View: 2890|Reply: 15
|
[Tempatan]
Bufet Ramadan hidang arak?
[Copy link]
|
|
Bufet Ramadan tapi jual arak
KUANTAN - Sebuah restoran di pekan kecil dekat Raub didapati mempromosikan bufet Ramadan tanpa sijil halal dan hanya berselindung di sebalik sijil penyembelihan ayam yang sah bagi mengaburi mata umat Islam.
Paling tidak berhemah, restoran berkenaan turut dikesan menjual minuman keras di bahagian tingkat atas premis berkenaan malah pekerja yang ditemui juga mengakui gelas yang sama digunakan ketika berbuka puasa.
Kegiatan itu terbongkar selepas Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat serbuan sebaik sahaja menerima aduan daripada orang ramai.
Pemeriksaan mendapati, restoran yang beroperasi dari jam 7.30 petang hingga 10.30 malam itu turut dipenuhi dengan botol arak di beberapa bahagian dapur dan disyaki turut menggunakan arak dalam masakan.
Ketua Unit Pengurusan Halal, Jaip, Noridzuan bin Abdul Manan berkata, pengurusan restoran ala-Thai itu menggunakan khidmat empat jurumasak yang mengaku Islam dari Thailand bagi mengaburi mata umat Islam.
“Mereka turut menggantung banting bagi tujuan mempromosikan aneka lauk pauk dan juadah berbuka kepada pelanggan termasuk masakan cina dan Thailand,” katanya.
Katanya, hasil siasatan awal bersama pekerja, restoran yang sudah lama beroperasi di lokasi itu tidak pernah memohon sijil Halal dan pernah diminta menurunkan Sijil Perakuan Penyembelihan yang digantung di dinding restoran itu.
Pekerja restoran sedang menurunkan banting promosi bufet Ramadan selepas diarahkan Jaip.
“Kita umpamakan seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong kerana turut mengambil keuntungan ketika Ramadan sedangkan ada syaratnya menyediakan hidangan berbuka termasuk suci dan halal,” katanya.
Atas kesalahan kali pertama itu, Noridzuan berkata, pengurusan restoran diberi nasihat secara lisan selain diarahkan menurunkan banting yang digantung berdekatan restoran berkenaan.
Selain itu, katanya, pemantauan sepanjang Ramadan turut mendapati empat hotel iaitu dua di Kuantan, satu di Muadzam dan satu di Jerantut tidak memperbaharui sijil Halal.
“Satu hotel di Kuantan bertaraf lima bintang setakat ini tidak memperbaharui sijil halal namun sebelum ini diiktiraf Halal,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
patut xpayah nasihat saman je terus |
|
|
|
|
|
|
|
Hadap sangat berbuka kat luar...pantang tengok buffet Ramadhan murah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun pelik ada jugak org Islam gatal2 nak mkn kat restoren cina...cth mcm pau tanjung malim, cendol kat manjung dan kedai air buah tepeng....sah2 kedai org bukan Islam yg memang was2 nak makan tp ada jugak org yg masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Raub????ade ke org g berbuka puasa kat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramadhan jer nak sentap .... klo regular day yang siap ada bar ... melayu islam bertenggek Lunch ngan Dinner kat situ x kecoh pun .... x istiqamah langsung ... |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 10-7-2014 03:44 PM
Bergantung dgn kepercayaan ko lah. Kalau ko percaya kat org tu masak benda halal, walaupun dia non ...
nilah masalah perpaduan di malaysia
malay dan non malay nak makan dan chill together susah
non malay nak minum2 di bar, lounge yg dihidang arak, tp malay pulak mesti tak mahu
alih2 malay dan non malay lepak sendiri2 aja
|
|
|
|
|
|
|
|
m'sia nie ikut musim... skrg ni tgh musin isu bufet ramadan... lps nie musin lain pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 10-7-2014 03:44 PM
Bergantung dgn kepercayaan ko lah. Kalau ko percaya kat org tu masak benda halal, walaupun dia non ...
tp tempat yg aku sebut td pekerjanya totaly cina....kalau cadbury dlm kotak pun boleh terjangkit dna inikan pulak tepung yg diuli-uli
|
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 10-7-2014 05:34 PM
Kitorg sini ok jah. Malay dan non-Malay no problem utk duduk makan sama.
kami pun ok
tapi kena ikut tempat la
malaysia timur takpela sana ramai non muslim
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi lama lagi teroklah Malaysia ni dengan halal haram nya. Generasi baru dengan pemikiran yang terlalu -ve. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap putar belit lah. Sekejap masakan non muslim haram lah, makruh lah, was was lah. Tapi anak Islam duduk dengan family tak Islam ok pulak makan masakan mak dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|