CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7318|Reply: 25

koleksi lawak laki bini

[Copy link]
Post time 1-7-2014 04:27 PM | Show all posts |Read mode
(Kisah Laki Bini di bulan puasa yang lepas, dipetik dari FB keretamayat)


Kisah laki bini part 1
----------------------


Bini aku SMS,


“abang nak makan apa bukak puasa nanti?


Aku reply:


“Nasi lauk ikan keli, demi...”


Bini aku tanya balik.

demi apa?”


Aku terus balas SMS:


“demi cintaku padamu”


Woha!


Ps: demi masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali.., (sambung sendiri)




Kisah laki bini part 2
----------------------


Bini aku SMS:


"Hai"


Aku jawab secara SMS juga.


"hmmmm"


Bini aku SMS balik:


"kenapa?"


Aku jawab secara SMS.


"Orang berak mana boleh bercakap"


Woha!


Ps: Menurur Buznama, Sunnah Nabi adalah tidak bercakap-cakap ketika kerja kerja pemberakkan di jalankan. Wallahu’lam.




Kisah laki bini part 3
-------------------------


Sedang drive, bini tiba tiba berteka teki,


"Abang, apakah benda, diluar nampak besar, bila masuk sebenarnya kecil"


Aku diam.


"apa dia bang?"


"Masjid kristal?"


"salah"


"Habis tu? apa benda" tanya aku putus asa.


"Kereta kita, anak kitakan dah ramai, WOHA!"


Hampeh!


Ps: Teka teki isu semasa yang paling aku tak gomor, aduhai..






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 04:29 PM | Show all posts
hahahha...laki bini yang happening

------> Kenyang <---------
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu aje????
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:35 PM | Show all posts
hahahaha kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:59 PM | Show all posts
ape yg 18sx nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 12:30 PM | Show all posts
Kisah laki bini part 4
-------------------------


“Abang rasa muda satu hari sebabsedang membaca akhbar semalam,hihihi”


Sakat aku pada bini lalu jawabbeliau:


“Saya pulak rasa muda satu tahunsebab sedang membaca majalah tahun lepas, hihihi”


Aku tak nak kalah lalu berkata:


“Jadi, apa kata kita baca Al quranyang bertarikh, 1400 tahun yang lalu”


Woha!


Ps: nak muda selamanya? Baca Alquran banyak banyak, mudah mudahan masuk shurga dan mudalah selamanya..




Kisah laki bini part 5
-------------------------


Waktu drive, Bini pesan,


“Abang lepas masuk sempadanTerengganu nanti, ingatkan saya beli keropok lekor ye?”


Aku angguk, satu jam kemudian, akuberhentikan kereta di depan gerai keropok di sempadan Kemaman Terengganu laluberkata:


“Abang nak ingatkan duaperkara,...”


Bini nampak pelik sebab tadi suruhingatkan satu perkara sahaja.


“pertama, abang nak ingatkan, awakcakap nak beli keropok lekor, kedua.., “


Aku telan air liur lalumenyambung:


“...Kedua, abang nak ingatkan,abang sangat sayangkan kamu.”


: )


Ps: Isteri tersenyum gembira lalusanggup volunteer beli keropok lekor-Woha!



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-7-2014 12:31 PM | Show all posts
Kisah laki bini part 6
-----------------------


“abang, saya ada benda nak cakaptadi, tapi lupa pulak”


Keluh bini pada suatu hari, akudiam..


Sambil berkerut kening biniberkata:


“err, saya nak cakap...., ish,apsal boleh lupa pulak?”


Aku diam..


“abang dah tahu!”


Jawab aku selamba.


Bini terkejut dan teruja...


"Abang dah tahu apa yang awaknak bagitahu, awak nak cakap yang awak tak boleh hidup tanpa abang kan? Awaksanggup buat apa saje demi abang kan?, kan? Kan?"


Woha!


Ps: Sejak dari itu, bini punyalupa makin menjadi jadi, he he he




kisah laki bini part 7
-----------------------


Aku sakit perut, rasa nak berak


Depan bilik air ada mesin basuhyang sedang terbuka tudungnya dan kelihatan bini aku sedang memasukkan baju


Aku yang terharu kerana jarangdapat menolong beliau membasuh baju telah memeluknya dari belakang dan menciumlehernya..,


Biniiku kegelian lantasmemusingkan badannya lalu membalas pelukkan bagi melepaskan pe
nat pada orang yang disayangi.


(Juga penyumbang kepada factorutama kepenatannya..)


“ U tahu tak?, I tahu apa yang adadalam hati U”


Bini aku tersenyum, dan angkatkening yang bermaksud:


“Jika tahu, apa dia?”


Akupun berkata kata sambil membacaminda biniku:


“Dalam hati U, penuh dengankecintaan U terhadap I, kasih sayang yang tak berbelah bahagi, kesyukuran padanikmat tuhan, dan takut kehilangan, kan?”


Biniku menambahkan pelukkan penatlelahnya...


“Cuba U baca minda I, apa adadalam minda I sekarang?”


Kata aku lagi lalu biniku merenungmataku dan berkata,


“Abang rasa bersalah sebab taktolong saya buat kerja rumah, betul tak?”


Woha!


Ps: Salah!, sebenarnya abang nakpergi berak!

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 01:40 PM | Show all posts
mcm cilok dr fb hamka keretamayat jer nih

tp si hamka kereta mayat tuh mmg kelakar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2014 02:10 PM | Show all posts
bolehlah baca tuk hilangkan boring di tengahari...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 02:46 PM | Show all posts
Macam poyo je suami isteri ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 03:29 PM | Show all posts
emmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 03:33 PM | Show all posts
rugi seminit setengah hidup aku....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 10:02 AM | Show all posts
Kisah laki bini 8
-------------------
Bini: “Bang, pampers anak dahhabis, beli L72. Susu pun dah habis, beli 3 peketlah sebab nak balik kampung”


Laki: “duit tak cukup pulak..,baru lepas repair kereta, abang beli satu paket je lah susu dan satu pamperssaiz kecik.”


Bini: “tentu orang tak ada anak,duit mereka banyak kan bang?”


Laki: “Janganlah menyangka suamiisteri yang tiada anak itu banyak
duit kerana rawatankesuburan itu mahal harganya”


Bini: Astarfirullah..


Ps: Syukur atas nikmat Allah, kitakadang kadang lupa.






Kisah Laki Bini part 9
-------------------------


Hari ni aku berdua jer dengan binidi rumah, anak anak semua ke sekolah.


Tapi aku paksa bini aku memakaitudung penuh walaupun dalam rumah.


Al maklumlah, bila berdua macammacam boleh berlaku.


Semoga aku tak kena berpuasa duabulan berturut turut.


Argghhh, elok aku pergi iktikaf dimasjid-woha!


Ps: Beriktifaf di masjidmenjarakkan dari neraka 3 parit, yang mana setiap parit jaraknya seluas alam, ‘iktikaf’dirumah ada yang jatuh dalam parit karang, astarfirullah..




Kisah Laki Bini part10
-------------------------


Lokasi, jam 10 malam di mejamakan.


Lelaki 1: eh, korang semua tahutak mengikut ilmu aku, malam ini adalah malam lailatul qadar. bersetubuh malamini dengan isteri pahalanya sama dengan bersetubuh selama 1000 bulan.


Lelaki 2: “err, mintak maaflah,aku nak balik jap rumah mertua.”


(semua orang ketawa)


Lelaki 3: “Saya pun!”


(lagi ramai ketawa)


Lelaki 4:“Alhamdulilah, isterisaya baru habis Haid.”


(Ketawa berdekah lagi)


Aku: “ Err, Ada nampak kain tualatak? Nak pergi mandi wajib jap!”


Woha!


Ps: Sunnah nabi di akhir ramadhan,adalah 'ikat kain', tidak bersetubuh dengan isteri dan sibuk beriktikaf dimasjid, itu sunnah yang sebenar, tak payah nak gelojoh bersetubuh di malamlailatul qadar, macam macam hal korang nih.




Kisah laki bini part11
-------------------------


“Bang, selamat hari jadi..”


Kata bini aku setiap tahun, pada 9hb 8. Jam 12 malam.


“Hadiah?”


Tanya aku lalu bini tutup lampu,dan pasang lagu karoeke..,


kedengaran intro lagu Ziana Zainyang bertajuk: Kekal. Tapi di ubah lirik kepada Cekal..


"Sayang terimalah
Barang yang murah ku belikan
Moga jadi hiasan
Suatu masa


Semoga engkau kan tersenyum
Dapat hadiah murah
Hanya itu
Yang mampu ku beli


Di dalam mimpimu
Laptop baru
Ipad paling latest
Samsung Galaxy Tab


Dengan tak kau sangka
Yang kau mimpi
Semua tak terjadi
Takdir semuanya


Kemiskinan ini
Menyusuli hari
Hidup di dunia
Hanya sementara


Hidup sederhana
Perintah Ilahi
Cekal ia bersama
Serpihan harapan hidup yang fana


Engkau tak menduga
Barang yang murah ku belikan
Mungkin kau terlupa
Ku siapa


Seribu maaf ku pohonkan
Dan selautan sayang
Hanya itu
Yang mampu ku beli..."


Ps: Aku bukak kotak hadiah, senyumdan berkata dalam hati: Tahun depan, hari jadi kau, lagu ini jugak aku akanbagi hadiah bersama barang yang murah-woha!






Kisah Laki Bini part12
-------------------------


Aku senyum.


Bini senyum.


Aku angkat kening.


Bini angkat kening jugak.


Aku buat muka kartun.


Bini pun sama ajuk.


aku gelak tanpa suara.


Bini gelak tutup mulut.


Aku buat flying kiss.


bini sambut flying kiss.


aku lambai tangan bye bye.


bini pun lambai bye bye.


aku kenyit mata.


bini pun kenyit...


Lalu....


OK, dah lah tu main video call


Woha!


Ps: Terima kasih bini bagi hadiahtelefon yang ada video call, jasamu di kenang, janji ditepati, sekarang masabalas body-woha!

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 02:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 04:00 PM | Show all posts
boleh laaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 02:46 PM | Show all posts
hahaahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 09:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 10:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053861 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list