CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5570|Reply: 32

[Tempatan] Bab isu halal, JAKIM memang terlalu berlembut

[Copy link]
Post time 28-5-2014 10:20 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilihat terlalu berlembut dalam isu penguatkuasaan halal di negara ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sikap yang ditunjukkan Jakim menyebabkan syarikat pengeluar berani menipu umat Islam di negara ini.

Menurutnya, produk keluaran Cadbury yang mengandungi DNA babi dan dijual kepada umum seharusnya tidak berlaku kerana syarikat tersebut mendapat pengesahan halal daripada Jakim.

“Syarikat Cadbury mempunyai kilang yang besar, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul dan mempunyai sijil halal. Tetapi perkara sebegini tetap berlaku.

“Kita tidak mahu Jakim sekadar memberi amaran tanpa ada sebarang tindakan tegas dan kemudiannya memberikan kembali sijil halal kepada syarikat tersebut,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 09:16 PM | Show all posts
ni bukan soal berlembut, tapi soal Rasuah, malas nak citer, melayu ni kalau cakap pasal Islam hanya Retorik je lebih, wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam bermakna bukan lembut. Diam bermakna ada something yang diorang hide.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 09:33 PM | Show all posts
Klu company melayu nak dpt sijil halal bukan main check lagi. Tapi klu company cina guna sijil halal palsu pun tutup je sebelah mata. Klu denda pun berapa ribu je, pastu dorang daftar company lain, buat lagi....d
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 09:35 PM | Show all posts
ahmadazman posted on 28-5-2014 09:16 PM
ni bukan soal berlembut, tapi soal Rasuah, malas nak citer, melayu ni kalau cakap pasal Islam hanya  ...

kan.... takyah nak dolak dalih la.... topeng je agama tuh..... p cuci darah pemakan rasuah ni dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 09:42 PM | Show all posts
jakim ni  jual cop agama kehulu kehilir kaa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2014 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
AHMADVW posted on 28-5-2014 09:42 PM
jakim ni  jual cop agama kehulu kehilir kaa?

Takde la ..jakim wat kerja tulu$ ikhla$ demi I$ele
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 09:47 PM | Show all posts
jamil khir baharom sila letak jawatan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 10:13 PM | Show all posts
Cadbury di bawah Kraft Foods


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:41 PM | Show all posts
JAKIM bersekongkol dgn rejim zionist?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:47 PM | Show all posts
kuasa JAKIM terhad..banyak birokrasi dan CAMPUR TANGAN politaik
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jakim berlembut ke banyak makan rasuah... takkan isu halal haram boleh dibuat main2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 11:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:40 PM | Show all posts
PPIM ni memang sntiasa nak menang bab isu cmni..

isu tepung gandum kata ada peluntur = dia tetap kempen tepung cmtu bahaya, walaupun KKM dah jelaskan tepung2 tu ada peluntur pada tahap dibenarkan ikut peraturan makanan sedia ada.
kali ni serang Jakim pulak, menggunakan ujian yg KKM keluarkan.

dpd PPIM sendiri tak pernah keluarkan hebahan media yang lengkap dengan senarai produk yg dikatakan ada benda haram, unsur kimia berbahaya..
pernah jumpa? statement media dpd PPIM lengkap dgn butiran ujian makmal sekian2?
semua yg berlegar2 di internet hanyalah spt surat layang yg kononnya di sahkan oleh PPIM
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 11:58 AM | Show all posts
JAKIM punya JAKIM!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 12:32 PM | Show all posts
semoga hal ini dititikberatkan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 03:44 PM | Show all posts
rokok yang dah difatwakan haram dlm majlis fatwa kebangsaan, JAKIM tarak buat pape pun.......................................................................................................
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 03:49 PM | Show all posts
hadap sgt dgn jakim tu hah..amek ko...sesetengah umah ni kalau sijil halal dr negara lain x hadap was2 laa apa laa..kondem kaw2 punya..skang ni jakim pon dah kantoi..ko nak ckp apa...choiii sgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 11:55 PM | Show all posts
PAS: JAKIM yang patut saman Cadbury

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sepatutnya mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar coklat Cadbury kerana menyalahguna sijil halal.

Katanya, saman tersebut sepatutnya dikemukakan oleh JAKIM dan bukannya oleh NGO lain kerana ia melibatkan kesalahan menipu jabatan tersebut.

Syarikat tersebut, katanya, menipu JAKIM kerana menyalahgunakan sijil halal ke atas produk yang haram dan mengelirukan pengguna lain.

"Saya hairan. Takkanlah JAKIM ni warak sangat sampai tak kisah ditipu syarikat ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti tersebut hari ini.

Mahfuz juga berkata, PAS setakat ini tiada rancangan untuk mengadakan bantahan atau memboikot syarikat pengeluar produk tersebut.

"Saya fikir bila sudah jelas ada penipuan tak perlu boikot. Umat Islam tahu ia ada DNA babi yang tidak boleh dimakan.

"Tak perlu boikot, tak payah makanlah barangan di syarikat tersebut," katanya.

Bagaimanapun, beliau menuntut agar kerajaan mendedahkan nama orang Islam yang menjadi pemegang saham syarikat berkenaan.

Katanya, individu tersebut bertanggungjawab kerana membiarkan isu penyalahgunaan sijil halal itu berlarutan.

"Saya minta kerajaan perincikan siapa pemegang syer dalam Cadbury. Apa yang wakil Islam buat sampai tak sedar hal ini," katanya.

Sabtu lalu, dua produk cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan Kementerian Kesihatan mengandungi DNA babi.

Penemuan itu disambut dengan pelbagai reaksi, antara dari sebuah NGO yang mahu pengeluar coklat tersebut menanggung kos untuk mencuci darah orang Islam yang memakan bahan berkenaan.

NGO Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Berajaan (ACCIN) juga merancang mengemukakan saman berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu.

Satu lagi NGO Islam Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), semalam membuat laporan Polis menggesa kilang Cadburry di Shah Alam ditutup.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050825 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list