|
Seorang doktor wanita yang cantik dari bandar melakukan satu kajian kesihatan di sebuah kampung. Ketika hampir semua penduduk kampung sudah berkumpul di dalam dewan itu, doktor wanita itu mula bertanya.
Doktor : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan kebersihan gigi.. Saya ingin tahu, berapa kali, pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?
Pakcik Ahmad : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari…
Pakcik Razak : Sekali sahaja? Saya 3 kali sehari.
Doktor : Bagus….bila masanya, pak cik menggosok gigi?
Pakcik Razak : Pagi sebelum mandi. Petang, selepas balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur.
Pakcik Rahim : 3 kali sahaja sudah sombong…saya 12 kali!
Doktor : Wah… macammana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?
Pakcik Rahim : Januari sekali, Februari sekali, March sekali, ….. blaa… blaa blaaaa
|
|