dia ingin membuka pintu kereta, Junaidi bersuara. Menyebabkan Adira tidak jadi membuka pintu. Dia berpaling menghadap Junaidi.

“Kirim salam saya kat mak, ya Adira ?”

“Oh, okay.

“Lagi satu, kalau ada apa-apa masalah yang berat or susah nak settle sendiri, carilah saya. If you think that I can help you,” ujar Junaidi sambil berwajah serius.

Adira seperti mahu bersuara namun dia tidak tahu apa yang patut dikatakannya. Dia mula sedar tentu saja Junaidi berkata begitu kerana hal tadi. Kalau tak mana mungkin Junaidi tiba-tiba bersuara seserius itu.

“Jangan diamkan aje. Jangan biar melarat,” ujar Junaidi lagi.

“Err.. okay..” balas Adira.

Adira tidak menyangka Junaidi akan berpesan sebegitu kepadanya. Sepertinya Junaidi tahu dia sedang bermasalah. Mungkin kerana Junaidi telah lihat bagaimana Faiz menangis tadi. Entah apalah agaknya yang difikirkan Junaidi walaupun lelaki itu tidak komen tentang Faiz. Dia sekadar bertanya siapa Faiz dan memberi nasihat. Adakah Junaidi mengambil berat akannya ? Adira rasa hatinya terusik sedikit dengan keprihatinan Junaidi itu. Memang benarlah Junaidi sudah lebih dewasa. Cuma perangai gila-gilanya tetap ada. Tetapi tidak mengapa. Adira lebih suka Junaidi begini. Mungkinkah Junaidi sudah mempunyai teman wanita ? Jika sudah berpunya, siapalah gadis itu ? Adakah dia juga berperangai gila-gila seperti Junaidi dan menjadi pasangan serasi ? Adira tergelak sendiri dalam hati membayangkan Junaidi bersama dengan gadis yang sama-sama tak betul sepertinya.

Setelah berbalas ucapan salam, mereka berpisah. Adira masuk ke dalam rumah. Junaidi pula memandu pergi dari situ. Setibanya Adira di ruang tamu kelihatan emak dan ayah berada di situ menonton tv. Mereka memandang Adira yang baru menapak masuk. Dia tersengih lalu memberi salam,"Assalamualaikum."

“Waalaikumusalam. Dah malam baru nak balik ?,” ayah bersuara.

“Abang, tadi kan dia keluar dengan Junaidi,” emak cuba memujuk ayah.

“Saya tahu. Tapi saya risau jugak lah. Diorang keluar berdua je. Diorang bukannya budak-budak macam dulu lagi,”balas ayah.

Sorry..,” ujar Adira serba salah. “Macamana mak tau ni ?,” soal Adira pula. Seingat dia, tidak ada pula dia beritahu emak.

“Junaidi mesej mak tadi.”

“Oh, patutlah. Sorry, ayah. Tadi pun kami kebetulan je. Tak plan pun nak keluar berdua,” ujar Adira.

“Senang-senang jom ayah nak pergi kira dengan parents dia. Senang sikit ayah. Dah berlaki, ayah dah tak risau sangat nak jaga kamu,” ujar ayah.

Apa yang dikatakan oleh ayah itu membuat Adira terkedu. Emak pun terkejut mendengar kata ayah namun dia terus tersenyum-senyum. Apa yang lawak sangat ? Desis hati Adira. Adira pula sudah merah mukanya. Pipinya terasa suam-suam.

“Apa ayah cakap ni? Siapa pulak yang nak kahwin,” ujar Adira tanda protes lalu terus menaiki anak tangga. Dia kemudian masuk ke dalam bilik.

“Abang ni, kan dah malu budak tu,” emak berkata sebaik saja bunyi pintu bilik Adira ditutup kedengaran.

“Salah ke saya cakap macam tu ? Saya risaukan dia je. Dia sorang aje anak perempuan kita. Kalau jadi apa-apa kan tak elok. Baguslah kalau dia reti malu,” balas ayah.

“Tak apa. Saya tau budak Junaidi boleh diharap,” ujar emak pula cuba meyakinkan ayah.

“Saya pun harap macam tu jugak. Tapi zaman sekarang dah lain. Budak-budak muda sekarang ni kita tak boleh nak jangka perangai diorang. Lagipun saya ni selalu sibuk. Abangnya pula dah kena jaga family dia. Nanti tak ada siapa pula yang tengokkan Si Dira tu,” ujar ayah memaparkan risau di wajahnya.

Bunyi mesej masuk ke Inbox membuatkan Adira terkedu. Dia mencapai telefon bimbit dan melihat ke skrin. Tertera nama Faiz Rock Lee sebagai penghantar mesej. Adira membuka mesej itu. terasa seperti berdebar-debar pula.

Assalamualaikum..dira. Thanks sebab sudi jumpa saya tadi.. actually saya tak tau kenapa sayacari awak.. lepas jumpa awak, saya lega sikit.. tapi tadi saya macam ada rasa serba salah sikit.. so saya nak mintak maaf.. menyusahkan awak tadi..

Adira melepaskan keluhan berat. Kadang-kadang dia tak faham dengan lelaki bernama Faiz ini. Barunak berasa serba salah padahal dia sendiri yang mengugut Adira jika tidak mahu berjumpa dengannya. Entah apa-apa perangai.. kenapalah aku boleh suka kat mamat ni dulu. Sungut hati Adira.

Apa masalah awak ? sampai awak nak jumpa saya sangat..

Mama tau saya jumpa awak so faham-faham la apa jadi.

Awak bergaduh dengan mama awak ke ?

Jangan risau..mama memang marah lepas tau saya asyik jumpa awak. Tapi awak jangan takut. Mama takkan dapat buat apa.

Adira melepaskan lagi keluhan. Apalah yang telah berlaku kepada Faiz ini. Bila teringatkan Pn.Anita, Adira jadi takut dan serba salah juga. Dia sudah bersetuju dengan Pn.Anita untuk tidak memanjangkan hal ini. Namun anak lelakinya ini yan gterlampau degil. Mahu tidak mahu Adira terpaksa ikutkan Faiz.

Kesian la kat mama Faiz. Dia risaukan awak tu.

Yup, I know. Tapi dia tak boleh halang saya.. saya just nakkan kebenaran. Okay lepas ni saya hope kita boleh jumpa lagi. Saya nak awak tolong saya. Saya nak tahu.

Saya pun nak juga tahu siapa yang bagi kat awak alamat emel saya & gambar saya tu.

Yang tu saya tak ingat Dira. Sorry. Tapi tak apa. Nanti kita cuba cari sama-sama.

Adira mengigit bibir selepas membaca mesej Faiz itu.

Sofia dan Adira bekerja di butik seperti biasa. Sofia hairan. Bukankah Adira mahu berhenti kerja ? Sofia rasa ini pasti disebabkan Faiz ? Mungkinkah Adira tidak jadi mahu berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk berbaik dengan Faiz ? Persoalan-persoalan ini sudah muncul di benak fikirannya sejak dia menjemput Adira pergi kerja pagi tadi. Namun dia tidak bertanya pula. Malas mahu mendesak Adira awal-awal pagi. Biarlah dulu. Nanti Adira pasti datang bercerita kepadanya. Yang pasti Adira muram dan seperti sering mengelamun sepanjang bekerja.

“Kau ni okey tak, Dira ? Monyok je,” sengaja Sofia menegur walhal dia sudah dapat meneka apa yang menganggu fikiran Adira. Adira diam.

“Aku tau kau dukfikir benda apa. Jangan difikirkan sangat. Nanti kau jugak yang jiwa kacau,”Sofia cuba memujuk. Adira diam. Sambil mendengar kata-kata Sofia, dia melemparkan pandangannya ke sekitar butik. Memastikan pakaian-pakaian yang lain kemas digantung.

“Ni semua Faiz tu punya pasal,” tiba-tiba Adira bersuara. Terus saja Sofia fokus kepadanya. Sofia memang menantikan topik Faiz keluar dari mulut Adira. Dia tidak berniat untukmenyibuk ataupun kepoh namun dia memang mahu ambil tahu. Bukankah mereka kawan baik ? Hampir semua cerita dan rahsia dikongsi bersama. Masalah seperti yang dihadapi Adira ini bukan selalu terjadi.

“Aku rasa.. aku tak boleh lari dari dia lagi. Lagi aku lari lagi dia kejar aku. Penat lah. Aku ingat benda ni akan habis tapi aku silap. Ada lagi yang tak cukup. Apa patut aku buat ?,” ujar Adira.

“Kau nak balas perasaan dia ?,” soal Sofia.

“Bukan. Aku rasa aku kesian kat dia.. dia menangis tu buat aku serba salah..,” ujar Adira lambat-lambat. Keningnya sekejap-sekejap berkerut.

“Lembut jugak hati kau ni, eh ? Aku ingat hati kau ni keras macam batu konkrit,” ujar Sofia. Dia tersengih-sengih.

“Kau ni gelak pulak. Aku serious lah. Tapi tak bermaksud aku cair kat dia. Aku just rasa dia perlukan someone untuk.. macamana nak cakap eh ? Untuk.. ada di sisi dia kut,” ujar Adira teragak-agak. Dia sendiri pun tak pasti apa yang perlu dikatakannya tapi memang dia rasa Faiz tak patut dibiarkan begitu. Terkapai-kapai mencari memori lampau yang tidak ada seorang pun mahu membongkarnya.

“Tapi kau cakap kau dah tak nak ada hubungan dengan dia,” Sofia mengingatkan semula pendirian asal Adira.

“Ya, aku tahu.Tapi.. keadaan dah lain. Aku sekarang dah macam kesian kat dia. Cuma kesian je. Kau bayangkan, mama dia tak nak langsung bagitau dia apa-apa. Siapa lagi yang boleh try tolong dia kalau bukan aku,” ujar Adira lagi.

“Lagipun aku nak tahu jugak macamana dia boleh dapat maklumat pasal aku. Gambar kau tu.. emel aku.. siapa yang bagi ? Dia cakap dia tak tahu. Kalau dengan berbaik dengan dia aku dapat cari siapa yang dah buat macam ni kat aku, baru aku puas hati,” ujar Adira lagi sambil mengangguk-angguk sendiri.

“Tapi kan tu semua benda dah lepas ?,” usul Sofia lagi.

“Ya, tapi alang-alang dah aku nak berbaik dengan dia, baik aku siasat terus semua benda. Kut lah ada apa-apa yang aku tak tau selama ni.”

“Kau tak takut ke kalau-kalau dia berlakon je untuk tackle kau ?,” usul Sofia lagi.

“Kau relaks lah. Jangan lah cakap benda-benda yang buat aku risau. Tak apa. Aku bukannya ada feeling kat dia pun. Ni atas dasar perikemanusiaan je,” ujar Adira.

“Yelah..yelah..,”balas Sofia mengalah. Bukannya dia sengaja mahu menakut-nakutkan Adira. Cuma dia memang spontan bertanya.

“Macamana dengan Junaidi ?,” soal Sofia lagi. Junaidi pula yang dijadikan topik.

“Kau ni sikit-sikit Junaidi. Kau syok kat dia ke ? Nak tambah koleksi kau ?,” Adira bersungut.

“Yelah, dia kan bakal boyfriend kau. Kau dengan dia macamana ? Kau tak rasa kau dengan dia macam sesuatu ke ? Dia belanja kau kasut.. ajak pegi makan.. rajin jenguk kau kat butik ni.. dia care pasal kau kan ? Kau tak nampak ke apa yang dia buat kat kau selama ni ?,” Sofia cuba mencari logik di sebalik layanan baik Junaidi terhadap Adira supaya boleh menyokong telahannya bahawa Junaidi mempunyai perasaan terhadap Adira.

“Apa lah yang kau merepek ni Sofia ? Macam kelakar je aku nak expect Junaidi tu ada feeling kat aku. Kan kami kawan dari kecik. Entah-entah dia dah ada makwe dah pun. Kita je yang tak tahu. Aku tak nak lah perasan-perasan ni. Aku tak harap pun,” Adira mengomel.

“Bila aku boleh tengok kau ada pakwe ni ?,” Sofia merengek seperti budak-budak. Adira menggeleng-gelengkan kepala memandang tingkah Sofia.

“Yelah, selama kita berkawan ni, nak jugak aku tengok kau bahagia di samping insan tersayang,” ujar Sofia.

“Alah, aku muda lagi lah. Ramai lagi lelaki yang akan aku jumpa.”

“Yang sekarang dah ada dua orang. Kau tak nak sambar sorang ke ?”

“Eh, ingat aku ni burung helang ke nak sambar-sambar ?”

Sofia ketawa sendiri mendengar omelan Adira. Tak lama selepas itu, bunyi nada dering menandakan mesej masuk di handphone Adira. Dia mengeluarkan handphone lalu melihat skrin. Kiriman mesej dari Faiz.

Adira.. bila kita boleh jumpa lagi

Faiz.. sabar please.. nanti saya inform awak

Okay.. saya tunggu awak okay.. awak dah janji

Okay

Adira mengeluh. Benarlah dia sudah berjanji dengan Faiz untuk bertemu lagi. Walaupun terasa berat untuk mengotakan janji itu namun dia tiada pilihan. Adira menyedapkan hati sendiri. Tak mengapa. Bukannya dia mahu bertemu hari-hari pun. Bertemu bila memerlukan dan membincangkan apa-apa yang patut. Itu sudah cukup. Bukannya pergi dating dengan Faiz. Pun begitu, jauh di sudut hati, terpalit sedikit kebimbangan. Memang lah dia berkata dengan bahawa dia boleh menguruskan hal nya dengan Faiz. Tapi mana tahu, lain pula yang jadi. Lihat sajalah, pada awalnya dia tidak mahu terlibat lagi dengan Faiz. Namun kini tiba-tiba saja dia perlu mengotakan janji dengan Faiz. Apa yang sedang dihadapinya ini pun dia tidak pasti. Nak mengelak dia sudah cuba namun tak berhasil. Mahu tidak mahu hadap sajalah Faiz buat sementara waktu ini.

“Kenapa ? Faiz mesej ?,” tegur Sofia.

Yup, dia tanya bila lagi aku nak jumpa dia.”

“Kalau nak mintak tolong aku cakap lah, okay ?”

Okay, Sofia.”


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2014 08:18 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 30-12-2014 09:17 PM

Di kamar, Adira mengeluarkan sketchbook miliknya yang sudah beberapa minggu tidak disentuh. Tiba-tiba terasa ingin melukis pula. Adira melukis beberapa watak perempuan. Yang pasti watak-watak perempuan itu berada dalam mood hiba. Sama sepertinya. Adira sendiri tidak perasan sejak tadi yang dia telah melukis mengikut perasaannya. Benarlah orang kata, perasaan dapat diluah dan digambarkan melalui lukisan. Secara tidak langsung perasaannya baru saja digambarkan. Ada kah sesiapa akan faham maksud lukisan hibanya itu ? Mungkin tidak ada. Adira tidak menunjukkannya kepada sesiapa.

Adira terkenangkan Faiz. Atau yang sebenarnya adalah Haikal. Dulu dia Haikal yang diminatinya. Ketika dia masih mentah. Masih di alam persekolahan. Hormon remajanya ketika itu sedang membuak-buak. Mudah tertarik kepada berlainan jantina. Dia pun tidak pasti kenapa dia begitu memuja Haikal ketika itu. Mungkin kerana jiwa gadis remajanya yang senang benar tertarik kepada lelaki. Apatah lagi Haikal itu tampan dan hampir sempurna dari segala segi. Biasalah, siapa yang tidak akan terpegun dengan orang yang cantik-cantik dan rupawan. Namun semua itu mematangkannya. Memberi pengajaran.

Siapa sangka, dengan sebuah lukisan saja mampu buat hidup remajanya ketika itu ditimpa dugaan yang entah apa-apa. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba. Mujurlah dia kuat juga menghadapinya. Bermula dari diserang Aina. Kemudian dia dicemuh hampir separuh dari pelajar sekolahnya. Terutamanya pelajar perempuan. Mereka itu pasti sudah tidak waras. Bagaimana mereka boleh hilang kewarasan hanya dengan menaruh minat kepada Haikal ? Adira rasa dia masih tidak di tahap teruk seperti mereka. Dia menaruh hati kepada Haikal namun tidaklah hingga terlampau fanatik.  Alih-alih dia pula dibenci perempuan-perempuan yang meminati Haikal. Mungkin kerana dia mendapat perhatian Haikal dengan lukisannya. Ya, mungkin kerana itu mereka cemburu. Sedangkan mereka hanya mampu meminati dari jauh. Adira juga geram dengan diri sendiri. Kenapalah fikirannya sangat dangkal ketika itu. Nak buat macamana. Kan masih budak sekolah.

Adira teringat lagi. Ketika dia ditipu mereka yang mengajaknya bertemu di library sekolah. Ya, itu adalah Dzul dan Izwan. Tapi Adira tidak tahu siapa yang mengupah mereka untuk mengenakannya. Menurut kata Dzul waktu itu, ada orang yang membayarnya untuk berbuat begitu. Namun dia tidak menyebut siapa orangnya. Kemudian tiba-tiba pula budak lelaki bernama Hadif datang menyelamatkannya. Hadif mendakwa dia sudah lama memerhatikan Dzul dengan niat jahatnya itu. Selepas kejadian itu, Hadif selalu datang menyapanya. Hingga mereka disangka mempunyai hubungan istimewa. Namun sebenarnya Adira tidaklah punya perasaan yang istimewa kepada Hadif. Mungkin kerana waktu itu Adira sudah serik setelah dicemuh kerana menaruh minat kepada Haikal. Adira menganggap Hadif seperti senior yang paling rapat dengannya. Hadif juga tak pernah pula mengaku punya apa-apa perasaan istimewa kepada Adira. Adira menganggap Hadif sekadar mahu melindunginya saja.Hadif jugalah sebab Adira mengikuti latihan tekwondo. Dia yang mempelawa Adira menyertai latihan itu. Namun kesibukkan Hadif ketika hampir dengan peperiksaan SPM membuat mereka semakin jauh. Dia dengan Hadif lost contact setelah Hadif tamat tingkatan 5. Hadif hanya memberitahu yang dia akan mengikut keluarga berpindah ke luar negara. Itu saja. adira tertanya-tanya juga apa yang Hadif sedang buat sekarang ? Di mana dia berada ? Adakah dia mempunyai akaun Facebook? Bagus juga kalau dapat bertemu dengan Hadif semula. Oh, baru dia perasan nama Hadif sama dengan nama anak saudaranya.


“Dira, waktu rehat nanti jumpa saya kat kantin,” pesan Hadif ketika mereka berselisih di koridor.

“Ada apa ?,” soal Adira kehairanan.

“Saja je. Datang jelah.”

“Eh, segan lah. Nanti orang kata apa pulak.”

“Eh, pedulikan jeorang nak kata apa. Datang je. Saya tunggu.”

Hadif terus berlalu meninggalkan Adira. Adira perasan mata-mata di sekelilingnya sedang memerhati. Bibir-bibir mereka juga membisikkan sesuatu sesama mereka. Dia tahu merka sedang mengata dirinya dan Hadif. Entah apalah yang mereka tidak puas hati sangat. Tidak cukupkah mereka tidak puas hati dengan soal Haikal saja ? Manusia. Memang tak boleh tengok orang lain senang. Ada saja ynag ingin cari kesalahan dan menghukum.

Adira bertemu dengan Hadif ketika waktu rehat. Hadif mempelawa untuk makan berdua. Malah dia sudahpun membelikan makanan untuk Adira. Adira tidak dapat menolak. Selepas makan, Hadif mengajak Adira berborak di tepi padang sekolah.

“Hadif, kenapa awak tak lepak dengan kawan-kawan awak ?,” soal Adira ingin tahu.

“Malas lah. Saya dah bosan dengan diorang. Awak kawan baru saya sekarang.”

“Ramai orang fikir kita bukan kawan.”

“Biarkan je apa yang orang fikir. Saya tak hairan pun.”

Adira tidak berkata apa lagi setelah Hadif berkata begitu. Sebenarnya sejak dari awal lagi dia tertanya-tanya kenapa Hadif mahu berkawan dengannya. Hadif mengatakan dia sudah bosan berkawan dengan orang lain. Tapi tidak pula memberitahu sebabnya. Adira pula tidak bertanya banyak kerana nanti nampak seperti menganggu pula.Tak mengapalah. Berkawan dnegan Hadif tidak menyakitkan hatinya. Hadif juga seperti menjaganya. Itu sudah cukup.

“Weh, Adira. Kau ni boleh pulak couple dengan Hadif tu eh ? Hari tu bukan kau tergila-gilakan Haikal ke ?,” seorang pelajar lelaki dari kelas Adira sendiri cuba mencari pasal di suatu hari. Ketika itu Adira sedang bersiap-siap untuk pulang. Dia mengemas buku-buku. Pelajar lelaki itu ketawa mengejek setelah berkata. Kawan-kawannya juga turut ketawa. Adira diam saja buat tidak tahu. Walaupun dalam hatinya bagai nak meletup dengan hinaan mereka, dia cuba bersabar.

“Aku dengar cerita kau dengan dia jumpa kat library. Korang buat apa berduaan kat situ ? Lepas tu kantoi dengan ketua pengawas tu Si Dzul. Hahaha.. tak tau malu lah korang ni,”pelajar lelaki itu mengejek lagi. Kali ini adalah fitnah.

Tidak. Adira bukannya pergi duduk berduaan dengan Hadif di situ. Kan kejadian di library tu, dia ditipu Dzul dan Izwan. Dari mana datangnya cerita dia berduaan dengan Hadif pula ? Mungkin ada orang yang menyebarkan gosip kejadian itu. Maklumlah, bila ada penyampai-penyampai berita, pasti berita itu ditokok tambah. Lalu terjadilah fitnah. Tapi kenapa dia dan Hadif dituduh dan dipersalahkan ?

“Hoi ! Korang jaga sikit mulut korang tu ! Jangan nak biadap sangat,” tempik Hadif. Mereka terkejut. Termasuklah Adira. Entah sejak bila Hadif muncul di pintu kelas.

“Baik korang blah. Tak payah nak kacau Adira. Korang tu tak tau apa-apa. Mulut tu jaga sikit,”ujar Hadif menggertak. Mereka segera beredar. Sempat lagi pelajar lelaki dari kelas Adira itu menjeling ke arah Hadif. Hadif membiarkan saja mereka pergi.

“Hadif, awak tak perlu nak marah sampai macam tu,” ujar Adira.

“Diorang tu melampau sangat. Itu dah kira fitnah.”

“Tak apa Hadif. Kan awak sendiri cakap, jangan peduli orang kata. Dah, jom.”

Mereka keluar dari kelas.



P/S : sorry lambat post sambungan.. lepas post bab 14 saya demam seminggu.. pastu cuaca yg x elok ni buat badan x menentu.. so idea nak sambung cerita pun tak banyak datang.. mood pun kejap ada kejap tak da.. tapi dont worry.. kisah ni akan terus berjalan..

Bab 15 ada ditambah sedikit cerita kalau readers check balik & perasan. Sorry terlepas pandang masa copy paste masuk ke thread.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 10:04 PM | Show all posts
Bab 16


“Kau couple dengan Hadif tu ke ? Senior kita tu ?,” soal Mimi. Pertanyaan Mimi itu tidaklah mengejutkan Adira cuma yang buat Adira hairan ialah Mimi seakan-akan percaya dengan tohmahan pelajar-pelajar lain terhadap hubungan Adira dan Hadif.

Mimi merupakan rakan sekolah yang paling dipercayainya. Namun mereka bukan lagi rakan sekelas apabila sudah masuk tingkatan 4. Mimi pelajar yang pintar jadi dia menduduki kelas pertama. Selain  itu dia juga telah memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Secara sedikit demi sedikit jurang dan kesibukan ini merenggangkan persahabatan mereka sejak di tingkatan 2. Mungkin juga kerana berbeza kelas dan Mimi semakin kerap bersama dengan rakan-rakan kelas yang baru berserta dengan rakan-rakan pengawasnya. Adira pada mulanya terasa hati juga dengan perubahan sikap Mimi namun lama kelamaan Adira sudah malas mahu memikirkannya. Bukannya dia tidak ada rakan-rakan lain. Cuma rakan-rakan lain tidaklah rapat dengannya seperti Mimi rapat dengannya. Rahsia dan kisah hidupnya lebih selesa dikongsi bersama Mimi.

“Kenapa kau tanya macam tu ? Kau pun ingat kitorang couple eh ?,” soal Adira.

“Dah ramai sangat yang cakap. Siap ada yang tanya aku lagi betul ke kau couple dengan Hadif tu,”balas Mimi. “Diorang cakap dia belanja kau makan.. dating time rehat.. kau join tekwando untuk jumpa dia..” tambah Mimi lagi.

“Kenapalah diorang ni suka sangat menyibuk hal aku ? Aku dengan Hadif kawan biasa jelah. Kan aku dah bagitau kau, dia yang tolong aku. Kau tak payah ikut cakap orang. Aku sendiri yang boleh sahkan cerita pasal aku betul ke tidak,” Adira mengomel.

“Takdelah. Ramai sangat yang datang tanya kat aku. Menyampah aku dengan diorang. Tu yang aku tanya kau,” balas Mimi bersungut.

“Kenapa ? Diorang kacau kau ke ? Kut lah.. ada yang kacau kau sebab kau baik dengan aku ?,” soal Adira ingin tahu. Risau juga dia. Manalah tahu kalau-kalau ada yang cuba menganggu dan mencari pasal dengan Mimi pula disebabkan Mimi rapat dengannya.Tak pasal-pasal Mimi terkena tempias manusia-manusia yang busuk hati itu.

“Setakat ni tak ada lagi,” jawab Mimi.

“Kau sure ?,” soalAdiira lagi.

“Betul.”

“Kalau ada, bagitau aku. Tak patut lah kalau-kalau kau kena dengan diorang sedangkan kau kawan aku aje,” ujar Adira. Dia mahu Mimi tahu dia mengambil berat terhadap Mimi dan tidak mahu Mimi menganggap dia menyusahkan Mimi jika benar-benar ada yang mengacaunya hanya kerana dia baik dengan Adira.

“Jangan risau. Aku okay je,” balas Mimi.

“Kau pun boleh aje kalau nak baik dengan Hadif tu. Dia okay je,” ujar Adira cuba mempelawa Mimi untuk bersama-sama berkawan dengan Hadif. Namun Mimi diam saja.

Adira perasan yang wajah Mimi kelihatan lain. Wajahnya serius saja ketika mereka berbicara. Seperti ada yang menganggu Mimi. Tetapi Adira tidak tahu pula apa. Dia berpendapat Mimi sekadar mahu mengambil tahu. Tidak mengapa jika Mimi yang mahu tahu. Tapi riak wajah Mimi itu seperti menunjukkan maksud di sebaliknya. Mungkin riak wajahnya begitu kerana mengekpresikan perasaan tidak selesanya dibebani pertanyaan-pertanyaan peminat-peminat Haikal yang menyibuk hal Adira itu.Takkanlah Mimi tidak benarkan dia berkawan dengan Hadif pula.

Sedang Adira masih lagi ingin berbual dengan Mimi, seorang rakan pengawas Mimi datang memanggil Mimi. Katanya para pengawas dipanggil untuk mesyuarat dengan guru disiplin. Mimi meminta diri. Adira membenarkan. Tinggallah Adira seorang diri duduk dikerusi batu di pinggir padang itu. Adira merenung jam di pergelangan tangan.Nampaknya waktu rehat masih berbaki. Lagi 10 minit, loceng menandakan waktu rehat tamat akan berbunyi.

“Adira !” satu suara lelaki yang amat dikenali Adira memanggil namanya. Adira malas mahu berpusing. Dia menunggu saja lelaki itu datang hingga lelaki itu berdiri disebelahnya.

“Awak buat apa kat sini sorang-sorang ?,” soal Hadif.

“Lepak.”

“Lepak sorang-sorang ? Awak ni memang tak suka join orang lain ke ?”

“Bukan macam tu. Saya malas. Lagipun diorang bukannya rapat sangat dengan saya. Dah la saya ni ‘wanted’ sekarang. Orang nak dekat-dekat dengan saya pun buat saya ni macam pembunuh bersiri pulak,” Adira mengomel.

“Kalau macam tu,meh saya temankan awak.”

“Awak aje yang sanggup dekat dengan saya. Awak dengan Mimi je yang saya percaya,” Adira meluahkan apa yang difikirkannya tentang Hadif dan Mimi. “Kenapa awak baik dengan saya, Hadif ? Ramai orang anggap kita lain,” Adira mengusulkan pertanyaan kepada Hadif dengan rasa ingin tahu yang mendalam.

Hadif diam tanpa bicara. Untuk beberapa minit, Adira masih menunggu hadif memberikan jawapan. Hadif hanya merenung padang yang terhampar luas di depan mata mereka.

“Sebab awak lain,”jawab Hadif. Itu saja. Kemudian dia diam. Adira tidak faham. Jawapan Hadif itu hanya menjawab pertanyaan tetapi tidak disertakan maksud dan penjelasan.

“Maksud awak ?” soal Adira. Menggesa Hadif memberikan penjelasan.

“Macamana nak cakap ? Saya boleh berkawan dengan awak pun dengan kebetulan. Since I know you, saya rasa awak taklah seteruk yang disangka budak-budak lain,” Hadif memberi penjelasan. Tetapi masih pada tahap minimum.

“Awak seorang je macam tu. The rest.. hmmm,” Adira mengeluh.

“Kenapa ? Tak suka kawan dengan saya ?,” soal Hadif.

“Eh, bukan macam tu. Cuma macam pelik je sebab awak nak kawan dengan saya.”

“Kawan tak ada salahnya.”
“Tapi awak tu lelaki.”

“Lelaki tak boleh kawan dengan perempuan ke ?”

“Bukan. Cuma..”

“Awak tu duk risau cakap orang la tu kan ?”

Adira hanya mengetap bibir. Dia melemparkan pandangan ke arah padang sekolah. Dia rasa geram pula kerana Hadif seolah-olah tidak faham. Ataupun Hadif memang sengaja degil tidak mahu kalah mengutarakan pendapatnya. Memanglah tidak salah jika lelaki mahu berkawan dengan perempuan. Masalahnya persahabatan antara lelaki dan perempuan selalu dianggap seperti sesuatu yang istimewa bagi pandangan mata orang lain. Walhal persahabatan ini sama saja dengan persahabatan sama jantina melainkan timbul soal hati dan perasaan di antara lelaki dan perempuan itu. Antara Hadif dan Adira pula tidak timbul perasaan di hati masing-masing. Adira pasti. Ini kerana dia selesa apabila bersama dengan Hadif. Pada mulanya dia hairan juga kenapa Hadif mendekatinya. Namun hairannya itu lenyap selepas lihat Hadif bersahaja berkawan dengannya. Hadif pun tidak pernah mengaku mempunyai perasaan kepadanya. Tak pernah menggatal atau cuba mengayat dan menguratnya. Buat apa pula Adira mahu perasan ? Lagipun Adira sudah serik ingin bermain perasaan selepas impak yang dihadapi kerana meminati Haikal. Biarlah hatinya tidak terarah kepada sesiapa lagi buat masa ini. Biar hatinya berehat. Lagipun dia masih muda. Buat apa nak tergedik-gedik ? Lagipun Hadif banyak menasihatinya.

“Awak tak perlu nak salahkan diri awak. Kalau pun ada yang bencikan saya sebab baik dengan awak, saya tak peduli pun. Apa je yang diorang boleh buat kat saya ? Awak cuma minat kat Haikal je. Bukan awak kacau Haikal pun. Diorang yang jealous. Lagipun apa yang hebat sangat Haikal tu sampai diorang tergila-gilakan sangat ?,” panjang lebar omelan Hadif.

Adira mengiyakan saja kata-kata Hadif. Betul juga apa yang dibebel oleh Hadif ini. Mungkin dia yang terlalu beremosi hingga menyalahkan diri kerana takut kalau-kalau orang yang baik dengannya juga dicemuh pelajar-pelajar lain. Mungkin juga dia terlalu memikirkan cakap-cakap orang. Sepatutnya dia buat tidak endah saja dan menguatkan semangat melawan mereka. Tetapi Adira manusia biasa saja. Adakala dia tewas dengan hasutan perasaan sendiri yang membuatkan semangatnya hilang dan berfikiran negatif saja. Apabila Hadif mengatakan apa yang hebat sangat dengan Haikal sampai orang tergila-gilakan dia membuatkan Adira sentap sedikit.Dia akui mungkin dia terlalu memandang paras rupa Haikal. Biasalah, tarikan sesama remaja. Tetapi sekurang-kurangnya dia masih terkawal. Tidak meroyan seperti peminat yang lainnya. Bagaimanalah Haikal boleh tahan hidup seperti artis ini ?

“Latihan tekwondo Sabtu ni jangan lupa datang,” pesan Hadif.

“Tahulah.” Loceng tanda waktu rehat berbunyi. Hadif dan Adira masing-masing meminta diri.


“Adira, sini kejap,” panggil Cikgu Azfa sebaik saja dia lihat Adira melintasi pintu bilik guru. Adira menghampiri Cikgu Azfa yang berdiri di pintu bilik guru. Ada apalah pulak Cikgu Azfa ni.. Getus hatinya.

“Jom. Cikgu nak kamu tolong cikgu bawakan buku pergi ke library. Jom ambil kat meja cikgu sana,” ujar Cikgu Azfa sambil menuding ke arah mejanya. Adira rasa sedikit tidak selesa mendengar perkataan library. Manakan tidak, library itu tempa tberlakunya kejadian yang tidak disukainya. Namun dia terpaksa akur. Nanti apa pula kata Cikgu Azfa.

Mereka menapak ke meja Cikgu Azfa dan mengangkat buku-buku yang berada di atas meja itu. Masing-masing memeluk timbunan buku. Timbunan buku dalam pegangan Adira lebih banyak. Cikgu Azfa melangkah dahulu sambil diekori Adira ke bilik guru.

Setibanya di library, mereka masuk. Adira masuk sambil matanya meliar ke sekitar library. Di kaunter library terdapat seorang pengawas perpustakaan yang menjaga. Adira melepaskan keluhan lega. Nasib baik bukan Dzul. Cikgu Azfa mengarahkan Adira meletakkan timbunan buku tadi di atas sebuah meja. Adira menurut.

“Sekejap ya. Cikgu pergi sebelah sana dulu. Nanti ada lagi buku yang kamu kena tolong cikgu bawa pergi bilik guru pula,” ujar Cikgu Azfa sambil berlalu. Adira mendengus kecil. Sabar sajalah.

Sambil duduk di kerusi meja tadi dia mengamati keadaan di sekitar. Sudah tentulah peristiwa dia di situ bersama Dzul, Izwan dan Hadif menerjah kembali ke ingatannya. Mana mungkin dia dapat lupakan. Dzul dan Izwan itu memang melampau. Nasib Dzul baik kerana tiada siapa tahu dia seorang yang sanggup menganiaya orang lain di sebalik luarannya yang nampak segak dan berkarisma. Ditambah lagi uniform pengawas perpustakaan yang tersarung di tubuhnya itu seakan-akan membuang sangkaan buruk orang lain terhadapnya. Tanpa dia sedari, lelaki itu sedang menghampirinya.

“Hai, cari saya ke?,” tegur Dzul. Dia berdiri di sebelah meja yang diduduki Adira. Adira terkejut. Sangkanya Dzul tidak ada tadi. Terus riak wajah Adira yang tadi tenang berubah. Adira hanya memberi jelingan kepada Dzul.

“Lama rasanya tak kacau awak. Nampaknya awak rapat dengan Hadif tu. Korang dah bercinta ke ?,”ujar Dzul dengan nada menduga dan seperti sinis. Adira masih diam. Hanya mata yang menyerang Dzul dengan jelingan tajam.

“Saya ingat dulu dapat kenakan awak sikit, dapatlah jugak awak. Tapi Hadif yang dapat awak,”ujar Dzul lagi. Adira mengerutkan dahi. Apa yang Dzul cuba cakap ini ? Adakah dia masih lagi teringin mahu minta Adira menjadi teman wanitanya ? Sesungguhnya Adira tidak ingin sedikitpun. Apa dia fikir Adira ini barang ? Mahu direbut-rebut begitu saja ?

“Tak apalah. Saya takkan kacau korang lagi. Unless..” ujar Dzul tanpa menghabiskan ayatnya. Dia menghabiskannya dengan senyuman sinis. Kemudian dia berlalu.

Adira mendengus tanda tidak puas hati. Benci pula melihat sikap Dzul tadi. Ditambah pula dengan kata-katanya yang sinis. Hairan dia dengan lelaki itu. Wujud juga jenis orang yang sesuka hati mahu seseorang menjadi teman wanitanya tanpa sebab musabab yang relevan. Adira tidak bodoh untuk jadi teman wanita Dzul. Silap-silap dirinya diperlakukan seperti hamba atau mungkin juga haiwan peliharaan. Gila. Adira tidak sanggup. Agaknya lelaki tu psycho.. Fikir Adira. Tetapi kenapa Dzul tidak menghabiskan kata-katanya tadi ? Adira rasa pelik di situ. Kecuali apa ?

Ketika waktu balik, Adira menunggu van seperti biasa. Adira tercengang kerana menyedari Hadif sedang menghampirinya. Ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa namun sikap Hadif yang selamba setiap kali ingin datang kepadanya itu membuatkan Adira hairan.Tetapi sebenarnya dia kagum juga. Lelaki itu memang tidak kisah dengan pandangan orang lain. Kalau Adira sendiri harus difikir berkali-kali dulu untuk mendekati Hadif. Sebab itu seringkali Hadif yang datang kepadanya dulu. Bila Hadif yang datang sendiri, dia tidak dapat lagi menjauh.

“Awak tak balik lagi ?,” tegur Adira.

“Belum. Nak jumpa awak kejap. Nak mintak tolong ni,” ujar Hadif.

“Apa ?”

“Pinjamkan saya nota-nota or apa-apa je untuk saya study subjek tingkatan 4. Tak kisah apa-apa je. Buku nota ke.. kertas ujian ke..” pinta Hadif.

“Oh, nanti saya cuba cari apa-apa yang boleh. Rajin juga awak ni ya.” Hadif hanya senyum mendengar pujian Adira.

“Lagi satu, awak ada apa-apa novel tak ?”

“Nak buat apa ? Awak peminat novel jugak ke ?”

“Yelah. Saya nak buat baca untuk hilangkan stress lepas study.”

“Oh, okay. Nanti saya carikan novel sekali.”

“Bagus. Awak ni memahami,” Hadif memberikan pujian. Wajahnya menunjukkan kegembiraan.

“Hah, saya nak bagitau awak something ni. Pasal Dzul..”

“Dzul ? Kenapa Dira ? Dia kacau awak ke ?,” Hadif nyata terkejut.

“Tak. Cuma tadi masa pergi library terjumpa dia.”

“Awak buat apa pergi library ? Dah tau ada dia.”

“Tak. Cikgu Azfa yang mintak tolong hantarkan buku. Tak sangka masa tu dia ada. Dia cakap yang saya dan awak bercinta. Tapi tak apa. Dia takkan kacau.”

“Itu aje ? Ada lagi ?”

“Itu aje. Dia cakap ‘takkan kacau korang unless..’ Itu aje.”

“Apa maksud dia ‘unless’ tu ?”

“Itulah. Saya pun tak tau. Dia tak cakap habis.”

“Tak apa Dira. Awak cool aje. Saya rasa dia just nak usik awak tu.”

“Yeke ? Saya rasa macam something je.. entah-entah dia nak cari pasal lagi ? Orang macam dia tu kan tak boleh nak jangka.”

“Dira relaks je. Kalau dia dah mula nak kacau, nanti baru kita fikirkan apa yang patut. Entah-entah dia nak mengusik je tu.”

“Hmm.. yelah kut.”

“Saya pergi dulu lah. Nanti saya datang collect barang-barang yang saya mintak tu ya. Esok!”

Hadif pun berlalu. Hadif pergi balik ke sekolah dengan motosikalnya. Adira kembali berseorangan. Ya. Benar juga kata Hadif. Mungkin Dzul sekadar ingin mengusik. Kerana memang Dzul tidak lagi menganggu Adira sejak Hadif hadir. Teguran Dzul di library tadi adalah kali kedua dia bercakap dengan Adira. Dzul banyak mengerling-ngerling saja ke arah Adira jika bertembung. Hadif menyuruh Adira bertenang dan tidak memikirkan sangat perihal Dzul. Tapi siapa tahu kalau-kalau Dzul buat gila lagi. Orang gila ! Hati Adira memaki Dzul.

Adira juga tidak menyangka Hadif meminati novel. Siapa sangka lelaki itu jiwang juga. Kebetulan dia juga ada menyimpan banyak koleksi novel. Dapatlah dia berkongsi dengan Hadif. Eh.. tak boleh bagi banyak sangat. Mamat tu nak SPM. Nanti takpasal-pasal salah aku pengaruh dia baca novel banyak-banyak sampai tak study ! Fikir Adira.

Van tiba. Adira mendekati van dan masuk. Setelah duduk, dia terlihat Mimi yang berdiri di pintu pagar sekolah. Mungkin baru saja muncul di situ. Namun dia perasan Mimi merenung ke arahnya. Adira hanya melambai-lambaikan tangan. Mimi membalas lambaiannya. Namun riak wajah Mimi agak pelik bagi Adira kerana riak wajah Mimi sama seperti mereka berbicara sebelum ini. Serius. Dingin.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 09:24 PM | Show all posts
pembetulan dalam Bab 15 dah UPDATED ye.. readers boleh check balik. nanti ada yang tak tau pulak. selamat membaca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.189586 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list