CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
Post time 21-10-2009 06:05 PM | Show all posts
383# cmf_tongkatali

Sudah terang lagi bersuluh Abe Li..
Ambo sediri doh baco buku tu dalam bentuk e-book, ambo download bule 8 dari laman Sabri Zain. Tapi ambo tok perasan bahagian ni.
Teruskan penerbitan buku Abe Li, ambo ni kalu dari LY ko LG ko ambo tetap sokong kebenaran. Ameen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2009 03:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by donbalon at 22-10-2009 15:19

Abe Li..
Ambo tengok kamus Collins:
http://dictionary.reverso.net/english-definition/feudatory#
feudatory (in feudal Europe)
  n 1 a person holding a fief; vassal
  adj 2 relating to or characteristic of the relationship between lord and vassal

Main Entry: 1feu·da·to·ry
Pronunciation: \ˈfyü-də-ˌtȯr-ē\
Function: adjective
Etymology: Medieval Latin feudatorius, from feudare to enfeoff, from feudum
Date: 1592
1 : owing feudal allegiance
2 : being under the overlordship of a foreign state

Dan dari Merriam-Webster:
http://www.merriam-webster.com/dictionary/feudatory
3 (esp. of a kingdom) under the overlordship of another sovereign
  (C16: from Medieval Latin feudator)

Walaubagaimanapun, ambo percaya ini hanyalah term yang digunakan oleh WA Graham. Ini kerana beliau juga menyebut "the two States being henceforth recognised by Siam as on an equal footing though His Majesty Phra Pradiyut did not then confer upon the Raja titles equal to those enjoyed by the Sultan of Tringganu". Ini bermakna kedua-dua negeri tersebut, Limbat dan Kota Bharu diiktiraf sama taraf oleh Siam yang menaungi Kelantan (Kerat Lintang/Kelar Lintang).

Wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 08:37 AM | Show all posts
timer kasih kpd tongkatali kerana introduce the website...bnayak benda kalau nak baca & study karang mereka tu...sangat menarik!

sebagai contoh ini kawe petik dari karangan Hugh Clifford  1897...


" The Malay States on the East of the Peninsula are Senggora, Petani, Jambe,
Jaring, Raman, Legeh, Kelantan, Trengganu, Pahang, and Johor. Senggora
possesses the doubtful privilege of being ruled by a Siamese Official, who is
appointed from Bangkok, as the phrase goes, to kin or eat the surrounding
district. The next four States are usually spoken of collectively as Petani, by
Europeans, though the territory which really bears that name is of  insignificant importance and area, the jurisdiction of its Raja only extending
up the Petani river as far as Jambe. It is said that when the Raja of Petani
and the ruler of the latter State had a difference of  opinion, the former was obliged to send to Kelantan for his drinking water, since he could not trust his neighbour to refrain from poisoning the supply, which flows from Jambe through his kingdom. Uneasy indeed must lie the head which wears the crown of Petani ! All the States, as far down the coast as Legeh, are under the protection of the Siamese Government. Kelantan and Trengganu still claim to be independent, though they send the bunga dmas or golden flower to Bangkok once in three years. Pahang was placed under British Protection in 1888, and Johor is still independent,...."
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 08:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by donbalon at 22-10-2009 15:19

"the two States being henceforth recognised by Siam as
on an equal footing
though His Majesty Phra Pradiyut did not then confer upon the Raja titles equal to those enjoyed by the Sultan of Tringganu"
donbalon Post at 22-10-2009 15:17


p/s....tang ni yang buat aku senyum lebar...puas hati :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 10:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by donbalon at 26-10-2009 10:25

Betul Abeli..
Truth speaks for itself


Buku LG tu kalu doh siap mitok autograf pah pos ko Pehe..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 11:48 PM | Show all posts
ni tongkat ali boleh masuk forum ape.. hehe..haritu sms ct iye2 je mcm ada sabotaj dlm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2009 09:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 27-10-2009 22:23
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 21-10-2009 21:03

The fortunes of Raja Wan Jaffar's sub-State
are soon told. After a long reign he died and
was succeeded by his son and grandson in turn,
who both took the title of Rajah Limbat. The
last Rajah Limbat was succeeded by his son
Raja Slia, who found himself, on coming into
power, in a position of practical independence,
cmf_tongkatali Post at 21-10-2009 10:24


Siapakah RAJA SLIA ???

Post Last Edit by cmf_tongkatali at 21-10-2009 21:03

Raja Slia, however, soon got into
trouble, for, following in the footsteps of his
great-grandfather the general, he became involved
in the politics of a foreign State. He extended
hospitality to one Bahman, Orang Kaya of
Semantan, a defeated rebel who had fled from
Pahang in 1892, and proceeded to concoct
schemes for the invasion of that State. In the
year 1894 these plots came to a head, and
Bahman, provided with a following of 150 of
the men of Limbat, re-entered Pahang with the
intention of defeating the British, who had
established a protectorate there, and of dividing
the State with Rajah Slia. Their hopes, however,
were short-lived
cmf_tongkatali Post at 21-10-2009 10:24


Sebelum saya menjelaskan tentang "siapakah Raja Slia (Selia)", perlu saya jelaskan tentang perkataan SELIA. "Selia" bermaksud URUS, dimana jika di sebut PENYELIA ia bermaksud "orang yang menguruskan sesuatu". Di dalam konteks kerajaan BERAJA Melayu tradisional khususnya di ISTANA KOTA LIMBAT, terdapat satu jawatan khusus yang diwujudkan yang bertujuan untuk MENGURUSKAN hal-ehwal istana. Biasanya jawatan ini diisi oleh salah seorang PUTERA RAJA dan putera ini akan digelar TENGKU SELIA atau ringkasnya KU SELIA. Dalam konteks MODEN jawatan ini mungkin boleh diibaratkan seperti PENGELOLA ISTANA. Di Limbat terdapat 2 orang yang pernah digelar sebagai KU SELIA ini iaitu yang pertama di gelar KU SELIA TUA (1), yang dikatakan disandang oleh putera kepada Baginda Long Gaffar ( Long Gaffar mempunyai 3 putera iaitu Long Seri, yang kemudiannya menjadi Raja Limbat Ke-2, Engku Long Besar Zainal Abidin (Ku Jenal) dan Engku Limbat 1 ...dikatakan bagindalah yang dilantik menjadi Ku Selia Tua). Kemudian apabila Baginda Long Seri menaiki tahta, jawatan Ku Selia ini telah diberikan kepada puteranya yang sulong iaitu LONG MANSUR yang dikenali sebagai Ku Selia Ke-2 (Long Seri mempunyai 19 orang anak).

Jadi, siapakah Ku Selia (Raja Slia) yang dimaksudkan oleh buku di atas. Berdasarkan catatan saya, Raja Selia yang dimaksudkan ialah Ku Selia 2 iaitu LONG MANSUR. Berikut adalah catatan berkenaan dengan kedatangan Datuk Bahaman....


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 10:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 27-10-2009 22:41

390# cmf_tongkatali

  
TOK GURU PERAMU
Datuk Bahaman Orang Kaya Setia Semantan


Kedatangan Datuk Bahaman Ke Kelantan Versi Keturunan Long Gaffar
...Semasadi Hulu Sat @ Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar )banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya iaitu menjinakkan gajahyang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketikabaginda berada di sana, datang rombongan Dato’ Bahaman bersama keluargadan pengikutnya bagi meminta perlindungan di Kelantan setelah melarikandiri dari buruan Inggeris di Pahang. Pemberontakan Dato’ Bahaman diPahang bermula pada 8 Oktober 1891 selepas beliau dilucutkan jawatansebagai Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad kerana  enggan menurutperintah Inggeris yang melarangnya mengutip cukai. Beliau dikatakantelah melarikan diri ke Kelantan pada akhir tahun 1894 selepas gagaldalam pemberontakan tersebut. (Sejarah Darul Iman, m.s 241).Semasakejadian peristiwa ini, pemerintahan Kota Bharu bertukar kepada SultanMansor. Dato’ Bahaman dikatakan merupakan keluarga Sultan Mansor (KotaBharu) dan beliau membahasakan Sultan Mansor sebagai “Abang” di dalampercakapannya. Berita kedatangan Dato’ Bahaman ini diketahui olehSultan Mansor, lalu beliau datang berjumpa Baginda Long Mansor diMachang bagi memintanya supaya menjaga dan melindungi Dato’ Bahaman dankeluarganya. Baginda Long Mansor pada masa itu tidak terfikir akibatdaripada tindakannya itu tadi kepada kesinambungan pemerintahanketurunan Long Ghafar di Kelantan. Tindakan Sultan Mansor tersebutadalah helah beliau bagi mengelakkan dirinya daripada tuduhanmelindungi Dato’ Bahaman yang pada masa itu menjadi buruan Inggeris.Kata Sultan Mansor, “ Pak Do tolong ambil orang kita di Hulu Lebir danbawa balik ke rumah serta peliharalah”. Long Mansor tidak membantah,lalu tinggallah Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya diMachang di bawah jagaan Long Mansor. Menurut satu riwayat, beliautinggal di sana selama 2 _ tahun. Menurut catatan di dalam buku SejarahDarul Iman (m.s 240) Dato’ Bahaman serta pengikutnya seramai 12 orangtelah membuat kediaman di Sungai Ampul, iaitu cawangan daripada SungaiLebir di Hulu Kelantan pada akhir tahun 1892. Berita Dato’ Bahamanmendapat perlindungan di Kelantan akhirnya telah diketahui olehInggeris, lalu wakil kerajaan Inggeris telah datang ke Kelantan danberjumpa Sultan Mansor di Kota Bharu meminta supaya menyerahkan“penderhaka” tersebut. Kata Sulltan Mansor, “Kita tidak boleh buatapa-apa kerana kita di bawah takluk Bangkok. Kalau nak selesai denganmudah minta sendiri pergi ke Bangkok minta kebenaran Raja Siam untuktangkap keluarga Dato’ Bahaman”. Mereka kemudiannya pergi ke Bangkokbagi meminta keizinan. Raja Siam memerintahkan dengan perintahnya,“Kalau tak dapat Dato’ Bahaman, orang yang beri perlindungan kepadabeliau, siapa saja akan menjadi ganti”. Maka terkenalah Baginda LongMansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor.Orang-orang Inggeris itukemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askar-askarSiam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato’ Bahamanitu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpadengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat. Beliau menasihatiBaginda Long Mansor dengan katanya, “ Kita tak boleh lawan Siam, sebabanak kita duduk di Kota Bharu (iaitu Tengku Salleh, anak Long Mansoryang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah atauTengku Kembang, anak Long Sulong atau Sultan Ahmad)”. Tambahnya lagi,“Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh olehSiam”.Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato’ Bahamanmengadap, lalu menceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato’Bahaman, “Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kitatidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmatkepada raja Melayu”. Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasibDato’ Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat duacara berudur yang digunakan, iaitu;1. Keluarga Dato’ Bahaman berundurke Kuala Berang, Terengganu.2. Dato’ Bahaman pula, seorang diri pergike Menara (Narathiwat).Pada masa Dato’ Bahaman mengadap Baginda LongMansor itulah, askar-askar Siam telah mengepong keluarga serta pengikutDato’ Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di BukitBakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor,lalu katanya, “Dato’, keluarga Dato’ telah dikepong oleh askar-askarSiam pada masa maghrib”. Dato’ Bahaman kemudiannya terus pergi untukmenyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawalembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yangdikatakan mampu untuk memukau orang.Apabila tiba di sana, lembingtersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yangdikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukaudan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruhseluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (KualaBerang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri keMenara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’Bahaman, Awang Nong, The Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela, telahmenyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam.Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apayang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi disana.Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda LongMansor dan di bawa ke Kota Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkapiaitu;1. Pak Nik Ya (penghantar bunga emas).2. Dato’ Lela PerkasaLundang.3. Tuan Tabal.Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagaitahanan selama tiga tahun. Apabila genab tiga tahun, tiga orangdihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakantelah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit “orangbaik” (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut).Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakanoleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama bagindasemasa dalam tahanan di Bangkok. Menurut ceritanya, kepala bagindadisimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-samadengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman.....berdasarkan catatan inijelas bahawa Datuk Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahanBritish)...beliau dikatakan muncul semula "lewat" kemunculan MatKilau....walaubagaimanapun kumunculan Datuk Bahaman (Tok Guru Peramu)tidak diiktiraf kerajaan khususnya kerajaan Pahang dipercayai atassebab-sebab berkaitan dengan "tahta" Kesultanan Pahang....lagipun "TokGuru Peramu" juga enggan mengaku bahawa beliaulah Datuk Bahaman...jadikisahnya kemudiannya lenyap begitu sahaja....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 10:47 PM | Show all posts
391# cmf_tongkatali

Lagi berkenaan Tok Guru Peramu aka Datuk Bahaman....












Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 08:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by donbalon at 28-10-2009 08:33

Abeli..
mantappp!!

Sangat informatif, membuatkan ambo tok sabar2 nok gi ko Istano Kuning Alor Star mencari maklumat di sana mengenai Tengku Saleh. Tok sabar2 jugok nok tunggu buku LG. Gambar2 abeli post ni buke sene nok ttemu..


Menunjukkan hubungan rapat antara rakyat negeri-negeri bukan sahaja di Pantai Timur Tanah Melayu malah seluruh Alam Melayu (Nusantara).

Daroh rajo jugok sebenarnyo Dato' Bahaman kito ni..
Ambo sbg rakyat Pahang berketurunan Kelantan/Kedah/Patani amat berbanggo dgn perjuangan beliau, Tok Gajah dan Mat Kilau serta sekutu-sekutu di Kelantan Tok Janggut serta di Terengganu Tok Guru Abd Rahman Limbung, Tokku Paloh etc.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 09:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 4-11-2009 21:41

PERJUANGAN LONG GAFFAR DAN ZURIATNYA MENENTANG PENJAJAH

Kadang-kadang terlintas juga dalam fikiran saya...HEBAT benar LONG GAFFAR serta anak cucu baginda nih...Kuasa dan pengaruh mereka dahulunya merangkumi suatu kawasan atau wilayah yang sangat LUAS bermula dari REMAN sehingga ke TERENGGANU dan PAHANG. Long Gaffar sendiri memainkan peranan yang sangat penting bagi menghalang campur tangan BUGIS di Terengganu sehingga akhirnya Bugis balik SEHELAI SEPINGGAN. Sehinggalah zaman cucu baginda iaitu RAJA SELIA Long Mansor yang memainkan peranan aktif dalam PERANG JIHAD membantu DATUK BAHAMAN menentang PENJAJAH INGGERIS di Pahang yang membawa kepada "PEMBUBARAN" Kerajaan LIMBAT, di mana baginda juga ahirnya SYAHID dalam PENJARA Siam. Terakhirnya Raja terakhir "DINASTI" Long Gaffar iaitu ENGKU BESAR TUAN AHMAD atau ENGKU BESAR JERAM   sendiri berjuang bersama-sama dengan TOK JANGGUT bagi MEMPERTAHANkan KUBU TERAKHIR pemerintahan keturunan Long Gaffar di JERAM dari penjajahan SIAM dan SIAM dalam perang MUSUH BESAR pada tahun 1915 yang menyaksikan tamatnya  penguasaan keturunan Long Gaffar di NEGERI KERAT LINTANG. Secara keseluruhannya sejarah Long Gaffar dan zuriatnya di Kelantan meyaksikan perjuangan yang tidak berkesudahan bagi menentang kemaraan dan campur tangan KUASA ASING. Pengajarannya di sini ialah WALAU SEHEBAT MANAPUN KUASA ATAU KERAJAAN ITU, SAMPAI MASANYA ALLAH SWT AKAN CABUT JUGA PENGUASAANNYA.

Buat masa ni cukuplah sekadar itu mukaddimah  tentang sejarah perjuangan Long Gaffar dan zuriatnya...nanti ada masa saya akan sambung lagi topik ni...mungkin akan jadi satu bab baru dalam BUKU tentang Long Gaffar.


SEJARAH NEGERI REMAN (RAHMAN)

Berikutnya saya ingin sentuh pasal negeri ASAL Long Gaffar iaitu REMAN. Tidak sah jika kita membicarakan tentang Long Gaffar tanpa mengaitkannya dengan negeri REMAN...sekarang ni dah tak ada negeri ni sebabnya SIAM dengan bantuan kawan baiknya iaitu BRITISH telah memBUBARkan negeri ni apabila raja terakhirnya iaitu TUAN LEBEH telah bangkit menentang SIAM dengan cuba memerdekakan REMAN...akhirnya Tuan Lebeh ni ditangkap...dipenjara...zuppppp di PANCUNG. Kepalanya dikatakan masih disimpan di BANGKOK bersama-sama dengan kepala LONG MANSOR, cucunda Long Gaffar...kebetulan SAMA keturunan. Di dalam beberapa buku yang saya baca mencatatkan bahawa REMAN ni ditubuhkan oleh SIAM selepas kekalahan Patani pada tahun 1785...itu SALAH dan MENGARUT. Berikut catatan saya berkenaan REMAN.....

Berikut sejarah awal Negeri Reman sebagaimana yang dicatat dalam...
Sejarah Kerajaan Melayu Patani
Oleh Ibrahim Syukri
Permesyuaratan itu telah bersetuju bahawa kekuatan negeri Patani
henda ...
raja Siam mengutus seorang menterinya bernama Phraya Abya Songgram
datang ke Singgora dan berunding dengan Raja Singgora itu untuk
membahagikan negeri Patani menjadi tujuh buah wilayah yang
kecil-kecil iaitu Patani, Jering, Nongcik, Jalur, Sai, Reman dan
Legeh.


BENARKAH NEGERI REMAN (RAHMAN) DIWUJUDKAN SELEPAS KEKALAHAN PATANI PADA TAHUN 1785?


Berdasarkan buku tulisan Ibrahim Syukri di atas, seolah-olah digambarkan bahawa negeri Reman diwujudkan oleh SIAM selepas PATANI BESAR tewas dalam perang terakhir pada tahun 1785...lebih tepat lagi selepas tahun 1808...benarkah ??? Bagi saya pandangan tersebut adalah SALAH. Empayar Patani merupakan sebuah empayar yang berbentuk PERSEKUTUAN di mana di dalamnya terdapat banyak negeri-negeri yang bersekutu dan setiap negeri tersebut mempunyai RAJA atau SULTAN yang tersendiri. Dikatakan sewaktu PUNCAK kegemilangan Empayar Patani pada sekitar abad ke 16 dan 17 Masehi (semasa pemerintahan RATU KUNING), terdapat 43 buah negeri yang bersekutu di dalam empayar tersebut. Di antara negeri-negeri tersebut adalah negeri Reman dan negeri-negeri yang ditunjukkan di dalam PETA di permulaan THREAD ini. Seterusnya apabila memperkatakan tentang negeri REMAN, antara TOKOH yang tidak dapat dipisahkan ialah LONG GAFFAR iaitu putera sulong RAJA REMAN yang menjadi RAJA MUDA Reman sebelum baginda berhijrah dan membuka negeri KERAT LINTANG (KELANTAN) yang berpusat di LIMBAT pada sekitar tahun 1750-an iaitu 30 tahun sebelum kejatuhan PATANI pada tahun 1785. Berikut catatan saya berkenaan sejarah awal negeri REMAN ;

Asal-Usul Keturunan Long Gaffar

Menurut catatan, keturunan Long Gaffar dikatakan berasal dari Pagar Ruyung, Palembang di Sumatera. Susur galur keluarga Long Gaffar dikatakan mempunyai kaitan dengan keturunan Sang Nila Utama. Menurut adat perpatih, anak lelaki perlu keluar mengembara bagi mencari untung nasib. Kisahnya bermula apabila tiga orang putera raja bersaudara  keluar mengembara menuju ke Tanah Melayu. Lalu mereka bertiga menaiki kapal layar diiringi oleh  para pengikutnya. Walau bagaimanapun, di tengah perjalanan kapal layar mereka telah dipukul oleh ribut taufan. Ini menyebabkan kapal layar mereka musnah dan karam. Kesemua anak kapal dan pengikut putera raja berkenaan dikatakan mati kecuali tiga orang putera raja berkenaan. Namun mereka bertiga tidak lagi bersama dan masing-masing hanyut dibawa arus.

Salah seorang dari mereka iaitu yang tengah, yang kemudiannya dikenali sebagai Tok Nik telah diselamatkan oleh ikan kekacang (muncung tajam dan berwarna putih). Ikan tersebut dikatakan telah membawa beliau ke sebuah pantai. Tok Nik kemudiannya naik ke darat dan seterusnya beliau bersumpah bahawa keturunannya tidak boleh memakan ikan kekacang kerana mengenangkan nasibnya yang telah diselamatkan oleh ikan tersebut.

Seterusnya, Tok Nik yang tidak tahu arah tuju itu meneruskan pengembaraannya seorang diri di tempat yang begitu asing  baginya. Di dalam pengembaraannya, beliau dikatakan telah bersahabat dengan orang bunian. Oleh kerana lama perjalanan, beliau dikatakan telah bertukar rupa dan menjadi sangat hodoh bagaikan rupa seorang orang asli.

Setelah lama mengembara, Tok Nik tiba di satu tempat yang bernama Bendang Saring. Kebetulan pada masa ketibaannya ada keramaian bagi memilih menantu. Raja negeri berkenaan mengisytiharkan sesiapa yang boleh mengambil dan membawa turun satu pelepah   dari pokok saring yang tinggi, akan dikahwinkan dengan puteri baginda yang bernama Nang Cayang    dan seterusnya akan diberikan sebahagian daripada negeri Bendang Saring. Pada mulanya pertandingan tersebut dibuka kepada putera-putera raja dan para pembesar sahaja. Namun, tidak ada dari kalangan mereka yang berjaya membawa turun satu pelepah dari pokok tesebut,

Seterusnya pertandingan tersebut diisytiharkan buat kali kedua dan pada kali ini ianya terbuka kepada semua rakyat jelata. Seorang demi seorang rakyat mengadu nasib, namun semuanya gagal. Akhirnya, Tok Nik memberanikan diri mencuba nasib kalau-kalau dapat menurunkan  pelepah pokok saring. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Tok Nik dan dari situlah beliau dikenali dengan nama berkenaan. Melihatkan rupanya yang hodoh, orang ramai yang hadir  mengejek dan mentertawakan beliau. Tindakan orang ramai itu tidak diendahkan oleh Tok Nik dan beliau seterusnya tampil menyatakan hasratnya. Beliau menyatakan dua permintaan iaitu sebilah kapak dan seberapa banyak paku yang boleh. Setelah permintaannya dipenuhi, beliau mengambil kapak dan setimba yang penuh dengan paku  lalu memanjat pokok berkenaan. Sambil memanjat, beliau mengambil kapak tersebut, lalu memukul paku ke batang pokok  saring bagi dijadikan tangga.

Akhirnya beliau sampai ke pucuk pokok saring dan beliau dapati terdapat tiga pelepah, sedangkan yang diminta hanya satu pelepah sahaja. Lantas beliau teringatkan kepada  abang dan adiknya yang tidak diketahui apakah untung nasib mereka. Beliau kemudiannya menetak dahan pertama, lalu bermohon kepada tuhan jika beliau adalah keturunan raja berdaulat, minta supaya pelepah itu jatuh ke tempat di mana abangnya berada supaya mengetahui bahawa beliau masih hidup. Pelepah itu kemudiannya hanyut diterbangkan oleh angin dan jatuh di suatu tempat yang dikenali sebagai Gangga Negara di Kedah. Cahaya pelepah itu dikatakan berwarna putih (perak).

Selepas itu, Tok Nik menetak pula pelepah yang kedua dan bermohon kepada tuhan supaya pelepah itu sampai kepada adiknya walau di mana beliau berada supaya dapat diketahui hidup atau matinya. Lalu pelepah itu hanyut diterbangkan oleh angin dan jatuh di negeri Ayuthia. Pelepah itu dikatakan mempunyai cahaya keperangan (tembaga).

Akhir sekali, Tok Nik menetak pelepah terakhir dan memohon kepada tuhan supaya ianya jatuh ke pangkal pokok bagi membuktikan kejayaannya. Setelah pelepah tersebut jatuh, Tok Nik turun ke bawah menggunakan tangga yang telah dibuat semasa memanjat pokok tersebut. Tok Nik telah diisytiharkan sebagai pemenang, lantas Raja Bendang Saring memanggil Tok Kadi, lalu dikahwinkan Tok Nik dengan puterinya yang bernama Nang Cayang sebagaimana yang telah dijanjikan.

....bersambung di bawah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 09:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 4-11-2009 21:52

394# cmf_tongkatali

....Pada mulanya, puteri tersebut enggan dikahwinkan dengan Tok Nik memandangkan rupanya yang hodoh. Oleh kerana sudah dijanjikan sebelum pertandingan itu diadakan, Raja Bendang Saring pun mengahwinkan puterinya dengan Tok Nik. Pada waktu malamnya, puteri Nang Cayang bersembunyi kerana enggan tidur bersama Tok Nik. Tok Nik membiarkan perlakuan isterinya itu dan pada waktu tengah malamnya, disebabkan terlalu panas, Tok Nik bangun untuk mandi. Sebelum mandi, beliau menanggalkan pakaiannya, lalu menampakkan rupa beliau yang sebenar. Rupanya dikatakan sangat tampan, tidak seperti yang dilihat sebelumnya. Setelah selesai mandi, Tok Nik menyarungkan kembali pakaiannya dan rupanya kembali bertukar menjadi hodoh. Tindakan Tok Nik itu diperhatikan oleh khadam raja, lalu dikhabarkan kepada Raja Bendang Saring.   

Pada keesokannya, satu perancangan telah diaturkan oleh Raja Bendang Saring untuk mencuri pakaian Tok Nik semasa beliau mandi. Pada malamnya, seperti malam sebelumnya, Tok Nik bangun untuk mandi dan sebelum itu, beliau menanggalkan pakaiannya, lalu diletakkan di satu tempat. Sebagaimana yang telah dirancangkan, semasa beliau sedang mandi, pakaiannya itupun dicuri oleh khadam raja, lalu dipersembahkan kepada raja. Raja Bendang Saring kemudiannya menitahkan supaya pakaian itu dibakar api.

Setelah selesai mandi, barulah  Tok Nik sedar bahawa  perlakuannya telah diintip dan pakaiannya telah dicuri. Oleh itu, Tok Nik terpaksa membuka rahsia dirinya yang sebenar. Lalu diceritakan kepada ayahanda mertuanya tentang asal-usul keturunannya yang berasal dari Pagar Ruyung dan peristiwa yang membawa beliau ke Bendang Saring. Selepas peristiwa itu, barulah puteri Nang Cayang mendekati suaminya Tok Nik dan hiduplah mereka berdua dengan bahagia. Sebagaimana yang telah dijanjikan juga, ayahandanya telah memberikan sebahagian dari negeri Bendang Saring untuk dirajai oleh Tok Nik dan puteri Nang Cayang. Setelah ayahanda mertuanya meninggal dunia, Tok Nik dilantik menjadi Raja negeri Bendang Saring. Selepas itu beliau dikenali sebagai Tok Nik Bendang Saring. Pasangan itu dikurniakan seorang putera yang juga dikenali sebagai Tok Nik (Tok Nik Raja Reman).  Setelah beliau meninggal dunia, beliau dimakamkan di Gua Kasut yang terletak di Kampung Jaha di Jalor (Yala).  Manakala kubur Tok Nik Raja Reman pula terdapat di Kota Bharu Reman.

Berikut ialah salasilah LONG GAFFAR berdasarkan cerita di atas;

RINGKASAN SALASILAH KETURUNAN TOK NIK

TOK NIK BENDANG SARING
    >TOK NIK RAJA REMAN
           1. LONG GAFFAR                                          
               (RAJA MUDA)
             - Menjadi Raja  Limbat pada 1750-an
           2.  RAJA JAMBU
                >  TUAN LEMBUT
                    - Lari ke Kelantan selepas  kalah perang dengan Siam.     
           3. RAJA JALOR  (YALA)                                                                                    
           4. RAJA KG JERING

BILA LIHAT PETA LAMA NEGERI-NEGERI MELAYU, TERINGAT NEGERI REMAN. SEDIH MENGENANGKAN NASIB MEREKA




* The Where's Where of Henry Norman's time

An old map showing the political boundaries of several Malay states
( most are now defunct ) in the North-eastern corner of the Malay
Peninsular, prior to 1909 Bangkok Agreement.

Kelantan was also shown, interconnected with Legeh and Reman,
the two of which are mentioned in the book.

Source :

' Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah '

( Abdullah bin Mohamed ( Nakula ), Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1981 )


tongkatali Post at 21-10-2008 14:24
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 12:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 4-11-2009 21:56

395# cmf_tongkatali

BERIKUT SALASILAH RAJA REMAN SECARA DETAIL

SALASILAH KETURUNAN LONG GAFFAR


MAHARAJA SRIMAT TRAILOKYARAJA – MAHARAJA SURAN – RAJA TILAM – RAJA SAKRANTA – SULTAN MAHMUD JIDDAH – RADEN MAS ARIYA (HANG TUAH DALAM HIKAYAT HANG TUAH DIKATAKAN PERNAH BERGURU DENGAN BAGINDA)  - PUTRI SELINDUNG BAYU (BERKAHWIN DENGAN ZURIAT KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W IAITU SAYYID HUSAIN JAMADIL QUBRA IAITU MOYANG KEPADA WALI SONGO DI NUSANTARA) – SAYYID ALI NURUL ALAM – SULTAN MAULANA SHARIF ABU ABDULLAH –WAN ABUL MUZAFFAR – SULTAN ABDUL HAMID SYAH.

SULTAN ABDUL HAMID ADA 3 PUTERA
1. DATU’ NIK IBRAHIM
2. SULTAN NIK BADR US SALAM
3. NIK ALI (PANGLIMA AGUNG PATANI)


SULTAN NIK BADR US SALAM  MENDAPAT SEORANG PUTERA BERNAMA WAN DAIM. WAN DAIM PULA MEMPEROLEH 3 PUTERA IAITU;
1. TUAN SULONG, BAGINDA MEMPUNYAI PUTERA BERNAMA LONG PANDAK YANG MENJADI RAJA KOTA KUBANG LABU (DI
    PASIR PEKAN, KOTA BHARU  KELANTAN).
2. LONG BAHAR YANG MEMPUNYAI ANAK BERNAMA LONG SULAIMAN DAN ANAK LONG SULAIMAN PULA BERNAMA LONG
    YUNUS ( MOYANG KEPADA KETURUNAN  SULTAN KELANTAN SEKARANG)
3. RAJA LONG NIK (DATU’ PUJUD ) IAITU RAJA NEGERI REMAN ( YANG  SEKARANG MELIPUTI YALA DI SELATAN
    THAILAND, GRIK DI PERAK, DAN HULU KELANTAN )

RAJA LONG NIK PULA MEMPUNYAI 4 PUTERA;
1. LONG NUH
2. LONG MAN
3. LONG ABDUL RAHMAN (RAJA LEGEH)
4. LONG GAFFAR IAITU PENGASAS SEBENAR NEGERI KELANTAN MODEN SETELAH BERJAYA MENGALAHKAN KERAJAAN
    KOTA KUBANG LABU DALAM DUA PEPERANGAN SEKITAR TAHUN 1760-AN).
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 4-11-2009 22:19

396# cmf_tongkatali

RAJA-RAJA REMAN (RAHMAN) DI BAWAH PENGARUH SIAM

Berikut pula adalah Raja negeri-negeri di Patani termasuk REMAN yang dilantik oleh Siam setelah kekalahan Patani pada tahun 1785, lebih tepat lagi selepas 1808, yang dipetik daripada buku  Ibrahim Syukri bertajuk SEJARAH PATANI...

Setelah pekerjaan membahagi negeri Patani sudah selesai, Nai Phya
telah diangkat menjadi Raja Jering dan diserah kuasa kepadanya
menjaga segala wilayah-wilaya yang lain itu. Tetapi segala urusan
pemerintahan dalam negeri terletak di bawah perhatian dan kawalan
Raja Singgora dan pada tiap-tiap wilaya itu disuruh Nai Phya memilih
orang-orangnya yang dipercayai kemudian dihantar memerintah dalam
tiap-tiap buah wilaya itu serta diberi taraf kepada meraka itu
seperti raja-raja juga.

Adapun orang-orang yang dipilih oleh Nai Phya dan dihantar memerintah
di dalam wilayah-wilayah yang tersebut itu ialah demikian :

1. Tuan Haji Sulong diangkat menjadi Raja Patani duduknya di Kota Gerisik

2. Tuan Nik diangkat menjadi Raja Nongcik duduknya di Kota Nongchik.

3. Tuan Mansur diangkat menjadi Raja Reman duduknya di Kota Baharu.

4. Tuan Jalur diangkat menjadi Raja Jalur duduknya di Jala.

5. Nik Dah diangkat menjadi Raja Legeh duduknya di Kota Legeh.

6. Nik Dih diangkat menjadi Raja Sai duduknya di Jerenga.


RAJA-RAJA REMAN DI BAWAH PENGUASAAN SIAM

1. TUAN MANSOR
2. TUAN KUNDOR (anak Tuan Mansor)
3. TUAN TIMUN (anak Tuan Kundor)
4. TUAN JAGONG atau TENGKU ABDUL KADIS (adik Tuan Timun)
5. TUAN LEBEH (Raja terakhir...anak Tuan Jagong)

.....pemerintahan Raja-Raja Reman yang dilantik oleh Siam ini berjalan selama hampir 100 tahun iaitu bermula awal abad ke-19 dan berakhir pada awal abad ke-20...PERLU DIJELASKAN DI SINI BAHAWA WALAUPUN RAJA-RAJA REMAN INI DILANTIK OLEH SIAM, MEREKA MERUPAKAN DARI KETURUNAN RAJA REMAN YANG ASAL IAITU DARIPADA KELUARGA LONG GAFFAR. Secara keseluruhannya jika diambil kira dari awal kemunculan negeri REMAN ini iaitu sekitar tahun 1600 Masehi, bermakna sejarah negeri REMAN ini telah berlangsung selama hampir 300 tahun...suatu tempoh yang lama...sebelum diHANCURkan dan dibahagi-bahagikan kepada 3 iaitu sebahagiannya diserah kepada PERAK iaitu HULU PERAK, sebahagiannya dimasukkan ke dalam KELANTAN iaitu HULU KELANTAN ( sekitar Tanah Merah ke atas) dan sebahagian lagi masih lagi DIJAJAH oleh Thailand iaitu YALA.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 4-11-2009 22:29
http://img410.imageshack.us/img410/8636/16199987ny8.jpg

1Rate Count

sekngucing Post at 27-4-2008 17:36


PETA NEGERI KELANTAN YANG DIPETIK DARIPADA BUKU  WA GRAHAM ..."KELANTAN"
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 11:51 AM | Show all posts
Abeli..
Lengkap benar doh maklumat abeli tu..
kalu buku LG tubik dulu, buleh ambo petik sikit dengan kebenaran dari buku tu..
Adik ambo belum pree lagi nok gi Kkedoh..
Nok drive sore-sore ni ambo rusing atas PLUS..
cepat benar mengantuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2009 09:20 PM | Show all posts
399# donbalon

Sorry...lama tak masuk sebab sibuk manjang jer hujung tahun ni...nanti saya tambah cerita baru
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 11:02 AM | Show all posts
saya mohd saiful bahari bin hasan.. tinggal di kampung pulau gajah pengkalan chepa kota bharu kelantan..ikut  cerita daripada ayah saya , kg pulau gajah sebenarnya telah dibuka oleh moyang saya yang berketurunan raja yang datang mengasingkan diri ..tapi saya tak pasti mengasingkan daripada apa cuma yang diketahui kampung ni ada kaitan dengan buluh perindu dan ikut cerita daripada ayah juga kampung ni adalah tempat perkumpulan kerabat2 raja pada masa lampau..di kampung ni jugak ada terdapat makan wali yang diberi nama tok sembilan..gelaran nama anak cucu cicit telah dibuang setelah tiba dikampung ini...ayah jugak menceritakan ada kaitan dengan kerabat diraja pattani dan jugak sumatera..tp sy tak tau sy sejak 2 menjak ni ingin sangat mengetahui salasilah keturunan yg jatuh ke kampung pulau gajah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 06:31 PM | Show all posts
banyaknye double posting Pak Mali....

Reman tu asal perkataan apa?takkan la Rahman.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:29 AM | Show all posts
Menarik ya pak mali...ceritakan lagi. Banyak sangat benda-benda yang disusuk ya...kenapa ??? Kenapa tiba-tiba muncul MINAT nak tau pasal sejarah asal-usul ??? Mungkin masanya dah tiba...KEBANGKITAN SEMULA.

p/s...pasal REMAN tu katanya asal namanya RAHMAN...akibat pelat atau loghat sebutan Kelantan/Patani jadi RAMAN...REMAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.173671 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list