PETALING JAYA: Penyanyi yang dikenali menerusi program Vokal Bukan Sekadar Rupa iaitu Mafarikha menyimpan impian untuk memberi sebuah lagu ciptaanya kepada penyanyi terkenal Misha Omar.
Mafarikha atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir, berkata, Misha mempunyai keistimewaan tersendiri dan memiliki suara lunak yang bersesuaian dengan lagu-lagu balada ciptaannya.
“Selepas program Vokal Bukan Sekadar Rupa, saya banyak mencipta lagu dan sehingga kini ada lebih 20 buah lagu dalam koleksi saya.
“Impian saya ialah lagu ciptaan saya dinyanyikan oleh artis kegemaran iaitu Misha Omar dan ada lagu-lagu saya yang memang bersesuaian dengan suara dia,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Mafarikha berkata, dia turut memberikan lagu-lagu kepada mana-mana artis baharu yang meminta lagu ciptaannya.
Selain lagu Tolonglah nyanyiannya yang kini menjadi lagu tema kepada drama Cerita Cinta Kita
di TV3, Mafarikha turut mencipta lagu untuk penyanyi Sharifah Zarina berjudul Mengharap Cinta.
Sementara itu, Mafarikha berkata, dia sering mendapat ilham mencipta sesebuah lagu ketika sedang memandu
“Saya selalu dapat ilham ketika memandu, jadi bila saya memandu saya tidak akan dengar radio.
“Bila dapat ilham saya akan rakam di telefon bimbit terlebih dahulu supaya tidak lupa,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mafarikha kini bernaung dibawah syarikat rakaman Alibi Music.
Jelasnya, aktiviti seninya kini lebih tersusun dibawah pengurusan syarikat rakaman tersebut.
“Kini laluan saya lebih jelas, pihak Alibi ada cara dan strategi sendiri untu bawa saya dalam industri ini,” katanya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Penyanyi yang dikenali menerusi program Vokal Bukan Sekadar Rupa iaitu Mafarikha nekad menurunkan berat badannya bagi mengekalkan kariernya sebagai seorang penyanyi.
Mafarikha atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir, berkata, dia berjaya menurunkan beratnya sebanyak 22 kilogram sejak mengamalkan diet dan senaman selepas pertandingan itu berakhir pada 2012.
"Semasa menyertai pertandingan itu, berat badan saya 98 kilogram dan kini saya berjaya mengurangkan sebanyak 22 kilogram menerusi senaman dan diet secara konsisten.
"Kini berat badan saya hanya 76 kilogram. Alhamdulillah ianya berjaya dan saya masih lagi berusaha sehingga mendapat berat badan yang ideal," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mafarikha berkata, dia nekad menurunkan berat badannya bukan sahaja kerana ingin tampil menarik tetapi menyedari kepentingan kesihatan.
Keadaan fizikal asal Mafarikha ketika menyertai program Vokal Bukan Sekadar Rupa pada tahun 2012.
"Kita tahu dalam industri hiburan tempatan, penampilan diri perlu dijaga dan kerana itu saya bersungguh-sungguh mahu menurunkan berat badan.
"Pada masa sama saya mahu menjadi inspirasi kepada wanita-wanita yang mempunyai masalah berat badan sama seperti saya," ujarnya.