CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

[Contest] Cerpen: Aku, Ramadhan dan Syawal (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 7-7-2014 04:18 PM | Show all posts
Masing-masing terdiam. Lama mereka berpandangan. Sudu di tangan Emi jatuh ke lantai. Cepat-cepat dia ambil dan membasuhnya di singki. Emi pandang Shafiq lagi.Shafiq segak dengan baju Melayu warna biji kundang dan bersamping hitam.

“Jadi…” Emi tergagap-gagap. Tiada suara lagi keluar dari kerongkongnya.

“Maafkan aku..terima kasih hadiah tu. Tapi aku tak makan budu!” Shafiq cuba memecah keheningan suasana.

“Mana tahu kau nak buat cek mek molek pakai resipi aku! Kau tu..bagi aku kicap!” Emi mencebik.Dia sudah terlupa tentang kedatangan Shafiq di rumahnya ketika itu.

Shafiq ketawa.Dia pun tidak sangka Emi juga menghadiahkannya sebotol budu. Teringat nota  ringkas yang ditulis di kad raya.

‘ Inti budu untuk cek mek molek kau nanti!’

Emi mula sakit hati melihat Shafiq ketawa mengekek. Ingat lucu sangatlah! Sudahlah hatinya saat ini sudah gundah gulana.

“Kau..kau  buat apa kat sini?” Emi pandang Shafiq dengan riak geram. Tak habis-habis nak kenakannya.

“Tak boleh ke aku datang rumah kau?” Shafiq sengih. Ketawanya mula reda. Kini dia faham maksud ibunya yang beria ingin berbesan dengan kenalan ayahnya.  Terasa dunia begitu kecil.

Emi jeling Shafiq yang masih tersengih-sengih begitu. Jus dikacau kuat. Bunyi sudu berlaga dengan jag kaca jelas kedengaran.

“Cik Emi oi..pecah karang jag tu! Siapa yang nak kahwin dengan perempuan macam kau ni!Kasar!” Shafiq mula ketawa semula.

Emi  lempar sebiji kuih semperit ke arah Shafiq.Shafiq cepat-cepat mengelak.

“Tak kelakarlah! Siapa yang nak kahwin dengan kau?” Emi letak jag atas dulang.

Emi perhatikan Shafiq yang masih bersikap seperti dulu. Suka menyakatnya tak kira di mana. Namun jauh di sudut hati dia menyukai Shafiq walaupun dia dan Shafiq suka bergaduh begitu.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 04:20 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2014 04:22 PM | Show all posts
Kini dia bingung. Siapa pula Hazrul?? Dia terus menunjukkan arah bilik air bila Shafiq bertanya sekali lagi. Kali ini dia pasti, Shafiq dan Hazrul mungkin ada pertalian saudara. Emi mula tidak sedap hati. Bermakna jika dia terima lelaki itu, dia juga akan menjadi sebahagian keluarga Shafiq nanti. Parah!

Perlahan Emi menapak ke arah ruang tamu. Semua mata tertumpu padanya. Terasa kakinya tidak menjejak lantai. Terawang-awang. Dia dapat mengagak, kedua orang tua Hazrul hadir bersama. Ada dua orang lagi yang pada hemahnya mungkin saudara mara keluarga Hazrul turut berada di situ. Sambil menatang dulang berisi sejag jus lemon, Emi jeling tetamu yang hadir. Matanya mencari kelibat  Hazrul. Pencariannya terhenti  pada sesusuk tubuh yang duduk di sebelah seorang perempuan yang agak berumur, mungkin itu ibu kepada Hazrul. Dia jeling sekilas lelaki itu. Mungkin lelaki itulah Hazrul. Segak berbaju Melayu hijau dan bersongkok hitam bersulam emas. Ada misai nipis. Agak tampan. Lelaki itu turut senyum bila menyedari Emi merenungnya begitu.

Dulang diletakkan atas meja sofa. Perlahan dia menuang jus lemon ke dalam gelas. Terketar-ketar tangannya memegang jag. Terasa semua mata sedang memerhati tingkah lakunya ketika ini.

“Nilah anak dara saya kak…Emi Suraya namanya!”

Emi pandang ibunya yang tersenyum memperkenalkan dirinya kepada ibu dan bapa Hazrul. Dia pandang pula lelaki yang dirasakannya Hazrul. Lelaki itu senyum lagi. Edy, abangnya yang duduk di sebelah ibu turut senyum melihat tangannya terketar-ketar begitu.

“Ohh..manis orangnya. ..”

Last edited by Ipo on 7-7-2014 04:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 04:33 PM | Show all posts
Emi ingin ke dapur semula tetapi dihalang oleh ibunya. Dia terpaksa duduk sama di situ.Dulang diletak bawah meja sofa. Tidak sanggup dia membatu di situ dan diperhati macam patung cendana. Dia cuba melempar senyuman kepada Hazrul yang tersenyum dari tadi. Ingin saja dia bertanya hubungan Shafiq dengan Hazrul.

“Emi apa khabar?” Lelaki itu mula bertanya khabar Emi.

“Ba..baik.” Emi senyum sambil tunduk.

Sah, lelaki itu adalah Hazrul. Dari riak wajahnya jelas lelaki itulah yang ingin dijodohkan dengannya. Namun dia masih ragu-ragu dengan telahannya tadi. Lelaki itu nampak lebih berusia. Mungkin dalam lingkungan usia 30an.

Teringat Shafiq di dapur tadi. Emi mula sebak. Di saat dia mula sukakan Shafiq, ibunya pula ingin menjodohkannya dengan Hazrul.

“Jemputlah! Emi yang masak rendang dan kuih tu semua.”

Emi hanya senyum hambar. Dalam hati membuak-buak ingin tahu benarkah yang sedang tersenyum kepadanya ketika ini adalah Hazrul. Belum sempat dia membuka mulut ingin mendapat kepastian, ibu Hazrul sudah tersenyum sambil memandang ke arah dapur.

"Err...makcik, saya ke dapur dulu." Emi tidak sanggup berada lama di situ.

"Oh ya..ni Hazrul.."

Emi mendongak. Dia tergamam. Memang sah, lelaki yang berada di depannya tadi adalah Hazrul! Lelaki yang ingin  dijodohkan dengannya nanti.

"Macam mana Hazrul? Suka tak? Berkenan?" Selamba makcik itu a.k.a mak Hazrul melontarkan soalan keramat itu kepada anak bujangnya.

"Hmm..suka mak. Suka sangat. Memang padan dah.." Hazrul menguntum senyum.

Emi tunduk. Ya Allah...jadi nilah bakal suami aku nanti. Dahinya sudah berpeluh.

"Saya Hazrul Hazriq.." Hazrul mula perkenalkan diri pada Emi yang masih kelihatan tunduk.

Emi sekali lagi mendongak. Dia pandang lelaki itu tidak berkelip. Cuba mencari riak lelaki itu yang terang-terang menyatakan suka dan berkenan padanya tadi.

"Oh..jadi yang nilah Hazrul tu?" Mak pula mencelah. Dia jeling Emi yang sudah tunduk semula. Sudah rasa nak tembus lantai marmar ditenung budak tu.

"Anak saya semuanya ada pangkal nama Hazrul kak.."

Sekali lagi Emi mendongak. Dia berkerut kening. Pantas saja matanya menghala ke arah Hazrul. Hazrul kelihatan tersenyum manis kepadanya.

"Err...jadi yang mana satu yang nak dijodohkan dengan anak saya?" Mak pula merasa bingung. Kalau dah semua Hazrul, yang mana satu?

"Oh..itu...tu!"

Emi dan ibunya serentak berpaling ke arah kanan.
Last edited by Ipo on 7-7-2014 04:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 04:40 PM | Show all posts
yes... akhirnya... gaduh2... berjodohan kamu berdua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 04:46 PM | Show all posts
Emi pandang ibu Hazrul dengan wajah bingung. Dia menoleh pula ke arah seseorang yang dimaksudkan oleh ibu Hazrul tadi. Shafiq?? Jadi siapa lelaki di depannya yang sedang merenungnya ketika ini?

Shafiq melangkah berhati-hati dan hanya tersenyum sambil melabuhkan punggung di sebelah lelaki tadi. Dia jeling Emi yang masih terpinga-pinga kebingungan.

“Hazrul??”Terpacul nama Hazrul dari mulut Emi. Matanya merenung tajam wajah Shafiq yang masih tersenyum. Ada sedikit rasa geram bila melihat Shafiq hanya selamba tersenyum kepadanya.

“Ya, saya Hazrul Shafiq!” Shafiq mula perkenalkan diri.

Emi terdiam.  Terasa kerongkongnya sudah tersumbat.


HARI itu perbualan mereka berkisar tentang jodoh dan hal merisik. Emi sudah berlalu ke dapur. Jantungnya berdegup laju. Terasa tak berpijak di bumi nyata. Dia jeling telefon bimbitnya yang bernada sms. Telefon dicapai perlahan. Sms dibaca sekilas.

'Saya sayang awak. Sebenarnya abang saya yang ingin meminang awak dulu tapi bila saya tahu gadis itu adalah awak, abang saya mengalah. Sudikah awak terima saya?'

Air mata menitis perlahan. Emi hanya mampu tersenyum. Mesej Shafiq dibalas juga.



SHAFIQ jeling skrin telefon bimbitnya. Dia mula buka mesej yang diterima.

'Saya ingatkan abang awak tadi jodoh saya. Untuk pengetahuan awak, saya seribu kali sudi'

Shafiq senyum lebar. Dia kembali menyambung mendengar perbualan antara keluarganya dengan keluarga Emi.


bersambung...(Nay suruh sambung..)




SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA PEMBACA!

Semoga bertemu jodoh di bulan syawal nanti bagi mereka yang masih bujang tu ya...

Last edited by Ipo on 24-7-2014 05:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 04:53 PM | Show all posts
Ni lagu untuk Emi dan Shafiq



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2014 05:11 PM | Show all posts
wah.... sukanya... good cerpen Ipo... 1 juta like utk Ipo...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 05:28 PM | Show all posts
laju Ipo buat marathon... dh tamat ke cerpen ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2014 09:35 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 7-7-2014 05:28 PM
laju Ipo buat marathon... dh tamat ke cerpen ni...

dah tamat la zamzam
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu je ending die??? Alaaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 09:54 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 7-7-2014 09:40 PM
Gitu je ending die??? Alaaaa...

ha'ah conan...gitew jer endingnya..

dah namanya cerpen...kiranya dah jadi la emi tu ngan shafiq tu..

nak panjangkan citer karang..salah penyertaan plak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 10:18 AM | Show all posts
Ipo...I LOVE YOU.....best gilerr....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 12:23 PM | Show all posts
Ipo posted on 7-7-2014 09:54 PM
ha'ah conan...gitew jer endingnya..

dah namanya cerpen...kiranya dah jadi la emi tu ngan shafiq ...

boh la lagi skit..
mcm trgntung je..

20taun kendian ke..hape ker..



timakaceh doakn kat kitorg yg solo molo ni ketemu jdoh..Amin
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 01:47 PM | Show all posts
wah!!! jodoh d hari raya gitu...  
nasib baik abangnya sporting...
buatnya dia jatuh cinta pandang pertama,
melepas la ko Hazrul Syafiq!!!   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2014 02:00 PM | Show all posts
cegitu posted on 9-7-2014 10:18 AM
Ipo...I LOVE YOU.....best gilerr....

citer kuih pelik2 jer pun cegitu..

try cari kat bazar ramadhan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2014 02:02 PM | Show all posts
awanjingga posted on 9-7-2014 12:23 PM
boh la lagi skit..
mcm trgntung je..

tergantung ek?

conan pun ckp cam tu...

hahaha..nanti nak fikir sambungannya (kalau rajin)

*..kalau dibenarkan oleh momod  @NaylaArisha  @cmf_conan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2014 02:04 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 9-7-2014 01:47 PM
wah!!! jodoh d hari raya gitu...  
nasib baik abangnya sporting...
buatnya dia jatuh cin ...

abang yang baik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 02:04 PM | Show all posts
Po...ko jangan tak tau...

Mostly readers sini, kalau takde epilog 650 hari kemudian...tak sah wooo..

Boleh stress tak tido malam.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2014 02:09 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 9-7-2014 02:04 PM
Po...ko jangan tak tau...

Mostly readers sini, kalau takde epilog 650 hari kemudian...tak sah woo ...

hahah..adeh...

mcm citer P ramlee la plak..


sepuluh tahun kemudian..................."Ini semua salah bapak! Bapak yang manjakan Sazali!"



Last edited by Ipo on 10-7-2014 09:18 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 02:12 PM | Show all posts
Ipo posted on 9-7-2014 02:09 PM
hahah..adeh...

mcm citer P ramlee la plak..





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.081972 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list