CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13949|Reply: 85

[Jenayah] Pelajar mangsa culik Sempat Di Selamatkan!!!

[Copy link]
Post time 26-6-2014 01:05 PM | Show all posts |Read mode
mesej.dan juga foto..dari  sahabat maya.. :

"Utk makluman semua...Perhatian2!!!!! Pada jam lebih kurang 1300pm seorang pelajar fitri aida darjah 3(anak kpd cikgu sk sg behrang)dari SKAB slim river telah di culik oleh 2 org india.penculik telah diberkas oleh polis di sungkai kerana penculik melanggar sekata polis.alhmdulillah allah selamatkn adik fitri aida
Budak ni di bgi ubat pelali dgn india tu...ni pic tgah x sedar ni
Kisah benar
Ni ar kete yg menculik n mangsa tu"













* Mintak pencerahan kisah ini juga, takut dikhuatiri PALSU...



kalau disahkah cerita ini menyirap darah abam keross..!!!!!!


Last edited by crossfire on 26-6-2014 10:04 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rse bru je bce tdk.culik dan cabul rsenye..budak tu kene culik pastu dicabul.nsib baik adik die nmpk.time lik sekolah..gmbr kete tu la
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:12 PM | Show all posts
kasihannya adik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:12 PM | Show all posts
Ya Allah..
kenapa semakin menjadi jadi kes mcam ni..
menakutkan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:13 PM | Show all posts
kalo ikut report polis yg emak budak ni buat,  suspek lelaki melayu dan mendakwa anaknya telah dirogol..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:15 PM | Show all posts
adoilaaa.... tiap2 hr ada kes colik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2014 01:18 PM | Show all posts
kesiannyaaaa...baru 9 tahun :'9 budak besar ni kekadang nk melawan tak terdaya...dah dibagi ubat pelali plak..setannnnnnnn betul dua ekor tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:21 PM | Show all posts

Umpan beli buku, budak 9 tahun hampir jadi mangsa
Wartawan Sinar Harian
June 26, 2014

SLIM RIVER - Hanya dengan umpan membeli buku, seorang murid tahun tiga nyaris menjadi mangsa rogol selepas dilarikan seorang lelaki dalam satu kejadian culik di sebuah stesen bas berhampiran sebuah sekolah rendah, di sini, semalam.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi kanak-kanak berusia 9 tahun itu apabila berjaya melarikan diri di Jalan Slim Lama, Slim Village berhampiran perkuburan Cina, sebelum diselamatkan seorang wanita.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu disedari kakak mangsa berusia 12 tahun yang ternampak kelibat adiknya bersama seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback.

Sangsi dengan keadaan itu, kakak mangsa segera menghubungi ayahnya sebelum satu laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, berdasarkan keterangan mangsa, lelaki berusia 57 tahun itu pada mulanya mengajaknya menaiki kereta dengan alasan untuk ke kedai membeli buku.

Menurutnya, ketika berada dalam kenderaan, suspek telah mengugut mangsa agar tidak melarikan diri sebelum membawanya ke sebuah pondok berhampiran perkuburan Cina.

"Tiba di kawasan itu, lelaki berkenaan mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar.

"Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan suspek, namun setelah beberapa minit, lelaki itu bertindak meninggalkan lokasi menyebabkan mangsa segera melarikan diri.

"Seorang wanita yang kebetulan melalui jalan berkenaan segera memberhentikan kenderaannya sebaik terlihat kanak-kanak itu yang berlari dalam keadaan ketakutan, sebelum membawanya ke balai polis," katanya.

Identiti lelaki tidak bermoral itu, bagaimanapun berjaya dibongkar dalam tempoh kurang dua jam apabila polis berjaya mengesan kenderaan digunakan suspek kira-kira jam 2.40 petang di sekitar Slim River.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 01:22 PM | Show all posts
makin jahat orang kat malaysia nih..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:23 PM | Show all posts
berita baru di putrajaya juga berlaku kes ni tapi budak tu terlepas sbb budak tu smpt bergelut and terajang penculik tersebut...berlaku dkt simpang 3 smkpp9(2),surau an najah and pusat kejiranan presint 9....aku salah satu saksi tngok kejadian...budak tu terlepas sbb ramai tngok kejadian culik tu and dapat kan budak ni and penculik tu lepaskan....aku yg tngok tu kaku je mesti sbb gabra yela 1st time tngok mende2 cenggini...

berlaku pada hari isnin..lupe nak gitau
Last edited by azrain98 on 26-6-2014 02:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:27 PM | Show all posts
perhgggh!! berturut-turut kes culik budak kt Malaysia skang. Patut la bnyk polis wat roadblock skang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting pesan kat anak.dok kat tmpt ramai orang kalau boleh..dok dgn kawan..kadang kadang penculik ni dh perhati la dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:29 PM | Show all posts
STONER posted on 26-6-2014 01:21 PM
melayu ke india.. menyirap plak aku kes mcm ni

haisshhh..kan dh tulis india tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:29 PM | Show all posts
57 tahun hidup pon masih takde akal........
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:29 PM | Show all posts
Suspek 57 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:29 PM | Show all posts
azrain98 posted on 26-6-2014 01:23 PM
berita baru di putrajaya juga berlaku kes ni tapi budak tu terlepas sbb budak tu smpt bergelut and t ...

Menakutkan....anak anak dah tak selamat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 01:30 PM | Show all posts
Miang tak sedar diri
Slim River : Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun menempuh detik cemas apabila diculik disebuah stesen bas sebelum dicabul di kawasan kubur Cina ...

My Metro: Miang tak sedar diri.

Slim River : Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun menempuh detik cemas apabila diculik disebuah stesen bas sebelum dicabul di kawasan kubur Cina Jalan Slim Lama, di sini, oleh seorang lelaki dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu mangsa yang berada seorang diri berhampiran stesen bas itu didekati suspek berusia 57 tahun lalu berpura-pura bertanya kepada mangsa sama ada mahu membeli buku, sebelum mengajak kanak-kanak itu menaiki keretanya.



KENDERAAN dipercayai milik suspek yang ditahan polis.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan ketakutan dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Slim River untuk tindakan lanjut.


"Bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang lagi anak perempuannya yang melihat mangsa menaiki kereta suspek bertindak melaporkan kejadian di Balai Polis Slim River.

"Berikutan kejadian, suspek yang disyaki memandu sebuah kereta Proton Wira Aeroback terbabit berjaya dikesan dan ditahan dalam satu sekatan polis kira-kira jam 3 petang," katanya.

Menurutnya suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul.

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:32 PM | Show all posts
Tengok gambar dari sudut depan dan belakang, cuma suspek dalam cerita T.T. dua orang, tapi dalam metro seorang dan bangsa tak dinyatakan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:33 PM | Show all posts
sama-sama berdoa mohon Allah selamatkan anak-anak kita yg x berdaya melawan ini...parents kena tingkatkan pengawasan terhadap anak2 di mana-mana pon.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:34 PM | Show all posts
maknanya report polis ibu tu palsu la ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.072678 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list