CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56633|Reply: 233

~MERGED~ History Turkey: Atarturk/Ottoman and Empire

 Close [Copy link]
Post time 5-8-2003 02:23 AM | Show all posts |Read mode
Salam ...
Saya terbaca dr posting Tengku Anis dan menyebut ttg Kamal Ataturk iaitu pemerintah dinegara Turki.

IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI
1.        Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2.        Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3.        Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4.        Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5.        Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6.        Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7.        Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.        Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9.        Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10.        Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.        Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12.        Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.        Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.        Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.        Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.        Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17.        Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.        Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

manakala ini adalah sebahagian cerita mengenai sebelum kematiannya ...
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1.        Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2.        Sakit jantung
3.        Penyakit darah tinggi
4.        Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.   

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh  kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit  sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"   


jika dipandang dr segi sejarah, Mustafa Kamal Atartuk adalah hero utk negara Turki .. tp dr segi pandangan lain, kemungkinan tidak.
so aper pendapat you all ttg Mustafa Kamal Atarturk?

fakta: Mustafa Kamal Atartuk ialah dr keturunan Yahudi.

[ Last edited by Andrea_Pirlo on 27-12-2003 at 08:30 AM ]

[ Last edited by  amazed at 17-11-2008 06:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 5-8-2003 08:50 AM | Show all posts
topik nie, diasingkan dari topik The ottoman
sebab criter dia dikhususkan pada Mustafa kemal attarturk shj.

okeh, continue..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2003 09:16 AM | Show all posts
saya bersetuju sangat topic ni dibincangkan sebab dalam buku sejarah tak disebut berkenaan dengan keburukan-keburukan Kamal Attartuk..dalam buku sejarah memang dicatatkan bahawa dunia isalam memang mengkagumi akan kebolehan Kamal attartuk ni sehingga digelar Bapa Kemodenan Turki...so siapa nak mulakan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2003 09:23 AM | Show all posts

salam

a few years ago, ada gak baca one book about Kamal Attartuk. sorang yg terlalu hendak menjadi sebahagian eropah. Kamal ni pun a womaniser, ramai gak girlfriends dia ni. From him lah timbul ideologi nak menjadi sebahagian eropah. Merempat nak masuk EU, padahal europe tak nak depa and because of this, the Arab countries pun tak nak recognise dia tapi dia berkeras nak masuk EU. Tu sebab dia buang segala yang islam. lelaki kena pakai topi, bow tie, perempuan tak leh pakai pakaian yg menutup aurat habis. Azan tak leh kuat2.

Seram betul bila baca siksa Allah pada hamba yang sorang ni.. sampai begitu sekali bumi tak mahu terima dia. Kira ni bukan kejadian beribu tahun zaman nabi or zaman rasulullah.. ni kira zaman moden ni.

walau apa pun the damages were done. Most the turks are more western than the westerners..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2003 09:47 AM | Show all posts
salam, teringat berkenaan dengan seorang ahli parlimen wanita yang disingkirkan dari ahli parlimen kerana memakai tudung..tapi selepas lawan dapat balik title tu...lupa pulak nama dia...tapi hairan sungguh sampai macam tu sekali..Amerika pun tak seteruk itu rasanya...
Reply

Use magic Report

Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 5-8-2003 09:56 AM | Show all posts
ooo...yg namer dia merve kavakci, tukan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 5-8-2003 10:02 AM | Show all posts
tak silap, mustapa kamal nie bukan asal org turki, dia dr salonika, selatan greece dan yahudi...
nama attarturk bapa turki moden tue pon tak digunakan waktu dia idup, cuma masyarakat turki yg terkemudian jer gelar dia cmtu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2003 10:46 AM | Show all posts
mmg betul mustafa kamal atarturk nie bukan org islam, malah dia nie org luar sebenarnya. cuma semasa kecil ibubapa dia berpindah ke Turki. n kalau tak salah semasa kecik nama kamal atau mustafa diberi oleh salah cikgunya yg bermaksud sesuatu (terlupa aper tp kalau ada sesapa tau sila bgtau n kalau saya teringat nanti saya bgtau lak)

-> http://www.geocities.com/soid007/kamal_ataturk.htm

"H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika."


~diambil dr website n link yer ada diatas~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2003 10:51 AM | Show all posts
memang x guna kamal atarturk ni. kononnya "bapak pemoden turki", walhal dia le "bapak penjahanam turki". apa yg modennya bila dia jadi pemerintah? setakat ikut acuan barat, itu moden ke? waktu dia memerintah turki, hutang negara turki naik 300%, tapi barat x kisah sebab dia 'moden'.

walhal masa sultan abdul hamid II memerintah seblom 1909 (waktu turki digelar 'orang sakit eropah'), dia berjaya siapkan projek komunikasi turki, dan berjaya kurangkan hutang negara turki.

kesimpulannya, jangan memandang seseorang pd 'pandangan' pihak barat. selalunya memang x betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2003 10:56 AM | Show all posts
check out this site ...

-> http://www.historyhouse.com/in_history/fez_1/ (love a fez part 1)

-> http://www.historyhouse.com/in_history/fez_2/ (love a fez part 2)
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2003 11:39 AM | Show all posts
thanx...dulu saya ni jahil jugak..ingatkan kamal atarturk ni bagus sangat..ye lah masa belajar sejarah dulu mana ada diterangkan hal yang sebenrnya..cikgu sejarah pun senyap je..tak cerita apa-apa pun...nf:
Reply

Use magic Report

muhammad This user has been deleted
Post time 5-8-2003 12:47 PM | Show all posts

Sejarah putar alam

Memang la tawarikh yg kita belajar dulu tu banyak yg putar alam punya. Tawarikh yang omputeh tulis. Sejarah negara kita pun banyak yang putar alam, pasal omputeh tulis. Contohnya, pernah tak you all semua dengar atau terbaca, sewaktu sejarah penentangan penjajahan British dulu, bendera Kesultanan Utsmaniyah, ada dikibar oleh pejuang2 Tok Janggut. Maknanya, negeri-negeri Islam seluruh dunia sebelum penjajahan, dari Magribi hingga ke Kesultanan Manila, masih ada hubungan politik yang kukuh dan mengiktiraf Sultan Abdul Hamid sebagai Khalifah.

Perihal bendera Utsmaniyah dikibar ketika berperang menentang penjajah british ni kalau tak silap saya ada dicerita dalam buku 'Anak Merdeka' karangan Hj Salleh Majid, Gopeng.

Hj Salleh Majid ni sekarang ni masih hidup lagi. You all kalau la terasa terhutang budi dengan pejuang kemerdekaan, salah sorangnya masih hidup, Hj Salleh Majid, Kg Sengat, Simpang Pulai, Ipoh. Boleh pegi jumpa dia dan dengar cerita secara lisan. Dengar dulu, timbang dan fikir secara ilmiah. Cepat!! Sebelum beliau menemui Tuhan, maklum la dah tua. Kita doakan beliau sehat dan panjang umur supaya sempat menceritakan cerita sebenar perjuangan kemerdekaan kepada lebih ramai orang muda yg kebanyakannya tak tau apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2003 01:13 PM | Show all posts

salam and hi all..

Originally posted by gegulagetah at 2003-8-5 09:23:
a few years ago, ada gak baca one book about Kamal Attartuk. sorang yg terlalu hendak menjadi sebahagian eropah. Kamal ni pun a womaniser, ramai gak girlfriends dia ni. From him lah timbul ideologi ...

semenagnya pernyataan di atas ader benarnya turki adalah pintu  gerbang asia di sebelah barat..asia minor ker??saya kurang pasti....tapi..itulah i have came acroess the same statement yg sememangnya Turkey ni BERIA_IA sangat nak Join Europe ...terkial -kial sangat...

i mean i sebagai manusia ..pun terasa sorry dan ..geram and sedih sanagt ttg manusia ni..if he only knew  the aftermath  of his actions....

hmm...belajar lah dr pdnya..
wallahuallam...
:bg::bg::bg::bg:
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2003 07:53 PM | Show all posts
Hemmm tentang Mustafa Kamal seorang Yahudi ni memang menarik, tapi ada pendapat yang mengatakan dia berfahaman sakular dan tak banyak kisah yang menceritakan kaitan keluarganya dengan Yahudi.  Cuma tuduhan-tuduhan dalam penulisan yang Anis lihat Karismanya dapat dipertikaikan…Entahlah Anis pun don’t have good arguiment for this moment....

==========================================

Semasa kemerdekaan Turki di capai ada beberapa syarat yang harus dipatuhi antaranya:

1.Memusnahkan terus system Kalifah dan merampas semua harta peninggalan Kalifah Islam

2.Memushahkan semua gerakan yang berasaskan islam dan penyokong kalifah

3.Turki memutuskan hubungan dengan tatacara Islam

4.Menerima system barat bagi menggantikan sistem perundangan Islam

Maka tak hairanlah Mustafa Kamal mengambil pendekatan drastic bagi memenuhi syarat-syarat ini seperti yang diterangkan oleh fly_in_d_sky


===========================================

Apa yang menarik pada kali ini untuk kita melihat dengan lebih dekat latarbelakang Mustafa Kamal:
Ali Riza, bapa kepada Mustafa Kamal seorang yang pemabuk dan meniggal pada usia Kamal 7 tahun. Bapanya bukan pengikut Islam yang utuh.

Apa yang Anis faham Mustafa Kamal adalah seorang yang tinggi semangat Petrotiknya dan Identitinya masih tersembunyi, tapi apa yang pasti dia seorang cukup takbur kepada kekuasaanya sebagai pemerintah…

Satu hari pernah dia bertanya kepada seorang askarnya,

“ Siapakah Tuhan yang masih hidup dan dia tinggal dimana”
Maka Askarnya menjawab,” Mustafa Kamal dia tinggal di Angora”

Dia juga selalu mengingatkan pengikutnya,
“ Saya adalah anak Turki sesiapa yang memusnahkan saya dia juga memusnahkan Turki”

============================================

Tapi kalau kita melihat ibu Kepada  Mustafa Kamal iaitu Zubaida dia seorang muslim yang baik dan sentiasa berpurdah. Dia seorang muslimah yang baik berbeza dengan sikap suaminya.  Dia selalu mengimpikan anaknya menjadi seorang Muslim sejati . Tapi anaknya Mustafa Kamal berbeza dari segi perangainya. Dia seorang yang degil dan sering menderhaka pada ibunya. Sehinggakan pernah dia berperang besar dengan ibunya yang menjadikan ibunya jauh hati.

Kerana itulah Pakciknya menghantar Mustafa Kamal menyertai tentera yang kemudianya menjadi titik mula kepada revolusi yang dibawanya………..

========================================

Soal bagaimana dia menempuh kematiannya itu juga soal yang subjective bergantung kepada penulis yang membuat analysis, tapi yang pasti dia menderita sebelum dia menghembuskan nafasnya. Pada Anis yang pasti sikapnya yang menderhaka pada ibunya sudah cukup dijadikan alasan dari prospek Islam mengapa dia harus menderita.........

===========================================

ps: Anis pernah berjumpa seorang ustazah masa Anis di KL last few month, dia cukup marah pada orang-orang Turki apatah lagi Mustafa Kamal dan mengharapkan Tuhan menurunkan bala pada orang-orang yang meninggalkan hukum Allah...nf:

Anis cuma tersenyum since Anis hormat her as Kakak...tapi satu je yang Anis terfikir dalam kita menghina dan mendoakan kemusnahan pada orang serta negara mereka..pernah tak kita tertanya sejauh mana kita mengikut ajarah yang di ajar oleh Junjungan kita....
:stp:

[ Last edited by Tengku Anis on 5-8-2003 at 04:56 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2003 11:16 PM | Show all posts
walaupun kita bincang keburukan mustafa kamal atarturk tp bg sesetengah pihak .. mustafa kamal atarturk nie merupakan seorg hero n dipandang tinggi bg org2 barat ... malah disanjung ...

kalau org Turki .. tak smua yg suka n anggap mustafa kamal atarturk sebagai bapa kemodenan ....

tgk ler skarang .. negara Turki ... ape sudah jadi .... islam pd nama tp pd dasarnya .... :stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2003 02:43 AM | Show all posts
setelah puas mencari jawapan persoalan napa Mustafa Kamal Ataturk mahu memasuki n menyerupai seperti negara2 Eropah ialah sebb dia meminati negara Eropah.

Though he might with justice have despised the European countries in whose imperial quarrels and vanities his people had been so disastrously caught up and ruined, Kemal was no hater of Europe. On the contrary: in many a speech and many an incident, he revealed that he admired his enemies almost uncritically, while at the same time he viewed his own compatriots as contemptibly backward and superstitious, "ignoramuses" living in dirty and tightly packed "oriental" towns. This shame could no longer be endured, Turkey, he insisted, had to become "a progressive member of the civilized world," and by "civilization," a favorite word of his, he meant Westernization. There was to be no distinctly Turkish or isolationist future.

check this site -> http://www.findarticles.com/cf_d ... 72/p1/article.jhtml
(cuba baca dr page 2 n page 3)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2003 10:43 PM | Show all posts
Tapi tu lah bila fikir-fikir balik rasa sayang sangat sebab kita berada pada zaman Islam lemah dan tak bermaya..cuma bila cerita benda macam ni rasa semangat balik.....memikirkan apa kesilapan orang yang terdahulu supaya kita tak mengulangi kesilapan yang sama..

[ Last edited by Tengku Anis on 7-8-2003 at 04:56 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2003 05:50 PM | Show all posts
u rite ...
kesalahan yg dah ada depan mata tp masih ada lagi yg melakukan kesilapan ...
walaupun kesilapannya adalah berbeza pd zaman dulu2 ... :stp: :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2003 12:43 PM | Show all posts

Hmmm

bila pandang ke depan... jgn lupa apa yg ada di belakang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2003 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by aLiN_82 at 14-8-2003 12:43 PM:
bila pandang ke depan... jgn lupa apa yg ada di belakang...


kita yg berforum nie rajin tgk blakang ...
tu sebb wujudnya history, myth n legend ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.442387 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list