CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10922|Reply: 56

[Dunia] Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi

[Copy link]
Post time 8-6-2014 07:53 AM | Show all posts |Read mode
Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi
                By Editorial June 6, 2014 : 7:28 pm
                               

Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.

Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.

“Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.

“Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.
“Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal),” ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata.

Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury – coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau ‘porcine’.
Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran.

Setelah isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat KKM.
Perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan.

Meskipun begitu, rakyat Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu dan bukannya produk yang selamat (dari kilang) sepertimana di analisa Jakim.

sumber: http://www.suara.tv/?p=12750
-----------

DrMAZA.com
19 hours ago ·

Ada yang bertanya tentang maksud bahan yang telah berubah sifat yang diperkatakan oleh sesetengah sarjana yang disebarkan oleh beberapa media.

Untuk mudah faham tentang perubahan sifat bahan ialah seperti najis yang dijadikan baja pokok pisang lalu pokok pisang membesar dan berbuah. Buah pisang halal dimakan. Tidak dikatakan buah pisang itu bernajis sebab subur dengan baja najis. Demikian apabila sesuatu najis telah melalui satu proses sehingga hilang sifatnya yang asal maka ia tidak dihukum dengan sifat asalnya kerana ia telah benar-benar berubah. Secara mudah faham untuk orang awam; perubahan sifat sesuatu bahan setelah melalui proses tertentu inilah yang disebut sebagai istihalah. Maka bahan yang asalnya najis apabila berubah sifat asal ia dinilai berdasarkan sifat baru itu, bukan atas sifat asalnya. Ini termasuklah arak yang bertukar menjadi cuka. Ataupun, bangkai yang bertukar menjadi garam ataupun tanah.

Atas titik ini kita lihat Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain memberikan pandangan mereka tentang DNA khinzir yang terdapat secara meluas dalam makanan dan barangan di dunia ini sekarang.

Ia satu pandangan dalam fiqh moden. Ia juga masalah khilafiyyah di dalam fiqh moden.


DrMAZA.com
11 hours ago · Edited

Astro Awani memberikan laporan yang kurang kemas. Dalam status facebook saya tadi saya tidak nyatakan samada saya menyokong ataupun membantah pendapat tentang istihalah khinzir yang disebut oleh Al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain tokoh ternama. Saya cuma menjelaskan secara umum apakah maksud para sarjana berkaitan isu perubahan sifat sesuatu bahan tanpa mentarjihkan. Tujuannya untuk memaklumkan keluasan fekah dalam isu ini.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2014 07:54 AM | Show all posts
kita mana tahu apa benda masuk dalam mulut kita kalau dah tertulis halal...asalkan kita tak tahu dan tak waswas...


kalau suah sangat semua tanam dan bela sendiri la...

coklat pun buat sendiri...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2014 07:56 AM | Show all posts
noor2 posted on 8-6-2014 07:54 AM
kita mana tahu apa benda masuk dalam mulut kita kalau dah tertulis halal...asalkan kita tak tahu dan ...

ye lah yang... hihihi

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 07:58 AM | Show all posts
obelisk posted on 8-6-2014 07:56 AM
ye lah yang... hihihi

kekadang kan yang....kita ni nak menunjukkan kita islam sangat dari segi bab makanan ......tp kata2 kita lupa...kalah org kafir kalau mencemuh org lain...tp bab solat konon cakap tak pernah tinggal....bab makan takut sangat ada babi....tgk ja dalam porum ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 08:05 AM | Show all posts
tu ulama sudah kuar fatwa,was2 tinggal,gagah p makan juga xpa,ulama tanggung semua apa yang dia kuarkan fakta..

aku tinggalkan ja,sikit2 zat yang masuk,lama2 benak hati..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2014 08:12 AM | Show all posts
noor2 posted on 8-6-2014 07:58 AM
kekadang kan yang....kita ni nak menunjukkan kita islam sangat dari segi bab makanan ......tp ka ...

betul tu yang...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2014 08:15 AM | Show all posts
obelisk posted on 8-6-2014 08:12 AM
betul tu yang...

wah nak ambik kata2 nila....tq....

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 08:27 AM | Show all posts
pak usop qordowi ni tak cukup isle banding dgn ummah nusantara yg meroyan nak cuci darah sbb tertelan zarah babi dlm cekelat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2014 08:29 AM | Show all posts
bb bai eeeiiiii geli laaaa haram
tp bab dating dgn boifren, pegi tgok wayang, sambut raya selama sebulan tu tak rasa haram
melayu melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 08:38 AM | Show all posts
sekngucing posted on 8-6-2014 08:29 AM
bb bai eeeiiiii geli laaaa haram
tp bab dating dgn boifren, pegi tgok wayang, sambut raya selama se ...

eleh hipokrit saja semua ini
kunun concern benor dgn halal haram
makan hasil haram selamba saja...tang babi harommmmmm
yg sebenar2nya sebab geli semata
GELI DGN BABI
sama saja dgn yg anti gay semua tuh
siap kluar ratiban kaum nabi lut kaum nabi lut kaum nabi lut
layan porno gangbang, lesbian segala jadah tu syok pula...tang jantan rogayah harommmmmm
yg sebenar2nya sebab geli saja
GELI JANTAN BEROMEN DGN JANTAN


ptuih
geli aku dgn set2 warak jadi-jadian ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Arak bertukar cuka tu pernah ade forumer explain dulu...kiranya mende ni applicable utk babi jugak ye...

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 09:09 AM | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 8-6-2014 08:05 AM
tu ulama sudah kuar fatwa,was2 tinggal,gagah p makan juga xpa,ulama tanggung semua apa yang dia kuar ...

Umman kokesen maju makan babi dah benak ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 09:11 AM | Show all posts
hzln posted on 8-6-2014 08:27 AM
pak usop qordowi ni tak cukup isle banding dgn ummah nusantara yg meroyan nak cuci darah sbb tertela ...

Ada sekor kat sini pun dah meroyan ulamak tak betul annti makan dna babi sikit2 dah berkumpul jadi benak katanya.
sebelum makan dna babi pun akak tengok mmg dah sedia kala benak, tak prlu nak makan babi pun akan benak kalau akal mengalahkan babi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 09:12 AM | Show all posts
tu laaa, aku pelik btol yg koram dok kecoh2 pasal DNA nih koram tau ke DNA tu hape????
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 09:17 AM | Show all posts
beribu-ribu tahun ummah cina makan babi, tak benak pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 09:26 AM | Show all posts
Ummah maju kokeshen  makan babi time breakfast bijak jah kepala otak diorang..

Meanwhile.......
ummah suchi yang makan makanan dari langit pulak yang fail math,science and english secara berjemaah di peringkat sekolah...Pastu ummah ini jugak yang senang tertipu dengan anasir kepir lehnat fb  ...dan ummah makan makanan suchi murni salju juga yang selalu kena tipu dgna skim cepat kaya piramid...so siapa yang benak  skarang??
#burn



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2014 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
haish,mcm2 hal..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 10:04 AM | Show all posts
siputsedut posted on 8-6-2014 08:53 AM
Arak bertukar cuka tu pernah ade forumer explain dulu...kiranya mende ni applicable utk babi jugak y ...

ala mcm singapore la...air datang dari najis...jadi newater...selamba je teguk...xpedihkan mata
xde plak ummah2 meroyan xnk melancong ke singapore



yesss..... dah boleh melantak sesuka hati

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 10:11 AM | Show all posts
sokonglah produk BUMIPUTERA!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 10:12 AM | Show all posts
eiii geli la babi
tapi zakar masih tertanam di puuki,tak pulak rasa berdosa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064023 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list