CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8391|Reply: 63

cinta si kalut

[Copy link]
Post time 29-5-2014 02:53 PM | Show all posts |Read mode
cubaan menulis...

bismillah

"aduh...." jatuh bertaburan semua file file yang dibawa.. serentak itu, "maaf maaf.. ya allah maaf... saya mintak maaf.." kalut suara seorang gadis...

"terlanggar orang lagi.. hari ni jer dah 3 kali aku langgar orang.. cuainya aku" bisik hati si gadis.....

"takpelah.. dah nak jadi, nak buat macam mana" sambil mengutip fail fail, Aqil bersuara..
"maaf ya.. saya pergi dulu ya.. nak cepat ni.. " Aisha kelam kabut berlalu. Tugasan yang sepatutnya dihantar sebelum jam 12 tengah hari menyebabkan Aisha jadi tak keruan hari ini. Itu lah, suka benar buat kerja last minit.

berlari lari anak, mata sekejab kejab pandang jam yang dah menginjak ke pukul 3 petang.. "matilah aku kalau prof taknak accept assignment aku ni" Aisha tak sudah sudah mengomel sorang...


******************

"hah, sempat tak?" sergah syikin bila nampak muka muram Aisha di bilik. "Sempat. tapi Prof kata aku kena tambah assignment denda.. aduh.. dah la byk projek nak kena submit ni"
"kan aku dah kata, jangan buat part time lagi. kau tu bukan orang susah pun. sibuk nak ajar anak orang tusyen bagai. fokus kat study sudah la cha. kelibut aku tgk kau skang ni" syikin memarahi rakan sebilik merangkap BFF nya itu.
"aku bukan apa syikin, tak sampai hati nak tolak bila aunty misha mintak tolong. cucu dia tu takde orang nak ajar. kesian pulak aku. takpela aku try adjust masa aku k. kalau sebulan ni tak ok gak, aku tarik diri lah dari ajar dania tu. tapi kan... aku dah jatuh sayang kat dania tau.. comel gila dia tu.. mesti lawa mak dia kan..."
"mak dia lawa ke bapak dia yg hensem hahahaha... eh ko tak pernah jumpa ke mak dia?"
"tak pernah la kin.. mak bapak dia aku tak pernah jumpa.. dania tu duduk ngan nenek dia aunty misha tu.. aku tak berani lah nak tanya lebih lebih"...

Aisha dah hampir 2 bulan menjadi tutor peribadi kepada seorang gadis cilik yang baru masuk darjah 1. bukan main kan orang kaya kaya ni. darjah 1 dah pakai tutor kat rumah. Dania Qistina gadis cilik yang merupakan cucu kepada aunty misha yang ditemui ketika dia berumahtangga di kedai buku berdekatan rumahnya. kebetulan aunty misha ingatkan Aisha pekerja di kedai buku tersebut. sembang punya sembang, maka Aisha jadi lah tutor peribadi kepada Dania yang sangat manja dan bijak.


*******************************



amacam? nak sambungan ke tak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 03:07 PM | Show all posts
nak...nak...silakan sambung....& gud luck..!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 04:13 PM | Show all posts
nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiii!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 04:40 PM | Show all posts
TT... sambung lagi... cite yg sgt menarik perhatian sy utk baca lg....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 04:42 PM | Show all posts
menarikk.. teruskan usaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 04:50 PM | Show all posts
ok sambungan (ni memang dah sedia ada dalam blog. so kopipasta je.. episod seterusnya masih dalam pembikinan dan mungkin delay sket ya.. tengah bz keje skang ni ) happy reading uols...

episod 2


“Syikin, syikin” kalut suara Aisha memanggil temannya yang ternganga tidur. “Hishhh siap berdengkur” rungut Aisha.
“Syikin, bangun la.. lewat dah ni.. ko nak follow aku tak pegi library ni” Aisha menolak lembut kaki Syikin. Syikin hanya mengeliat kecil, dan menyambung dengkuran halusnya. Tidak mampu membuka matanya sementelah dia tidur sangat lewat kerana menyiapkan projek akhirnya.
“Aku pergi dulu lah.. “ seraya Aisha menyambar beg sandang dan fail failnya.

Sambil berjalan menuju ke perpustakaan yang terletak tidak jauh dari kolejnya, Aisha tekun memandang skrin telefon bimbitnya. Khusyuk betul dia membaca artikel berkenaan MH370 yang di kongsi rakan Facebooknya itu.

“aduh!!!! Aaaaaaa… Hp aku…” jerit Aisha tatkala kakinya terpelecok akibat termasuk lubang kecil di longkang dan selamat telefon bimbitnya mendarat kedalam longkang tersebut.
Terbongkok bongkok Aisha cuba mencapai telefon bimbitnya yang telah terendam seperti biskut kering di cicah kopi pekat pak mail yang terkenal dikampungnya itu. “Abis lah hp aku. Duit lagi ni.”

“Perlukan bantuan ke? Rasanya elok awak ketepi, biar saya yang ambilkan” tegur seseorang yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
“eh, takpe takpe.. saya boleh amik sendiri jer” Aisha menolak.
“meh la saya tolong, tak elok perempuan tertonggeng tonggeng camni. Nanti orang lain nampak, apa pulak orang kata..” glup…. Aisha terus ketepi. “Hp saya jatuh” sambil menunjuk tempat dimana telefon bimbitnya mendarat.

Pantas sang jejaka mengambilkan telefon tersebut. Lalu diserahkan kepada Aisha. “nah.. nanti lap elok elok. Bukak semua part hp ni, lepas tu keringkan. Jangan on kan lagi dalam 4 5 hari ni. Biar dia betul betul kering. Kalau awak ada hair dryer lagi elok. Kering kan dengan hair dryer. Inshaallah ok jer hp ni” panjang lebar sang jejaka menerangkan cara cara menangani telefon bimbit yang masuk air.
“ohh ohh.. ok ok.. terima kasih ye awak”

“saya Aqil. Awak ni yang langgar saya hari tu kan. “ senyuman manis dari bibir Aqil membuatkan Aisha terkedu.
“erk.. langgar? Kat mana eh” terpinga pinga aisha. Blur sungguh minah senget ni. Banyak sangat yang dia langgar sampai tak ingat.
“Ramai sangat ke awak langgar orang? “ ketawa kecil Aqil dengan telatah Aisha. Tergaru garu kepala Aisha. Habis selekeh tudung bawal adijuma label putih yang dipakai. Konon hari ni nak melaram ala ala yunabella la kaedahnya.
“err err.. saya memang loqlaq sket” sambil tertunduk tersipu sipu. Gedik tau Aisha ni. Ketawa besar Aqil dengan telatah Aisha.
“awak langgar saya masa dekat fakulti sains kom hari tu. Abis fail fail saya jatuh. Pastu awak kelam kabut masuk bilik Prof Shahrin. “
“aaaaaaaa aaaaa ye la ye la.. saya ingat.. eh saya minta maaf banyak banyak tau awak.. sorry ye…  saya nak cepat masa tu. Dah terlepas time hantar assignment. Deeply sorry ya awak”

Sambil tersenyum “ hurmmm boleh sorry.. tapi kena denda… “ bisik Aqil di telinga Aisha. Meremang bulu roma Aisha. Tak pernah seorang lelaki serapat itu dengannya kecuali babanya. Perlahan Aisha melangkah setapak kebelakang.
“erk.. denda? Denda apa pulak ni”
Meletus tawa Aqil melihat betapa gabranya Aisha. Seronok betul dia mengusik Aisha yang kelihatan sangat comel dengan sikap kalutnya itu. Semakin kalut Aisha, semakin merah pipi Aisha yang sedia putih. Walaupun Aisha tidaklah secantik mana, tapi kemanisan senyuman Aisha di tambah pula lesung pipit di hujung bawah bibirnya itu menjadikan Aisha seorang gadis yang sangat manis.

“Dendanya, awak kena bagi tahu saya nama awak, no telefon awak, dan kena keluar makan dengan saya” Aqil mengenyet mata dan tersenyum. Saja je tau, mentang mentang la senyuman dia tu boleh cairkan hati orang. Tambah kelam kabut lah Aisha.
“aaa… errr… nama saya Aisha.. yang lain lain tu, kalau saya langgar awak lagi baru saya bagi ya” terus Aisha melangkah kaki selaju mungkin. Berdebar debar sungguh dada Aisha.. “eh gila ke aku ni”.

Tergeleng geleng kepala Aqil melihat Aisha berjalan macam tak cukup tanah. “lain kali saya usik awak lagi ya Aisha.. cantiknya nama awak” bisik hati Aqil. Jatuh hati kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2014 05:28 PM | Show all posts
nice... good job TT... we support u....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 03:46 PM | Show all posts
bismillah

episod 3

"yeay yeay cikgu aisha dah datang" damia meluru ke pintu tatkala nampak kelibat Aisha. Bergoyang goyang batang tubuh Aisha bila Damia memeluknya erat.
"Damia... sakit lah cikgu kalau Damia terkam macam tu. " lembut suara aunty misha sambil menggosok belakang cucunya.
Damia tersipu sipu dan menarik tangan Aisha menuju ke ruangan belajarnya. Tergeleng kepala aunty misha memandang. Lega hatinya melihat kemesraan Damia dengan Aisha yang merupakan tutor peribadi Damia sejak sebulan lalu..

"Aisha teruskan kerja ya. Aunty nak ke atas kejab. Nanti bibik hantarkan air. Damia, jangan nakal nakal. nanny kat atas ok." Aisha hanya mengangguk dan tersenyum memandang lenggok tubuh aunty misha yang berlalu memanjat tangga.
"cantik betul aunty ni. nampak muda jer" bisik hati aisha.

"cikgu, cepat la sini, damia nak tunjuk kertas ujian damia.. teacher bagi damia 100 tau." teruja sungguh anak kecil itu.

cepat saja masa berlalu. sedar tak sedar sudah 3 jam Aisha berada dirumah aunty misha.. Damia kelihatan sudah bosan belajar.
"Cikgu, damia lapar la" rengek damia. tanpa mengendahkan Aisha, Damia terus menapak ke dapur. Aisha mengambil kesempatan itu memerhati sekeliling rumah besar itu. "cantik sungguh. tak jemu aku disini" hati kecil aisha berkata.

Dinding yang dihiasa dengan wallpaper, langsir yang pastinya beribu harganya, perhiasan yang sangat mewah, manakan mampu Aisha memilikinya. berangan saja sudah cukup untuk membuat dia rasa bahagia.
Keluarga Aisha hanya sederhana. Ibunya surirumahtangga sepenuh masa manakala baba seorang pengurus di sebuah syarikat GLC terkemuka. Aisha mempunyai seorang abang yang hanya beza setahun darinya. Abangnya kini sedang di tahun akhir sebuah university di utara tanah air.

“jauh kamu termenung Aisha” tegur aunty misha sambil menepuk mesra bahu Aisha. Dan, cuba teka apa aksi spontan Aisha?

“opocot cantik betul sofa ni.. “ latah Aisha. Serentak dengan itu, terhambur ketawa besar dari aunty Misha.
“Ya allah, kamu ni muda muda dah melatah. “ bersisa ketawa aunty Misha. Merah sungguh muka gadis dihadapannya ini. Comel. Aisha tersipu sipu lalu menggaru kepala yang tidak gatal. Malu besar dia hari ni. “apalah nasib aku ni”
“Dah dah, mari sini Aisha, duduk kat sofa mahal ni. Bibik dah siapkan minum petang ni. “ pelawa aunty misha sambil ketawa.
“alaa aunty, Aisha minta maaf. Malunya “ rengek Aisha..
“kamu ni.. patutlah Damia tu sayang sangat kat kamu. Walhal berapa kali jer kamu jumpa. Kelakar rupanya kamu ni”
Macam biasa lah, kalau tak kalut, bukan Aisha lah nama nya kan.
Mereka rancak berbual bual santai sambil ketawa. Aisha betul betul memikat hati aunty Misha. Jatuh hati sungguh aunty Misha kat aisha. Almaklum lah aunty misha pun tak ada anak perempuan.


“Assalamualaikum mama” suara garau tiba tiba kedengaran mematikan kerancakan perbualan mereka.
Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas masuk. WOWWW!!! Ternganga mulut munggil Aisha memandang lelaki yang padanya sangat berkarisma.
“waalaikumusalam. Oh kamu ebrahim. Damia tengah mandi rasanya. Baru habis tusyen. Ni mama kenalkan cikgu tuisyen Damia, Aisha. Aisha, ni papa Damia, Ebrahim.”
Aisha hanya senyum dan mengangguk. Ebrahim langsung tak membalas senyuman Aisha membuatkan senyuman itu mati serta merta. “kurang asam. Aku senyum punya la comel dia wat dek jer, ingat aku nak ngorat ko ke” bisik hati Aisha.
“eh perasan aku nak ngorat.” Sekali lagi latah Aisha terkeluar bila dengan tiba tiba Damia meluru memeluk pinggang Aisha. “ahh sudah.. malunyaaaaaaaaaaa” merah padam muka Aisha.
Kedengaran ketawa besar aunty Misha sekali lagi memecah keheningan rumah.
“sapa yang perasan???” tajam mata Ebrahim memandang Aisha. “pompuan ni dah kenapa. Macam makcik plak” dalam hati jer la Ebrahim bersuara.

“aaa.. aunty, Aisha balik dulu ya. Dah lewat ni” Aisha tak menjawab soalan maut dari Ebrahim, tapi terus mengambil tangan aunty Misha yang masih ketawa dan disalaminya. Kelam kabut Aisha berjalan ke arah ruangan belajar Damia untuk mengambil barang barangnya. Damia terpinga pinga tidak memahami apa berlaku. Terus saja dia duduk di riba nanny nya yang masih bersisa ketawa. Tergeleng geleng kepala Aunty misha dengan telatah Aisha.

“aunty, aisha balik dulu ya, bye damia, minggu depan cikgu datang lagi ok.” Laung Aisha.

“aduh!!! ya allah, bala apa lagi yang menimpa aku ni” Aisha menggumam…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2014 03:47 PM | Show all posts
terima kasih semua atas sokongan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 02:27 PM | Show all posts
waaa best citer ni..sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 08:48 AM | Show all posts
menarik betul cite ni... TT jgn lupa sambung sampai habis ya... tak larat nak baca cite halfway....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2014 02:57 PM | Show all posts
tq tq.. hari ni cuti, so boleh sambung
selamat membaca

bismillah

episod 4

“syikin…… “ terkocoh kocoh Aisha masuk ke bilik dan menjerit memanggil BFFnya itu.
“ko ni dah kenapa cha?” syikin masih ralit menempek krim pelembab kemukanya. Baru bangun tidur lah tu. Dah petang baru nak mandi, buruk betul perangai anak dara ni.

“Malunya aku kin.. bad day betul hari ni.” Keluh aisha. “ko bukan hari hari pun bad day ke? Kelam kabut macam hape je aku tengok. Cuba ko cool macam aku ni” sempat lagi syikin mengena rakannya itu.

“cool la sangat kan. Ko bangun pukul berapa ni yang baru nak mandi. Mak mentua tengok terus cancel tau” aisha memulang paku buah keras.
“dah dah, apa yg malang sangat ko hari ni?” malas nak bertekak. Jabgi dia juga yang kena hehe..

“ko ingat tak mamat yg aku cerita hari tu? Yg tolong aku amikkan handphone dalam longkang tu”
“ahaa.. abil ek.. eh aqil kan.. ha nape ngan dia” syikin membetulkan duduknya. Teruja nak mendengar cerita.

“aqil lah. Ha… bersambung.. aku nak yayak jab” selamba aisha bangun berlalu ke toilet.
“kurang asam punya budak. Malas dengar cerita ko dah. “ rajuk syikin. “alah kejab la. Aku tak tahan ni.” Jerit Aisha dari toilet.

Syikin terus menyambung sessi tempekan di wajahnya. Kebiasaan di hujung minggu memang syikin akan menyambung tidurnya selepas subuh sementelah aisha akan keluar mengajar di rumah aunty misha.

“fuhh lega.. meh nak cerita.. nak dengar lagi ke tak ni?”
“nak laa.. cepat citer..” gesa syikin tidak sabar. Apa pula la kisah kalut aisha si manis ni kali ini..

******************

“aduh!!!  Ya allah, bala apa lagi yang menimpa aku ni” aisha menggumam…..

Kepala Aisha berdenyut tatkala kepalanya landing tepat pada permukaan kayu pintu utama rumah aunty misha. Terasa benjolan mula menonjol di dahinya.

“tadi pintu tu bukan terbuka ke. Aduhai sakitnya” getus aisha perlahan.

“cik aisha, kenapalah jalan tak pandang depan. Memang favorite awak ya langgar orang, pintu, longkang?” eh.. suara tu macam dikenali aisha. Lantas aisha menoleh dan memandang ke arah suara tersebut.

“aqil. Eh.. apa awak buat kat sini? Awak ke yang tutup pintu tu?”
“ya lah. Dah masuk rumah, tutup la pintu. Ini rumah saya, patutnya saya yang tanya apa yang awak buat kat rumah saya ni. Haa ngintip saya ye?” aqil mengenyit mata. Tak sempat aisha membuka mulut, aunty misha, damia dan ebrahim muncul.

“apa yang berdentum tadi. Eh kamu kenapa aisha? Merah dahi kamu tu.” Aunty misha mengangkat muka aisha dan merenung tepat kearah benjolan di dahi.

“dia terhantuk kat pintu ni tadi ma. Dok melaung kat mama tadi la tu, sampai tak perasan adik dah tutup pintu ni. Apa lagi, tercium pintu lah. Nasib bukan adik yg ada kat sini. Kalau tak, mesti adik dah kena cium. Rugi nya” sempat lagi aqil mengusik aisha yang memang dah sedia merah menyala rupanya.

Ebrahim mencerlung memandang Aisha. Bagi nya gadis ini terlalu cemerkap. Rimas pula dia melihat gerak geri gadis itu. Namun tak dapat dinafikan, manis sungguh cikgu tutor damia ni. Ebrahim terus berpusing dan pergi ke ruang tamu semula. Malas nak masuk campur.

“kamu ni adik. Jangan di usik dia. Nanti merajuk tak mau ajar damia lagi. Nak harapkan adik yang ajar damia, memang dari pukul 9 main jer la sampai petang. Untung ada aisha nak ajar tau. “ terkebil kebil aisha memandang kedua dua insan di hadapannya. Dia masih blur untuk memahami apa terjadi selain dari merasa sakit berdenyut dikepalanya.

“Aisha, kamu ok ke ni? Aunty tgk kamu macam nanar je ni. Kamu nak ke klinik ke?” bahu aisha di usap lembut. Baik sungguh aunty misha. Tak padan dengan datin, langsung tak menyombong.

“ye aunty, saya ok. Saya nak balik la. “ sambil tersenyum manis aisha memandang aunty misha. Tatkala mata memandang ke arah aqil yang sibuk merenungnya, senyumannya mati. Glup…….

“adik, kamu hantar aisha balik. Mama tak sedap hati nak biar dia balik sendiri dalam pening2 tu. Aisha naik lrt tadi kan?” arah aunty misha. “yesss… mama ni memang terbaik lah” laung aqil tapi dalam hati je la. Cari nahas kalau melaung betul betul.

“aunty, takpelah. Saya ok je ni. Jangan susah susah ya aunty. Bukan jauh pun.”

“tak susahnya. Bukan kena kayuh beca pun aisha. Aqil hantarkan ya. Oh ya, aqil ni anak bongsu aunty. Adik ebrahim. Aqil 1 universiti kamu. Lain lain maklumat, kamu interview lah dia dalam kereta nanti ya” aunty misha pula kenyit mata pada aisha. Eh eh anak ngan mak sama je. Memang sindrom kenyit mata kot keluarga ni. Tapi yang ebrahim tu bukan kenyit mata, jegil mata ada. Macam macam lah.

*****

“wah wah.. seronok la ko tu.. so apa korang borak dalam kete? Ko interview dia tak?” teruja sungguh syikin.
“gila ko. Aku diam je. Dia yg interview aku ada la. Eiiiii mamat tu memang la kan. Ko tahu, tak pasal pasal aku kena teman dia makan dulu. Tapi, aku dapat makan free la.. hehehe” lincah tangan aisha sambil berborak sambil melipat baju yang bertimbun diatas katilnya.

“amboi, dating dah. Tak tapau kat aku sama?” syikin buat muncung itik.
“banyak ko punya tapau. Aku telan nasi pun rasa macam telan batu kelikir kat taman bawah tu tahu. Punya la nervous. Aku mana penah makan ngan lelaki berdua dua camtu.” Aisha sempat membaling sehelai seluar keciknya kearah syikin. Nasib baik sempat syikin mengelak. Kalau tidak, mahu malam nanti mengigaukan aisha.

“kau tahu, dia kata aku kena teman dia makan sebab, aku kata hari tu, kalau langgar sekali lagi, baru dapat kuar makan.”
“eh bukan kata langgar skali lagi dapat no telefon ke? Pastu baru kuar makan? Eh eh lagi pun ko bukan langgar dia, ko langgar pintu kan?” syikin kembali mengambil tempat dihadapan aisha.
“ya la. Dia kata no telefon boleh hijack hp mak dia. Keluar makan terpaksa tu sebab aku langgar pintu rumah dia. Pintu rumah dia kira dia jugak la. Sengal kan.. tapi dia tu kelakar lah. “ aisha tersenyum.

“jatuh hati nampakkkkkkkkkkkkkkkkkkk” pelepap……
“hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!” tepat sotong kering mendarat dimuka syikin. Sudahnya habis semua baju baju yang sudah dilipat bertaburan bila 2 sahabat bergomol gomol di atas katil.  Macam kanak kanak ribena.

bersambung

Last edited by jamilah on 2-6-2014 03:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:18 PM | Show all posts
haaa...lucula aisha ni...sambung lg..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 11:38 PM | Show all posts
Sila sambung yerrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 08:08 AM | Show all posts
hahahahaha...TT... sgt menarik cite ni... teruskan... we alls tunggu sambungannya... lawak plk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 04:16 PM | Show all posts
si kalut aisya tgh pengsan ker ni....senyap jeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2014 07:45 PM | Show all posts
hahaha..memang kalut!

sambung lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 08:36 AM | Show all posts
sorry guys.. si kalut bz urusan harian.. hehehe..

smalam kul 530 pagi terjaga.. dapat ilham, terus capai hp, take note dulu... inshaallah, kalau hari ni takde urusan urgent, akan di update ya...

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 08:39 AM | Show all posts
jgn lupa sambung ya TT...kami setia menunggu di sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2014 02:27 PM | Show all posts
sorry ya semua atas kelewatan...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.088460 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list