CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8875|Reply: 84

[Tempatan] Apahal pakaian bundle pun kena rampas? Pihak berkuasa xda kerja lain ke?

[Copy link]
Post time 2-7-2014 12:07 PM | Show all posts |Read mode
PPM rampas pakaian 'bundle'  Pihak berkuasa xda kerja lain ke?

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor merampas 125 bungkus pakaian 'bundle' bernilai RM90,000 yang cuba diseludupkan ke Thailand di pangkalan haram Stor Kertas, Nibong, di sini.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superitendan Mohd Nawi Yunus memaklumkan, rampasan tersebut dilakukan oleh anggota PPM yang menjalankan rondaan Ops Pensura di kawasan berkenaan pada Jumaat dan Sabtu lalu.


Mohd Nawi (kiri) bersama anggotanya memeriksa pakaian 'bundle' yang dirampas.


Menurutnya, serbuan pertama diadakan pada jam 11.30 pagi yang mana anggota PPM menemui 65 bungkus pakaian 'bundle' di sekitar kawasan itu.

"Serbuan kedua pula dilakukan pada jam 10.30 pagi, Sabtu lalu yang mana anggota kami menemui 60 bungkus pakaian 'bundle'.

"Sebaik bot ronda PPM menghampiri pangkalan haram, anggota kami terserempak dengan beberapa lelaki dipercayai penyeludup sedang memunggah sesuatu dari pangkalan ke dalam sebuah bot kargo," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Mohd Nawi berkata, menyedari kehadiran anggota PPM, kumpulan lelaki itu segera melarikan diri dengan menaiki bot kargo ke arah Thailand.

Tambahnya, selepas menjalankan pemeriksaan lanjut, anggota PPM menemui bungkusan pakaian 'bundle' tersebut yang setiap satu dianggar seberat 100 Kilogram (kg) mengandungi pelbagai jenis pakaian.

"Kesemua pakaian 'bundle' ini diserahkan kepada Kastam Bahagian Pencegahan Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

"Dipercayai pakaian 'bundle' ini dibawa dari Kuala Lumpur untuk diseludupkan ke Thailand bagi pasaran sempena Aidilfitri," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2014 12:08 PM | Show all posts
but WHY
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:11 PM | Show all posts
rasanya sebab seludup

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor merampas 125 bungkus pakaian 'bundle' bernilai RM90,000 yang cuba diseludupkan ke Thailand di pangkalan haram Stor Kertas, Nibong, di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:11 PM | Show all posts
Atas sebab kesihatan kah?

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:12 PM | Show all posts
Bukankah bundle dari Thailand masuk ke malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:14 PM | Show all posts
kalu nilai rm90,000 itu
semuanya seludup
mungkin salah ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-7-2014 12:16 PM | Show all posts
Magika posted on 2-7-2014 12:11 PM
rasanya sebab seludup

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor merampas 125 bungkus pa ...

baju pun salah ke? seludup dahkenapa? bukan nya dadah sakai btul la. patut aku g bundle stock smua xda best2
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:17 PM | Show all posts
apa barang je kalau namanya seludup kira salah la tu waima seluar kecik 1malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2014 12:18 PM | Show all posts
'bundle' tu bukan baju2 yg terpakai ker.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:20 PM | Show all posts
kenapa dia seludup?.. bawak elok2 la kalau rasa tak salah.... dah seludup salahlah... memang itu kerja dorang pon
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:20 PM | Show all posts
cef_gango posted on 2-7-2014 12:16 PM
baju pun salah ke? seludup dahkenapa? bukan nya dadah  sakai btul la. patut aku g bundle  ...

seludup nak lari dari cukai rasanya
nilai barang rm90,000
cukai tak pasti berapa, katakanlah 10%, maksudnya lari dari cukai 9000 ringgit

kalau ada orang kerja UPP , mungkin boleh terangkan apa salahnya seludup ini

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:20 PM | Show all posts
padan la.. seludup... malas buat keje lebih la tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Keyword being seludup... salah ler... bila dah salah kena lah rampas...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:26 PM | Show all posts
mende tu nk kena declare kalau xmau seludup..bila dah declare akan dicukaikan..itu yg dorang nk elak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:27 PM | Show all posts
~anya~ posted on 2-7-2014 12:22 PM
Keyword being seludup... salah ler... bila dah salah kena lah rampas...

betol kak..even buah durian sekaipon..kalau bawak qwuantity yg banyak undeclare..tambah2 untuk tujuan perniagaan mmg patut dirampas..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:27 PM | Show all posts
org srh pg tangkap pennyeludup diesel, dadah, rokok, senjata.

ko pergi tangkap penyeludup bundle. memalukan btl la...

ni je keje yg ko leh buat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2014 12:27 PM | Show all posts
Tt tak paham keseluruhan berita kah? besar sgt why
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:28 PM | Show all posts
lari cukai le ni.. konon nak tambah untung berniaga la kot.. ye la, xkan org tu nak pakai sendiri semua baju tu kan???
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:30 PM | Show all posts
dah lari dari cukai, mmg la salah... cuba ikut jalan betul, mmg xdala kena rampas...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:33 PM | Show all posts
5229 posted on 2-7-2014 12:26 PM
mende tu nk kena declare kalau xmau seludup..bila dah declare akan dicukaikan..itu yg dorang nk elak ...

bundle pun kena cukai k???
senangnya tarik duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.073539 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list