CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Amnesia (Epilog) -TAMAT- (01/04/2015)

[Copy link]
 Author| Post time 7-2-2015 06:43 AM | Show all posts
nah Bab 20,   bab 21 akan menyusul tak lama lagi, harap2 lah tak lama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 08:45 AM | Show all posts

Junaidi suka Adira. Asal Adira takmo perasan? Da bagi hint tuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 08:46 AM | Show all posts
Leafumi replied at 6-2-2015 10:43 PM
nah Bab 20,   bab 21 akan menyusul tak lama lagi, harap2 lah tak lama..

tak lama? ko ada kanser tahap 4 ke weiiii.. Berapa hayat usia ko?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 06:10 AM | Show all posts
Esmiria replied at 7-2-2015 08:46 AM
tak lama? ko ada kanser tahap 4 ke weiiii.. Berapa hayat usia ko?

apa ko merepek ni ? kang aku bagi Junaidi kena kanser baru tau..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 06:10 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 8-2-2015 06:15 AM

Bab 21



“Bukan ke dia kawan saya ?” ujar Faiz lagi sedikit tidak puas hati.

So ? Dia kawan saya jugak,” balas Aina pula. Faiz menatap wajah Aina. “ I’m the one who asked him to get it for me,” Aina mengaku pula.

So, it’s you,”ujar Faiz. Faiz masih tidak puas hati. Aina juga menunjukkan muka tidak selesa apabila dia melihat riak wajah Faiz itu.

Why bother ?”soal Aina.

“Kenapa ?” soal Faiz setelah menenangkan dirinya sendiri.

“Aina just nak stalk Adira aje masa tu. Saya jealous. Awak kena faham perasaan saya as your girl.  Mesti lah Aina nak tau siapa Adira tu,” Aina menjawab panjang dan menekankan haknya sebagai teman wanita Faiz. “ Iqbal pun okay aje masa Aina mintak tolong dia buat semua tu, tak ada masalah pun rasanya” tambah Aina lagi.

Faiz pasti kalau Adira yang berada di tempatnya sekarang, sudah tentu Adira memarahi Aina. Tetapi tidak jika Faiz, itulah yang membuatkan dia dapat menemui Adira kembali. Tapi dia tak sangka Iqbal sangat menyokong hubungannya dengan Aina hingga sanggup berbuat sebegitu.

“Dari siapa Iqbal dapat gambar dan emel Adira ?” soal Faiz lagi.

Aina diam. Dia berfikir. Cuba mengingat kembali dari siapa Iqbal mendapatkan gambar Adira itu. Dia tidak ingat. Lagipun dia bukan kenal pun kawan Adira itu.

“Tak ingat. Kalau tak silap dengan kawan Adira jugak,” jawab Aina. Hanya itu yang dia boleh berikan sebagai jawapan.

“Awak.. tak tau siapa dia ?” Faiz menggesa.

“Tak. Kalau tau pun, dah lupa.”

Faiz kembali tenang. Dan membisu. Aina memandang lelaki itu dengan pelbagai tanda tanya.

“Haikal, kenapa awak nak tau semua tu ?” soal Aina. “Does it matter ?” soal Aina lagi.

For your information, I’m with her now,” jawab Faiz. Tanpa berselindung.

“Adira ?” Aina bagai tak percaya. “ Betul ke ?”

I’m in love with her,” ujar Faiz lagi. Cuba membuat Aina faham.

Aina nyata tidak puas hati. Dia menggeleng sendiri. Dia menolak rambutnya yang menutupi dahi kerana ditup angin pula. Kemudian dia memandang Faiz.

I don’t get it ! Macamana boleh macam tu pulak ?” soal Aina. “Dia buat apa kat awak, Haikal ?”Aina benar-benar ingin tahu. Adira yang tak setanding dengannya itu kini dicintai Faiz Haikal. Mana boleh macam tu !

Calm down. It’s not her fault. Potret tu. Masih ada dalam simpanan saya. Dengan gambar dan alamat emel tu. Awak tak tau ke ? Bila saya dah sedar, saya hanya nampak benda-benda tu. These things led me to her. Awak jugak yang tak nak kan benda tu ? So saya simpan lah,” Faiz cuba menjelaskan bagaimana perasaannya timbul pada Adira.

Aina mendengus. Dia terasa bagai nak mengamuk tetapi dia cuba menahan emosinya. Memang. Memang dia cemburu. Sebenarnya cemburu itu tak pernah padam. Sudah lah dia terpaksa meninggalkan Faiz Haikal. Cintanya tak pernah hilang untuk Faiz. Tak pernah ! Kini, tiba-tiba saja Faiz mengaku mencintai Adira.

“Macam tak masuk akal aje. Takkan lah benda tu semua boleh wujudkan rasa cinta dalam hati awak, Haikal ! Ni mesti Adira ada datang cari awak lepas tu goda awak. Perempuan tu tak pernah nak sedar diri ke ?,” Aina mengomel-ngomel.

“Aina ! Stop it,”Faiz menbentak. Aina terdiam serta-merta. Namun dia masih berang. Nampaknya amarahnya hampir tak boleh dikawal.

Stop blaming her. Stop cursing her. Just stop !” Faiz pula yang bersuara amarah. Aina terkedu.

“Saya tak paham, entah macamana lah saya boleh pilih awak dulu, Aina ! Kenapa awak berperangai macam ni ? Sedangkan dia tak buat apa-apa pun. She’s innocent. Dari dulu sampai sekarang. Aina tak habis-habis bencikan dia kan ? Shame on you !” Faiz membebel.

Because I love you ! ,” balas Aina. Dia sebak. Bercampur marah. Dia menentang pandangan mata Faiz. Faiz terkedu untuk seketika setelah mendengar ucapan cinta dari Aina. Sangat direct dan tidak berselindung.

And you loved me too. And you supposed to love me now. Not her,” ujar Aina lagi. Wajahnya merah padam. Terlalu beremosi. Faiz diam.

It’s not fair, Haikal. Sebab saya masih cintakan awak. Awak tak tau macamana peritnya saya terpaksa lepaskan awak sebelum ni sebab mama awak ! Saya pergi ! Saya pergi dengan harapan awak akan kembali dengan saya. Tapi awak.. pilih Adira instead of me ?” ujar Aina lagi. Kali ini dia hampir menangis.

“Tapi.. itu kan..benda lama ? Cinta di bangku sekolah,” Faiz cuba mencari alasan untuk membidas meskipun dia akui apa yang dia buat itu memang tidak adil untuk Aina yang masih menanti.

No, cinta tu memang betul, Haikal. Saya tak tipu. At that time, saya tau, awaklah orangnya. Saya percaya awak ! I gave you my..” Aina berkata dengan bersungguh-sungguh. Namun Faiz memotong cakapnya, “It’s over ! Now just move on.”

Faiz bangun. Dia rasa tidak dapat lagi duduk lama-lama di situ. Sebelum dia hilang sabar, lebih bak dia pergi.

I need to go. ”ujar Faiz tanda mahu pergi. Aina bangun dan cuba mengekori Faiz.

“Haikal ! Nanti ,kita tak habis cakap lagi !” Aina menjerit.

“Sudah ! Anyway, I’m not Haikal anymore. I’m Faiz !” Faiz membalas.

“Haikal, you can't get away from this !” sempat Aina menjerit untuk kali terakhir sebelum melepaskan Faiz pergi.



Adira berasa hairan. Hari ini sudah hari Ahad. Hari ini dia tidak bekerja. Dia menanti panggilan dari Faiz untuk memberitahu tentang perancangan mereka untuk sama-sama pergi bertemu Aina. Namun lelaki itu masih belum menghubunginya untuk memberitahu apa-apa. Semalam dia sudah menghantar sms kepada Faiz dan bertanya namun lelaki itu tak membalas langsung. Adira bertambah pelik kerana sudah tiga hari Faiz mendiamkan diri. Adira beranggapan mungkin Faiz sudah tidak obsess untuk menghubunginya seperti dulu. Baguslah kalau begitu. Tak ada lah dia jenuh pening kepala melayan kerenah Faiz.

Adira tak dapat menunggu lagi. Dia cuba menghubungi Faiz. Dia hairan.

“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,” kedengaran suara operator wanita menjawab. Adira mencuba lagi untuk beberapa kali. Masih sama. Faiz tidak dapat dihubungi. Adira semakin tertanya-tanya. Kenapa ?

Adira mula tak puas hati. Jangan-jangan Faiz menipunya ? Entah-entah Faiz sudahpun bertemu dengan Aina ?

Tiba-tiba handphone Adira berbunyi. Adira pantas mencapai dan menjawab. Dia tidak lagi memeriksa nama yang naik di skrin.

“Faiz ! Kenapa awak..” ujar Adira terkocoh-kocoh tetapi katanya mati apabila suara gadis yang bercakap di talian.

“Faiz ? Oh, Faiz Haikal, ya ? Ini bukan Faiz lah !”

Adira melihat ke skrin. Nombor yang tidak bernama. Siapa ? Aina kah ?

Sorry.. saya..”

“Adira, ni Aina. Girlfriend Haikal.” Ternyata memang Aina. Lantas Adira baru teringat, dia belum save nombor phone Aina yang berada dalam mesej yang telah dihantar oleh Faiz.

“Err.. Aina. Sorry. Saya ingatkan..”

Listen. Aku call kau ni sebab nak bagitau kau jangan kacau Haikal. Haikal datang jumpa aku. Dia cakap dia dah jatuh cinta dengan kau ! Eh, dia still Haikal aku. Aku takkan benarkan dia jadi Faiz kau. Kau jangan mimpi dia nak kat kau. Aku tak paham macamana dia boleh suka kat kau. Dah, kau tak payah nak dekat-dekat dengan dia lagi. Suruh aje dia bakar potret and gambar kau tu !

Benci betul aku dengan kau ni ! Sudah-sudah lah jadi penghalang aku dengan Haikal ! Aku betul-betul sayangkan dia, okay ! Tapi kau ni wujud untuk kacau hubungan kami ! Sebab tu dari dulu lagi aku dah anti dengan kau. Tengok lah sekarang, apa dah jadi kat dia ! Semua sebab kau !” panjang lebar Aina membebel di talian. Melepaskan marahnya. Adira bungkam.

“Aina, aku mintak maaf. Aku tak ada niat nak rampas dia..”

So, kau tak payah layan dia lagi lepas ni ! Buat pengetahuan kau, aku yang suruh Iqbal minta gambar and emel kau tu dari kawan kau jugak. Dah jelas kan ? So, jangan gatal-gatal lagi nak contact Haikal lepas ni. Mesti kau yang suruh dia cari siapa yang bagi gambar kau tu kan ? Ni urusan aku dengan Haikal,  termasuk mama dia. Kau jangan campur !”

“Aina.. aku tak bermaksud..” Adira masih cuba menjaga katanya biarpun cara Aina bercakap membuat hatinya panas.

“Diam ! Aku tak nak dengar apa-apa dari kau ! Kau tau tak aku sayangkan dia sangat-sangat ! Aku dah pun tidur dengan dia dulu ! So, kau yang tak mampu nak buat apa-apa ni, tak payah nak berangan untuk rebut dia dari aku !”

Aina mematikan talian seraya habis bersuara. Dia tidak memberikan peluang langsung untk Adira bersuara. Adira bungkam lagi.

Tidur ? Maksudnya Aina dengan Faiz.. desis hatinya.



What ?? Seriously ?” kedengaran suara Sofia sedikit menjerit kerana terkejut setelah mendengar cerita Adira di talian.

“Betul, Sofia. Aina cakap dia pernah tidur dengan.. Faiz.”

“Hmm.. kes berat tu. Tapi dia tak pregnant kan ?” soal Sofia.

“Dia tak cakap pulak.”

Maybe tak kut. Kau tak tanya Faiz ?”

“Tak, aku try call dia tak dapat. Aku tak tau kenapa dia off phone.”

“Kau rasa Faiz tau tak dia pernah tidur dengan Aina tu ? Entah-entah dia dah tau lepas tu malu. That’s why dia tak contact kau beberapa hari ni.”

“Faiz dah pergi jumpa Aina. Tapi dia tak bagitau aku. Mungkin masa tu lah kut, Aina bagitau dia. Hmm.. mungkin jugak dia jauhkan diri sebab tu.”

“Adira, aku rasa dah tak boleh buat main-main dah ni. Kau dah mula kena hati-hati. Faiz tu  sekarang nampak innocent tapi dulu dia tak sebaik sekarang. Kita tak boleh jangka apa dia nak buat. Aina pun still gilakan Faiz tu. Kau biar jelah diorang dengan masalah diorang tu. Kalau kau rasa susah sangat, kau jumpa aje mama Faiz. Mama dia mesti akan buat something,” Sofia menasihati Adira dengan panjang lebar.

Okay. Aku faham..” balas Adira.

“Cepat bagitau Junaidi. Aku rasa kau akan perlukan dia nanti.”

Perbualan di talian telah ditamatkan. Adira resah. Sekarang dia sudah mengetahui sisi buruk Faiz. Dia tidak menyangka Faiz pernah berbuat demikian dengan Aina. Tapi tidak hairanlah di zaman moden ini, apa saja boleh berlaku. Tipulah kalau Adira tidak berasa cuak. Perasaan takut mula timbul dalam dirinya. Mungkin telah tiba masanya dia libatkan Junaidi dalam urusannya. Walaupun sekarang, Faiz mungkin telah berubah namun dia percaya kata Sofia. Dia tak boleh jangka apa yang akan dilakukan oleh Faiz. Jadi sebelum terjadi apa-apa yang tak diingini, baik dia bersedia. Diacah oleh Dzul pun sudah membuatnya takut, inikan pula jika benar-benar menjadi mangsa kepada Faiz. Sungguh dia tidak mahu.




Faiz duduk dikerusi sambil menghadap laptop di meja. Dia membelek laman sesawang Facebook. Sudah hampir sehari suntuk dia duduk bermain komputer di hadapannya. Dia tak habis-habis membelek Facebook Adira. Dia rindu. Rindu sangat. Namun fikirannya bercelaru. Perasaanya tak menentu.

Dia tidak sangka selepas pertemuannya dengan Aina, Aina bertindak dengan menghubungi mama. Berani Aina menghubungi mama semula. Aina memberitahu yang Faiz telah datang bertemu dengannya dan Aina mahu bersama semula dengan Faiz. Mama kecewa lagi dengan dirinya selepas itu. Faiz masih ingat apa yang mama katakan.

“Iz.. kan mama dah pesan, jangan cuba-cuba cari lagi diorang semua. Lebih-lebih lagi Aina tu. Faiz, mama halang Iz sebab tak nak benda ni jadi. Kalau Adira, tak apa lagi, Iz. Mama boleh terima lagi. Sebab mama tau, Adira tu boleh diharap. At least dia tak macam Aina,” kata-kata Pn. Anita yang masih terngiang-ngiang di telinga Faiz

“Faiz, mama rasa dah tak boleh simpan dah. Biar mama bagitau sebab sebenar. Mama seboleh-bolehnya tak nak Faiz tau. Sebab mama takut Faiz akan ulang balik silap Faiz tu. Mama kecewa bila dapat tau, tapi mama tak boleh nak buat apa, Iz. Benda dah jadi,”kata Pn.Anita lagi. Kesal.

Ketika itu, Faiz tertanya-tanya. Apakah salah yang pernah dia lakukan hingga membuat mama terluka ? Dadanya berdebar-debar.

“Faiz pernah tidur dengan Aina,” akhirnya Pn.Anita tidak berahsia lagi.

Faiz terkejut. Rupa-rupanya dia pernah melakukan benda terkutuk. Patutlah mama sedih dan kecewa. Patutlah mama marah sangat. Faiz ditimpa rasa bersalah yang amat sangat. Ibarat batu besar jatuh menimpa dadanya. Berat hingga sukar untuk bernafas.

“Mama cuba rahsiakan dari pengetahuan Faiz. At least bukan sekarang masanya sebab Faiz belum pulih sepenuhnya. Mama risau. Mujur Irfan banyak tolong mama. Mama tau Irfan ada share sikit-sikit dengan Iz. Tapi tak apa. selagi belum terbongkar yang Faiz pernah buat maksiat tu, mama masih terima.

Aina yang datang bagitau mama. Mama marah sangat. Tapi nak buat macamana benda dah jadi. Nasib baik dia tak pregnant, Iz. Kalau tak, lagi teruk ajdinya mama rasa. Lepas tu, mama dengar dari Irfan , Aina bergaduh dengan Faiz sebab cemburu dekat seseorang. Budak Adira. Faiz kemalangan sebab nak tolong Aina. Mama terkejut dengan musibah yang menimpa anak mama. Mama bertambah marah. So, mama mintak Aina pergi. Mama tak nak korang terus bersama. Aina ikut cakap mama. Bila Iz dah sedar dan dapat tau Iz tak ingat banyak benda, mama ambik peluang ni untuk buat Iz tak tahu pasal benda-benda yang jadi. Mama pun mintak tolong Irfan, Aina and semua kawan-kawan Iz supaya jangan contact Iz lagi. Semua ikut sebab mama yang suruh. Mama cuba jaga Faiz. Mama tak nak Iz terjebak dengan benda yang tak sepatutnya. Biar Iz dapat hidup tanpa ada pengaruh buruk.

Tapi rupa-rupanya Faiz banyak bertindak sendiri. Mama tak pernah sangka Faiz boleh bertindak sampai macam ni sekali. Mula-mula mama tak faham. Tapi lama-lama mama tau macamana Faiz boleh jadi macam ni. Semua sebab lukisan tu. Mama sendiri pun mula-mula tak tau pasal lukisan tu. Sebab Faiz dah sorokkan. Tapi lepas Irfan bagitau mama, baru mama faham. Kalau mama tau, Adira ada bagi lukisan tu kat kamu, mama dah lama buang semua tu. Tapi apa boleh buat, kamu jumpa balik potret tu sebelum mama. Mama biarkan,” Pn.Anita bercerita panjang lebar sambil menahan sebak. Faiz bungkam.

Sorry sebab mama selfish selama ni tapi percaya lah, mama buat macam ni sebab mama sayang Iz. Mama tak nak Iz jadi jahat dan terpesong macam budak-budak muda yang lain. Iz, mama mintak kalau Iz rasa Iz tak kuat untuk berdepan semula dengan benda yang lepas, tolong jangan buat lagi macam ni. Mama dah fobia dengan semua ni. Mama sedih tengok anak mama buat benda yang tak elok. Kemalangan pulak tu. Tengok lah diri kamu tu, Iz. Lupakan Aina, Iz. Kalau boleh lupakan Adira. Mulakan hidup baru. Demi mama, Iz,” Pn.Anita merayu.

“Lagi satu, mama mintak Iz tolong jangan kacau Adira lagi. Jangan heret dia dalam masalah kamu, Iz. Jangan menyusahkan orang lain. Kesian budak Adira tu. Kamu tak boleh ugut dan paksa dia macam tu, Iz. Nanti kalau kamu buat hal yang lagi teruk, susah jadinya. Faiz kena ingat dia pun anak orang jugak. Nanti kalau family dia marah, mama jugak yang susah,” mama sempat memujuk Faiz untuk melupakan Adira.

Faiz berasa tertekan apabila sudah mengetahu hal yang sebenar. Rupa-rupanya mama bukan sekadar nak membantunya memulakan hidup baru setelah sakit, tetapi juga cuba melindunginya dari berbuat perkara yang tidak baik. Mama memang sudah cuba buat yang terbaik untuknya.

Faiz kini merasai pelbagai perasaan yang bercampur baur. Tertekan, gembira, sedih, kesal, dilema dan entah apa lagi. Dia gembira kerana ada mama yang membuat benteng demi dirinya yang sakit. Tetapi dia juga kesal dengan kesilapannya sendiri pada masa lalu. Dia juga celaru memikirkan sikap pentingkan dirinya setelah jatuh hati pada Adira. Kadang-kadang dia berasa dia tidak patut terus mengejar Adira. Separuh lagi hatinya meronta-ronta mahukan Adira. Dia malu pada mama, Mak Cik Izyan dan Irfan kerana keterlanjurannya. Dia juga berbelah bahagi memikirkan permintaan mama supaya dia melupakan Adira.

Sudahnya Faiz membuat keputusan untuk menjauhi Adira, Aina dan semua buat sementara waktu. Dia banyak mengurung diri di bilik dan tidak keluar dari rumah seperti ketika dia keluar dari wad. Ketika dia tak tau apa-apa dan perlu bimbingan. Faiz juga telah mematikan handphone untuk mengelak dari dihubungi sesiapa baik Adira mahupun Aina. Aina cuba menghubunginya berkali-kali selepas dia pergi bertemu Aina tempoh hari. Kini sudah beberapa hari dia banyak terperap dalam bilik dengan hanya bermain internet. Jika mahu makan, dia menyuruh Mak Cik Izyan tinggalkan saja hidangan makanan di depan pintu bilik. Dia tak pasti apa yang cuba dilakukannya ini. Dia bukan merajuk. Cuma dia mahu lari dari orang lain. Mencari ruang untuk menenangkan diri. Mungkin dia patut memperbaiki dirinya dan menebus kesalahan lalu. Faiz tahu dia patut fikirkan apa yang patut dibuat untuk bertaubat dan cuba memyelesaikan masalahnya sepertimana yang mama inginkan. Mama.. maafkan Faiz, ma.. maafkan Faiz..

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Alkisahnya... Memang patut pun si faiz hilang ingatan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2015 09:25 AM | Show all posts

“Hmm.. kes berat tu. Tapi dia tak pregnant
kan ?”

Aduh..aku.panas.panas. bila ada rasa cinta, ada nafsu. Kna pndai kawal.ke tak. panas! :/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 05:15 PM | Show all posts
Esmiria replied at 8-2-2015 09:25 AM
“Hmm.. kes berat tu. Tapi dia tak pregnant
kan ?”

di mana ada cinta, ada nafsu. syaitan di sisi pun menjalankan tugasnya. cupid la konon padahal keje syaitonirojim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 05:30 PM | Show all posts
Leafumi replied at 8-2-2015 09:15 AM
di mana ada cinta, ada nafsu. syaitan di sisi pun menjalankan tugasnya. cupid la konon padahal kej ...

cupid tu apa? lawo avatar ko doe! jeles akuuuuuuuu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 07:11 PM | Show all posts
Esmiria replied at 8-2-2015 05:30 PM
cupid tu apa? lawo avatar ko doe! jeles akuuuuuuuu.


ni la cupid. menurut sumber wiki :

Dalam mitologi klasik, Cupid (Latin Cupid, yang bermaksud "keinginan") adalah tuhan keinginan, cinta erotik, tarikan dan kasih sayang. Beliau sering digambarkan sebagai anak dewi cinta Venus, dan dikenali dalam bahasa Latin juga sebagai Amor ("Cinta"). Rakan sejawatannya dari Yunani-Nya adalah Eros.

tapi bila nafsu menganggu setan akan jadi cupid hasut laki & pompuan akan 'terbabas'



semangat pulak aku explain. sebab tu Adira kadang2 rimas Sofia yang kalut bertindak macam cupid nak menjodohkan dia dgn Junaidi. hihi tapi bukan jadi setan ekk hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 07:35 PM | Show all posts
Leafumi replied at 8-2-2015 11:11 AM
ni la cupid. menurut sumber wiki :

Dalam mitologi klasik, Cupid (Latin Cupid, yang bermaksud ...

gigih ko tepek pic. Haha. Dah kepercayaan mereka macam tu. Nak buat camne. Hoho.

but cter ko.ni pnjng lgi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 09:03 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 8-2-2015 09:04 PM
Esmiria replied at 8-2-2015 07:35 PM
gigih ko tepek pic. Haha. Dah kepercayaan mereka macam tu. Nak buat camne. Hoho.

but cter ko ...

saje je buh pic. kalau rasa mengganggu gitau lah. aku x kan tepek lagi.
ni dah bab 21, ada lg 9 bab utk cukup 30. aku pun nak cepat2 habiskan sebab otak aku pun dah tak larat dah nak susun jalan citer yg bersimpang siur . maybe lepas abis novel nie aku banyak post cerpen lak kut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 09:23 PM | Show all posts
Bab 22




Adira tertanya-tanya. Sudah lebih seminggu Faiz langsungtidak menghubungi Adira. Selalunya paling tidak pun Faiz akan menghantar mesej untuk sekali dua. Sibukkah dia ? Adira tidak tahu kepada siapa dia mahu bertanya. Hendak bertanya pada Aina memang tidak mungkin berlaku. Bukannya dia takut dengan Aina, tetapi dia tidak mahu menjolok sarang tebuan setelah Aina mengamuk buat kali keduanya pada beberapa hari yang lepas. Dia memang tak ada niat pun nak merebut Faiz dari Aina. Hanya Aina yang cemburu buta dan perasan. Rupa-rupanya perempuan itu belum berubah. Sayangnya, rupa saja cantik. Kenapa Aina terlalu beria ? Faiz bukan suaminya pun.

Maybe sebab dah tidur sekali kut.. Fikir Adira membuat andaian sendiri.

Seperti biasa Sofia lah tempat dia menceritakan perkembangannya dengan Faiz. Kali ini Sofia tidak lagi memihak kepada Faiz. Sebaliknya dia banyak menasihati Adira supaya berjaga-jaga dengan Faiz. Dia tak mahu kawan baiknya diapa-apakan. Adira itu ibarat kain putih yang bersih baginya.

“Kalau dia dah senyap tu, kau pun buat tak tau aje lah. Bukan dulu kau jugak yang suruh dia blah dari hidup kau ?” soal Sofia ketika mereka on call.

“Aku tau.. Tapi.. macam tak best pulak bila apa yang kami buat ni tergantung macam tu aje..” balas Adira.

“Aku rasa dia dah putus asa kut untuk kejar kau. Yelah, Aina nak kat dia lagi. Entah-entah dia pun dah terima Aina balik. Kau tau lah kan, lelaki. Aina tu hot pulak tu !”

“Aku pun setuju sebab Aina pun dah meroyan sangat-sangatdah.”

“Dah, sekarang kau tak payah pening-pening kepala. Kau relaks aje. Buat macam tak ada apa yang jadi. Junaidi kan ada, kau lepak aje lah dengan dia selalu.”

Adira ketawa dengan cadangan Sofia itu. Tak habis-habis nak sebut nama Junaidi. Tak habis-habis nak suruh dia rapat dengan Junaidi. Namun apa salahnya ? Junaidi kan okay saja ? Junaidi tidak menunjukkan tanda-tandayang membuat Adira tidak selesa. Adira juga sudah tidak kisah dan boleh terima lawak bodoh dan usikan Junaidi. Hati, kau ni dah kenapa ? Macam feeling pelikni ? Kata hati Adira untuk dirinya sendiri.

Adira masih ingat apa yang Aina cakap. Menurut Aina, orang yang telah mendapatkan gambarnya adalah Iqbal. Adira faham kerana Iqbal tentulah kawan kepada Faiz dan Aina. Tetapi yang menjadi persoalan pada dirinya kini ialah siapa pula kawan Adira yang dimaksudkan oleh Aina itu yang telah memberikan gambarnya kepada Iqbal ? Kalau kawan Adira, bermaksud orang itu rapat dengan Adira. Dan siapa lagi yang rapat dengannya waktu itu kalau bukan Mimi ? Kalau Adira mahu tuduh Hadif, dia pasti dia tidak pernah memberikan apa-apa gambar pun kepada Hadif. Mimi… Adira menyebut nama kawan baiknya ketika di bangku sekolah itu. Sudah agak lama juga mereka tidak berhubung sejak tamat sekolah. Sama seperti Hadif. Mimi juga diam menjauh.



Pada petang itu, Adira dikejutkan dengan panggilan dari Pn.Anita. Adira cuak. Entah-entah Pn.Anita mahu memarahinya ? Dalam hati, Adira berdoa banyak-banyak agar Pn.Anita tidak mengamuk sepertimana Aina mengamuk kepadanya.

“Adira, auntie nak cakap dengan kamu pasal Faiz..” tenang saja suara Pn.Anita di talian.

“Ya, auntie. Saya tau. Saya nak mintak maaf sekali lagi sebab tolong Faiz cari Aina.”

“Adira, auntie pun nak mintak maaf sebab Faiz banyak susahkan kamu. Ada dia buat apa-apa kat kamu ke ?”

“Eh, tak ada lah auntie. Dia tak buat apa-apa pun. Dia mintak saya tolong dia cari Aina aje.”

“Baguslah kalau macam tu, Adira. Lega sikit hati auntie. Mungkin salah auntie jugak sebab terlepas pandang tentang apa yang dia nak kat kamu. Auntie mintak maaf, Adira. Lepas ni, kamu tak perlu lagi layan dia, ya ? Please, auntie mintak sangat-sangat. Kamu memang tak ada hati kat dia dah kan sekarang ?”

“Tak.. sekarang memang tak ada, auntie. Saya mintak maaf..”

“Tak apa, Adira. Auntie nak make sure aje. Sudah lah, Adira. Kamu lupakan aje Faiz. Jangan contact dia lagi. Pasal Aina tu, biar auntie yang selesaikan dengan Faiz. Kamu jangan risau.”

Auntie, memandangkan auntie dah call saya ni, saya nak tanya apa jadi kat faiz sekarang ?”

“Faiz ada kat rumah. Jangan risau, Adira. Faiz nak ruang untuk diri agaknya. Biarlah dia macam tu dulu. Auntie akan perhatikan dia lebih kerap sekarang. Adira dah tak perlu susah-susah lagi fikir pasal dia,ya ? Auntie harap sangat Faiz dah tak buat apa-apa lagi yang terburu-buru lepas ni. Kamu pun kena ingat pesan auntie ni, ya ? Auntie tak berniat nak halau kamu tapi.. auntie just nak Faiz baik-baik aje.”

“Saya faham, auntie. Kalau macam tu, baik lah auntie. Sayapun ada lagi beberapa minggu aje lagi untuk cuti semester ni. Saya tak kan contact Faiz lagi. Kalau ada apa-apa lagi auntie call aje saya.”

Selepas memberi salam, Adira memutuskan talian. Dia melepaskan keluhan lega. Nasibnya sekali lagi baik kerana Pn.Anita masih tidak memarahinya. Mujurlah mama Faiz itu wanita yang bertindak rasional. Bukan macam Aina yang cakap mengikut emosi dan nafsu amarah.

Memandangkan Pn.Anita sudah memberi jaminan, Adira berasa dia sudah tidak perlu lagi memikirkan soal Faiz yang telah memeningkan kepala dan memberi kesan stress ke atas dirinya. Harap-haraplah. Perlahan-lahan Adira mengukir senyum. Walaupun senyum perit.





Adira sedang bersiap-siap untuk ke kelas pagi. Lagi 40 minit, kelasnya akan bermula. Adira memakai t-shirt lengan panjang berona birugelap dan jeans hitam. Dia mengenakan tudung bawal yang sepadan. Untuk semester ini, dia duduk di bilik untuk dua orang saja. Dia tidak lagi sebilik dengan Sofia. Rakan sebiliknya, Fiqa. Yang merupakan pelajar dari kursus yang berlainan. Fiqa telah lama hilang ke kelas awal pagi lagi kerana kelasnya bermula pada pukul 8.

“Mak cik, jom cepat. Aku lapar ni !” sergah Sofia selepas membuka pintu bilik Adira dari luar tanpa izin.

“Yelah, jom !” balas Adira. Selepas dia menutup suis kipas dan lampu bilik, dia beredar bersama Sofia.

Mereka bersarapan di Café Murni, kafe yang berdekatan dengan fakulti mereka. Seperti biasa Sofia tetap makan banyak biarpun waktu pagi. Adira hanya makan bihun goreng dan minum Milo panas. Mereka duduk di meja yang paling dekat dengan tasik bersebelahan dengan café. Tempat kegemaran mereka ketika menjamu selera di situ.

“Rindunya nak tengok lakeview ni,” ujar Sofia sambil mulutnya mengunyah makanan. Matanya tertancap pada pemandangan tasik. Cantik.

Adira turut melemparkan pandangan ke arah yang sama. Tenang hati Adira menatap pemandangan tasik buatan itu. Kalau lah hidupnya setenang ini sebelum ini, kan selesa. Sayu pula apabila Faiz muncul di ingatan. Bukan, dia tidak rindukan Faiz. Cuma apa yang telah dilalui dengan Faiz mengusik jiwanya.

“Oi ! Dira !” panggil Sofia sambil menggoyang-goyangkan garpu di depan wajah Adira. Adira terperanjat.

“Woi ! Kau nak buat aku jadi Kassim Selamat ke !” marahAdira. Sofia tergelak sendiri mendengarnya.

“Aku panggil kau tak dengar ke ? Duk berangan apa ? Takkan teringat Faiz kot !” balas Sofia. Dia kembali menyuapkan bihun ke dalam mulutnya. Adira tidak membalas.

“Ke.. ingat Junaidi ??” Sofia mengusik.

“Dia bukan boyfriend aku pun.”

“Laa, kata boyfriend tipu ? Tak sangkut-sangkut lagi ke hati kau ?”

“Aku tak nak syok sendiri.”

“Rugi lah kau ni !” Sofia merungut.

Hey, girls !” satu sapaan dari seorang lelaki yang baru saja dekat dengan meja mereka. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Adira.

“Hai !” balas Sofia. Adira senyum saja kepada Hakimi.

Hakimi merupakan rakan sekelas mereka sejak dari semester 1. Dia memang gemar menegur Adira dan Sofia. Adira dan Sofia sudah tidak kisah dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Hakimi.

“Wah, rindunya kat korang ! Dua bulan tak jumpa. Aku pun dah gemuk !” Hakimi berkata.

“Kau ni, selalu orang tegur orang lain yang gemuk. Ni kau sendiri mengaku gemuk !” balas Sofia. Dia ketawa geli hati.

“Betul apa. Aku rasa cuti ni aku dah gemuk,” balas Hakimi selamba dan yakin.

“Kau ni asyik makan banyak aje, Sofia. Adira pun tak gemuk-gemuk. Kau tak makan ke cuti ni ?” selamba saja Hakimi memberi komen terhadap dua perempuan itu.

“Makan lah. Kau ingat aku ni apa ? Vampire ?” balas Adira.

“Wei, belanja lah aku air ! “ Hakimi merengek macam budak-budak.

“Laa.. “ balas Adira. Tak senonoh betul Hakimi ni. Sofia mengeluarkan not hijau dan menghulurkan kepada Hakimi.

“Nah, pergi beli kat aku kerepek tiga bungkus. Baki kau ambik lah,” kata Sofia. Hakimi tersengih lalu menyambut huluran Sofia. Dia bangun dan pergi membeli apa yang patut.

“Kimi.. Kimi..” sebut Adira.

Chill lah. Dia tu memang selamba,” ujar Sofia.

“Loyar buruk,” ujar Adira dan sengih.

“Kau tak rasa macam Junaidi ?” soal Sofia.

“Tak kut. Junaidi matured sikit dari dia aku rasa,” balas Adira. Sofia sengih.

Beberapa minit kemudian, Hakimi kembali. Dia terkocoh-kocoh minum. Tinggal lagi beberapa minit saja lagi kelas akan bermula. Selesai makan, Adira bergerak ke kelas bersama Sofia dan Hakimi yang ingin turut serta.

Bertemu dengan rakan kelas yang lain membuatkan masing-masing sibuk melihat sebarang perubahan pada gaya dan saiz badan. Baik lelaki mahupun perempuan. Ada yang menukar gaya rambut, ada yang berubah citarasa pemakaian, dan berkongsi cerita tentang cuti semester yang baru saja tamat.

“Jom pergi library ?” Ajak Sofia pada Adira ketika merekasudah tamat kelas.

“Nak buat apa ?” soal Adira.

“Sebenarnya.. aku nak pulangkan buku yang pernah aku pinjam sem lepas.” Sofia berterus terang dengan ketawa tanpa rasa bersalah.

“Ceh, teruk betul kau ni ! Zaman bila punya !” balas Adira. mereka bergerak ke library yang sudah 2 bulan tidak dijejaki.

Adira dan Sofia bukanlah jenis yang selalu lepak di library umtuk study tetapi sebenarnya ingin mendapatkan wifi percuma dan meyelesaikan sebarang urusan pendaftaran yang memerlukan mereka menggunakan portal yang hanya boleh diakses di library. Selain itu dapatlah mencuci mata melihat jejaka-jejaka kacak. Kegiatan dating sambil belajar pun dapat dilihat di sini. Belajar lah sangat !

Selepas memulangkan beberapa buah buku di kaunter, Sofia kembali mendapatkan Adira yang sedang menunggu di sofa yang disediakan pihak library di lobi. Sungguh selesa Adira melepas di situ sambil menikmati kedinginan penghawa dingin.

“Jom ! Aku kena denda sebab lewat tapi tak mahal pun,”ujar Sofia.

“Tu lah, lain kali jangan lupa,” pesan Adira.

“Dah, jom !” Sofia ajak untuk beredar.

“Eh, tak nak lepak kejap ke ? Bukan kau suka lepak sebab nak update status ?” sindir Adira.

“Alah, aku duk teringat ice blended kat café tu ! Jom kita serbu ! Aku rindu lah !” balas Sofia dengan bersungguh-sungguh. Adira menganggukkan kepala tanda dia turut rindukan ice blended. Mereka keluar dari pintu library.

Seorang jejaka yang sedang datang dari arah bertentangan menarik perhatian Adira. Adira merenung lelaki itu dengan lama untuk memastikan yang dia tak silap orang. Rasa-rasanya dia memang tak salah lagi.

“Hadif.. Hadif kan ?” tegur Adira tatkala mereka berselisih. Lelaki itu terpana.

“Eh, ni..” balas Hadif.

“Adira lah !” ujar Adira cuba mengembalikan ingatan Hadif terhadapnya. Takkanlah dia pun amnesia seperti Faiz pula kan ?

“Hey !” balas Hadif dengan wajah riang. Sama seperti Adira. Sofia terlopong melihat mereka berdua. Jejak kasih apa pulak ni ?

“Tak sangka jumpa lagi,” ujar Hadif.

“Hadif, saya ingatkan takkan jumpa awak lagi,” balas Adira.

Adira gembira. Manakan tidak. Hadif antara rakan yang baik dengannya dulu. Kalau Hadif sudah lupa, silap-silap Adira akan hempuk kepala lelaki itu. Sofia hanya memerhatikan kelakuan mereka.

“Nak pergi mana ni ?” Hadif ingin tahu.

“Kami nak pergi cari ice blended,” Sofia mencelah dengan sengihan.


“Oh, jom lah. Saya pun dahaga ni,” Hadif berminat ingin turut serta.

“Eh, bukan ke Hadif nak masuk library ?” Adira menyoal hairan.

“Eh, tak apa. Bukan hal penting pun. Jom lah. Lama tak sembang dengan Adira,” ajak Hadif.

“Jom, saya belanja,” pelawa Hadif. Adira ingin menolak tetapi Sofia sudah menunjukkan keterujaan.

Okay sangat lah tu !” Sofia berkata dengan ceria. Mereka bergerak bertiga.

Adira dan Sofia enak menikmati ice blended perisa Chocolate. Perisa kegemaran mereka. Hadif minum perisa Mocha. Mereka minum sambil berbual. Yang paling rancak berbual tentulah Adira dan Hadif. Sofia hanya menyampuk jika dia mahu. Sofia lihat Adira sangat gembira dapat bertemu dengan Hadif. Seolah-olah seperti orang yang baru dilahirkan. Positif dan teruja.

“Sebenarnya Hadif masuk lambat sikit. So, Hadif junior korang lah,” Hadir berkata.

“Junior ? Awak tu tua lagi kami, Hadif,” balas Adira. Hadif sengih saja.

“Kenapa masuk lambat ?” soal Adira.

“Ada hal yang Hadif kena settle dulu. So Hadif apply intake lambat.”

Adira mengangguk faham. Malas mahu bertanya lebih-lebih kerana takut Hadif segan dengan Sofia. Tak apa. Mungkin dia boleh berbual dengan lebih lanjut berdua saja untuk lain kalinya. Mereka berpisah setelah Hadif mendapatkan panggilan dari rakannya. Dia terpaksa beredar kerana ditunggu. Sofia dan Adira kembali ke hostel.

Wow, tu ke Hadif ? Kawan kau tu ? Comel !” ujar Sofia.

“Gatal ye kau. Semua lelaki kau kata comel lah, handsome lah, apa lah !,” balas Adira.

“Aku takut kau lupa Junaidi nanti..” kata Sofia dengan meleret. Adira tahu ada makna di situ.

“Aku dengan dia kawan lah. Macam aku kawan dengan kau jugak,” Adira menyangkal dakwaan Sofia. Sofia sengih. Dia tahu cuma dia sengaja mahu mengusik.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 11:09 PM | Show all posts


“Woi ! Kau nak buat aku jadi Kassim Selamat
ke !”


Maksud ayt? tak faham...

Aku sokong if adira dan junaidi bersama. Sebb ada pros dgn org lebih tua ni.hehe. hehehehehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 11:17 PM | Show all posts
Esmiria replied at 9-2-2015 11:09 PM
“Woi ! Kau nak buat aku jadi Kassim Selamat
ke !”

hahaa kasim selamat kan mata dia buta cucuk garpu citer p ramlee tu

aku pun setuju gak dengan Junaidi. wujudkah lelaki spt Junaidi ini ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 11:28 PM | Show all posts
Leafumi replied at 9-2-2015 03:17 PM
hahaa kasim selamat kan mata dia buta cucuk garpu  citer p ramlee tu

aku pun setuju gak de ...

wujud rasanya.Lelaki yg matang dan faham perangai kekasihnya yg lebih muda.hehe. Sweet.


Oh..baru aku fhm.kasim selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2015 05:35 AM | Show all posts
Bab 23



Handphone Adira berbunyi. Adira pantas menyeluk poket seluar dan mengeluarkan handphone. Dia lihat ada sms dari Hadif. Adira senyum. Mereka sempat bertukar nombor handphone ketika sama-sama minum ice blended. Adira gembira kerana Hadif masih ingat padanya dan tidak janggal dengannya. Adira membaca kiriman sms itu.

Dira. Petang ni pukul 2 kelas Hadif dah habis. Jom lah lepak mana-mana ?

Adira kelas sampai pukul 12 aje, Hadif. Okay kita lepak kat tepi tasik.

Okay, Dira. See you there !

Adira senyum setelah membaca mesej itu. Tak sabar menanti pukul 2.



“Adira !” laung Hadif. Dia tergesa-gesa menghampiri Adira yang duduk bersila di pinggir tasik. Adira sekadar menoleh dengan senyuman.

Cuaca petang itu redup. Adira rasa tenang. Memerhatikan keindahan pemandangan di sekitar tasik ditambah dengan gelora tasik yang bersahaja mendamaikan jiwa.

Hadif mengambil tempat duduk di sisi Adira. Adira lihat Hadif juga ceria.

“Dah makan ke ?” tegur Adira.

“Belum. Terus datang sini. Kan awak tunggu ? Lepas ni kita makan sama-sama.”

Okay.”"

“Lama dah kita tak lepak berdua macam ni,” ujar Hadif sambil mengimbau kenangan di sekolah.

“Macamana awak selama kita tak jumpa ni ? Okay ?”soal Hadif pula.

“Saya.. okay aje..” jawab Adira teragak-agak.

“Ya ke ? Dah tak ada orang cari pasal dengan awak ?” soal Hadif berminat dengan khabar Adira selama mereka terpisah.

“Tak. Saya okay. Kat sini pun okay.

“Ya ke ? Tak apa. Saya kan ada ni.”

“Awak ada lagi okay lah saya.”

Sorry sebab saya diam macam tu aje lepas habis sekolah.”

“Awak cakap awak pergi UK kan ? Buat apa duduk situ ? Saya ingat awak pergi sambung study.” Adira pula bertanya tentang pemergian Hadif ke luar negara selepas tamat SPM.

Hadif merenung tasik. Untuk beberapa saat dia tidak berkata apa. Adira lihat Hadif seperti sedang berfikir. Adira masih menumpukan matanya ke arah Hadif.

“Saya ikut family saya ke sana. Ada hal family yang perlu diselesaikan. Tapi tak lama pun. Kira-kira dalam 2 tahun. Saya okay aje kat sana. Seronok jugak duduk sana. Banyak tempat-tempat cantik,” balas Hadif panjang. Hadif berkata lagi, “Nanti saya tunjukkan gambar. Dalam Facebook pun ada.”

“Nanti add Facebook saya,” pesan Adira.

“Mestilah,” jawab Hadif.

“Habis tu, siapa girlfriend awak ? Kut lah dapat awek dari UK ke ?,” Adira menyoal tentang perhubungan pula. Dia sengih-sengih.

“Aduh, soal girlfriend jugak awak tanya. Ermm.. ada lah kawan dengan seorang girl ni, nama Emily. Tapi tak lama sebab Hadif nak balik Malaysia so kami putus,” cerita Hadif.

“Awak tak sedih ? Tak menyesal ?” soal Adira.

“Tak apa. I’m okay,” balas Hadif berserta senyuman.

“Betul ke ?” Adira menduga.

“Yelah. Hadif okay aje ni.”

So, dia bukan the right one ?”

“Hmm.. maybe not. Jodoh orang Malaysia jugak lah kot,” balas Hadif ketawa.

Adira lihat reaksi Hadif baik saja. Tidak kelihatan tanda-tanda frust atau sedih diwajahnya. Tak tahu lah pula kalau Hadif pandai menyorokkan kesedihannya. Biar benar Hadif ini ? Takkan lah tak sedih berpisah dengan orang yang pernah disayangi dan menyayangi dirinya ? Ke Hadif bersama dengan gadis Uk itu hanya untuk suka-suka saja ?

“Kenapa tenung ?,”tegur Hadif apabila menyedari Adira merenungnya.

I just wondering..” balas Adira dengan menggeleng-geleng.

About what ?

“Rahsia..”

“Rahsia pulak ?” ujar Hadif dengan tawa.

Adira dan Hadif melihat pasangan kekasih yang duduk tidak jauh dari mereka membaling cebisan-cebisan roti yang telah dikoyak ke dalam tasik untuk memberi ikan makan.

“Nanti kita bagi ikan makan macam tu,” Adira memberi cadangan. Kadang-kadang dia dan Sofia juga berbuat begitu.

Nice,” balas Hadif setuju.

“Kat sini tak jumpa lagi girlfriend ?” soal Adira. Masih dengan topik yang sama.

“Ingatkan nak masuk topik lain dah,” balas Hadif. Dia menyambung kata, “ Belum lah, Dira. It’s still early for me to find a girlfriend. Awak kan ada.”

“Saya ?,” balas Adira dengan wajah hairan. “Saya girl ‘friend’ aje,” sambungnya.

“Hidup tak semestinya untuk cinta saja. Ada kawan baik pun dah memadai,” balas Hadif.

“Ce..ce.. berfalsafah,” usik Adira.

“Dira pulak ?” soal Hadif pula.

“Dira ? Tak ada,” jawab Adira. Hadif tak percaya.

“Tipu lah, awak ni. Takkan tak ada orang sangkut kat awak ?” Hadif cuba mengorek rahsia.

“Mana ada. I’m not interested,” balas Adira. Tetapi dalam mindanya wajah Faiz dan Junaidi datang silih berganti.

Why ?” soal Hadif.

“Saya..” Adira tidak tahu mahu menjawab apa.

Still suka Faiz Haikal ?” Hadif meneka. Saat itu dia menatap riak Adira yang terkedu dengan soalannya.

Serta-merta Adira mengerutkan kening dan melepaskan tawa.

“Haikal ?” Adira membalas. Pelik. “Kenapa awak tanya macam tu ? Benda lama lah !” kata Adira lagi. Hadif mengetap bibir.

“Kut lah.. “ ujar Hadif dengan mengangkat kening. Dia senyum. Seperti ada sedikit sinis di situ.

No. Dia tu.. sejarah aje untuk saya,” uajr Adira menggelengkan kepala lalu menghalakan kembali pandangan ke arah tasik. “The past is the past.

“Bukan semua orang move on, Dira. Kadang-kadang kat mulut lain, hati lain tau,” kata Hadif penuh makna.

“Yelah, Dira tau. Ermm.. Dira rasa patut share dengan Hadif pasal Faiz Haikal tu,” Adira ingin berkongsi perihal Faiz kembali mencarinya ketika cuti dua bulan yang lepas.

“Pasal apa pulak ni ?” Hadif berminat untuk tahu.

“Sebenarnya.. Haikal cari saya masa cuti ni,” ujar Adira. Riak Hadif terkejut.

“Sungguh ? Macamana.. Bukan ke dia kemalangan ?” Hadif hairan.

“Pelik kan ? Ingat tak potret yang Dira buat tu ? Lepas dia sedar dari koma, dia tak ingat banyak benda. Mama dia jaga dia. Mama Faiz tu.. tak benarkan dia tau pasal masa lalu dia. Mama Faiz mintak semua kawan-kawan dia jangan contact dia lagi. Mama Faiz pun dah tak panggil dia ‘Haikal’ untuk elak masa lalu.

So dunia Faiz hanya dengan family dia aje. Penglibatan Faiz dengan dunia luar kurang. Lepas dah keluar dari wad, baru dia banyak interact dengan dunia maya. Dia ada jugak keluar rumah tapi dari segi social dia kurang. Lagipun mama dia tak benarkan dia buat apa-apa yang boleh bagi risiko kat dia.

Tapi.. lepas dia jumpa balik potret tu, dia jadi tertarik. Lepas tu dia makin obses. Dia cari Dira. And.. he confessed to me,” Adira menceritakan semula kisahnya dengan Faiz. Hadif mendengar dengan khusyuk.

“Macamana boleh jadi macam tu ?” soal Hadif.

“Entah. Dia aje yang tau apa ada dalam hati dia. Dia cakap dia tertarik dengan potret tu. Lepas dia tau Dira yang buat, dia stalk Dira. Sejak tu, dia ada feeling kat Dira. Dia cari Dira sampai dapat. Memang stalker,” Adira memberi penjelasan.

“Macamana dengan girlfriend dia.. Aina ?”

“Dah putus masa dia koma. Mama dia suruh jangan dekat dengan Faiz lagi. Bila dah sedar, dia tak tau pun dia dengan Aina dulu.”

“Kenapa mama dia buat macam tu ?”

“Mama dia.. tak nak dia ingat apa yang dia pernah buat dulu..”

“Buat apa ?”

He slept with Aina. Mama Faiz tak nak dia balik pada maksiat tu.”

Hadif diam untuk seketika. Adira juga tidak bersuara.

“Dia cari Dira lagi ke ?” Hadif menyoal semula.

“Tak. Lepas dia dapat tau yang dia pernah buat dosa tu, dia dah tak kacau Dira lagi. Mama dia pun mintak dia jangan kacau Dira lagi.”

“Bagus lah kalau macam tu. He deserved it.” Ujar Hadif. Dia berkata lagi, “Bagus untuk Dira. Pathetic for him. Anggap aje ni balasan untuk dia.”

Adira tidak komen apa. Dalam hati terpalit juga rasa kasihan pada Faiz yang diduga sebegitu.

“Jom makan sekali ?” pelawa Hadif.

“Jom lah !”

Hadif dan Adira bingkas dan menuju ke café.

“Sofia, tu Adira kan ?” soal Hakimi yang jalan seiring dengan Sofia. Mereka menuju ke café.

Hakimi dan Sofia lihat Adira sedang makan bersama Hadif. Hanya berdua.

“Yelah. Jom join diorang !,” ajak Sofia.

“Eh, tu boyfriend dia ke ? Tak mengganggu ke kita ni ?” soal Hakimi.

“Bukan lah ! Tu kawan lama dia, kawan sekolah.”

Sofia dan Hakimi tiba di meja di mana Adira dan Hadif duduk makan berdua.

“Adira ! Hadif !” Sofia menyapa.

“Sofia,” balas Adira. Hadif senyum saja. Sofia duduk di sebelah Adira. Hakimi pula duduk di sebelah Hadif. Hadif dan Hakimi bersalaman.

“Dah settle ke hal korang dengan Sir Hisham tu ?” Adira bertanya kepada Sofia dan Hakimi.

“Dah. Kami terus datang sini aje. Dah lapar jugak ni,” balas Sofia sengih-sengih. Hakimi mengiyakan saja.

“Aku nak pergi order dulu,” kata Hakimi. Dia bangun. Sofia ikut serta.

“Kita makan sekali dengan diorang ye ?”soal Adira.

“Eh, boleh aje. Nevermind,” balas Hadif. Hadif mengeluarkan handphone dan mengangkat tinggi. “Haa.. sebelum tu, jom selfie,” ujar Hadif lalu mengambil gambar dirinya dan Adira.

“Hadif ! Dira tak ready lagi,” tegur Adira. Tindakan Hadif laju.

“Tengok lah muka Dira ni. kelakar !” Hadif mentertawakan wajah Adira yang terpinga-pinga dalam gambar tadi.

Adira geram. Dia cuba merampas handphone yang berada di tangan Hadif namun lelaki itu mengelak.

Delete lah !” Adira mendesak.

“Nak letak dalam Insta,” ujar Hadif.

“Jangan lah. Mesti buruk tu,” Adira memujuk.

“Jom selfie lain,” Hadif mengajak. Kali ini Adira bersedia untuk selfie dengan Hadif.

“Haa.. nice one !” puji Adira ketika melihat gambar selfie tadi.

“Kimi..Kimi..” panggil Sofia apabila menyedari Hakimi yang sejak tadi asyik memandang ke arah Adira dan Hadif. Dia memerhatikan tindak tanduk mereka.

“Uish ! Kau ni !” marah Hakimi kerana terkejut apabila tapak tangan Sofia bergerak-gerak di hadapan matanya. Sofia kembali menarik tangannya.

“Aii.. tengok apa kau ni ?” soal Sofia seakan sinis.

“Dah siap ke nasi kita ?” Hakimi tidak menjawab sebaliknya dia bertanya tentang pesanan nasi tadi.

“Lagi 3 minit,” jawab Sofia. “Kejap aje.”

Sofia lihat sebentar tadi Hakimi asyik merenung ke arah Adira dan Hadif. Ini menimbulkan tanda tanya di hatinya.

Walaupun Hadif dan Adira sudah habis makan. Namun mereka masih setia menunggu Sofia dan Hakimi yang sedang makan. Hadif dan Adira rancak berbual tentang zaman persekolahan mereka. Sesekali Sofia menyampuk sama. Hakimi hanya diam. Sesekali matanya asyik tertumpu pada Adira dan Hadif.

Tatkala itu juga Sofia seperti sudah dapat mengagak apa yang sedang dialami Hakimi. Lelaki itu sebelum ini ramah dan selamba. Kenapa tiba-tiba saja dia berubah sama sekali ? Sofia jarang melihat Hakimi bersikap seperti ini.

Kau suka Ira ke ? Kenapa aku tak perasan selama ni ? Fikir Sofia sendirian. Too late, Kimi.. Adira dah ada Junaidi.. Fikirnya lagi.

Sofia memandang Hadif pula. Or else could it be Hadif ? Hatimya tertanya-tanya pula. Keakraban Hadif dan Adira tak mustahil boleh berubah menjadi cinta.


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 07:23 AM | Show all posts
complicated betul kalau cenggini jadinya... sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 08:13 AM | Show all posts

“Hidup tak semestinya untuk cinta saja."

memang btul pun.tapi cinta ni mcm penyeri hidup.kita.mcm kita blh jdi superhappy ..hahaha.

Hahaha.Semangat tu lain.mcm.hoho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2015 02:52 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 12-2-2015 07:23 AM
complicated betul kalau cenggini jadinya... sambung lg TT...

memang ada real life camni.. cth kawan sy sendiri dulu.. gile ah dia tu ramai peminat berduyun2 nak kat dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.538398 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list