View: 2709|Reply: 13
|
[Tempatan]
Lembu ada tag baru menandakan ianya HALAL
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan Tag Penandaan Karkas untuk daging lembu mentah sebelum dijual di pasaran tempatan mulai hari ini, sebagai jaminan produk tersebut selamat, halal dan bersih.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tag itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu tag ungu atau K1 bagi karkas yang dikeluarkan dari rumah penyembelihan berlesen dan mempunyai pemeriksa veterinar.
Tag kuning (K2) bagi rumah penyembelihan berlesen yang dipantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan tag merah (K3) untuk penyembelihan di luar rumah penyembelihan berlesen tetapi mempunyai akuan kebenaran sembelihan oleh JPV, katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan tag penandaan itu di Kompleks Abatoir di sini hari ini.
Beliau berkata penggunaan tag penandaan itu adalah untuk meningkatkan keyakinan pengguna bahawa daging tersebut telah menjalani proses yang mematuhi peraturan kesihatan awam veterinar.
Ismail Sabri berkata, tag tersebut adalah penambahbaikan kepada konsep terdahulu yang hanya menggunakan 'tanda merah' yang diwarnakan kepada daging lembu sebagai menandakan yang ia telah diperiksa dan diluluskan oleh JPV.
"Konsep lama yang menggunakan tanda merah pada daging mentah mempunyai kelemahan kerana ia sukar dibaca malah mudah ditiru pihak tidak bertanggung jawab.
"Oleh itu, tag penandaan terbaharu ini kita hasilkan dengan dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi serta mempunyai sistem daya jejak dan kita mula edarkan kepada 25 rumah penyembelihan ruminan seliaan JPV di bandar besar dulu sebagai permulaan," katanya.
Ismail Sabri berkata, dengan tag itu, masyarakat akan menjadi lebih yakin kerana ia berupaya memberikan maklumat tentang tarikh serta tempat karkas itu disembelih, selain nama pemeriksa daging tersebut melalui imbasan kod menggunakan aplikasi yang dimuat turun di telefon pintar.
Pengguna juga tidak perlu risau tentang kenaikan harga karkas sekiranya peniaga menggunakan tag itu kerana sehingga kini, kos pengeluaran tag ditanggung sepenuhnya oleh JPV, katanya.-Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
so sapa dapat kontrak supply tag ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dah berkilo telan daging ..baru nak memebel pasai neh pulak ....yag cadang otak somo ajoh ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Depa pun aware dengan halal haram
Ku ingat jenis bedal j |
|
|
|
|
|
|
|
ummah cina yg kata kononnya takde cina malaysia tak maju, padahal org2 islam dan melayu lah yg memajukan mereka... kalau berani letak la produk brand nama tok pekong ke, ah so busuk ke... ni sibuk nak letak brand nama melayu dan logo islam... kalau berani balik china la tengok bley survive ke tak... |
|
|
|
|
|
|
|
tag nanti akan membezakan daging yg tercemar dgn DNA babi
dgn yg halal sikit2 |
|
|
|
|
|
|
|
iyelahhhhh pak menteri... buat masa ni tag kau yang tanggung. tak lama kemudian, tag tu kau serahkan kat anak menakan kau pulak. ni semua cara nak tambah kos kan. |
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 17-6-2014 08:25 AM
ummah cina yg kata kononnya takde cina malaysia tak maju, padahal org2 islam dan melayu lah yg memaj ...
betul sgt tu.
kalau tak kerana tu..manakan laku produk bihun cap masjid dan Eka Fatimah
|
|
|
|
|
|
|
|
pinkzara posted on 17-6-2014 09:56 AM
betul sgt tu.
kalau tak kerana tu..manakan laku produk bihun cap masjid dan Eka Fatimah
utk pengetahuan korg, kilang bihun cop masjid udah kebabo tebako. pg tadi lalu kat kilang tu, ada 2 keta bomba baru selesai padamkan api. x tau ler saja bako kot, boleh claim insuran kan |
|
|
|
|
|
|
|
balqishku posted on 17-6-2014 10:02 AM
utk pengetahuan korg, kilang bihun cop masjid udah kebabo tebako. pg tadi lalu kat kilang tu, ada ...
alah..bihun pun terbako jugakkah atau telah dilarikan utk direpackaging dgn nama islamik lain pulak..?
|
|
|
|
|
|
|
|
pinkzara posted on 17-6-2014 10:06 AM
alah..bihun pun terbako jugakkah atau telah dilarikan utk direpackaging dgn nama islamik lain pula ...
tak perasaan la pulak. harus ler tebako, ms lalu tu sempat jeling je. harus ler bukak kilang cop surau lak lps nih |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak buat macam ni. tapi kalau berjaya ditiru jugak tag tu taktau la nak kata apa |
|
|
|
|
|
|
| |
|