CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
 Author| Post time 13-5-2008 10:47 AM | Show all posts


Makam di raja Jeram yang menempatkan makam raja-raja Jeram...dari kanan ialah makam Ku Nik Bongsu (anakanda Long Demor), makam Ku Chik Pandak (ayahanda Engku Besar Tuan Ahmad, Raja Jeram terakhir yang mangkat di Yala, Thailand) dan kiri sekali ialah makam Long Demor (pengasas Kota Jeram).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2008 06:30 PM | Show all posts
Nanti saya postkan banyak lagi gambar-gambar menarik berkenaan Long Gaffar
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 11:24 PM | Show all posts
lie...gambar to' nampok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2008 02:44 PM | Show all posts

Reply #226 Lloni's post

Kawan napok molek...tapi kade-kade mendap
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 02:59 PM | Show all posts
gambar x nampak laa........
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 11:54 PM | Show all posts
baru nampak!....kalu tok nampak lagi akan ditepek lain...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2008 12:14 PM | Show all posts
Terima kasih banyak ke Lloni...jangan lupo balik nanti kawe belanjo...nok make gapo ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 03:20 PM | Show all posts


Mayat orang yang dikatakan Tok Janggut (sebenarnya as-syahid ini bukanlah Tok Janggut yang sebenar) digantung sonsang di tebing sungai Kelantan berhadapan dengan Istana Balai Besar. Lihatlah betapa kejamnya penjajah Inggeris konco-konconya dengan izin pihak yang berkuasa di Kota Bharu pada masa itu.  

[ Last edited by  tongkatali at 22-5-2008 08:42 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2008 03:21 PM | Show all posts


Inilah kesilapan besar sejarah Kelantan khususnya dan sejarah Malaysia amnya...mayat AS-SYAHID PENGHULU HASSAN ini disangka Haji Mat Hassan @ Tok Janggut...kebetulannya mereka berdua mempunyai iras.... Sebenarnya ia adalah tipu muslihat penjajah British dan konco-konconya sahaja bagi menonjolkan kehebatan kuasa mereka. Jika Mat Kilau di Pahang pun mereka dakwa mati dibunuh...inikan pula Tok Janggut...kacang ajekan. Tapi sejarah akan membuktikan kebenarannya. Bangkai "gajah" takkan dapat di susuk (sembunyi) dengan hanya mengguna pelepah nyiur (kelapa).

SEJARAH PERJUANGAN TOK JANGGUT DI KELANTAN
Sejarah perjuangan Tok Janggut tidak dapat dipisahkan dengan sejarah pemerintahan Long Gaffar dan keturunannya di Kelantan. Baginda Long Gaffar iaitu putera Raja Reman, sebagai tokoh yang pernah merajai bumi Negeri Yang Di Kerat Lintang iaitu Kelantan. Beliau bukan sahaja seorang raja bahkan merupakan pengasas kepada negeri Kelantan yang ada pada hari ini. Pada masa pemerintahan baginda buat pertama kali selepas beberapa lama bumi Kelantan bersatu dan berdiri sebagai sebuah negeri yang bebas dari mana-mana pengaruh.

Untuk makluman, sejarah perjuangan Tok Janggut bukan sahaja kisah perjuangan menentang penjajah Inggeris dan Siam, bahkan perjuangan beliau adalah perjuangan bagi mempertahankan pemerintah sebenar Kelantan pada masa itu iaitu Engku Besar Jeram, Tengku Besar Tuan Ahmad. Perjuangan Tok Janggut  adalah bagi menentang kerajaan Kota Bharu yang di kuasai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam yang cuba untuk menguasai bumi Kelantan dan seterusnya menghapuskan saki baki keturunan Long Gaffar dari persada politik Kelantan.

Justeru bagi meneruskan cita-cita jahat itu pemerintah Kota Bharu dibantu oleh Siam dan Inggeris telah bertindak nekad pada tahun 1915 dengan menyerang kubu terakhir zuriat pemerintah sebenar Kelantan di Kota Jeram, Pasir Puteh. Selama tujuh hari tujuh malam kota Jeram di gempur dan dibakar sehingga menjadi abu. Ramai yang telah terkorban syahid, manakala Engku Besar Jeram pula berjaya menyelamatkan diri dan lari ke Reman. Banginda kemudiannya mangkat dan dikebumikan di sana.

Berkenaan dengan Tok Janggut, beliau sebenarnya tidak berjaya dibunuh dalam pertempuran tersebut. Beliau sebenarnya sempat menyelamatkan diri dan dikatakan berjaya melarikan diri dan berlindung di Negeri Sembilan. Dikatakan  sebenarnya terdapat 2 orang yang bernama Hassan iaitu Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Beliau merupakan panglima raja yang mengetuai penentangan. Beliau berasal dari Kg Saring, Pasir Puteh. Hassan yang kedua iaitu yang didakwa Tok Janggut yang terbunuh sepertimana gambar di atas ialah Penghulu Hassan yang berasal dari Gong Kedak, Pasir Puteh yang bersama-sama berjuang dengan Tok Janggut.

Apabila didapati Penghulu Hassan terbunuh, lantas atas arahan Engku Besar Jeram, maka sebagai satu muslihat diisytiharkan bahawa Tok Janggut telah terbunuh bertujuan bagi menyelamatkan Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Secara kebetulan kedua-duanya mempunyai sifat fizikal yang hampir sama. Keadaan ini merupakan satu kelebihan bagi mengaburi pihak Inggeris dan kuncu-kuncunya.

Berita kematian Tok Janggut (Penghulu Hassan) kemudiannya tersebar dan disambut dengan gembira oleh askar-askar Inggeris. Kematiannya bermakna berakhirnya penentangan terhadap Inggeris dan secara tidak langsung menandakan berakhirnya pemerintahan keturunan Long Gaffar di Kelantan.

Mungkin ada pihak yang tidak mempercayai apa yang diceritakan tetapi sejarah juga ada membuktikan bahawa Mat Kilau yang dikatakan dibunuh oleh Inggeris sebenarnya tidak mati. Mat Kilau muncul semula di Pahang sekitar akhir tahun 1960-an dan hanya mati tidak beberapa lama selepas itu. Begitu juga dengan Datuk Bahaman, beliau sebenarnya tidak mati sebagaimana yang ditulis dalam buku sejarah. Beliau muncul semula di Pahang sekitar tahun 1970-an dengan gelaran Tuan Guru Peramu. Walau bagaimanapun, berbeza dengan Mat Kilau yang kemunculannya diktiktiraf oleh kerajaan, kemunculan semula Datuk Bahaman tidak mendapat pengiktirafan kerajaan disebabkan oleh beberapa masalah.


[ Last edited by  tongkatali at 22-5-2008 12:38 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 03:22 PM | Show all posts


Tentera penjajah Inggeris bergambar kenangan di Pasir Puteh bagi menonjolkan kehebatan mereka sebelum MENJARAH Pekan Jeram dan Istana Kota Jeram. Selama 7 hari 7 malam Istana Kota Jeram dibakar tanpa belas kasihan bagi melenyapkan bukti sejarah tentang kewujudan sebuah kerajaan keturunan Long Gaffar yang pernah berdaulat di Kelantan

[ Last edited by  tongkatali at 22-5-2008 08:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 21-5-2008 12:14 PM
Terima kasih banyak ke Lloni...jangan lupo balik nanti kawe belanjo...nok make gapo ?


oloh takdok gapo eh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 06:53 AM | Show all posts
sebut pasal tokleh make ike k'kace...
ado soghe saing ni, bining dio tokleh make jugok ike k'kace nih, jadik bekok mulut lah.. mace-mace...
dio wak tok tau.. dio wi jugok make.. bekok pung bekok lah... de smenggu... molek-molek ado eh.. tok bekok doh.... lepah tu pung, make ike k'kace ni.. tok jadi gapo lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by pengimbas at 23-5-2008 06:53 AM
sebut pasal tokleh make ike k'kace...
ado soghe saing ni, bining dio tokleh make jugok ike k'kace nih, jadik bekok mulut lah.. mace-mace...
dio wak tok tau.. dio wi jugok make.. bekok pung be ...


Tu la...pasal kepercayaan tu terpulang la pada individu masing-masing...saya hanya bercerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 10:23 PM | Show all posts
Beberapa bulan lepas kan ada maklumat tentang satu seminar berkenaan dengan sejarah TOK JANGGUT akan diadakan dalam bulan ni (jun) di Kelantan...last-last dengar dari sumber "dalam" seminar tu di batal...pasal apa hah ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2008 10:54 PM | Show all posts
Originally posted by zahirbatin at 4-6-2008 03:39 PM
nak tau gak antara baka long gafar dgn baka jembal mano satu lebih hebat,mano lebih daulat..mano antara dua baka ni hok lebih layak jd raja..sultan ismail sekarang ni baka jembal gak ko


Soal Sultan Kelantan DYMM Sultan Ismail sekarang BAKA siapa tidak timbul bagi saya...baginda adalah Duli Yang Di Pertuan Bagi Negeri Kelantan sekarang yang wajib kita PATUH dan TAAT tanpa berbelah bahagi. Bagi saya...baka DYMM Sultan Ismail adalah mewakili semua baka di raja yang ada di Kelantan sekarang iaitu JEMBAL, LONG GAFFAR dan LONG YUNUS. Sejarah telah membuktikan telah berlaku banyak PERKAHWINAN SILANG (campur)  di antara ketiga-tiga baka terutamanya dalam keluarga Long Yunus...bagi saya DARAH @ GENETIK yang ada dalam diri DYMM Sultan Ismail dan DYMM Putera Mahkota Tengku Faris telah lengkap dan mewakili keseluruhan baka di raja yang ada di Kelantan...DAULAT TUANKU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2008 08:21 AM | Show all posts



SELAMAT BERPUASA...DAN SELAMAT BERTEMU KEMBALI...


PERSEMENDAAN DI ANTARA ZURIAT LONG GAFFAR
DAN LONG YUNUS



Salasilah kerabat Long Gaffardi Kelantan, sejak dahulu sampai ke hari ini didapati bercampur-aduk denganahli-ahli keluarga dari kerabat diraja lain yang pernah merajai Kelantan,seperti Kerabat Raja Jembal (RJ), Kerabat Long Yunus (LY), dan bukan ke rabat(BK), iaitu lantaran persemendaan atau perkahwinan yang berlaku di kalanganahli-ahli kerabat berkenaan dan lainnya di mana ia merupakan suatu keyunikandalam peme rintahan beraja di Kelantan sehingga menjadikan kerabat Long Gaffardi Kelantan mem punyai pertalian dengan kerabat-kerabat diraja lain, khasnyadengan kerabat Long Yunus atau juga dengan kerabat-kerabat diraja lain,amnya  baik secara langsung atau tidak lang sung, menyebabkanmasing-masingnya mempunyai saham yang tersendiri di dalam pemerintahan beraja diKelantan.

     Berhubung dengan persemendaan di antara ahli-ahlikerabat diraja di Kelantan, khasnya di antara ahli-ahlikerabat  Long Gaffar dengan ahli-ahli kerabat Long Yunus, maka,nama-nama berikut dapat menjelaskannya, misalnya perkahwinan Long (Tuan) SenikMulut Merah, cucunda Long Yunus dengan Tengku Puteri Neng, cucu Long Gaffaryang kemudian bergelar Raja Perempuan Gunung, Bachok, manakala suaminya setelahmenjadi raja Kelantan bergelar Sultan Muhammad II; kemudian terdapat 3 zuriat Long Mansor (anakanda Long Seri)yang berkahwin dengan zuriat Long Yunus iaitu yang pertama, puteranya TengkuSalleh berkahwin dengan Tengku Tengah iaitu puteri Long Sulong (Sultan Ahmad).Kedua, Tengku Kalsom puteri Long Mansor berkahwin dengan Tengku Besar Badaryang juga anakanda Sultan Ahmad. Kedua-dua perkahwinan silang ini tidakmenghasilkan zuriat. Ketiganya ialah perkahwinan cucunda perempuan Long Mansoryang bernama Tengku Kembang iaitu anakanda Tengku Nik Tapong (Ku Senik). TengkuKembang telah berkahwin dengan Raja Temenggong Tua Tengku Abdul Ghafar (pewarissebenar tahta Kesultanan Kelantan) iaitu adinda Long Senik Mulut Merah. Dariperkahwinan ini lahir Tengku Ahmad Tengku Panglima Raja yang kemudiannyamelahirkan 6 orang anak iaitu, Tengku Zaid, Tengku Nor Asiah, Tengku Fatihah,Tengku Faizah, Almarhum Tengku Nora (bekas Sultanah Johor), DYMM Sultanah JohorTengku Zanariah dan Tengku Iskandar yang pernah menuntut tahta KesultananKelantan
.  Seterusnya perkahwinan Tengku Ampuan Zainab darizuriat Long Gaffar dengan DYMM Sultan Yahya Petra dari zuriat Long Yunus dandemikian juga  perkahwinan Tengku Ya`akub, bekas Yang DipertuaPertubuhan Kerabat Long Gaffar Kelantan dari zuriat Long Gaffar dengan TengkuZubaidah, adik DYMM Sultan Yahya Petra dari zuriat Long Yunus.Demikian sekadarmenyebut beberapa ahli keluarga dari kedua pihak berkenaan yang terlibat secaralangsung dalam persemendaan ini.

     Kesan dari pergolakan politik dan desakan ekonomi,perkahwinan, agama dan sebagai nya bukan sahaja menjadikan ahli-ahli kerabatLong Gaffar berada bertaburan di mana-mana sahaja, samada di negeri-negeridalam Malaysia atau juga di negeri-negeri di luar Malaysia yang kadangkalamenyukarkan kita terutamanya untuk mengesan dan mengenalpasti ahli-ahlikeluarga Long Gaffar, apa lagi apabila mereka tidak menggunakan gelaran dirajayang biasa seperti Tengku, Engku dan Ku atau pun yang berkaitan seperti Nik,Megat, Wan dan seumpamanya, kerana didapati ramai juga di antara ahli -ahlikeluarga Long Gaffar yang telah meninggalkan gelaran-gelaran itu kerana sesuatuse bab tertentu, iaitu seperti yang berlaku kepada keluarga Tengku Abdul Samad,cucu Long Gaffar di Pulau Chondong, Machang yang dikatakan mempunyai 12 anaktetapi sehingga ke hari ini daripada 12 orang itu hanya seorang sahaja daripada4 orang  puteranya yang dikenali masih menggunakan gelaran diraja,seperti Haji Raja Abdullah iaitu yang lebih dikenali sebagai Tok Kerawat PulauChondong, Machang sedang dua yang lain hanya dikenali dengan nama Mohd NorLabok, Machang dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Tok Resat Kuala Sat,Machang. Begitu juga yang berlaku di kalangan zuriat raja Jambu, saudara LongGaffar,  iaitu sebagaimana yang terjadi kepada keluarga Tuan Lembutyang berpindah ke Limbat dan Bukit Abal seperti Haji Nik Ismail dan Tuan GuruHa ji Daud Bukit Abal, Pasir Putih, kerana, segala gelaran demikian tidak lagipenting khasnya bagi mereka yang bertaraf ulama itu.

     Namun demikian, dengan mengambilkira fakta-fakta diatas dan lainnya, maka, ahli-ahli kerabat Long Gaffar masih dapat dikesan,diteroka dan dikenalpasti sekurang-kurang nya melalui 5 jalur keturunanberikut:

(1) Keturunan dari sebelah ibu-bapa yang kedua-duanya dari zuriat Long Gaffar(LG),
Di mana, pada kebiasaannya menggunakan gelaran-gelaran seperti Tengku, Engku,Ku, Tuan atau Tan.

(2) Keturunan sebelah bapa sahaja, di mana ibunya sama ada dari keturunan LongYunus  (LY) atau Raja Jembal (RJ) yang menggunakan gelaran-gelaranseperti Tengku, Raja, Engku , Tuan atau Nik

(3) Keturunan dari sebelah ibu sahaja, di mana bapanya sama ada dari LY atau RJyang menggunakan gelaran-gelaran Tengku , Engku, Tuan  atau Raja

(4) Keturunan dari sebelah ibu sahaja, di mana bapanya bukan dari kerabatdiraja yang biasanya menggunakan gelaran-gelaran seperti Nik, Megat atauPuteri, dan
(5) Keturunan dari sebelah ibu-bapa, sama ada kedua-duanya dari kerabat dirajaatau salah seorangnya yang meninggalkan segala gelaran diraja, bahkan zuriatmereka juga tidak menggunakan apa-apa gelaran di atas, tetapi ini akanmenyulitkan kita untuk mengetahui dan mengenalpasti keturunannya melainkandengan merujuk ke pada ibu-bapa atau datuk nenek mereka untuk mendapatkanmaklumat   
   
SKOP.Tulisan ini cuba menyingkap kembali Long Gaffar dan peranannya sebagaiseorang raja atau pemerintah yang pernah mewarnai sejarah kegemilanganpemerintahan beraja di Kelantan suatu masa dahulu dengan menumpukan kepadasalasilah awalnya, iaitu asal-usulnya sejak dari pra-kelahirannya, kehadirannyadi Kelantan dan keterlibatannya dalam Perang Kota Kubang Labu I dan II, menyabungayam di Terengganu sehingga kepada mengasaskan wangsa raja-raja Kelantan darizuriatnya yang berpusat di Limbat, Peringat Kota Bharu dan di Jeram, PasirPuteh. Segala peristiwa yang berkai tan, carta zuriatnya, dokumentasi jejaknyadan bibliografi sebagai pelangkapnya (Supplementary), adalah satu-satunyasumbangan dan didikasi serta penghargaan dan ingatan yangberkekalan  dari generasi kini terhadap moyang mereka Long Gaffar.

    Oleh itu, adalah diharapkan, setidak-tidaknya ia akan menjadibukti wujudnya se buah kerajaan beraja di Kelantan yang diasaskan oleh LongGaffar di Limbat dan di teruskan oleh zuriatnya di Jeram, Pasir Puteh yangsekaligus memberi jawapan yang tepat dan benar terhadap usaha-usaha sesetengahpihak yang ingin menggelapkan fak ta sejarah pemerintahan Long Gaffar danzuriatnya di Kelantan.


[ Last edited by  tongkatali at 9-9-2008 09:44 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2008 09:36 AM | Show all posts
Terima kasih tongkatatali krn menerangkan ttg sejarah negeri kelahiran kawe nih... .....

ttg. tuk janggut tu kawe ado dengar lagu tu jugok..buke tok janggut hok puok2 tu gantung mayat tuh.,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2008 10:01 AM | Show all posts
PERUBAHAN NAMA NEGERI KELANTAN








TANAH SERENDAH (SERI INDAH) SEKEBUN BUNGA


KISARAN PAYONG


WILAYAH CIK SITI WAN KEMBANG
(BERMULA SEMASA PEMERINTAHAN CIK SITI WAN KEMBANG)




l


NEGERI KERAT LINTANG


(BERMULANYAPEMERINTAHAN BAGINDA LONG GAFFAR)


l


NEGERI KELAR LINTANG


(PEMERINTAHAN BERSAMA IAITU HASIL PERSEMENDAAN DI ANTARA ZURIAT LONG GAFFAR DAN LONG YUNUS. IA TAMAT SEBAIK SAHAJA TUMPASNYA PERANG MUSUH BESAR DI JERAM IAITU PEMBERONTAKAN TOK JANGGUT / ENGKU BESAR JERAM PADA TAHUN 1915)


l


KELANTAN


(BERMULANYA ERA SEBENAR PEMERINTAHAN KETURUNAN LONG YUNUS SEHINGGA SEKARANG )


[ Last edited by  tongkatali at 9-9-2008 10:06 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2008 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 7-5-2008 08:55 PM
tak pernah dengar ke nama ikan kekacang? awak umur berapa?




IKAN Barracuda....KEKACANG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2008 09:06 AM | Show all posts
LAGI Barracuda...IKAN KkhACANG

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.075205 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list